Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all 697 articles
Browse latest View live

Baju Melayu Cekak Musang

$
0
0

Hari raya sudah hampir tiba. Sudah tentu persediaan raya seperti pakaian hari raya akan menjadi keutamaan. Ada orang yang tidak kisah akan baju raya akan pakai sahaja baju melayu tahun lepas lepas punya. Tidak kisah kalau ianya sudah setahun atau 2 tahun berlalu. Ini kerana mereka beranggapan ianya hanya dipakai setahun sekali sahaja. Kepada yang kisah pula pasti akan mendapatkan baju melayu yang baharu saban tahun. Terpulang kepada keadaan anda samada mahukan baju melayu cekak musang atau baju melayu jenis teluk belanga.

Saya tidak pasti, cumanya pada pendapat saya baju melayu teluk belanga hanya popular di negeri Johor sahaja. Betulkan kalau saya silap. Dan biasanya baju melayu yang ramai orang beli dan pakai adalah baju melayu jenis cekak musang. Ianya terdapat kolar leher baju dan terdapat beberapa butang yang boleh diletakkan. Saya sendiri walaupun berasal dari Johor, saya sehingga kini lebih selesa memakai baju melayu jenis cekak musang. Rasanya ianya bukan satu isu pun bagi orang Johor.

Baju melayu cekak musang Aaron Aziz di kedai kain Jakel

Baju melayu cekak musang Aaron Aziz di kedai kain Jakel

Promosi Baju Melayu Cekak Musang Sempena Raya

Beberapa bulan lepas saya berkesempatan ke kedai pakaian Jakel. Oleh kerana raya tahun ini saya akan beraya di rumah ibu/bapa mertua. Maka saya tidak dapat beraya di rumah ibu bapa sendiri kerana faktor jarak yang juga masa. Jadi sebagai mengenang ibu bapa, saya telah belikan emak dan adik perempuan kain pasang untuk mereka membuat baju kurung raya dan membelikan ayah baju melayu cekak musang jenama Aaron Aziz. Itu hadiah saya buat ibu dan ayah.

Dapatkan baju melayu lelaki cekak musang yang berkualiti di Zalora Malaysia

Dapatkan baju melayu lelaki cekak musang yang berkualiti di Zalora Malaysia

Dari apa yang saya perasan, harga baju baju melayu cekak musang yang dijual di Jakel Trading nampaknya agak murah ketika saya beli beberapa bulan lepas. Ianya berharga RM110. Kalau tidak silap saya, harga baju melayu sepasang di Jakel menjadi lebih mahal ketika jualan promosi hari raya. Mungkin saya silap, itu adalah apa yang saya perasan sebelum ini. Atau mungkin harganya sudah turun dalam tahun tahun kebelangangan ini.

Baju melayu jenis cekak musang yang simple dan kemas di website Fashionvalet Malaysia

Baju melayu jenis cekak musang yang simple dan kemas di website Fashionvalet Malaysia

Website Yang Menjual Baju Melayu Hari Raya

  • Lazada – dapatkan baju melayu dengan harga murah di sini
  • 11Street – pilihan baju melayu di sini agak kurang
  • Zalora – ada sangat banyak baju melayu design terkini di sini
  • FashionValet – ada banyak baju melayu berkualiti di sini

Baju melayu hari raya untuk lelaki biasanya tidak berubah banyak mana. Ianya tidak seprti baju kurung hari raya untuk orang wanita yang direka dengan pelbagai reka bentuk yang menarik. Baju melayu cekak musang biasanya hampir sama. Yang mungkin di ubah adalah kualiti material kain dan juga rekaan pada poket baju raya. Itu sahaja. Mungkin kain baju melayu lelaki juga terdapat corak yang halus halus yang memberikan penampilan fabrik yang menarik. Kalau anda berminat hendak membeli dan mendapatkan baju melayu cekak musang yang terbaru, terkini dan juga murah, sila dapatkan melalui link website di atas ini. Selamat hari raya.

The post Baju Melayu Cekak Musang appeared first on eCommerce In Malaysia.


Asus Zenfone Max Pro M1 Malaysia

$
0
0

Untuk pengetahuan anda, salah satu kejayaan syarikat pengeluar telefon pintar dari negara China adalah kemampuan menawarkan produk dengan spesifikasi yang baik dengan harga lebih murah. Sebab itulah sebuah smartphone dari China yang tidak dikenali pada awalnya iaitu “Xiaomi” tiba tiba menjadi popular di Asia kerana faktor harganya. Dan saya sendiri adalah pengguna telefon pintar spesifikasi sederhana iaitu Xiaomi Redmi Note 3 Pro sangat ternanti nantikan “Redmi Note” yang baharu saban tahun. Dalam kegembiraan tersebut, rupa rupanya pada tahun ini pencabar iaitu alternative kepada Xiaomi pun tiba dari brand jenama Asus iaitu Asus Zenfone Max Pro M1.

Smartphone sederhana yang saya nantikan dari Xiaomi adalah Xiaomi Redmi Note 5 Pro. Dan setelah melihat ke semua spesifikasinya, saya sangat gembira dengan peningkatan upgrade yang ditawarkan. Orang kata ianya adalah berbaloi jika anda menukar dari Xiaomi Redmi Note 3 Pro kepada Xiaomi Redmi Note 5 Pro. Namun sedang kita semua terfikir hendak menukar kepada yang baharu, kita sekarang telah ditawarkan pesaing yang baru yang mempunyai spesifikasi yang hampir sama iaitu Asus Zenfone Max Pro M1.

Smartphone Asus Zenfone Max Pro M1

Smartphone Asus Zenfone Max Pro M1

Review Asus Zenfone Max Pro M1

Di Malaysia jenama Asus memang sudah tidak asing lagi. Cumanya dalam dunia smartphone, jenama Asus bukanlah termasuk dalam kategori pilihan yang baik. Namun percaturan Asus melalui Asus Zenfone Max Pro M1 pasti akan memberikan kesan kepada jualan Xiaomi. Ini kerana, dengan harga yang “munasabah” untuk spesifkasi yang hampir serupa, saya pasti jualan Asus Zenfone Max Pro M1 akan dapat bersaing dengan Xiaomi Redmi Note 5 Pro.

Asus Zenfone Max Pro M1

Asus Zenfone Max Pro M1

Kenapa saya katakan begitu? Untuk maklumat anda, Xiaomi Redmi Note 5 Pro akan dijual dengan harga RM799 untuk model 3GB dan RM999 untuk model 4GB RAM. Sedangkan Asus Zenfone Max Pro M1 akan dijual dengan harga RMxxx untuk model 3GB dan RMxxx untuk model 4GB RAM. Apa yang anda dapat lihat tentang perbezaan harga antara Xiaomi dan juga Asus ini. Sangat sangat berbaloi bukan? Sudah tentu ianya akan menyebabkan para pembeli mempunyai pilihan samada untuk membeli smartphone Xiaomi atau Asus. Jadi apakah kelebihan Asus ini berbanding Xiaomi?

Spesifikasi Asus Zenfone Max Pro M1

  • Skrin – 5.99 Full HD+ with 18.9 ratio
  • CPU – Snapdragon 636 (Octa-core 1.8 GHz Kryo 260)
  • GPU – Adreno 509
  • RAM – 3GB/4GB/6GB
  • Storage – 32GB/64GB for internal/400GB with microSD
  • Camera Back – Dual: 13 MP (f/2.2) + 5 MP | Dual: 16 MP + 5 MP for 6GB RAM model
  • Camera Front – 8 MP (f/2.2), LED flash | 16 MP, LED flash – 6 GB RAM model
  • Battery – 5000mAh

Tahukah anda, apakah kelebihan Asus Zenfone Max Pro M1 ini berbanding Xiaomi Redmi Note 5 Pro? Ada 3 kelebihan utama smartphone Asus Zenfone Max Pro M1 iaitu ianya di datangkan dengan stock android iaitu Android 8.1 Oreo tanpa ZenUi. Ini bermakna telefon Asus anda ini akan mendapat update sehingga Android Q terkini di masa hadapan. Yang kedua adalah berkenaan kapasiti bateri. Dengan bateri sebesar 5000mAh pasti akan memberikan pengalaman menggunakan telefon untuk jangka masa yang lebih lama.

Website Yang Ada Menjual Smartphone Asus

  • Lazada – Di Malaysia, anda boleh dapatkan produk Asus rasmi di sini
  • 11Street – anda boleh cuba membeli smartphone Asus di sini
  • Amazon – dapatkan smartphone Asus dari luar negara di sini

Dan kelebihan Asus Zenfone Max Pro M1 yang ketiga adalah mempunyai 2 slot untuk simkad dan satu slot untuk MicroSD. Dengan kata lain anda boleh letakkan 2 kad sim berserta external storage anda sekaligus. Menarik bukan? Dari segi kemampuan kamera juga menunjukkan yang Asus mempunyai sedikit kelebihan namun dalam kebanyakkan keadaan ianya hampir sama sahaja. Kedua dua smartphone ini adalah dalam kategori sederhana dan ada boleh dapatkannya dengan harga di bawah RM1000 sahaja. Bye

The post Asus Zenfone Max Pro M1 Malaysia appeared first on eCommerce In Malaysia.

Sticker Roadtax Untuk Melekat Cukai Jalan Mudah Di Cermin

$
0
0

Kepada anda yang memiliki kenderaan seperti kereta sendiri pasti pernah melalui pengalaman melekat sendiri cukai jalan anda pada cermin hadapan kenderaan anda betul? Apa yang anda rasa? Sukar untuk menampalnya di cermin kereta anda? Dan apa pengalaman anda ketika mencabutnya kembali setelah setahun berlalu untuk menggantikan roadtax cukai jalan yang baharu? Penah mengalami keadaan di mana gam tertanggal dan melekat di cermin kereta anda? Kalau pernah, apakah anda ada terfikir hendak menggunakan pelekat seperti sticker roadtax untuk memudahkan urusan anda?

Begini ceritanya, pada bulan 1 lepas, roadtax cukai jalan kereta saya sudah tamat. Dan saya telah renew roadtax dan telah diberikan pelekat cukai jalan yang baharu untuk saya pasang dan lekatkan di cermin hadapan kereta. Dan sudah tentu saya perlu mencabut atau mengkopek pelekat cukai jalan yang lama. Apabila itu berlaku, nampaknya ada banyak kesan gam yang tertinggal. Dan ini telah mencacatkan permandangan dan saya perlu melekatkan roadtax yang baharu ini pada kawasan yang berbeza.

Kesan gam cukai jalan yang terlekat pada cermin hadapan kereta anda

Kesan gam cukai jalan yang terlekat pada cermin hadapan kereta anda

Dapatkan Sticker Roadtax Murah Online

Bila terfikir kembali, adakah setiap tahun saya perlu melalui masalah yang sama? Ada kesan gam yang tertanggal dan tertinggal pada cermin kereta. Susah pula hendak membersihkannya. Saya bawa kereta saya ke kedai aksesori kenderaan dan meminta mereka menyelesaikan masalah gam yang tertinggal yang sukar saya buang. Anda hendak tahu apa saranan kedai aksesori tersebut kepada saya? Mereka mencadangkan saya menggunakan pelekat sticker roadtax sekarang dan pada tahun tahun akan datang selepas ini. Menarik!!!

Contoh sticker roadtax untuk anda menampal cukai jalan kenderaan anda dengan mudah

Contoh sticker roadtax untuk anda menampal cukai jalan kenderaan anda dengan mudah

Adakah anda tahu apakah sebenarnya “pelekat sticker roadtax” ini? Ianya adalah sebuah helaian seperti plastik tinted seperti pelekat McD pada cermin kereta. Yang mana anda perlu lekatkan roadtax cukai jalan anda pada pelekat sticker roadtax tersebut. Dan selepas itu barulah sticker roadtax tersebut anda lekatkan pada cermin hadapan anda. Teknik ini adalah kaedah yang paling baik supaya anda mudah untuk melekat menampal dan mencabut kembali apabila diperlukan.

Contoh selepas penggunakan pelekat sticker roadtax pada cermin kereta

Contoh selepas penggunakan pelekat sticker roadtax pada cermin kereta

Gambar pertama di atas adalah gambar kesan gam yang tertinggal dan melekat pada cermin ketika cukai jalan saya tanggalkan. Gambar kedua pula adalah gambar sebenar akan rupa bentuk pelekat sticker roadtax yang saya maksudkan. Dan gambar yang ketiga adalah gambar selepas saya lekatkan road tax cukai jalan saya pada penampal sticker roadtax. Anda faham?

Website Yang Menjual Roadtax Sticker

  • Lazada – ada banyak pilihan pelekat cukai jalan di sini
  • 11Street – pelekat roadtax juga boleh anda dapatkan di sini
  • Shopee – ada banyak pilihan pelekat road tax cukai jalan di sini

Anda sudahpun melihat 3 gambar di atas ini. Saya harap anda tahu dan faham akan kegunaan sticker roadtax untuk memudahkan anda melekat cukai jalan anda dan juga memudahkan menanggal pula selepas 1 tahun kemudian. Kalau anda tidak tahu di mana hendak beli dan dapatkan sticker roadtax ini, sila dapatkan secara online melalui link website yang saya kongsikan di atas ini. Selamat mencuba.

The post Sticker Roadtax Untuk Melekat Cukai Jalan Mudah Di Cermin appeared first on eCommerce In Malaysia.

Mengganti Kepala Paip Sinki Yang Bocor

$
0
0

Sistem perpaipan di rumah biasanya akan diganti apabila sampai masanya. Biasanya orang akan mengganti kepala paip yang baharu apabila ianya sudah menunjukkan tanda tanda ianya sudah rosak atau bocor. Contoh kepala paip yang rosak adalah seperti tidak memberhentikan air ketika menutup pili paip, pili paip menjadi longgar tidak boleh diketatkan atau patah. Dan kebiasaannya adalah kerana “getah” dalam kepala paip yang sudah haus. Dan saya sendiri melalui pengalaman di mana kepala paip sinki di dapur rumah rosak dan air keluar tanpa henti.

Beberapa hari lepas isteri saya ada memberitahu saya yang kepala paip sinki sudah rosak. Ianya tidak boleh ditutup dengan baik dan air keluar menitis sedikit sedikit. Bagi saya sebagai orang lelaki, masalah air keluar menitis sedikit sedikit bukanlah satu isu besar. Bagi saya ianya masalah kecil lagi dan masih boleh digunakan. Rupa rupanya itu adalah tanda tanda yang kepala paip di sinki dapur rumah saya akan rosak tidak lama lagi. Telahan saya benar, akhir sekali lebih banyak air keluar dan memaksa menukar dan menggantikan kepala paip sinki yang baharu.

Kepala paip sinki lama dan bocor yang perlu diganti

Kepala paip sinki lama dan bocor yang perlu diganti

Mengganti Kepala Paip Sinki Bocor Yang Baru

Apa saya buat? Saya pergi ke kedai yang menjual barangan “hardware” rumah. Saya melakukan survey mencari kepala paip sinki baru yang sesuai dan kemudian meminta mereka memberikan saya “seal tape” untuk saya memasang dan memastikan sambungan kepala paip sinki dengan sumber air di dinding rumah tidak bocor. Kos keseluruhan semua barang yang saya beli ini rasanya habis dalam lingkungan RM30 sahaja. Biasanya yang mahal adalah kepala paip sinki itu sendiri. Lagi mahal lagi bagus dan berkualiti.

Seal tape untuk membuat pengambungan paip air sinki

Seal tape untuk membuat pengambungan paip air sinki

Proses pemasangan dan menggantikan kepala paip sinki yang baru tidaklah sesukar mana. Anda boleh lakukannya sendiri. Anda tidak perlu meminta bantuan “plumbing” kalau ianya masih boleh anda lakukannya sendiri. Kalau benar benar sukar barulah minta pertolongan. 

Proses Mengganti Paip Sinki Lama Kepada Baharu

  1. Biasanya kepala paip kita tanggalkan mudah dengan cara memusingkannya mengikut arah lawan jam sahaja.
  2. Dan kepada paip sinki yang baru itu, pada kawasan bebenang, sila lilitkan dengan “seal tape”  ketebalan yang bersesuaian
  3. Dan selepas itu sila pasangkan kembali kepada punca air dengan memusingkannya mengikut arah jam pula sehingga selesai dan kedudukan kepada paip yang betul
  4. Kalau sambungan kurang ketat atau ada air keluar dari sumber, sila buka kembali dan pasangkan “seal tape” dengan lebih banyak dari sebelum ini. Jelas?
Kepada paip air sinki yang baharu berjaya ditukar

Kepada paip air sinki yang baharu berjaya ditukar

Website Yang Menjual Kepada Paip/Seal Tape

  • Kepala Paip Air Sinki – ada banyak pilihan kepala paip untuk sinki yang cantik di sini
  • Seal Tape – digunakan untuk memastikan sambungan tidak bocor

Dari apa yang saya kongsikan di atas ini adalah, anda hanya perlukan 2 benda sahaja iaitu kepala paip sinki dan juga “seal tape” seperti gambar di atas ini. Proses pemasangan juga sudah saya kongsikan dengan anda di atas ini. Kalau anda tidak tahu hendak beli di mana 2 barang ini, sila dapatkan melalui link website yang saya telah kongsikan di atas ini. Saya harap anda dapat ikuti panduan ini dengan mudah tanpa masalah. Selamat mencuba.

The post Mengganti Kepala Paip Sinki Yang Bocor appeared first on eCommerce In Malaysia.

Senarai Hadiah Hari Guru Yang Boleh Di Beri

$
0
0

Teringat saya kisah zaman saman persekolahan samada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah  menengah. Pada waktu itu saya kurang faham akan erti pengorbanan seorang guru dan nilainya pada pendidikkan kita. Bila ada hari guru sahaja, semua pelajar akan menyumbangkan wang sedikit untuk membelikan hadiah kepada guru kelas masing masing. Kalau suruh saya memang tidak akan tahu hendak beli hadiah hari guru apa dan bagaimana. Tetapi di dalam kelas biasanya akan ada pelajar perempuan yang akan tahu hendak beli ada dan di mana hendak mereka beli hadiah tersebut.

Setelah menjadi orang dewasa dan sudah bekerja, saya nampaknya faham kenapa kita perlu menghadiahkan hadiah kepada guru kita ketika hari guru. Sebenarnya hari guru hanya hari yang di khaskan untuk kita menghargai guru kita. Tanpa hari guru pun boleh sahaja bila bila masa kita beri hadiah. Dan sebagai orang dewasa terutamanya sebagai ibu bapa, kita harus mendidik anak kita agar menghormati dan menghargai tugasan guru yang telah mendidik kita dari kecil hingga kita tamat persekolahan.

Anak patung teddy bear adalah salah satu hadiah hari guru yang boleh diberi

Anak patung teddy bear adalah salah satu hadiah hari guru yang boleh diberi

Hadiah Hari Guru Simple Dan Mudah Dan Murah

Sesetengah kelas mungkin akan melakukan kutipan wang untuk membeli hadiah hari guru. Kalau tiada, anda sendiri sebagai ibu bapa boleh membawa anak ke mana mana kedai cenderahati dan membantu anak anda membelikan hadiah untuk guru kelas mereka. Dengan cara ini secara tidak langsung anda telah mendidik anak anda supaya belajar menghargai pengorbanan orang lain seperti guru. Mungkin anda sendiri kurang pasti akan jenis atau bentuk hadiah yang macam mana atau bagaimana yang sesuai untuk diberikan keada guru sekolah.

Hadiahkan kuntuman atau jambangan bunga untuk cikgu sekolah anda ketika hari guru

Hadiahkan kuntuman atau jambangan bunga untuk cikgu sekolah anda ketika hari guru

Di bawah sini saya akan kongsikan senarai beberapa hadiah untuk hari guru yang dirasakan sesuai untuk anak anda sebagai pelajar sekolah memberikan hadiah kepada guru kelas mereka.

Senarai Hadiah Sempena Hari Guru

Kad Ucapan – ini adalah hadiah hari guru yang paling ringkas tetapi paling bermakna untuk seorang guru. Di dalamnya akan mengandungi kata kata penghargaan yang akan membuatkan guru terasa yang pengorbanan mereka selama ini dilihat dan dihargai oleh murid mereka.

Coklat – anda juga boleh menghadiahkan cikgu kelas anda dengan coklat manisan yang dibalut dengan kotak hiasan yang berbentuk hadiah dan juga reben bunga

Cawan Mug – biasanya cawan “mug” memang orang berikan sebagai hadiah kepada sesiapa sahaja. Anda boleh carinya di kedai hadiah

Bunga – mungkin ini adalah hadiah yang paling mudah diberikan lagi lagi kepada guru wanita di sekolah anda

Tudung – minta bantuan ibu anda untuk mencari dan membelikan tudung kepada yang cantik untuk dihadiahkan kepada guru kelas anda

Teddy Bear – dapatkan patung bear beruang yang kecil dan comel dan sangat sesuai diberikan hadiah dari anda sebagai murid yang menghargai gurunya

Sebenarnya ada banyak lagi idea tentang senarai hadiah hari guru yang boleh dikongsikan di sini. Akan tetapi, sebagai murid atau pelajar sekolah, anda biasanya tidak mempunyai wang yang besar dan juga banyak. Maka senarai hadiah hari guru yang dikongsikan ini adalah bersesuaian dengan status anda sebagai seorang murid/pelajar sekolah yang mempunyai bajet wang yang kecil dan mampu untuk membeli dan diberikan kepada guru kelas anda. Selamat hari guru.

The post Senarai Hadiah Hari Guru Yang Boleh Di Beri appeared first on eCommerce In Malaysia.

Apa Perlu Di Lihat Sebelum Membeli Action Camera

$
0
0

Sejak saya bercerita mengenai peluang buat duit video YouTube sebelum ini, telah 2 orang rakan saya membuat keputusan untuk membeli action camera. Malah saya sendiri si tukang cerita masih belum lagi membeli kamera aksi tersebut. Seorang rakan saya membeli Eken H8R dan seorang rakan lagi telah membeli GoPro Hero 6 Black. Kenapa saya mengajak mereka untuk buat duit di YouTube? Tidak lain tidak bukan kerana kedua dua rakan saya ini mempunyai 2 hobi iaitu berbasikal dan juga memancing. Cuba anda buat carian di YouTube tentang 2 hobi ini? Anda pasti terkejut dengan jumlah tontonan video tersebut.

Walaupun saya masih belum membeli mana mana action camera lagi, tetapi saya ada juga membuat semakan dan saya sendiri telah menonton hasil rakaman dari kedua dua model kamera aksi yang rakan saya beli sebelum ini. Dari situ, saya tahulah juga sedikit sebanyak tentang apa yang perlu dilihat sebelum anda membeli mana mana action camera. Tahukah anda apakah fungsi dan tugasan kamera aksi?

Rakan saya telah membeli action camera brand GoPro Hero 6

Rakan saya telah membeli action camera brand GoPro Hero 6

Panduan Membeli Action Camera

Action camera adalah sebuah kamera yang dibina dengan tujuan menangkap gambar atau merakam video dalam keadaan melakukan aktiviti. Ya, kita ada kamera digital, kita ada kamera dari smartphone, namun kamera dari produk tersebut agak kurang sesuai untuk digunakan merakam mana mana aktiviti yang bersifat agak mencabar atau lasak. Kita ambil mudah macam ini, adakah anda mahu meletakkan smartphone anda di kepala, basikal atau di mana mana sahaja ketika merakam aktiviti lasak? Sudah tentu kurang sesuai bukan?

Kebanyakkan action camera di datangkan dengan fungsi atau kebolehan kalis air. Anda boleh merakam dalam hujan dan ketika di dalam air. Aktiviti seperti mandi manda, berenang dan juga memancing sangat sesuai jika anda gunakan kamera aksi. Cuba lihat video hasil rakaman menggunakan action camera dari Eken H8R. Siap boleh rakam dalam air lagi. Cuba anda tonton. Menarik bukan? Tahukah anda yang harga jualan Eken H8R ketika ini hanyalah berharga RM350 sahaja. Rakaman video agak cantik dan nampak berkualiti. Bawah RM500 pun sudah berbaloi.

Kriteria Memilih Action Camera

  • Touch Skrin – kalau boleh cari yang ada fungsi touch screen. Mudah untuk anda setting
  • Resolution – kalau boleh biarlah boleh support 2K minima. Dapat 4K (native) lagi bagus
  • Bateri – cari yang boleh rakam selama 1 jam minima
  • Penstabil – cari yang ada fungsi gyro, ois atau eis. Ini adalah sistem penstabil
  • Harga – paling murah pun, kalau boleh biarlah RM250 minima dan ke atas

Kalau ada bajet lebih, saya nasihatkan jangan beli yang terlalu murah. Ini kerana hasil carian dan bacaan saya di internet, action camera yang terlalu murah (bawah RM300) biasanya di datangkan dengan sistem cpu yang lama dan mungkin ada masalah pemanasan (hot) ketika merakam video. Kamera aksi yang terbaru dan terkini biasanya akan di datangkan dengan sistem cpu yang lebih kecil, kurang menggunakan tenaga, tidak menghasilkan haba yang terlalu panas dan mampu merakam video tanpa masalah untuk tempoh lama.

Website Yang Kamera Aksi

  • Lazada – ada banyak pilihan kamera aksi murah du sini
  • Cameralah – banyak produk dan aksesori GoPro dijual di sini
  • 11Street – salah satu pilihan website Malaysia yang terpercaya
  • Amazon – banyak produk action camera berkualiti di sini
  • Aliexpress – pelbagai jenis kamera aktiviti lasak murah dari China

Action camera digunakan lebih kepada mahu MERAKAM VIDEO. Oleh itu adalah sememangnya baik kalau anda lebih memerhatikan fungsi yang dapat memberikan keseronokkan menonton video yang anda rakam. Tahukah anda yang ketika anda merakam video menggunakan tangan anda, rakaman video menjadi tidak menarik. Video akan kelihatan tidak stabil dan anda mungkin “pening” menonton video yang anda rakam sendiri. Kalau boleh, sila pastikan yang anda membeli action camera yang mempunyai ciri ciri seperti EIS dan juga gyro sebagai penstabil imej. Bye

The post Apa Perlu Di Lihat Sebelum Membeli Action Camera appeared first on eCommerce In Malaysia.

Smart LED TV Terbaik, Termurah Tetapi Berjenama

$
0
0

Baru baru ini saya berpengalaman membeli Philips smart led tv yang berukuran 43 inci. Bagi saya ianya adalah sebuah pembelian yang berbaloi dan bernilai kerana saya berjaya mendapatkan smart tv tersebut dengan harga murah hasil saya melakukan survey di beberapa kedai yang menjual produk dan barangan elektrik rumah. Dan yang lebih penting, smart tv Philips yang saya beli itu adalah dari model yang berjenama. Orang kata ada “branded”. Adakah di rumah anda, anda sudah menggunakan tv dari jenis “smart”. Adakah ianya satu keperluan atau masih belum perlu?

Begini, saya pernah membeli TV dari jenis LCD sebelum ini yang juga berukuran 43 inci. Dan pada ketika itu saya belinya dengan harga RM2000. Selepas setahun, model tv jenis LED mula hendak keluar dan popular ketika itu. Di sebabkan harga tv lcd ketika itu masih mahal, maka sudah tentu tv baru jenis led masih mahal juga. Sedikit demi sedikit harga tv led menjadi semakin murah. Kalau anda lihat pasaran tv sekarang, model smart led tv adalah model yang paling terkini betul?

Smart LED TV Philips 43PFT5102

Smart LED TV Philips 43PFT5102

Pengalaman Beli Smart LED TV Berjenama Dengan Harga Murah

TV LCD sudah lama saya bawa balik kampung kasi mak ayah bertahun tahun lepas. Jadi saya sudah tiada tv. Tidak kisah sebab saya pun jarang tengok tv. Namun, selepas berkahwin, terasa pula yang TV menjadi keperluan. Kalau ada orang datang seperti sanak saudara, hendak kena ada tv juga. Jadi saya dan isteri telah membuat survey tentang harga tv led jenis smart yang berukuran saiz 43 inci. Ada 4 kedai yang saya pergi dan semuanya menawarkan harga yang berbeza bagi tv yang serupa.

Harga smart LED TV Philips model 43PFT6100 di Lazada Malaysia

Harga smart LED TV Philips model 43PFT6100 di Lazada Malaysia

Hasil survey saya telah menemukan saya dengan Philips smart led tv 43 inci yang berharga sangat murah. Tahukah anda, kedai elektrik yang menjual smart tv menjual tv mereka dengan harga yang agak mahal. Rata rata menjual smart tv 43 inci dengan harga RM1600 ke atas sehingga RM1900. Saya bernasib baik berjaya menemukan smart led tv 43 inci yang paling terbaru, berjenama dan juga murah dari model Philips.

Model Philips smart led tv yang saya jumpa ini dijual dengan harga RM1399 sahaja. Bayangkan di kedai lain untuk model dan siri yang sama, ianya dijual dengan harga RM1900. RM600 perbezaan harga. Memang saya bernasib baik kerana telah melakukan survey terlebih dahulu. Malah penjual berkenaan mengatakan yang harga murah yang mereka tawarkan itu sama dengan apa yang dijual di internet seperti Lazada Malaysia.

Website Yang Menjual Smart LED TV

  • Lazada – ada sangat banyak pilihan LED TV di sini
  • 11Street – banyak TV LED yang dijual dengan murah di sini
  • Shopee – ada banyak tv led murah di jual di sini
  • SenHeng – kedai online SenHeng yang memang menjual LED TV

Bagaimana saya tahu pembelian saya itu murah dan bernilai? Ini kerana sebelum pergi ke kedai yang menjual barangan elektrik rumah, saya sudah terlebih dahulu ketahui harga pasaran smart led tv di website di internet. Jadi saya mudah untuk mengajak samada pembelian tersebut bernilai ataupun tidak. Malah peniaga online juga mengatakan yang mereka memang menjual smart led tv dengan harga murah secara online berbanding kalau anda pergi ke kedai fizikal mereka. Kalau anda tidak kisah, sila dapatkan smart tv pilihan anda terus melalui website di atas ini. Bye. 

The post Smart LED TV Terbaik, Termurah Tetapi Berjenama appeared first on eCommerce In Malaysia.

Senarai Website eCommerce Luar Negara Yang Perlu Kita Tahu

$
0
0

Pada pendapat saya, dunia beli belah secara online di Malaysia sudahpun meningkat naik dan mula popular di Malaysia. Maka tidak hairanlah kalau rakyat Malaysia pasti mengenali akan website seperti Lazada, Zalora, 11Street, Shopee, EzBuy dan juga lain lain. Namun masih ramai juga yang mahu belum berpengalaman membeli belah di internet. Namun ianya bukan satu yang merisaukan. Saya percaya ianya akan berubah sedikit masa lagi dalam tahun tahun akan datang. Bagaimana membeli barang dari luar negara. Adakah anda kenal dan tahu akan senarai website ecommerce luar negara yang sepatutnya anda tahu?

Sebagai orang Malaysia, rasanya sudah tentu anda perlu tahu dan kenal dengan website eCommerce Malaysia terlebih dahulu. Kemudian barulah anda ketahui beberapa website ecommerce luar negara supaya mudah untuk anda membeli belah barang dari luar negeri dengan mudah seperti dari Indonesia, India, China dan juga dari negara barat (Western). Rasanya anda kenal website online shopping dari kawasan negara negara ini sudah mencukupi untuk anda tahu website satu dunia betul?

Beli barang murah melalui website ecommerce luar negara di Aliexpress China

Beli barang murah melalui website ecommerce luar negara di Aliexpress China

Website eCommerce Luar Negara Popular

Soalan pertama yang mungkin anda hendak tanya adalah, apa keperluan untuk anda membeli produk dan barangan melalui website ecommerce luar negara betul? Untuk pengetahuan anda, produk barangan yang anda pakai dan gunakan di Malaysia bukanlah semuanya produk buatan Malaysia. Ada banyak barang yang anda beli itu sebenarnya di import dari luar negara. Sebab itulah adanya import dan eksport terjadi. Keperluan negara seperti produk makanan dan barangan memang memerlukan kita untuk import dan juga export.

Amazon adalah salah satu website ecommerce luar negara dari Amerika

Amazon adalah salah satu website ecommerce luar negara dari Amerika

Persoalan kedua yang mungkin anda hendak tanya adalah, kalau produk tersebut diimport masuk ke Malaysia, apa keperluan anda untuk membeli melalui website ecommerce luar negara betul? Baik beli di Malaysia sahaja betul? Ya betul. Anda boleh sahaja untuk membeli di Malaysia. Tidak ada salah pun. Cumanya, kalau anda seorang peniaga atau mahukan produk dengan harga lebih murah, maka memang patut pun anda membeli terus dari luar negara.

Blibli adalah website ecommerce luar negara dari Indonesia yang popular

Blibli adalah website ecommerce luar negara dari Indonesia yang popular

Sebagai contoh, katakan anda seorang yang aktif bersukan dalam aktiviti berbasikal. Kebanyakkan basikal di Malaysia memang di import dari China. Katakan basikal dengan model A dijual dengan harga RM3000 di Malaysia, tetapi kalau anda beli terus dari China melalui website, anda mungkin hanya perlu membayar RM1500 sahaja termasuk kos pos. Kalaulah anda ketahui akan perbezaan harga seperti ini dan berminat berjimat, saya pasti anda mahu membeli melalui website ecommerce luar negara betul?

Senarai Website eCommerce Luar Negara

  • Alibaba – website untuk anda borong barang China murah secara pukal
  • Aliexpress – website eCommerce yang popular dari China
  • TaoBao – website untuk beli barang China murah secara kecil
  • DealExtreme – menjual produk barangan elektronik terbaik dari China
  • Amazon – website eCommerce terbaik dari Amerika (United States)
  • eBay – website eCommerce kedua terbaik dari Amerika (United States)
  • Gearbest – menjual produk barangan elektronik terbaik dari Amerika (United States)
  • Berrybenka – website fesyen popular dari Indonesia
  • Hijabenka – website fesyen muslimah popular dari Indonesia
  • Tokopedia – kedai online yang menjual pelbagai barangan dari Indonesia
  • BliBli – kedai online yang menjual pelbagai produk barangan dari Indonesia

Susah untuk saya ceritakan lebih lanjut. Kalau anda ada masa, sila buat semakan perbandingan harga yang dijual di Malaysia dengan apa yang dijual dari luar negara termasuk kos pos, anda akan dapati memang terdapat perbezaan harga yang besar dan juga murah terutamanya jika barangan tersebut dari China. Kalau anda berminat, di atas ini saya kongsikan dengan anda akan senarai website ecommerce luar negara yang perlu anda tahu untuk anda melihat lihat. Selamat mencuba.

The post Senarai Website eCommerce Luar Negara Yang Perlu Kita Tahu appeared first on eCommerce In Malaysia.


Borong Pampers Murah Di Baby Fair Online

$
0
0

Salah satu barang yang perlu dibeli selalu jika anda mempunyai bayi atau anak kecil adalah lampin pakai buang. Lampin ini adalah produk yang memakan belanja yang agak besar terhadap kewangan keluarga. Mahu tidak mahu anda perlu membeli dan menyediakan stok yang mencukupi supaya anak anda boleh dipakaikan lampin yang bersih setiap masa. Anda sendiri tahu yang bayi atau anak kecil mempunyai kulit yang sensitif yang memerlukan penjagaan kebersihan yang kerap. Untuk masalah ini terutamanya dalam soal kewangan, apa kata anda borong pampers murah secara banyak. Berminat?

Saya berikan satu contoh. Semua orang tahu hari “Baby Fair” adalah satu cara jualan tahunan yang mempromosi dan menjual produk barangan untuk bayi atau kanak kanak kecil dengan harga murah. Tetapi tahukah anda yangg program baby fair ini juga di adakan secara online. Contohnya pihak Lazada Malaysia telahpun setiap tahun menjalankan program BIG BABY FAIR mereka yang tersendiri. Contohnya pada tahun 2018 misalnya, program baby fair Lazada adalah pada tarikh 28 March sehingga 1 April. 

Terdapat banyak diskaun jimat diberikan jika anda borong pampers murah di website Lazada Malaysia

Terdapat banyak diskaun jimat diberikan jika anda borong pampers murah di website Lazada Malaysia

Promosi Borong Pampers Murah Jika Beli Secara Online

Buat masa ini, hanya Lazada sahaja yang telah berjaya menjalankan Biggest Online Baby Fair mereka. Dan sudah tentu salah satu produk yang terjual dengan sangat laris adalah produk seperti lampin pakai buang. Pada ketika inilah anda berpeluang untuk borong pampers murah dengan banyak. Anda boleh beli stok pampers murah untuk tempoh 3-4 bulan sekaligus. Dengan cara ini anda dapat dapat berjimat dengan mudah.

Promosi pampers lampin pakai buang yang murah jika anda beli secara bundle banyak di Lazada Malaysia

Promosi pampers lampin pakai buang yang murah jika anda beli secara bundle banyak di Lazada Malaysia

Pampers ini adalah satu benda yang anda perlu beli setiap bulan. Rasanya kalau anda beli atau borong pampers murah secara online pun lebih berbaloi. Sudahlah lebih murah malah memudahkan urusan anda. Tidak perlu berpenat ke kedai atau pasaraya semata mata mahu membeli pampers yang baharu. Beli sahaja pampers murah ini di internet dan biarkan pihak pos yang hantar kepada anda. Mudah bukan?

Beli Pampers Murah Secara Borong

  • Lazada – anda boleh ke semua brand jenama lampin bayi di sini
  • 11Street – ada banyak promosi dan diskaun pampers murah di sini
  • Shopee – dapatkan lampin pakai buang yang berharga murah di sini

Adakah anda hanya boleh borong pampers murah ketika hari baby fair sahaja? Tidak juga. Kalau anda banding harga pampers di kedai dengan apa yang dijual di internet, anda akan dapat harga jualan di internet memang lebih murah walaupun pada hari biasa. Jadi memang berbaloi pun kalau anda terus borong pampers murah secara online. Cumanya kalau anda beli pampers ketika hari baby fair sudah tentu lebih lebih murah. Itu sahaja. Berminat? Sila klik link website di atas ini untuk memborong pampers iaitu lampin pakai buang dengan harga murah. Bye.

The post Borong Pampers Murah Di Baby Fair Online appeared first on eCommerce In Malaysia.

Beli Smartphone Xiaomi Redmi Note 5 Di Kedai

$
0
0

Beberapa hari lepas saya ada menemani rakan sekerja untuk ke kedai handphone. Katanya hendak mencari dan membeli telefon pintar untuk ibu mertua beliau. Faktor utama kenapa ibu mertua beliau mahu tukar telefon baru kerana skrin pecah akibat jatuh. Beliau pun memberikan beberapa keping gambar handphone yang beliau rasakan sesuai untuk ibu mertua beliau. Salah satu yang beliau tanyakan kepada saya adalah model Xiaomi Mi Max 2. Bersaiz skrin yang lebih besar, mudah buat kerja, tahan lama kerana kapasiti bateri yang tinggi. Tetapi beliau tidak jadi ambil Xiaomi Mi Max 2 sebaliknya ambil Xiaomi Redmi Note 5. Kenapa?

Tadi saya ada cerita penyebab masalah kenapa ibu mertua beliau mahu tukar phone baru kerana masalah rosak, skrin pecah akibat terjatuh. Kalau rakan saya membelikan Xiaomi Mi Max 2, ianya memang mempunyai skrin lebih besar tetapi takut ianya lebih mudah untuk terjatuh kerana lebih sukar dipegang dan sudah pasti lebih berat. Cari punya cari, akhirnya rakan saya memilih model smartphone dari brand jenama Xiaomi juga iaitu dari versi Xiaomi Redmi Note 5. Soalannya, kenapa akhirnya beliau memilih Redmi Note 5?

Unboxing Xiaomi Redmi Note 5

Unboxing Xiaomi Redmi Note 5

Kelebihan Xiaomi Redmi Note 5

Rakan saya adalah pengguna Xiaomi Redmi Note 4. Dan dari pengalaman beliau sendiri, model Xiaomi Redmi Note selain kerana harganya murah, tetapi ianya menawarkan prestasi penggunaan yang baik. Skrin bersaiz 5.5 inch sudah cukup baik dan besar bagi kebanyakkan orang. Untuk model Xiaomi Redmi Note 5, pihak Xiaomi menawarkan saiz skrin sebesar 5.88 inch. Sudah tentu ianya lebih puas untuk dilihat pada skrin.

Xiaomi Redmi Note 5 Keluar Dari Kotak

Xiaomi Redmi Note 5 Keluar Dari Kotak

Spesifikasi Xiaomi Redmi Note 5 Malaysia

  • Saiz Skrin – 5.99 FullHD+
  • RAM / Internal Storage – 3GB + 32GB / 4GB + 64GB
  • CPU – Snapdragon 636 octacore
  • GPU – Adreno 509
  • Rear Camera – 12MP+5MP
  • Front Camera – 13MP
  • Batttery – 4000mAh
  • Harga (Price) –  RM649 / RM779

Berkenaan dengan ketahanan bateri pula, model Xiaomi Redmi Note 3 sehingga Xiaomi Redmi Note 5 memang menggunakan kapasiti bateri sebesar 4000mAh. Dengan chipset cpu yang lebih terkini iaitu jimat penggunaan bateri, sudah tentu jangka hayat penggunaan harian Xiaomi Redmi Note 5 berbanding model Xiaomi Redmi Note sebelum ini pasti lebih tahan lama. Ini adalah salah satu sebab kenapa saya sukakan model Xiaomi Redmi Note ini.

Website Untuk Membeli Pelbagai Smartphone Termasuk Xiaomi

  • Lazada – ini adalah website rasmi (official) yang menjual smartphone Xiaomi
  • 11Street – ada banyak pilihan telefon pintar yang dijual termasuk model Xiaomi
  • Shopee – ada banyak pilihan telefon pintar yang dijual termasuk model Xiaomi

Di Malaysia, Xiaomi Redmi Note 5 juga di sebut sebagai Xiaomi Redmi Note 5 Pro. Kalau anda ada nampak perkataan ini ditulis, sila jangan keliru. Ianya sama sahaja. Biasanya untuk pasaran Malaysia, memang pihak Xiaomi suka menggunakan perkataan “PRO” untuk menunjukkan penggunaan model Xiaomi Redmi Note yang menggunakan pemproses CPU dari jenis Snapdragon berbanding cpu MediaTEK yang lebih murah. Itu sahaja.

Apakah kelebihan Xiaomi Redmi Note 5 berbanding model Xiaomi Redmi Note sebelum ini? Kalau anda pengguna Xiaomi Redmi Note 3 dan juga Xiaomi Redmi Note 4. anda akan perasan yang kualiti tangkapan gambar dan juga rakaman video tidak memuaskan. Untuk model Xiaomi Redmi Note 5 memang pihak Xiaomi berikan perhatian yang lebih untuk kamera mereka. Saya sendiri sudah mencubanya dan saya sangat suka. Kalau anda mahu beli smartphone model Xiaomi dengan lebih murah, dapatkan sahaja melalui internet. Saya sudah berikan link website di atas ini. Selamat menggunakan Xiaomi Redmi Note 5. Bye

The post Beli Smartphone Xiaomi Redmi Note 5 Di Kedai appeared first on Wanwidget.

Patutkah Anda Membeli Gimbal Untuk Smartphone Anda

$
0
0

Kalau anda melayari internet berkenaan dunia teknologi smartphone, anda pasti akan ternampak video berkenaan orang menggunakan “GIMBAL” untuk memegang handphone mereka. Ianya bukan kayu selfie (selfie stick). Sangat berbeza. Gimbal di dalam bahasa yang lain adalah alat yang digunakan sebagai penstabil imej dan video rakaman video telefon anda. Dalam bahasa english orang sebut ianya sebagai “camera stabilizer”. Kenapa saya bangkitkan perkara ini? Ini kerana saya mahu anda tahu akan sebab utama kenapa anda perlu atau tidak perlu untuk membeli gimbal ini. Ok!

Di dalam teknologi sesebuah smartphone. Sila lihat pada bahagian teknologi kameranya. Apakah spesifikasi yang ditawarkannya. Adakah ada terlulis EIS atau OIS? Tahukah anda yang teknologi bagi EIS adalah singkatan kepada Electronic image stabilization. Sedangkan OIS pula bermaksud Optical Image Stabilization. Saya tidak mahu membicarakan tentang kelebihan atau kekurangan setiap sistem ini. Yang penting anda perlu faham ianya bermaksud penstabil imej (Image Stabilization).

Antara gimbal yang ada dijual di Lazada

Antara gimbal yang ada dijual di Lazada

Tujuan Utama Kenapa Perlu Membeli Gimbal

Jika smartphone anda mempunyai salah satu atau kedua duanya sekali, maka telefon anda sudah mempunyai sistem penstabilnya yang tersendiri. Rakan saya ada membeli GoPro Hero 6, rakaman video memang terbaik. Tidak ada langsung gegar gesar dan goyang goyang. Pegang pakai tangan pun rakaman tetap cantik. Ini adalah kerana sistem GoPro Hero 6 sudahpun terbina dengan sistem Advanced video stabilization iaitu sistem penstabilnya sendiri. Jadi tidak perlu kepada alat yang bernama Gimbal.

Rakan saya menggunakan smartphone Xiaomi Redmi Note 4. Spesifikasi kamera telefon ini memang tiada sistem penstabil. Bila ambil gambar atau rakam video, memang rakaman akan jadi gegar dan goyang goyang. Memang langsung tidak sesuai untuk merakam aktiviti fizikal yang banyak gerakan. Untuk mengatasi masalah ini, beliau membeli gimbal yang berjenama Freevision Vilta M di Lazada. Kemudian beliau cuba membuat rakaman ketika tanpa menggunakan Freevision Vilta M dan selepas menggunakan Freevision Vilta M. Apa yang terjadi?

Anda juga boleh mencari dan membeli gimbal di Shopee

Anda juga boleh mencari dan membeli gimbal di Shopee

Website Untuk Membeli Pelbagai Jenis Gimbal Untuk Mobile

  • Lazada – ada banyak pilihan gimbal yang murah dan yang mahal berkualiti ada dijual di sini
  • 11Street – ada banyak pilihan gimbal yang murah dan yang mahal berkualiti ada dijual di sini
  • Shopee – ada banyak pilihan gimbal yang murah dan yang mahal berkualiti ada dijual di sini

Hasil rakaman video memang sangat berbeza. Satu rakaman memang tidak cantik, banyak gegar dan goyang. Sakit mata hendak melihat rakaman video tersebut. Dan setelah menggunakan gimbal Freevision Vilta M, hasil rakaman video menjadi sangat memuaskan. Video rakaman menjadi lancar dan tampak sangat professional. Tidak percaya tengoklah hasil video di bawah ini sendiri.

Kesimpulan saya mudah sahaja. Orang yang perlu membeli gimbal ini adalah individu yang memang mahu membuat dan menghasilkan rakaman video yang cantik. Terutamanya yang suka buat video untuk YouTube. Untuk tontonan orang ramai, kita memang memerlukan video yang cantik. Di Lazada misalnya, terdapat pelbagai jenis gimbal dengan jenama dan harga yang pelbagai. Terpulang anda mahukan yang mana. Kalau smartphone anda memang tiada fungsi EIS atau OIS yang saya ceritakan tadi, maka eloklah untuk anda mendapatkan dan membeli gimbal untuk kegunaan anda. Selamat mencuba.

The post Patutkah Anda Membeli Gimbal Untuk Smartphone Anda appeared first on Wanwidget.

Alat Untuk Tampung Tampal Tayar Bocor

$
0
0

Kenderaan seperti kereta memang biasa kalau lama kelamaan tayar menjadi pancit. Pancit dan bocor adalah 2 benda yang berbeza. Kalau pancit biasanya sebab sudah lama tayar tidak dipam angin yang baharu, sudah lama kenderaan tersebut tidak dipandu atau terlanggar lubang laluan jalan raya yang tidak sekata. Ini adalah masalah kecil. Pam angin semula, maka selesailah. Bagaimana kalau tayar kereta anda bocor kerana tertusuk benda tajam. Mahu tidak mahu anda terpaksalah untuk tampal tayar bocor tersebut. Betul?

Baru sahaja saya menggantikan tayar lama dengan tayar kereta yang baharu. Selepas kemudian tiba tiba tayar bocor. Habis terus angin keluar. Itupun ketika parking di depan kedai makan. Hendak pam, tiada alat pam angin pula. Terpaksa terus memandu ke bengkel kereta yang berdekatan. Kalau lubang bocor teruk memang kena tukar tayar baru lagilah. Kalau lubang bocor ok, ada harapan ianya boleh diselamatkan. Dan nasik baik lubang bocor yang terdapat pada tayar kereta saya agak kecil.

Gambar tampal tayar bocor dengan alat khas

Gambar tampal tayar bocor dengan alat khas

Alat Tampal Tayar Bocor Untuk Motosikal Dan Kereta

Sedikit peringatan kepada anda. Jika tayar kereta anda bocor terus dan tayar menjadi kempis (flat), kalau boleh sila ke stesen minyak yang berdekatan dan terus pam angin. Kemudian cepat cepat bawa kereta anda ke bengkel kereta. Atau kalau anda ada masa dan kebetulan stesen minyak jauh, sila tukar dahulu tayar bocor kepada tayar spare part dahulu dan kemudian baru pandu ke bengkel kereta. Ini peringatan penting ya. Kenapa?

Untuk pengetahuan anda, jika tayar kereta anda bocor 100%, jangan terus memandu tanpa angin untuk ke bengkel kereta yang jauh. Ini akan mengakibatkan tayar kereta anda menjadi rosak. Tayar bersifat getah. Ianya lembut. Kereta kita pula adalah dari besi dan berat. Perjalanan jauh ke bengkel dalam keadaan tayar bocor 100%, sudah pasti akan merosakkan struktur tayar terbabit. Tayar boleh menjadi bulat dan elok kerana terdapat dawai di dalamnya. Kalau dawainya rosak, maka rosaklah tayar kereta anda. Jelas?

Alat tool kit untuk tampal tayar bocor kereta yang ada dijual di Lazada

Alat tool kit untuk tampal tayar bocor kereta yang ada dijual di Lazada

Jika tayar kereta anda bocor di mana mana jalan raya dan anda pula ingin segera kereta perjalanan jauh. Nasihat saya, sila sediakan alat khas untuk tampal tayar bocor anda itu. Jangan risau, alat untuk menampal lubang tayar kereta yang bocor memang ada dijual di internet dan ianya murah sahaja. Tidak sampai RM20 pun. Ini adalah alat pertama yang anda perlu ada. Yang kedua pula adalah pam angin. Kalau ada lebih baik.

Website Beli Barang/Produk Aksesori Kenderaan

  • Lazada – anda boleh mencari produk, barang dan aksesori kereta di sini
  • 11Street – anda boleh mencari produk, barang dan aksesori kereta di sini
  • Shopee – anda boleh mencari produk, barang dan aksesori kereta di sini

Dan yang ketiga penting adalah alat dalam bentuk botol semburan yang mana tugasnya memasukkan cairan khas ke dalam tayar kenderaan anda samada motosikal atau kereta pun boleh. Dan cairan khas ini akan automatik memenuhi ruang yang berlubang kerana tertusuk dan menampalnya segera dan angin di tambahkan secara automatik. Jadi sempatlah anda membawa kereta anda ke stesen minyak untuk menambah angin lagi.

Selepas saya ke bengkel, nasib baik lubang yang bocor adalah kecil. Terus sahaja pekerja staff bengkel tersebut lakukan teknik “tampung” untuk tampal tayar bocor dengan alat khas yang ditusukkan ke dalam lubang yang bocor tersebut berbentuk getah yang membuatkan angin tidak dapat keluar dan tayar menjadi ok semula. Kos untuk servis perkhidmatan tampal tayar bocor hanyalah RM5.50 sahaja dan ianya dilakukan dalam masa 10 minit sahaja. Cepat dan pantas. Sebab itulah saya sarankan anda beli sahaja alat tampal tayar bocor ini sendiri. Berminat?

The post Alat Untuk Tampung Tampal Tayar Bocor appeared first on Wanwidget.

Cara Pasang Kepala Gas Dapur Memasak

$
0
0

Perasan tidak, selepas gas memasak di rumah anda habis. Anda perlu membeli tong gas memasak yang baharu pula. Dan selepas itu anda perlu membuat pemasangan kepala gas semula untuk gas mengalir keluar dan masuk ke dapur gas memasak anda untuk anda memasak makanan. Ini adalah hal yang biasa. Namun bagi anda yang baru pertama kali belajar hendak menggunakan dapur gas memang akan menjadi masalah. Masalah yang bagaimana? Iaitu tidak tahu bagaimana cara yang betul untuk memasang paip kepala gas kepada tong gas. Jadi takut kalau ianya salah.

Sedikit panduan kepada anda yang tidak tahu mengenai langkah keselamatan untuk menggunakan dapur gas memasak ini. Kebiasaannya, dapur gas memasak memerlukan 3 komponen utama. Yang pertama adalah dapur memasak itu sendiri. Ianya bertujuan sebagai tempat untuk memasak makanan. Yang kedua pula adalah hos iaitu paip gas yang akan menghubungkan laluan gas dari tong gas memasak ke dapur memasak. Jelas?

Sambungan pemasangan antara kepala gas dengan tong gas memasak

Sambungan pemasangan antara kepala gas dengan tong gas memasak

Bagaimana Sambungan Kepala Gas Dengan Tong Gas Yang Betul

Dan yang ketiga pula adalah “KEPALA GAS” itu sendiri. Kepala gas adalah alat yang sangat penting dan menjadi penghubung utama antara tong gas dengan paip gas. Kepala gas inilah yang akan membuka dan membenarkan laluan gas memasak dari tong gas dan masuk ke paip gas dan mengalir ke dapur memasak. Tujuan penggunaan kepala gas adalah untuk mencengkam muncung tong gas agar laluan keluar gas adalah selamat dan tidak berlaku kebocoran. 

Kalau anda mempunyai bajet wang yang lebih, saya nasihatkan anda mendapatkan dan beli kepala gas yang mempunyai meter. Ianya bukanlah wajib. Tetapi membantu anda juga dari segi bilakah hari yang boleh anda bersedia duit untuk membeli tong gas yang baru jika gas sudah habis. Tidaklah anda terkejut tiba tiba api memasak terpadam ketika sedang memasak. 

Contoh kepala gas dan paip gas dapur memasak yang dijual murah di Shopee

Contoh kepala gas dan paip gas dapur memasak yang dijual murah di Shopee

Website Untuk Beli Dapur Gas, Paip Gas Dan Kepala Gas

  • Lazada – anda boleh mencari membeli barang berkaitan gas memasak di sini
  • 11Street – anda boleh mencari membeli barang berkaitan gas memasak di sini
  • Shopee – anda boleh mencari membeli barang berkaitan gas memasak di sini

Ada sesetengah paip gas mempunyai sistem yang agak canggih. Contohnya kalau paip gas longgar dan tertanggal, ianya dapat dengan cepat dapat menahan (block) gas dari terus keluar dan membahayakan kalau terdapat api yang sedang menyala. Biasanya, paip hos gas memasak yang biasa tidak terdapat ciri ini. Jadi sila pastikan sambungan hos paip gas memasak dengan sambungannya adalah ketat. Jelas ya.

Bagaimana hendak pasang kepala gas memasak dengan betul? Pertama sekali, sila pastikan sambungan hos paip gas antara dapur memasak dengan kepala gas adalah ketat. Ini adalah wajib ya. Selepas itu, sila perhatikan bawah kepada gas terdapat lubang berbentuk bulat. Lubang berkenaan adalah untuk dimasukkan muncung tong gas memasak. Masukkan muncung tong gas kepada lubang yang terdapat di bawah kepala gas. Tekan sedikit kepala gas ke bawah. Selepas itu, sila putangkan pemutar/suis/tuil yang terdapat pada kepala gas sehingga habis dan tujuannya adalah untuk mengetatkan sambungan antara kepada gas dengan muncung tong gas. Proses ini akan menyebabkan gas dibuka dan masuk ke paip gas melalui kepala gas. Faham? Kemudian, sila buka api pada dapur gas memasak anda. Jika menyala, maka sambungan anda adalah betul. Jelas? Selamat mencuba.

The post Cara Pasang Kepala Gas Dapur Memasak appeared first on Wanwidget.

Beli Tiket Kapal Terbang AirAsia Secara Online

$
0
0

Kepada anda yang baru pertama kali hendak balik kampung atau pergi melancong dengan menaiki kapal terbang, pasti akan melalui pengalaman untuk membeli tiket kapal terbang. Dan cara yang paling mudah untuk membeli tiket flight adalah secara online. Di Malaysia ada syarikat penerbangan MAS, AirAsia, Malindo, Firefly dan juga lain lain. Cumanya yang paling murah adalah AirAsia yang lebih dikenali sebagai tiket penerbangan tambang murah yang paling popular di Malaysia dan juga dunia. Jadi saya akan ajar anda cara untuk beli tiket kapal terbang dari AirAsia sebagai contoh ok.

Untuk pengetahuan anda, lapangan terbang adalah satu tempat atau rumah persinggahan bagi pelbagai jenis kapal terbang. Jadi kalau anda pergi ke lapangan terbang mana mana pun di Malaysia, semuanya adalah tempat untuk pelbagai kapal terbang seperti MAS, AirAsia, Malindo, Firefly dan juga lain lain. Jadi anda jangan terkeliru dan bertanya di mana airport untuk kapal terbang MAS, AirAsia, Malindo, Firefly dan sebagainya. Semuanya diletakkan di airport yang sama sahaja. Nanti kalau anda singgah ke airport, di situ nanti ada pelbagai ruang penerbangan untuk pelbagai syarikat penerbangan. Jelas ya.

Contoh kalau anda beli tiket kapal terbang melalui website Airpaz

Contoh kalau anda beli tiket kapal terbang melalui website Airpaz

Cara Beli Tiket Kapal Terbang Di Internet

Mudah cerita, kalau anda tinggal di Pulau Pinang. Dan hanya ada satu sahaja lapangan terbang iaitu Penang International Airport (PIA). Kalau anda beli tiket kapal terbang dari MAS, AirAsia, Malindo, Firefly dan juga lain lain. Maka tempat untuk anda pergi tetap sama iaitu di Penang International Airport (PIA). Jelas ya. Saya ingin jelas perkara ini terdahulu kerana merasakan ianya penting untuk anda ketahui dan faham dahulu sebagai orang yang baru pertama kali hendak naik kapal terbang. Ok? Jelas?

Di bawah ini saya kongsikan link untuk membeli tiket kapal terbang secara umum dahulu. Bukan dari website AirAsia secara direct. Saya bimbang kalau tujuan anda mahu beli tiket flight dari syarikat selain AirAsia. Website ini akan memaparkan pelbagai harga tiket kapal terbang termasuk AirAsia. Jadi anda bolehlah pilih mahu dapatkan tiket flight yang murah berdasarkan hasil carian ya.

Panduan Membeli Tiket Flight AirAsia

  • AirAsia –  sila klik untuk membuka website rasmi (official) AirAsia Malaysia
  • Origin – sila pilih dari airport mana anda hendak naik flight
  • Destination – sila pilih destinasi airport ketibaan anda
  • Depart date – tarikh anda naik kapal terbang dari Origin
  • Return date – tarikh anda balik semula ke Origin dari Destination
  • Adult – pilih berapa orang hendak naik kapal terbang dan kemudian tekan “Search”
  • Depart – sila pilih masa untuk anda bertolak pergi. Ada banyak harga yang berbeza
  • Return – sila pilih masa untuk anda balik semula. Ada banyak harga yang berbeza
Pengalaman pertama kali naik kapal terbang AirAsia

Pengalaman pertama kali naik kapal terbang AirAsia

  • Kemudian sila klik “Continue” pada bar sebelah kanan
  • Notifikasi akan keluar meminta anda Log In. Anda boleh pilih “Continue as guest”
  • Guest details – isi nama dan tarikh lahir yang betul dan tepat termasuk jantina dan klik “Continue”
  • Checked baggage – sila pilih mahu ambil ruang baggage/luggage atau tidak
  • Pick A Seat – sila pilih tempat duduk (seat) yang anda mahukan.
  • Travel Insurance – anda hendak ambil atau tidak terpulang kepada anda
  • Contact details – sila isikan maklumat dengan betul dan tepat termasuk emergency contact
  • Booking details – sila semak semua maklumat penerbangan anda itu betul dan tepat
  • Payment – ini adalah step terakhir. Sila buat bayaran secara online
Kertas Boarding Pass perlu dicetak print dahulu sebelum naik kapal terbang

Kertas Boarding Pass perlu dicetak print dahulu sebelum naik kapal terbang

  • Web Check in – Selepas membuat bayaran. Anda akan mendapat detail maklumat berkenaan tiket booking number AirAsia anda pada email anda. Akan ada menu bertulis “Web Check-in“. Anda kena klik dan ikuti arahan sehingga selesai dan cetak (print) tiket tersebut. Proses ini adalah untuk mendapatkan “Boarding Pass”. Ini adalah langkah WAJIB. Dengan tiket boarding pass yang telah anda print itulah nanti akan dibenarkan anda untuk menaiki penerbangan. Anda juga boleh print tiket boarding pass anda di terminal airport. Tetapi dikhuatiri ramai orang guna dan anda terlambat untuk melakukan hal tersebut. Bimbang nanti ianya akan menyusahkan anda pula.

Sila dengar akan peringatan ini. Ianya wajib. Untuk anda naik kapal terbang, sila pastikan anda telah ada dan print “Boarding Pass” anda. Tiket kapal terbang bukan pass kebenaran untuk naik kapal terbang. Tiket kapal terbang hanyalah “tiket” semata mana. Yang penting adalah kertas Boarding Pass anda. Kalau anda ada ambil ruang untuk meletakkan baggage, sila selesaikan ini dahulu. Selepas selesai barulah anda pergi ke kawasan untuk pelepasan. Kalau tiada ambil ruang bagasi, anda boleh terus ke bahagian pelepasan. Ingat YA, yang penting kalau hendak naik kapal terbang wajib kena ada Boarding Pass dan bukannnya tiket kapal terbang. Jelas? Bye.

The post Beli Tiket Kapal Terbang AirAsia Secara Online appeared first on Wanwidget.

Beli Sanitary Pad Mudah Dan Murah Di Internet

$
0
0

Salah satu perbezaan perempuan dengan orang lelaki adalah “datang bulan”. Untuk orang perempuan yang normal yang belum mencapai umur menopause, setiap bulan mereka akan mengalami kedatangan haid iatu datang bulan dalam masa 1 minggu. Bahasa lain dalam bahasa english ianya disebut sebagai “period”. Pada ketika ini, darah kotor akan keluar dari kemaluan mereka dan mereka memerlukan alat pembersih yang bernama SANITARY PAD iaitu tuala wanita. Pernahkah anda sebagai lelaki membelikan ibu, kakak, adik atau isteri anda akan tuala wanita ini? Malu?

Sesetengah orang berasa mahu untuk membeli sanitary pad ini dikedai kedai biasa walaupun mereka adalah perempuan. Malah tidak pelik kalau anda sebagai orang lelaki mungkin pernah disuruh untuk membelikan tuala wanita di kedai. Ada yang malu dan ada yang tidak. Kalau zaman dulu dulu atau orang kampung, biasa mereka akan membalut dan membungkus tuala wanita ini dengan surat khabar untuk mengelakkan si pembeli berasa malu. Rasanya zaman sekarang semua orang sudah open minded. Beli dan bawa pulang sahaja.

Bungkusan beli pad tuala wanita dari Lazada sudah sampai

Bungkusan beli pad tuala wanita dari Lazada sudah sampai

Beli Sanitary Pad Wanita Mudah Dan Murah Secara Online

Perlukah untuk pakai sanitary pad ini? Rasanya dalam konteks negara Malaysia, orang perempuan memang akan membeli dan pakai tuala wanita ini. Ianya adalah untuk kebersihan dan sebagai alat jaga jaga kalau berlaku “kebocoran” ketika datang haid. Malu juga kalau datang haid dan tiada alat untuk mengawal darah yang keluar dari kemaluan dan nampak basah pada seluar. Kalau tanya samada perlu atau tidak, sudah tentulah ianya sangat sangat perlu.

Sanitary pad wanita yang dibeli dari Lazada sudah sampai

Sanitary pad wanita yang dibeli dari Lazada sudah sampai

Sanitary pad zaman sekarang adalah dari jenis pakai buang. Kadang kita menyebutnya sebagai tuala wanita, sanitary napkin, sanitary towel, menstrual pad atau pad sahaja. Dan ianya akan diletakkan di dalam seluar dalam.

Ianya ada 2 jenis utama. Satu sanitary pad dari jenis yang biasa dan satu lagi dari jenis bersayap (wing). Ikut keselesaan masing masing. Yang paling baik rasanya pastilah tuala wanita yang jenis bersayap untuk perlindungan kebocoran yang menyeluruh dan mempunyai gam untuk melekat supaya ianya tidak mudah bergerak.

Anda boleh beli tuala wanita di website Shopee untuk lebih penjimatan

Anda boleh beli tuala wanita di website Shopee untuk lebih penjimatan

Website Untuk Beli Sanitary/Panty Liners

  • Lazada – ada banyak pilihan jenama pad tuala wanita yang murah di sini
  • 11Street – ada banyak pilihan jenama pad tuala wanita yang murah di sini
  • Shopee – ada banyak pilihan jenama pad tuala wanita yang murah di sini

Dalam zaman dunia internet. Boleh dikatakan semua benda kita sudah boleh beli cara online di internet. Sanitary pad pun boleh anda beli di internet. Bagi saya, kalau anda jenis yang pemalu dan inginkan tuala wanita yang bagus, berkualiti dan berharga murah, memang lebih baik kalau anda beli sahaja secara online. Terus beli banyak banyak sebagai stok.

Saya sendiri telah membelikan isteri saya sanitary pad dari brand jenama Libresse di laman website Lazada. Tergelak sahaja isteri saya melihat saya membelikan tuala wanita beliau di internet. Bagi saya sanitary pad ini sama seperti produk lampin pakai buang juga. Beli sahaja secara online secara pukal banyak. Ianya pasti lebih murah. Lagipun hendak pakai banyak dan setiap bulan pasti guna. Jadi alat atau produk seperti ini tidak perlulah anda ke kedai untuk membuang masa dan berpenat. Ada benda yang sesuai beli di kedai dan ada benda yang sesuai anda beli di internet. Setuju?

The post Beli Sanitary Pad Mudah Dan Murah Di Internet appeared first on Wanwidget.


Kurangkan Berat Badan Dengan Makan Beras Perang

$
0
0

Percaya atau tidak, fakta terkini menunjukkan rakyat Malaysia adalah pengidap OBESITI NO 1 di asia. Cuba anda fikirkan dan ingat akan negara negara asia. Rasanya kenapa negara Malaysia boleh jadi negara paling ramai yang rakyatnya gemuk dan terlebih berat badan. Kenapa? Salah satu faktor utama adalah kerana corak dan amalan pemakanan kita sendiri. Dan faktor yang kedua adalah kerana negara kita adalah negara yang membangun yang rata rata rakyatnya mempunyai kemampuan kewangan untuk berbelanja dalam soal pemakanan. Bagi saya, dua faktor ini adalah penyumbang utama. Kalau hendak suruh makan nasi beras perang pasti ramai yang buat muka pelik sebab tidak pernah makan.

Tidak percaya? Cuba lihat fakta negara yang paling ramai rakyatnya obesiti. Juaranya adalah negara negara di kawasan negara arab. Bagi saya ada dua faktor utama. Corak pemakanan yang tidak sihat dan keadaan negara yang kaya dan mampu membeli makanan. Rakyat Malaysia memang terbeban dengan kos sara hidup yang lebih kepada terbeban untuk membeli rumah dan juga menyimpan wang. Tetapi dalam soal makan, rata rata rakyat Malaysia memang agak mampu.

Beras perang yang siap belum dimasak

Beras perang yang siap belum dimasak

Makan Beras Perang Sesuai Untuk Diet

Dan ditambah dengan corak pemakanan yang tidak sihat seperti masakan bergoreng yang berunsurkan minyak dan masakan berkuah yang lebih kepada berunsurkan santan kelapa. Dua menu ini sahaja kalau dimakan selalu memang boleh menyebabkan gemuk lemak. Sayur? Memang bukan semua orang suka makan. Buah pula sekali sekala sahaja kalau terjumpa gerai atau kedai yang menjual buah. Jarang sekali ternampak menu makanan siap dengan buah buahan. Sayur sayuran pula hanya sedikit sahaja.

Contoh paket brown rice beras perang yang saya beli

Contoh paket brown rice beras perang yang saya beli

Semalam mendengar perkongsian doktor pakar diet. Beliau cakap, ramai orang GAGAL kuruskan badan kerana tiada ilmu atau ilmu yang mereka ada itu tersalah. Contoh mudah, kalau tidak makan nasi langsung pasti boleh kurus. Jawapannya memang betul boleh kurus, tetapi adakah tindakkan tersebut kurus dengan sihat? Dan berapa lama pula boleh kekalkan kurus tersebut? Nanti bila makan nasi pula, naik semula berat badan dan naik lebih dari sebelum ini.

Kata doktor pakar diet saya, kita bukan hendak kurus. Tetapi kita hendak dapatkan badan yang sihat dengan mengekalkan amalan pemakanan yang betul. Ini lagi penting kata beliau. Cepat kurus tetapi cepat naik badan buat apa? Biar kurang berat badan perlahan lahan lebih baik supaya dapat kekal lama.

Contoh beras perang yang ada dijual secara online

Contoh beras perang yang ada dijual secara online

Website Untuk Beli Brown Rice/Beras Perang

  • Lazada – ada banyak pilihan beras perang (brown rice) yang dijual di sini
  • 11Street – ada banyak pilihan beras perang (brown rice) yang dijual di sini
  • Shopee – ada banyak pilihan beras perang (brown rice) yang dijual di sini

Kalau sebelum ini suka makan malam pukul 10 malam – 11 malam, selepas ini kita teruskan makan malam tetapi jangan lebih dari pukul 8.30 malam. Ini lebih baik. Makan banyak kali pada waktu siang tetapi dengan kuantiti kecil lebih baik dari makan 2 kali tetapi terus ambil saiz hidangan yang banyak. Saya setuju.

Salah satu yang doktor cadangkan adalah dengan mencuba makan nasi dari beras perang. Kenapa dengan beras perang? Beras perang mempunyai jumlah kanji yang kurang berbanding nasi dari beras putih yang biasa. Jadi kalau kita makan beras perang, sudah tentu kanji iaitu kalori yang dihasilkan adalah rendah dan dapat mengelak kita dari menjadi terlebih berat badan dari nasi putih biasa. Ini salah satu tips sahaja. Bukan wajib pun. Kalau hendak cuba bolehlah. Di mana hendak beli beras perang? Cari sahaja di mana mana pasaraya dengan nama “brown rice” atau beli secara online. Selamat mencuba.

The post Kurangkan Berat Badan Dengan Makan Beras Perang appeared first on Wanwidget.

Alat Pembuka Penutup Botol Kicap Dan Minuman

$
0
0

Teringat saya ketika beraya dikampung pada zaman dulu dulu. Zaman sekarang masih ada. Cuma ianya sudah semakin kurang. Apa itu? Banyak rumah di kampung pada masa itu yang menghidangkan air minuman jenis bergas iaitu air berkarbonat. Biasanya yang popular adalah air yang berperasa sarsi dan juga oren. Perasa strawberry pun ada. Kalau minum banyak memang penuh perut sebab gas yang terhasil sampai menyebabkan sendawa. Yang saya perasa ketika itu adalah ada pembuka penutup botol yang telah disediakan sekali. Kalau tiada memang sudah hendak buka penutup botol tersebut.

Zaman sekarang jenis penutup botol sebegini agak kurang. Di rumah saya ada satu jenis botol yang masih perlu menggunakan pembuka penutup botol seperti ini. Iaitu botol kicap. Biasanya kicap jenama Tamin dan juga Habhal Cap Kipas Udang masih lagi menutup botol mereka menggunakan kaedah seperti ini. Jadi mahu tidak mahu di rumah memang kena ada alat pembuka penutup botol ini. Kalau tiada memang susah jadinya.

Contoh botol kicap yang menggunakan penutup botol jenis besi

Contoh botol kicap yang menggunakan penutup botol jenis besi

Pembuka Penutup Botol Untuk Kicap, Minuman Bikarbonat Dan Tin Sardin

Kalau anda masih tidak jelas tentang botol kicap yang masih menggunakan penutup botol jenis besi yang saya maksudkan, sila lihat gambar di atas. Rasa rasanya macam mana hendak membuka penutup botol seperti ini? Sudah tentulah anda memerlukan alat pembuka penutup botol yang khas untuk tujuan ini betul? Ada sahaja orang yang pandai buka gunakan sudu, kertas, jari dan sebagainya. Semua itu adalah teknik dan bukan semua orang mampu dan mempunyai kekuatan untuk membukanya.

Alat pembuka penutup botol dan juga tin makanan

Alat pembuka penutup botol dan juga tin makanan

Jadi adalah praktikal sekiranya anda beli sahaja alat pembuka penutup botol ini. Lihat gambar di bawah ini. Ini adalah produk pembuka penutup botol serbaguna yang saya gunakan di rumah. Ianya bukan sahaja boleh digunakan untuk membuka penutup botol jenis besi. Ianya juga boleh digunakan untuk membuka mana mana tin seperti tin susu dan juga tin ikan sardin. Ada satu sahaja pun sudah memadai. Boleh membantu membuat kerja kerja membuka tin dan penutup botol bila diperlukan.

Contoh alat pembuka penutup botol kicap yang pelbagai jenis

Contoh alat pembuka penutup botol kicap yang pelbagai jenis

Website Untuk Beli Pembuka Penutup Botol

  • Lazada – anda boleh mencari alat dan barang keperluan dapur di sini
  • 11Street – anda boleh mencari alat dan barang keperluan dapur di sini
  • Shopee – anda boleh mencari alat dan barang keperluan dapur di sini

Kadang hendak mencari alat pembuka penutup botol dan juga pembuka tutup tin makanan pun agak payah juga. Cara yang paling senang adalah dengan mencari dan membelinya secara online di internet. Anda klik sahaja link di atas ini. Kemudian anda taipkan perkataan “bottle opener”, saya pasti anda akan jumpa.

Apa yang saya kongsikan ini adalah dari pengalaman peribadi sebenarnya. Selepas berkahwin, saya pun belilah barang barang keperluan dapur seperti botol kicap dan juga tin susu serta tin sardin. Yang menjadi masalah ketika itu adalah macam mana hendak membuka penutup botol kicap ini. Dan macam mana pula hendak membuka penutup tin sardin. Jadi mahu tidak mahu terpaksa cari dan beli alat pembuka penutup botol ini untuk memudahkan kerja dapur di masa akan datang. Saya harap anda sudah faham dan selamat menggunakannya.

The post Alat Pembuka Penutup Botol Kicap Dan Minuman appeared first on Wanwidget.

Keropok Lekor Losong Sedap Besut Terengganu

$
0
0

Adakah anda suka makan keropok lekor? Dari mana asal usul resepi penciptaan dan pembuatan keropok lekor ini. Kalau anda tahu, saya berminat hendak dengar sebab saya sendiri pun tidak tahu. Cuma, apabila kita bercakap tentang keaslian keropok lekor yang dikatakan lebih sedap, lebih lembut dan tidak keras walaupun sudah tentu adalah keropok lekor yang dibuat dan dijual di negeri Terengganu. Tetapi, betulkah keropok lekor dari terengganu itu sedap dan lembut?

Bercakap soal mana yang lebih “sedap”, ianya adalah perkara subjektif sebenarnya. Keropok lekor yang dijual di pasar malam pun sedap sebenarnya apabila masih panas baru lepas digoreng. Cuma apabila sejuk, ada sesetengah keropok lekor memang akan menjadi keras. Kata orang, keropok lekor jenis ini adalah kerana banyak penggunaan tepung dan kurangnya isi ikan. Kalau keropok lekor yang asli dikatakan ianya memang lembut walaupun setelah sejuk dan memang terasa dengan isi ikan di dalamnya. Yang dari Terengganu macam itukah?

keropok lekor losong Terengganu

keropok lekor losong Terengganu

Pengalaman Beli Keropok Lekor Terengganu

Saya berkesempatan untuk ke negeri Terengganu beberapa hari lepas. Saya ke Besut Terengganu. Di tepi tepi jalan memang ada sangat banyak kedai yang menjual keropok lekor. Kalau di Terengganu, anda akan nampak perkataan “keropok lekor losong” banyak ditulis di sana sini. Sebenarnya apa maksud “losong” itu? Apbila saya bertanya, rupa rupanya perkataan losong itu adalah nama tempat di Terengganu yang menghasilkan keropok lekor yang asli original dari negeri Terengganu. Orang cakap, keropok lekor di sana memang sedap.

Saya sempat singgah di salah satu kedai yang memang membuat dan menjual keropok lekor Terengganu. Boleh beli yang masih mentah atau yang sudah dimasak. Kalau mahu beli yang sudah digoreng pun boleh. Ada keropok lekor jenis yang besar besar, besar panjang dan ada yang jenis kecil kecil. Saya beli keropok lekor yang jenis kecil kecil sahaja. Beli yang sudah direbus. Saya beli RM20 dan dapat 4 bungkusan keropok lekor yang setiap bungkus ada banyak juga isinya. Balik rumah dan terus goreng.

keropok lekor terengganu juga ada banyak dijual online di Shopee

keropok lekor terengganu juga ada banyak dijual online di Shope

Anda Boleh Mencari Keropok Lekor Frozen Di Internet

  • Lazada – carian saya menunjukkan keropok lekor ada dijual di sini
  • 11Street – carian saya menunjukkan keropok lekor tiada dijual di sini setakat ini
  • Shopee – carian saya menunjukkan banyak keropok lekor ada dijual di sini

Proses menggoreng sangat mudah. Hanya masukkan keropok lekor ke dalam kuali dengan minyak yang panas. Tunggu ianya kembang sedikit dan nampak kegaringan dan angkat. Kemudian cicah dengan sos cili. Memang sedap. Perkara yang paling saya hendak tahu adalah apa yang terjadi ketika ianya sejuk. Nampaknya ianya memang kekal lembut dan langsung tidak keras. Ini bermakna keropok lekor yang saya beli di Terengganu memang asli lah. Ketika makan memang terasa isi ikan.

Tapi bukan semua orang boleh ke Terengganu untuk membeli keropok lekor. Kalau ditempat anda ada yang menjualnya, maka beruntunglah anda. Tetapi bukan semua tempat ada. Kalau ada pun pasti bukan jenis yang lembut dan banyak isi ikan. Dalam masalah ini anda jangan risau, saya sudah membuat semakan di internet terutamanya di website Shopee. Ada ramai juga peniaga yang menjual keropok lekor jenis frozen di sana. Malah ianya memang dibuat di Terengganu. Cubalah beli di sana kalau mahu. Bye.

The post Keropok Lekor Losong Sedap Besut Terengganu appeared first on Wanwidget.

Bagaimana Sistem Penghantaran Pos Laju Bekerja

$
0
0

Salam kepada pembaca. Adakah anda salah seorang yang terlibat dalam bisnes online. Anda menjadi penjual di internet? Kalau YA!, saya pasti anda mahu atau tidak mahu pasti akan berurusan dengan syarikat perkhidmatan penghantaran barang seperti Pos Laju, Skynet, Gdex, Citylink dan sebagainya. Antara banyak banyak syarikat kurier yang popular di Malaysia ini, Pos Lajulah yang paling popular sekali. Pertama sekali, saya bukan orang pos laju dan tidak pernah bekerja dengan pos laju atau berpengalaman kerja dengan syarikat kurier. Tulisan ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi sahaja tentang sistem dan cara bekerja penghantaran pos laju. Jelas?

Sebagai seorang yang suka membeli belah (online shopping) di internet. Saya kerap juga mengambil pesanan pos saya di kaunter pejabat pos laju. Dan saya juga ada beberapa kali membuat penghantaran barang parcel menggunakan servis penghantaran pos laju. Jadi tahu jugalah sedikit sebanyak bagaimana hendak pos barang dan bagaimana hendak ambil barang di pos laju. Bila sudah lakukan berkali kali, maka fahamlah sedikit sebanyak bagaimana sistem penghantaran pos laju bekerja.

Bungkusan penghantaran pos laju sudah sampai ke rumah

Bungkusan penghantaran pos laju sudah sampai ke rumah

Bagaimana Penghantaran Pos Laju Hantar Dan Pos Barang

Kalau anda ingin hantar barang di pos laju. Hanya bawa barang ke pos laju dan katakan pada staff yang anda hendak pos barang menggunakan “pos laju”. Mereka akan berikan sampul pos laju mengikut saiz yang anda mahukan dan mereka juga akan berikan slip kertas penghantaran pos laju yang perlu anda isi. Slip tersebut sudah ada siap sekali dengan nombor tracking (tracking number) dan salinan (copy). Setelah siap isi maklumat alamat kepada penerima. Anda (penjual/penghantar) barang akan mendapat slip salinan yang siap dengan nombor tracking.

Pihak pos laju pula akan mengambil barang tersebut dan memasukkan data (key in) nombor tracking ke dalam sistem komputer mereka. Apabila barang dipos, barang akan singgah beberapa kali di pejabat pos cawangan. Setiap kali barang singgah di pejabat pos cawangan, mereka akan kemaskini (update) nombor tracking dengan memberikan maklumat berkenaan lokasi barang tersebut sehinggahlah barang sampai ke destinasi iaitu di alamat penerima. Setelah sampai destinasi pun pihak pos laju akan kemaskini maklumat semasa barang anda sudah sampai ke pejabat pos yang mana.

Semak samada barang pos sudah sampai dengan nombor tracking

Semak samada barang pos sudah sampai dengan nombor tracking

Itu adalah cerita berkenaan bagaimana pihak penjual/penghantar pos barang kepada anda dan juga cerita tentang bagaimana petugas pejabat pos menghantar dan kemaskini maklumat semasa barang anda. Saya harap dua dua proses awal ini anda boleh faham dan kenapa nombor tracking sangat penting bagi pihak pos laju. Mereka akan jejak status keberadaan barang anda berdasarkan tracking number. Faham ya.

Penyata masa proses penghantaran oleh pihak Lazada

Penyata masa proses penghantaran oleh pihak Lazada

Cara Semak Nombor Tracking Pos Laju

  • Track & Trace – sila semak check nombor tracking pos laju di sini
  • Android PosLaju – install aplikasi Pos Laju dan check tracking number guna smartphone

Jadi anda sebagai pembeli barang iaitu penerima barang, macam mana anda hendak tahu samada barang pesanan anda sudah sampai atau belum? Mudah sahaja. Anda hanya perlu dapatkan dan minta nombor tracking kepada si penghantar barang iaitu penjual tadi. Kalau anda membeli barang secara online di Lazada misalnya, pihak penjual akan update status berkenaan tracking number di dalam website Lazada. Anda boleh lihat di sana.

Setelah anda dapat nombor tracking, bagaimana untuk check dan semak status semasa keberadaan penghantaran pos laju anda. Mudah sahaja. Sila tonton video di atas ini. Saya sudah buatkan untuk anda. Saya pasti anda akan faham dan dapat mengikutinya dengan mudah.

Pihak pos laju biasanya akan pos dan hantar barang anda ke alamat rumah anda sebanyak 2 kali. Kalau 2 kali gagal mungkin kerana anda tiada di rumah, pihak posmen akan melekatkan atau selitkan slip notis pengambilan barang. Jadi gunakan slip notis dan pergi ke pejabat pos laju. Sila semak nombor tracking untuk tahu alamat sebenar anda kena pergi pos laju yang mana. Selepas itu pergi ke pejabat pos laju berkenaan dan berikan nombor kad pengenalan (IC) dan juga tracking number dari slip notis berkenaan dan mereka akan cari, ambil barang dan berikan kepada anda. Kaedah ini adalah sekiranya proses penghantaran pos laju gagal dilakukan ke rumah anda. Jelas ya.

The post Bagaimana Sistem Penghantaran Pos Laju Bekerja appeared first on Wanwidget.

Minyak Angin Cap Kapak Untuk Hilang Bau Loya

$
0
0

Syukur alhamdulillah isteri saya telah disahkan mengandung oleh doktor di sebuah klinik di Pulau Pinang ini. Pada mulanya isteri saya hanya membuat pemeriksaan menggunakan alat pregnancy test sahaja dan hasil jawapannya adalah positif mengandung. Cuma kami perlu berjumpa doktor juga sebagai pengesahan sahaja samada betul atau tidak. Akan tetapi tanda tanda orang mengandung sudah boleh dilihat. Mudah terasa lapar, kuat makan dan kadang kala muntah kerana berasa loya. Atas sebab itulah beliau menyuruh saya belikan beliau minyak angin cap kapak ini.

Minta nasihat adik perempuan saya, beliau mengatakan yang saya perlu membeli limau kecil kecil. Saya tidak ingat samada ianya limau purut atau limau kasturi. Cuma yang pasti ianya mampu memberikan kesan untuk tidak berasa mudah loya. Dan semalam agak banyak kali juga isteri muntah muntah. Perut terasa kosong dan mudah loya. Nasi goreng terasa busuk katanya. Air oren terasa seperti mahu basi dan sebagainya.

Gambar minyak angin cap kapak terkini

Gambar minyak angin cap kapak terkini

Minyak Angin Cap Kapak Untuk Wanita Mengandung

Petang tersebut beliau meminta saya belikan beliau minyak angin cap kapak. Sudah agak lama saya tidak menggunakan minyak angin jenama ini. Hanya ingat ianya digunakan oleh emak saya ketika saya masih kecil dahulu. Tidak sangka yang minyak angin cap kapak ini masih ada sehingga sekarang. Tiba tiba jadi teringat pula akan kesan bau dari minyak angin tersebut. Memang kuat. Tetapi saya tidak pasti akan kesan busuk menggunakannya ketika mengandung.

Biasanya orang dulu dulu gunakan minyak angin cap kapak ketika pening pening, sakit kepala, selsema dan lain lain. Dari pembacaan saya di internet, rupanya ramai juga perempuan mengandung yang mudah berasa mual loya, mereka memang akan gunakan minyak angin cap kapak atau vicks. Cuma pemakaian jangan keterlaluan kerana ianya digunakan secara sapuan luar dan dapat dihidu oleh hidung. Takut jadi tabiat pula bila suka sedut bau minyak angin cap kapak. Bahaya juga.

Cara pemakaian pula biasa disapu pada kepala, hidung, dada dan juga bawah perut atau juga pada tapak kaki. Tengoklah anda sakit pada bahagian mana. Dan bahan utama minyak angin ini adalah kandungan “menthol” yang memberikan rasa sejuk dan boleh berikan rasa terbakar jika berlebihan. Penggunaan dikatakan tidak merbahaya kepada bayi kerana ianya mudah tersejat ke udara sebelum diserap ke dalam badan.

Website Untuk Beli Minyak Angin Cap Kapak

  • Lazada – anda boleh mencari minyak cap kapak di sini
  • 11Street – anda boleh mencari minyak cap kapak di sini
  • Shopee – anda boleh mencari minyak cap kapak di sini

Rupa rupanya sehingga kini belum ada kajian terperinci mengenai minyak angin ini samada ianya selamat atau tidak untuk wanita hamil. Yang boleh diceritakan adalah dari testimoni pengguna yang lalu lalu. Secara umumnya ianya tidak merbahaya. Cuma di nasihatkan kepada kita adalah menjaga jumlah kekerapan menggunakannya. Ianya belum terbukti selamat, dan belum anda juga kes kes berat mengenainya. Jadi kena guna secara berhemah.

Sudah lama sebenarnya saya tidak menghidu bau dari minyak angin cap kapak ini. Bila belikan untuk isteri semalam, sempat juga menyapu pada hidung. Terasa segar, sejuk, sedikit panas dan yang penting akan membuatkan kita seperti segar sedikit kerana bau dari minyak angin tersebut. Jadi tidak hairanlah kalau minyak angin cap kapak diminta oleh isteri yang mengandung untuk membantu mereka menghilangkan rasa mual dan loya pada tekak mereka. Terbaik.

The post Minyak Angin Cap Kapak Untuk Hilang Bau Loya appeared first on Wanwidget.

Viewing all 697 articles
Browse latest View live