Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all 697 articles
Browse latest View live

Alat Pengukur Tekanan Darah Jenis Digital

$
0
0

Bila ada sakit tekanan darah samada rendah atau tinggi, maka anda akan di nasihatkan oleh doktor untuk membuat semakan (check) tekanan darah selang sehari atau setiap hari selama 1 minggu. Dan dari data berkenaanlah doktor akan membuat keputusan samada anda perlu atau tidak untuk memulakan proses memakan ubat atau tidak. Ada banyaklah proses yang perlu anda lalui sebelum itu. Cumanya proses yang agak melecehkan adalah anda perlu ambil bacaan tekanan darah anda banyak kali. Dan setiap kali anda perlu ke klinik untuk mendapatkan bacaan tersebut. Adalah lebih senang kalau anda mempunyai alat pengukur tekanan darah sendiri di rumah.

Saya tidak pasti samada anda tahu ataupun tidak, sebenarnya alat pengukur tekanan darah boleh anda beli sendiri dan digunakan di rumah. Dan selepas membelinya, kalau boleh sila bawa ke klinik dan membuat ujian penggunaan di hadapan doktor yang berpengalaman. Jika bacaan menunjukkan bacaan yang hampir sama, maka bolehlah pakai alat tersebut. Jika bacaan menunjukkan bacaan yang agak berbeza pada setiap kali bacaan dibuat, memang tidak boleh gunakan alat tersebut. Kena beli model yang lain.

alat pengukur tekanan darah jenama Omron

alat pengukur tekanan darah jenama Omron

Alat Pengukur Tekanan Darah Brand OMRON

Oleh kerana di klinik ada mempunyai alat pengukur tekanan darah jenis murah yang boleh digunakan diklinik tersebut, maka saya memilih untuk membeli sendiri berdasarkan model yang sama. Kalau klinik pakai model “OMRON”, jadi kenapa pula saya perlu membeli model yang tidak serupa betul? Harganya adalah di dalam lingkungan RM150 sahaja. Dan doktor sendiri yang menyarankan saya untuk membeli peralatan tersebut kalau ada wang untuk memudahkan urusan. Kenapa?

Untuk membuat analisis berkenaan tekanan darah, doktor akan meminta kita mengambil bacaan tekanan darah setiap hari atau selang satu hari selama 1 minggu dengan memakan ubat tekanan darah yang diberikan. Datang ke klinik ramai orang. Kena daftar dahulu. Tunggu nama dipanggil. Buat bayaran. Selepas itu tunggu nombor giliran dan barulah dilayan untuk diambil bacaan tekanan darah. Selepas selesai pun biasanya proses ini memakan masa selama 2 jam mengikut pengalaman saya.

Beli dan dapatkan blood pressure monitor secara online

Beli dan dapatkan blood pressure monitor secara online

Cara Menggunakan Mesin Check Tekanan Darah

  • Lazada – anda boleh mencari blood pressure monitor di sini
  • 11Street – anda boleh mencari blood pressure monitor di sini
  • Shopee – anda boleh mencari blood pressure monitor di sini

Kalau dapat klinik yang tidak ramai, biasanya 30 minit akan selesai itupun kalau datang paling awal. Mudah cerita proses ini akan memakan masa dan kita sendiri yang akan berasa leceh. Kena pula kalau anda bekerja siang dan memang tidak ada masa untuk mengambil dan mencatat bacaan tekanan darah anda. Jadi dengan adanya mesin iaitu alat pengukur tekanan darah ini, maka ianya sudah banyak memudahkan urusan anda. Selepas makan ubat tekanan darah, boleh terus test sendiri bacaan tekanan darah di rumah.

Alah, bukan mahal sangat alat pengukur tekanan darah jenama Omron ini. Hanya RM150. Cuma nasihat saya, jangan beli alat check tekanan darah yang murah murah dari ini. Kerana dibimbangi yang bacaan yang dipaparkan mungkin kurang tepat. Bacaan yang kurang tepat akan menyukarkan doktor untuk membuat keputusan terhadap status bacaan tekanan darah anda yang sebenar dan memberikan dos ubat darah tinggi yang kurang tepat kepada keadaan diri anda. Anda beli dan dapatkan alat pengukur tekanan darah jenis model yang lain pun boleh. Lagi mahal lebih bagus kerana terdapat pelbagai fungsi dengan pembacaan yang lebih jitu. Bye.

The post Alat Pengukur Tekanan Darah Jenis Digital appeared first on Wanwidget.


Alat Pemotong Buah Apel Yang Murah Tapi Berguna

$
0
0

Rasanya bila kita suruh siapa siapa untuk potong buah, pasti bukan semua orang tahu lakukannya betul? Kalau buah macam lai, epal, tembikai, oren, dan yang sama dengannya pasti ramai yang tahu. Kalau suruh kupas kulit buah, pasti ramai yang gagal lakukannya. Kalau hendak mudah beli sahaja alat pengupas kulit buah buahan. Selalunya orang berasa leceh mahu potong buah apel kerana berasa leceh membuang biji apel. Untuk memudahkan kerja, apa kata anda beli dan dapatkan alat pemotong buah seperti gambar di bawah ini.

Semalam ketika berjalan jalan ke pasaraya, entah kenapa tiba tiba isteri saya mengambil alat pemotong buah epal tersebut. Katanya sejak mengandung, kena rajin makan buah buahan. Jadi terasa leceh pula terpaksa potong buah epal dan buang bijinya sekali. Jadi dengan adanya produk seperti alat pemotong buah ini, maka bahagian tengah buah iaitu kawasan biji akan terus dibuang sekali. Mudah dan senang katanya. Saya memang belum pernah gunakan alat tersebut. Tetapi pernah juga tonton video review berkenaan alat tersebut dan bagaimana ianya berfungsi. Menarik jugalah.

alat pemotong buah buahan sepert apel

alat pemotong buah buahan sepert apel

Alat Pemotong Buah Apple

Disebabkan saya terjumpa di pasaraya, maka kami terus beli sahajalah alat pemotong buah tersebut. Harganya pun dalam RM5 sahaja. Murah. Kalau anda tidak terjumpa di mana mana, cara yang paling mudah adalah beli sahaja secara online melalui link di bawah ini. Memang ada sangat banyak pilihan. Siap ada alat pemotong buah yang dikhaskan untuk memotong buah tembikai sekali.  Tetapi bersaiz besarlah. Sebenarnya produk produk dan alat seperti ini hanyalah bertujuan memudahkan urusan harian kita sahaja. Kalau anda selesa memotong buah epal tanpa masalah, maka anda potong seperti biasa sahajalah. Tidak ada isu pun.

Buah epal selepas dipotong ada bahagian yang orang biasa jarang makan. Iaitu bahagian tengah yang mempunyai biji. Dan alat pemotong buah epal ini akan memotong dan membuang terus bahagian tengah buah epal. Jadi selepas dipotong memang anda boleh terus makan buah epal tanpa memikirkan soal masalah biji epal.

Dapatkan alat pemotong buah seperti Apple cut di internet

Dapatkan alat pemotong buah seperti Apple cut di internet

Website Untuk Beli Alat Pemotong Buah Epal

  • Lazada – anda boleh mencari alat pemotong buah di sini
  • 11Street – anda boleh mencari alat pemotong buah di sini
  • Shopee – anda boleh mencari alat pemotong buah di sini

Mana mana buah yang seakan sama saiz dan bentuk dengan buah epal boleh menggunakan alat ini. Selain dari kebolehan membelah buah epal kepada 6 biji. Ianya akan terus memotong dan memisahkan isi tengah berbiji epal dengan mudah dan cepat.

Di atas ini saya kongsikan satu video bagaimana cara saya menggunakan alat pemotong buah epal ini. Hanya perlu diletakkan di atas buah epal dan tekan sehingga ke bawah. Ianya akan terus membelah epal kepada 6 potongan dan terus mengasingkan bahagian tengah yang mempunyai biji. Boleh terus ambil dan makan. Mudah bukan? Apa apa pun selamat mencuba ya. Bye.

The post Alat Pemotong Buah Apel Yang Murah Tapi Berguna appeared first on Wanwidget.

Pengalaman Melawat Baby Expo Penang

$
0
0

Sebenarnya saya sendiri belum pernah berkesempatan untuk melawat mana mana pameran yang menjual produk dan barangan bayi kepada orang ramai. Maklumlah belum ada anak sebelum ini. Dan alhamdulilah, isteri sedang mengandungkan anak pertama, jadi inilah kali pertama kami ke baby expo Penang untuk melihat sendiri akan program tersebut. Adakah ianya berbaloi untuk kami melawat ke sana. Dan sudah tentulah tujuan utama untuk mencari dan mendapatkan idea barang dan produk bayi yang bagaimanakah yang patut kami beli. Kalau ada barangan bayi yang murah boleh juga kami beli sedikit demi sedikit.

Baby Expo di Pulau Pinang memang dijalankan setiap tahun. Dan ianya diadakan di stadium PISA Pulau Pinang yang kini disebut sebagai Setia SPICE Arena Pulau Pinang. Memang setiap tahun pernah dengar dan nampak iklan pameran baby ini. Cuma kali ini berkesempatan untuk pergi sendiri ke sana. Dan benda pertama yang bermain di minda saya adalah berkenaan harga barangan bayi yang dijual. Murah atau mahal?

TLM Baby Expo Spice Arena Penang

TLM Baby Expo Spice Arena Penang

Bestkah Pergi Baby Expo Pulau Pinang

Setia Spice Arena Penang ini diadakan di dalam stadium yang mempunyai penghawa dingin. Jadi anda tidak perlu bimbanglah kalau takut berasa panas dan berpeluh. Memang sejuk dan sesuai sangat kalau anda pergi pada waktu tengah hari. Tiada tiket kemasukkan yang dikenakan. Ianya percuma sahaja. Dan ada beberapa aktiviti yang dijalankan seperti pesta makanan, cabutan bertuah, pertandingan, tangkap gambar kanak kanak dan sebagainya.

Berbalik kepada barang dan produk baby yang ada dijual di sana. Pada pendapat saya ianya kurang memberangsangkan. Mungkin kerana kami sendiri tidak tahu hendak mencari apa. Atau mungkin kerana acara ini sudah diadakan setiap tahun, jadi tidak ada apa benda yang menarik bagi saya. Kami masuk sekejap sahaja. Lihat barang bayi, compare harga dan balik. Ini bagi kamilah. Tidak tahulah bagaimana dengan anda. Mungkin anda rasakan ianya menyeronokkan.

Baby Expo Spice Arena Pulau Pinang

Baby Expo Spice Arena Pulau Pinang

Ada satu benda yang membuatkan saya terus berasa kurang best kerana faktor harga. Antara produk barangan bayi yang ibu bapa akan cari adalah “breast pump”. Tujuan adalah untuk menyedut susu ibu menggunakan alat seperti mesin penyedut. Ada yang manual dan ada yang jenis elektronik. Untuk kurang penat tangan hendak pump mesin tersebut, belilah breast pump jenis elektronik.

Hasil survey dengan rakan rakan kami sebelum ini, rata rata membeli breast pump dengan harga dari RM250-RM400 sahaja. Kalau murah sangat nanti kurang bagus kerasa sedutan akan terasa kasar dan mungkin isteri anda pun kurang suka. Kalau beli yang mahal sedikit, setting sedutan akan lebih lembut dan mempunyai banyak pilihan kuasa sedutan. Namun ianya berbalik kepada bajet dan juga brand juga.

Produk barangan bayi yang ada dijual di baby expo

Produk barangan bayi yang ada dijual di baby expo

Zaman sekarang adalah zaman membeli belah secara online. Kadang kita akan membuat perbandingan harga dengan barang yang sama ada dijual di internet. Ada satu kedai itu menjual breast pump dengan harga RM750. Memang mahal bagi saya. Saya terus membuat carian di Lazada untuk brand yang sama dan ianya dijual dengan harga RM400 sahaja. Wahhh sangat beza besar. Mahal RM50 pun ok. Ini sampai beza RM300 lebih sudah keterlaluan bagi saya.

Website eCommerce Terbaik Malaysia

  • Lazada – website yang paling banyak dikunjungi rakyat Malaysia
  • Shopee – antara yang mula popular selepas Lazada
  • 11Street – kedua terbaik selepas kedua di atas

Atas sebab inilah kenapa kami terus balik dari baby expo. Saya tidak katakan semua kedai yang menjual barangan baby fair seperti ini mahal mahal juga. Bukan bermaksud semua expo bayi di tempat lain pun begini juga harga yang dikenakan. Cumanya satu kedai sudah menjual dengan harga seperti ini, memang saya terus malas hendak survey kedai yang lain lain juga.

Nasihat saya, anda boleh pergi baby expo dipersilakan. Rajin buat compare harga untuk tidak mudah ditipu harga. Boleh beli produk dan barangan bayi secara online mana mana barang yang dirasakan sesuai seperti beli pampers secara online lebuh mudah dan juga murah misalnya. Stroller mungkin boleh beli secara online. Baby car seat pula rasanya sesuai kalau beli di kedai kerana boleh check kualitinya dan lain lain lagi. Inilah kisah pengalaman saya pertama kali ke baby expo Pulau Pinang.

The post Pengalaman Melawat Baby Expo Penang appeared first on Wanwidget.

Penghawa Dingin Panasonic Antara Terbaik

$
0
0

Saya pasti ramai dari anda yang pertama kali ingin membeli aircond untuk rumah pasti akan membuat sedikit kajian mengenai mana sistem penghawa dingin yang terbaik betul? Setiap orang mungkin berbeza cara mereka akan menggunakan aircond itu sendiri. Ada orang yang hanya buka aircond sekejap sekejap sahaja ketika cuaca agak panas atau panas pada malam hari. Mungkin ada yang hendak mencari aircond yang jimat bil elektrik. Ada yang mahu sistem compressor aircond yang senyap tidak bising dan sebagainya. Pada kali ini saya hendak berkongsi cerita kenapa saya memilih penghawa dingin Panasonic. Jom baca.

Ceritanya bermula begini. Rakan saya sudah beberapa kali membeli penghawa dingin di kedai elektrik dan juga secara online. Jadi adalah beberapa tips yang beliau kongsikan kepada saya yang agak berguna bagi saya. Biasanya beliau membeli aircond kerana mahu dipasangkan pada rumah homestay beliau. Atas alasan tersebut, beliau mahukan sebuah sistem penghawa dingin yang “murah”. Jadi pilihan yang ada adalah penghawa dingin dari jenama Midea. Kalau anda buat survey, memang aircond brand ini menawarkan harga yang paling murah sekali berbanding pesaingnya.

Beli penghawa dingin Panasonic terkini

Beli penghawa dingin Panasonic terkini

Beli Penghawa Dingin Panasonic Non Inverter

Namun keperluan saya pula adalah berbeza. Saya mahu mendapatkan penghawa dingin yang boleh dipakai lama, tidak berbunyi bising dan dibuka hanya bila perlu iaitu bukan selalu dan bukannya untuk jangka panjang. Dan kriteria pemilihan ini membawa saya untuk kenal dengan aircond Non Inverter dan juga jenis Inverter. Kata si juru jual, kalau pakai sekejap sekejap seperti bawah 4 jam, lebih baik menggunakan aircond jenis “non inverter”. Tambahan pula ianya adalah lebih murah harganya berbanding jenis yang ada fungsi inverter.

Harap jangan tersalah faham. Inverter adalah pilihan paling baik. Tujuannya adalah untuk menjimatkan penggunakan bil elektrik. Sebab itulah ianya lebih mahal dari berbanding jenis non inverter. Akan tetapi penjimatan hanya dapat dirasakan apabila anda menggunakan penghawa dingin lebih dari 4 jam sehari secara terus menerus. Oleh kerana saya sendiri mahu menggunakan pada malam hari. Contoh saya buka aircond pada pukul 11 malam dan saya setting untuk ianya auto OFF pada pukul 2 atau 3 pagi. Maka penggunakan saya tidak lebih dari 4 jam. Maka keperluan saya hanyalah perlu menggunakan aircond jenis non inverter sahaja.

Setelah survey dilakukan, ada 3 brand penghawa dingin yang dicadangkan iaitu Daikin, Mitshubishi dan juga Panasonic. Setelah membuat perbandingan dari ketiga tiga model terkini aircond ini, saya dapati Panasonic menang dari segi harga, penjimatan penggunaan elektrik dan juga servis selepas jualan. Maka saya memilih penghawa dingin Panasonic. Dan selepas pemasangan dilakukan dan menggunakan penghawa dingin Panasonic tersebut, jawapan yang saya boleh berikan adalah, saya amat berpuas hati.

penghawa dingin Panasonic 1hp non inverter

penghawa dingin Panasonic 1hp non inverter

Website Online Shopping Popular Malaysia

  • Shopee – website online shopping popular di Malaysia
  • Lazada – website online shopping paling popular di Malaysia

Puas hati yang bagaimana? Kalau tanya tentang bil elektrik saya tidak boleh menjawab buat masa sekarang kerana belum sampai sebulan penggunaan dan bil elektrik pun belum sampai ke rumah. Kalau bertanya berkenaan sejuk ataupun tidak, sudah tentulah sejuk. Nama pun aircond. Kalau tidak sejuk itu bermakna penghawa dingin tersebut ada masalah. Kalau bertanya berkenaan samada compressor penghawa dingin Panasonic ini bising atau tidak, ini yang paling saya suka. Ianya amat senyap mengikut halwa telinag saya. Bunyi kipas aircond ketika mengeluarkan angin di ruangan bilik pun terasa senyap.

Biasanya aircond jenis macam ini adalah sesuai kepada anda yang menetap di satu satu kawasan dengan tempoh lama. Kalau hanya beberapa bulan sahaja di satu satu kawasan, adalah lebih baik dapatkan penghawa dingin jenis portable. Tetapi saya pasti majoriti lebih sukakan penghawa dingin jenis yang terpasang dan melekat di dinding (wall mounted) betul? Nampak cantik, kemas dan selesa. Berapa harga saya beli penghawa dingin Panasonic ini? Harganya adalah RM999 sahaja untuk kekuatan 1HP jenis non inverter. Model bagi penghawa dingin Panasonic ini adalah CS-PV9TKH untuk tahun 2019. Kos pemasangan adalah sebanyak RM220-RM250. Anda boleh dapatkan penghawa dingin Panasonic lebih murah kalau anda membelinya secara online. Saya sudah membuat perbandingan dan memang ada perbezaan harga dalam RM50 lebih kurang. Selamat menggunakan aircond. BYE!!!

The post Penghawa Dingin Panasonic Antara Terbaik appeared first on Wanwidget.

Alat Untuk Tampung Tampal Tayar Bocor

$
0
0

Kenderaan seperti kereta memang biasa kalau lama kelamaan tayar menjadi pancit. Pancit dan bocor adalah 2 benda yang berbeza. Kalau pancit biasanya sebab sudah lama tayar tidak dipam angin yang baharu, sudah lama kenderaan tersebut tidak dipandu atau terlanggar lubang laluan jalan raya yang tidak sekata. Ini adalah masalah kecil. Pam angin semula, maka selesailah. Bagaimana kalau tayar kereta anda bocor kerana tertusuk benda tajam. Mahu tidak mahu anda terpaksalah untuk tampal tayar bocor tersebut. Betul?

Baru sahaja saya menggantikan tayar lama dengan tayar kereta yang baharu. Selepas kemudian tiba tiba tayar bocor. Habis terus angin keluar. Itupun ketika parking di depan kedai makan. Hendak pam, tiada alat pam angin pula. Terpaksa terus memandu ke bengkel kereta yang berdekatan. Kalau lubang bocor teruk memang kena tukar tayar baru lagilah. Kalau lubang bocor ok, ada harapan ianya boleh diselamatkan. Dan nasik baik lubang bocor yang terdapat pada tayar kereta saya agak kecil.

Gambar tampal tayar bocor dengan alat khas

Gambar tampal tayar bocor dengan alat khas

Alat Tampal Tayar Bocor Untuk Motosikal Dan Kereta

Sedikit peringatan kepada anda. Jika tayar kereta anda bocor terus dan tayar menjadi kempis (flat), kalau boleh sila ke stesen minyak yang berdekatan dan terus pam angin. Kemudian cepat cepat bawa kereta anda ke bengkel kereta. Atau kalau anda ada masa dan kebetulan stesen minyak jauh, sila tukar dahulu tayar bocor kepada tayar spare part dahulu dan kemudian baru pandu ke bengkel kereta. Ini peringatan penting ya. Kenapa?

Untuk pengetahuan anda, jika tayar kereta anda bocor 100%, jangan terus memandu tanpa angin untuk ke bengkel kereta yang jauh. Ini akan mengakibatkan tayar kereta anda menjadi rosak. Tayar bersifat getah. Ianya lembut. Kereta kita pula adalah dari besi dan berat. Perjalanan jauh ke bengkel dalam keadaan tayar bocor 100%, sudah pasti akan merosakkan struktur tayar terbabit. Tayar boleh menjadi bulat dan elok kerana terdapat dawai di dalamnya. Kalau dawainya rosak, maka rosaklah tayar kereta anda. Jelas?

Alat tool kit untuk tampal tayar bocor kereta yang ada dijual di Lazada

Alat tool kit untuk tampal tayar bocor kereta yang ada dijual di Lazada

Jika tayar kereta anda bocor di mana mana jalan raya dan anda pula ingin segera kereta perjalanan jauh. Nasihat saya, sila sediakan alat khas untuk tampal tayar bocor anda itu. Jangan risau, alat untuk menampal lubang tayar kereta yang bocor memang ada dijual di internet dan ianya murah sahaja. Tidak sampai RM20 pun. Ini adalah alat pertama yang anda perlu ada. Yang kedua pula adalah pam angin. Kalau ada lebih baik.

Website Beli Barang/Produk Aksesori Kenderaan

  • Lazada – anda boleh mencari produk, barang dan aksesori kereta di sini
  • 11Street – anda boleh mencari produk, barang dan aksesori kereta di sini
  • Shopee – anda boleh mencari produk, barang dan aksesori kereta di sini

Dan yang ketiga penting adalah alat dalam bentuk botol semburan yang mana tugasnya memasukkan cairan khas ke dalam tayar kenderaan anda samada motosikal atau kereta pun boleh. Dan cairan khas ini akan automatik memenuhi ruang yang berlubang kerana tertusuk dan menampalnya segera dan angin di tambahkan secara automatik. Jadi sempatlah anda membawa kereta anda ke stesen minyak untuk menambah angin lagi.

Selepas saya ke bengkel, nasib baik lubang yang bocor adalah kecil. Terus sahaja pekerja staff bengkel tersebut lakukan teknik “tampung” untuk tampal tayar bocor dengan alat khas yang ditusukkan ke dalam lubang yang bocor tersebut berbentuk getah yang membuatkan angin tidak dapat keluar dan tayar menjadi ok semula. Kos untuk servis perkhidmatan tampal tayar bocor hanyalah RM5.50 sahaja dan ianya dilakukan dalam masa 10 minit sahaja. Cepat dan pantas. Sebab itulah saya sarankan anda beli sahaja alat tampal tayar bocor ini sendiri. Berminat?

The post Alat Untuk Tampung Tampal Tayar Bocor appeared first on Wanwidget.

Cara Pasang Kepala Gas Dapur Memasak

$
0
0

Perasan tidak, selepas gas memasak di rumah anda habis. Anda perlu membeli tong gas memasak yang baharu pula. Dan selepas itu anda perlu membuat pemasangan kepala gas semula untuk gas mengalir keluar dan masuk ke dapur gas memasak anda untuk anda memasak makanan. Ini adalah hal yang biasa. Namun bagi anda yang baru pertama kali belajar hendak menggunakan dapur gas memang akan menjadi masalah. Masalah yang bagaimana? Iaitu tidak tahu bagaimana cara yang betul untuk memasang paip kepala gas kepada tong gas. Jadi takut kalau ianya salah.

Sedikit panduan kepada anda yang tidak tahu mengenai langkah keselamatan untuk menggunakan dapur gas memasak ini. Kebiasaannya, dapur gas memasak memerlukan 3 komponen utama. Yang pertama adalah dapur memasak itu sendiri. Ianya bertujuan sebagai tempat untuk memasak makanan. Yang kedua pula adalah hos iaitu paip gas yang akan menghubungkan laluan gas dari tong gas memasak ke dapur memasak. Jelas?

Sambungan pemasangan antara kepala gas dengan tong gas memasak

Sambungan pemasangan antara kepala gas dengan tong gas memasak

Bagaimana Sambungan Kepala Gas Dengan Tong Gas Yang Betul

Dan yang ketiga pula adalah “KEPALA GAS” itu sendiri. Kepala gas adalah alat yang sangat penting dan menjadi penghubung utama antara tong gas dengan paip gas. Kepala gas inilah yang akan membuka dan membenarkan laluan gas memasak dari tong gas dan masuk ke paip gas dan mengalir ke dapur memasak. Tujuan penggunaan kepala gas adalah untuk mencengkam muncung tong gas agar laluan keluar gas adalah selamat dan tidak berlaku kebocoran. 

Kalau anda mempunyai bajet wang yang lebih, saya nasihatkan anda mendapatkan dan beli kepala gas yang mempunyai meter. Ianya bukanlah wajib. Tetapi membantu anda juga dari segi bilakah hari yang boleh anda bersedia duit untuk membeli tong gas yang baru jika gas sudah habis. Tidaklah anda terkejut tiba tiba api memasak terpadam ketika sedang memasak. 

Contoh kepala gas dan paip gas dapur memasak yang dijual murah di Shopee

Contoh kepala gas dan paip gas dapur memasak yang dijual murah di Shopee

Website Untuk Beli Dapur Gas, Paip Gas Dan Kepala Gas

  • Lazada – anda boleh mencari membeli barang berkaitan gas memasak di sini
  • 11Street – anda boleh mencari membeli barang berkaitan gas memasak di sini
  • Shopee – anda boleh mencari membeli barang berkaitan gas memasak di sini

Ada sesetengah paip gas mempunyai sistem yang agak canggih. Contohnya kalau paip gas longgar dan tertanggal, ianya dapat dengan cepat dapat menahan (block) gas dari terus keluar dan membahayakan kalau terdapat api yang sedang menyala. Biasanya, paip hos gas memasak yang biasa tidak terdapat ciri ini. Jadi sila pastikan sambungan hos paip gas memasak dengan sambungannya adalah ketat. Jelas ya.

Bagaimana hendak pasang kepala gas memasak dengan betul? Pertama sekali, sila pastikan sambungan hos paip gas antara dapur memasak dengan kepala gas adalah ketat. Ini adalah wajib ya. Selepas itu, sila perhatikan bawah kepada gas terdapat lubang berbentuk bulat. Lubang berkenaan adalah untuk dimasukkan muncung tong gas memasak. Masukkan muncung tong gas kepada lubang yang terdapat di bawah kepala gas. Tekan sedikit kepala gas ke bawah. Selepas itu, sila putangkan pemutar/suis/tuil yang terdapat pada kepala gas sehingga habis dan tujuannya adalah untuk mengetatkan sambungan antara kepada gas dengan muncung tong gas. Proses ini akan menyebabkan gas dibuka dan masuk ke paip gas melalui kepala gas. Faham? Kemudian, sila buka api pada dapur gas memasak anda. Jika menyala, maka sambungan anda adalah betul. Jelas? Selamat mencuba.

The post Cara Pasang Kepala Gas Dapur Memasak appeared first on Wanwidget.

Invest in Gold

$
0
0

gold investment

Welcome to the world of gold investing! If you’re looking for a reliable and secure asset that can provide long-term value growth, gold is a wise investment choice. Gold has been a sought-after commodity for centuries and has retained its value in times of economic uncertainty, making it a popular hedge against inflation and market volatility. In this article, we will explore the benefits of investing in gold, its historical significance, and how it can fit into a diversified investment portfolio. So, let’s dive into the world of gold and discover its potential.

What is gold?

Gold is a precious metal that has been highly valued by humans for centuries. It’s a chemical element with the symbol Au and atomic number 79. Gold is a soft, dense, yellow metal that does not tarnish or corrode.

It is mainly produced by mining, but can also be found in small amounts in seawater and in the earth’s crust. Gold is extracted from the ground through various methods, including underground mining, open-pit mining, and placer mining. Once mined, gold is refined into pure bars or coins.

Gold is widely known for its use in jewelry, but it also has many other industrial and commercial applications. It is highly conductive, making it useful in electronics and aerospace technology. Gold is also used in dental work, medical implants, and as a coating for spacecraft and other vehicles.

Gold Ore

What is gold used for?

Gold has been used as a form of currency for thousands of years. In fact, the use of gold as a store of value and medium of exchange dates back to ancient civilizations such as the Egyptians and Romans. Today, gold is still used as a currency in some countries and is considered a safe haven investment during times of economic uncertainty.

Gold is also used in a wide range of industrial applications. It is highly conductive, making it valuable in electronics and aerospace technology. Gold is also used in medical implants, dental work, and as a coating for spacecraft and other vehicles.

Why invest in gold?

Gold has several features that make it a unique investment opportunity. It has been regarded as a reliable and secure asset throughout history. It is a tangible asset with intrinsic value that is not affected by economic or political fluctuations. Thus, it can act as a hedge for investors against economic and geopolitical turmoil.

In contrast to other assets, gold has a limited supply, and this scarcity has historically been a reason for its price appreciation. Unlike paper currency, gold cannot be printed, so global economic growth does not have a direct impact on its value. However, several factors influence gold’s market value:

Factors influencing gold’s value:
Inflation
Geopolitical tensions
Market volatility

Inflation has a direct relationship with gold prices. When there is inflation in the market, the value of currency decreases, and investors look for a stable investment option like gold.

Geopolitical tensions can create instability in the stock market, thereby affecting most investments. During such times, investors tend to divert their funds to safe-haven assets such as gold.

Market volatility is another factor that affects all investment assets, but gold is unique as it has an inverse relationship with the stock market. Thus, it can act as a shield against any market downturn.

Overall, gold has a lot of potential to act as a safe-haven investment option for investors. Its unique features make it a reliable asset for long-term investments.

Investing in gold

Ways to invest in gold

There are several ways to invest in gold, each with its own set of risks and benefits. Before investing in gold, it’s important to understand each option and choose the one that aligns with your investment goals and risk tolerance.

Physical gold bullion

One way to invest in gold is to purchase physical gold bullion, such as bars or coins. This option provides investors with direct ownership of gold, which can potentially provide a hedge against inflation and market volatility. However, physical gold requires secure storage, and there may be additional costs associated with insurance and transportation.

Gold mining stocks

Investing in gold mining stocks allows investors to own shares in companies that mine gold. This option can provide exposure to the potential growth of the mining industry, but it also comes with the risks associated with investing in individual companies, such as mismanagement or market fluctuations.

Exchange-traded funds (ETFs)

Gold ETFs are a convenient way to invest in gold without having to store physical bullion. These funds typically track the price of gold and can be bought and sold like stocks. However, ETFs come with their own set of fees and expenses, and performance may be impacted by market conditions.

Gold futures

Gold futures involve a contract to buy or sell gold at a specific price and time in the future. This option can provide investors with exposure to the fluctuating price of gold, but it also requires a high level of knowledge and expertise in commodity trading. Futures trading also comes with significant leverage, which can amplify both gains and losses.

Each of these investment options has its own set of advantages and disadvantages. It’s important to carefully consider each option and choose the one that aligns with your investment goals and risk tolerance.

invest gold

Risks and challenges of investing in gold

While gold is considered a reliable and secure asset, there are several risks and challenges associated with investing in it.

One of the main downsides of investing in gold is its lack of income generation. Unlike stocks or bonds, gold does not pay any dividends or interest, which can limit its overall return potential. Additionally, fees associated with certain gold investment options, such as physical storage or management fees for ETFs, can further eat into returns.

Another challenge of investing in physical gold is the need for storage. While holding gold bullion can provide a sense of security, it requires a safe and secure location, such as a bank vault or a home safe. This can limit the liquidity of the investment and make it difficult to access funds quickly.

Investors should also be aware of the potential for fraud and counterfeit gold products. It is important to verify the authenticity of any gold purchases, especially those made from non-reputable sources.

Despite these risks, there are ways to mitigate them and make informed investment decisions. Researching and understanding the different investment options for gold, diversifying one’s portfolio, and seeking professional advice can help investors navigate the challenges of investing in gold.

gold coins

Investing in gold can be a wise choice for those looking to diversify their portfolio, but it’s important to understand and mitigate the risks and challenges associated with this asset class.

Gold as part of a diversified portfolio

Adding gold to a diversified portfolio can help improve long-term performance and reduce risk. Gold’s low correlation with other assets means it can act as a hedge against economic uncertainty and inflation. Here are some strategies for incorporating gold into your investment portfolio:

  • Strategic allocation: Allocate a fixed percentage of your portfolio to gold and rebalance periodically to maintain the allocation.
  • Tactical allocation: Use market signals or economic indicators to adjust your gold allocation over time.
  • Alternative weighting: Use gold as an alternative to other assets in your portfolio, such as bonds or real estate.

Whichever strategy you choose, it’s important to remember that gold should be viewed as a long-term investment and not a short-term speculation.

invest gold

How to start investing in gold

Are you ready to start investing in gold? Here are some practical steps to get started:

  1. Research different investment options. As mentioned in earlier sections, there are multiple ways to invest in gold, including physical gold bullion, gold mining stocks, exchange-traded funds (ETFs), and gold futures. Take the time to research and understand the potential risks and benefits of each option.
  2. Open a brokerage account. To invest in gold, you’ll need to open a brokerage account with a reputable firm that offers gold investments. Some popular options include TD Ameritrade, Fidelity, and Charles Schwab.
  3. Set realistic investment goals. Determine how much money you can afford to invest in gold and set realistic investment goals based on your risk tolerance and financial situation. Remember that gold is a long-term investment, so be patient and don’t expect quick returns.
  4. Monitor your investments. Keep track of the performance of your gold investments and make adjustments to your investment strategy as needed. Consider setting up alerts or notifications to stay on top of market fluctuations.
  5. Seek professional advice. If you’re new to investing or unsure about how to proceed, consider seeking advice from a financial advisor or investment professional. They can help you create a personalized investment plan that aligns with your goals and risk tolerance.

Remember, investing in gold can be a wise choice for diversifying your portfolio and protecting your wealth in times of economic uncertainty. By taking the time to research and understand your options, you can make informed investment decisions and potentially reap the long-term benefits of investing in this valuable asset.

Invest Gold

Conclusion

Investing in gold can be a wise decision for those looking to diversify their portfolio and protect their wealth in times of economic uncertainty. Gold has historically retained its value and has the potential for long-term growth.

Although there are risks and challenges associated with investing in gold, such as lack of income generation and potential storage issues, these can be mitigated through informed investment decisions and proper research.

Adding gold as part of a diversified investment portfolio can help improve overall portfolio performance, and it is essential to seek professional advice before making any investment decisions.

So, if you are interested in investing in gold, take the necessary steps, such as opening a brokerage account and setting realistic investment goals, to start building your portfolio today.

The post Invest in Gold appeared first on Wanwidget.

Apa Itu Quantum Metal

$
0
0

Quantum Metal Sdn Bhd adalah sebuah syarikat pengedar emas jongkong terbesar yang sah beroperasi di Malaysia sejak tahun 2012. Pemilik iaitu founder Quantum Metal adalah bernama Dato Lim Khong Soon. Sumber emas Quantum Metal adalah dari lombong emas Perth Mint Australia. Dan syarikat Quantum Metal menjadi supplier emas jongkong fizikal kepada Bank Muamalat, Affin Bank, Ar Rahnu Tekun, MyAngkasa dan lain lain. Dengan kata lain, program pelaburan emas (buku akaun emas) dari bank bank dan institusi kewangan ini adalah menggunakan sumber emas dari syarikat Quantum Metal.

Bagaimana pun, syarikat Quantum Metal mengorak langkah dengan memperkenalkan program pelaburan emas digital bersama Quantum Metal untuk orang awam iaitu rakyat Malaysia pada tahun 2019. Program ini memperkenalkan tagline anda boleh memulakan langkah pertama untuk melabur dalam emas dengan modal minima serendah RM10 SAHAJA. Kenapa boleh jadi murah? Semua ini boleh berlaku adalah kerana anda beli emas dalam bentuk “digital”. Jualan emas dalam bentuk fizikal tidak memungkinkan pembelian emas boleh jadi serendah RM10.

Info Tentang Quantum Metal

Isu semasa yang hangat diperkatakan tentang Quantum Metal adalah berkenaan program beli emas tidak boleh dapat emas. Sebenarnya anggapan ini adalah salah. Jawapan yang betul adalah, syarikat Quantum Metal adalah pengedar emas jongkong di Malaysia. Cumanya untuk memudahkan orang awam untuk membeli emas dengan modal rendah, maka program pelaburan emas digital diperkenalkan. Jangan bimbang, pembelian emas secara online telah dibackup 100% dengan emas fizikal sebenar. Malah anda boleh tukarkan emas digital yang anda beli kepada emas fizikal kalau mahu. Jadi tidak ada isu scam dan sebagainya.

Adakah program pelaburan emas Quantum Metal halal? Jawapannya adalah YA!!. Syarikat Quantum Metal ada sijil patuh syariah. Jadi tidak ada isu orang Islam ragu ragu beli emas kerana bimbangkan riba. Sudah saya jelaskan tadi di atas yang Quantum Metal adalah pengedar emas jongkong dan program pelaburan emas digital dibackup dengan emas fizikal sebenar. Jadi sudah tentulah ianya adalah halal dan shariah compliant.

Program Emas Quantum Metal

  1. GSA Quantum Metal –  akaun beli, jual dan simpan emas
  2. GCA Quantum Metal – akaun pajak emas online
  3. GAE Quantum Metal – akaun gandakan simpanan emas

Setakat artikel ini ditulis, hanya ada 3 jenis akaun yang diperkenalkan. Nasihat saya, orang kebanyakkan dan hanya ada modal rendah, sila buat pelaburan emas di akaun Gold Storage Account (GSA) dan Gold Convert Account (GCA). Hanya kepada yang pandai teknikal analisis, pandai baca isu semasa dan ada yang modal baru saya galakkan untuk buat pelaburan emas di akaun Gold Asset Enhance (GAE). Namun ini pendapat peribadi saya ya. Wang anda adalah keputusan anda.

Register Quantum Metal

  • QuantumMetal ] – sila klik link ini untuk mendaftar.
  • WhatsappQuantumMetal ] – jom masuk Whatsapp group kendalian kami di sini jika ada apa apa yang kurang faham berkenaan proses pendaftaran dan apa apa tentang melabur emas dalam Quantum Metal ya.

Berapa modal untuk daftar menyertai Quantum Metal? Tidak ada modal apa apa. Anda daftar, buat pengesahan (verification) dan boleh mudah beli emas. Dan saya juga sediakan group Whatsapp kendalian saya dan upline (dealer) untuk menjawab apa apa soalan yang anda bangkitkan. Kami akan jawab semampu kami. Kalau anda yang bertanya adakah boleh buat income pendapatan aktif dan pasif bersama Quantum Metal. Jawapannya adalah ya boleh. Berminat? Jom register sekarang juga. BYE!!!.


Telco BeMobile Malaysia

$
0
0

BeMobile adalah sebuah syarikat telekomunikasi terbaru bertaraf mobile virtual network operator (mvno) di Malaysia untuk tahun 2023. Pengasas (founder) syarikat ini adalah Encik Noor Azlan Bin Khamis. Telco Be Mobile Malaysia ini memperkenalkan 3 teras bisnes perniagaan mereka iaitu Simkad BeMobile, DNAR Exchange dan Payplz. Ketiga tiga produk ini adalah produk utama dari BeMobile. Ringkasannya adalah, BeMobile menggabungkan perniagaan telco dengan penawaran rebat dalam bentuk emas digital sebagai salah satu kelebihan buat pengguna BeMobile.

3 Produk Utama Be Mobile

  1. Simkad Be Mobile – program telco berasaskan simkad prepaid/hybrid postpaid 4G&5G
  2. DNAR Exchange – program beli, jual dan simpan emas
  3. PayPlz – payment sistem yang memberikan ganjaran emas digital

BeMobile

BeMobile menggunakan rangkaian network Digi + Celcom. Pengguna simkad BeMobile akan menggunakan kedua dua rangkaian ini bergantung kepada line manakah yang paling kuat. Misalnya jika di kawasan anda link Digi adalah paling kuat berbanding line Celcom, maka smartphone anda akan automatik switch kepada Digi dan begitulah sebaliknya. Jika anda berminat buat duit dengan BeMobile, anda haruslah menjadi Dealer atau Stokis. Dan anda berpeluang menjana pendapatan aktif dan juga pasif.

DNAR pula adalah program jual beli dan simpan emas digital. Dan emas digital ini boleh anda tukarkan kepada emas fizikal dengan minima 1 gram emas digital terkumpul.

PayPlz pula adalah perkhidmatan pembayaran atas talian iaitu online payment system. Anda buat apa apa pembelian atau pembayaran menggunakan Payplz, maka anda akan mendapat ganjaran berbentuk rebat dalam bentuk emas digital yang akan dimasukkan ke dalam akaun emas BeMobile. Anda bayar bil telco sendiri pun anda boleh dapat rebat emas digital.

Ketiga tiga program ini boleh di akses melalui super app iaitu Aplikasi BeMobile itu sendiri.

Sub-Produk BeMobile

  • Be KIND – Infaq/derma
  • Be CONNECTED – Diagnosis kenderaan. Roadside assistance
  • Be PROTECTED – Wasiat, hibah, pusaka
  • Be Travel
  • DNAR Umrah
  • DNAR Korban
  • DNAR Kasih

Cara Daftar/Register Bemobile

  • App Bemobile ] –  sila muat turun (download) app Be mobile terlebih dahulu dan pasang (install). Anda boleh terus cari di Google Play (Android) atau di App Store (Apple iOS)
  • Daftar BeMobile ] – sila klik link ini untuk mendaftar/register BeMobile. Sila pastikan link ini membawa anda proses register menggunakan aplikasi Bemobile ya.
    • Sila pastikan anda buat KYC iaitu upload IC depan belakang
    • Sila upload gambar selfie bersama MyKAD
    • Sila update maklumat berkenaan nombor akaun bank anda
    • Sila selesaikan pada bahagian profile untuk pengesahan ya
  • Whatsapp ] – ini adalah group Whatsapp kendalian saya untuk saya uruskan pertanyaan, pembelian dan pendaftaran (register) ahli baru BeMobile. Masuk ke dalam group selepas daftar. Buat bayaran RM10 kepada saya. Dan saya akan poskan simkad kepada anda. Selesai.

Kesimpulan yang boleh diberikan adalah. BeMobile adalah sebuah telco mvno yang menggunakan rangkaian Digi/Celcom. Memperkenalkan program simkad prepaid iaitu bisnes simkad yang menawarkan pendapatan aktif dan juga pasif dengan syarat anda mestilah menjadi dealer. Kelebihan paling utama adalah dengan menggabungkan penawaran ganjaran emas digital yang boleh ditukar kepada emas fizikal. Anda ubah tabiat pembayaraan biasa dengan menggunakan QR code (Payplz) misalnya dan rebat dalam bentuk emas digital akan terus di masukkan ke dalam akaun emas BeMobile anda. Kalau berminat boleh daftar melalui link di atas ini. Kalau anda apa apa soalan yang ingin ditanyakan, sila masuk ke dalam group Whatsapp kendalian kami dan insyaallah kami akan cuba jawab semampu kami. Jom bersama Be Mobile.

GSA Quantum Metal

$
0
0

GSA adalah singkatan kepada Gold Storage Account. Ini adalah akaun untuk anda beli emas, jual emas, simpan emas, tukar kepada emas fizikal dan transfer emas digital kepada akaun Quantum Metal pihak lain. Dengan kata lain, bila ada yang bertanya di mana hendak beli emas di Quantum Metal misalnya, jawapannya adalah semua itu boleh dilakukan melalui akaun GSA Quantum Metal. Harap maklum ya. Saya tidak mahu bercerita panjang lebar berkenaan Quantum Metal di artikel ini. Anda boleh baca panjang lebar tentang Quantum Metal di link ini. Saya ingin terus kepada topik perbincangan tajuk posting ini iaitu tentang GSA Quantum Metal.

Cara Beli Emas Quantum Metal

  • Sila klik pada menu GSA;
    • QM Sell – Sila klik di sini untuk beli emas. 
    • QM Buy – Sila klik di sini untuk jual emas.
    • Physical Withdrawal – Sila klik di sini untuk jual emas dan dapatkan emas fizikal minima 0.01gram. Tidak digalakkan kerana kos untuk mendapatkan emas fizikal akan dikenakan cas cas tambahan kerana upah menghasilkan emas bar dan kos penghantaran termasuk insurans. Kalau anda tidak kisah, dipersilakan.
    • Transfer – Anda boleh transfer emas anda dalam bentuk gram@cash kepada sesiapa sahaja yang mempunyai akaun GSA dengan Quantum Metal dengan minima RM1.

Pasti akan ada yang bertanya, kenapa kita hendak beli emas Quantum Metal kena klik pada QM Sell pula? Anda kena faham QM Sell bermaksud pihak Quantum Metal menjual emas anda anda. Sedangkan QM Buy pula bermaksud pihak Quantum Metal membeli emas dari anda. Jelas? Harap anda tidak terkeliru ya.

Minima pembelian emas Quantum Metal adalah RM10. Setiap pembelian emas dikenakan spread sebanyak 7% dari harga yang dijual. Spread inilah jumlah keuntungan yang pihak Quantum ambil dan dapat. Contoh. Katakan harga pasaran emas 1 gram semasa adalah RM250. Maka harga emas yang Quantum Metal jual kepada anda adalah RM250 + [ 7%xRM250] = RM250 + RM17.5 = RM267.50. Dengan kata lain, harga akhir anda beli emas adalah bernilai RM267.50 untuk 1 gram yang sudah termasuk kos spread iaitu keuntungan untuk pihak Quantum Metal. 

Kalau anda ingin menjual emas anda, anda kena klik pada QM buy ya. Bagaimana dengan harga jualan pula? Harga jualan adalah mengikut harga pasaran dan tidak dikenakan apa apa cas spread. Kalau harga pasaran emas adalah RM250 untuk 1 gram. Maka harga jualan adalah RM250 juga. Bahasa mudahnya begini, kalau anda ingin beli emas hari ini, anda kena bayar RM267.50 dan kalau anda ingin jual emas anda hari ini iaitu hari yang sama anda beli, maka harga jualan adalah RM250. Maknanya anda rugi membayar kos spread emas iaitu RM17.50. Jelas ya.

Register Quantum Metal

  • QuantumMetal ] – sila klik link ini untuk mendaftar.
  • WhatsappQuantumMetal ] – jom masuk Whatsapp group kendalian kami di sini jika ada apa apa yang kurang faham berkenaan proses pendaftaran dan apa apa tentang melabur emas dalam Quantum Metal ya.

Di atas ini adalah penjelasan ringkas berkenaan cara beli dan cara jual emas di dalam akaun GSA Quantum Metal. Anda berminat untuk buat duit dengan Quantum Metal boleh daftar melalui link di atas ini. Kalau anda ada apa apa soalan yang masih kurang jelas berkenaan apa apa isu, anda boleh ke dalam group Whatsapp kendalian saya untuk saya bantu anda. Saya harap artikel ini memberikan sedikit panduan kepada anda yang masih tidak faham berkenaan akaun Gold Storage Account (GSA) Quantum Metal ini. BYE!!!.

Simkad Prepaid BeMobile

$
0
0

Telco Be Mobile telah memperkenalkan simkad jenis prepaid dan juga hybrid postpaid. Dan di artikel ini saya ingin berkongsikan dengan anda tentang simkad prepaid BeMobile. Dan sudah tentu kenapa pengguna simkad pra-bayar (prepaid) mendapat permintaan tinggi di kalangan pengguna adalah kerana bayaran langganan bulanan adalah lebih rendah dan lebih murah berbanding simkad jenis postpaid. Jadi simkad prepaid dari Be Mobile juga tidak terkecuali menawarkan kadar murah dan menjimatkan yang setara dengan simkad prepaid lain yang ada di pasaran.

Pertama sekali, perlu di ingatkan yang simkad Be Mobile menggunakan rangkaian dari pencawang DIGI buat masa ini. Dan di masa akan datang pengguna simkad Digi mahupun Celcom akan menikmati capaian dari kedua dua network telco ini selepas penggabungan kedua dua syarikat telekomunikasi ini. Dengan kata lain, selepas ini samada pengguna simkad Digi mahupun Celcom akan menikmati kedua dua rangkaian sekaligus mengikut line mana yang lebih kuat di kawasan berkenaan. Harap maklum.

Simkad Prepaid Be Mobile

TAGLINE Be Mobile adalah “Always Connected” membawa maksud sentiasa ada sambungan dan capaian internet. Dengan kata lain, pengguna simkad BeMobile akan menikmati ke semua plan telco akan menawarkan UNLIMITED INTERNET walaupun untuk pakej telco yang paling murah. Menarik bukan? Tetapi yang menjadi perbezaan adalah dari segi kelajuan speed internet itu sendiri. Paling tidak aplikasi media sosial sentiasa terhubung walaupun dalam keadaan kelajuan internet yang rendah.

Pakej Plan Prepaid BeMobile

  • Be 10 (RM10) – unlimited call ke sesama rangkaian BeMobile. Unlimited internet pada speed 1Mbps (bukan info sebenar)
  • Be 30 (RM30) – unlimited call ke semua rangkaian. Unlimited internet pada speed 3Mbps (bukan info sebenar)
  • Be 50 (RM50) – unlimited call ke semua rangkaian. Unlimited internet pada speed 6Mbps (bukan info sebenar)

*** Buat masa ini telco BeMobile (13 July 2023) belum melancarkan lagi plan telco untuk simkad BeMobile. Kami akan update selepas pelancaran rasmi termasuk pakej plan internet yang sebenar. Harap maklum!!!.

Cara Langgan Data Internet BeMobile

  1. Sila buka aplikasi BeMobile
  2. Sila pastikan kredit sudah ada pada aplikasi BeMobile. Kalau belum ada sila buat tambah nilai terlebih dahulu dengan klik pada menu “Deposit”
  3. Sila klik pada menu “Package”
  4. Sila klik pada plan telco/internet yang anda mahukan
  5. Sila klik “Confirm/Subscribe” pada pakej plan yang anda mahukan
  6. Done.

Kesimpulannya adalah, anda kena pastikan yang aplikasi BeMobile sudah ditopup siap siap dengan kredit sebelum mula melanggan mana mana pakej pelan telco internet yang ada. Hanya selepas ada baki kredit yang mencukupi barulah anda boleh langgan/subscribe pakej plan yang anda mahukan. Harap maklum.

Cara Daftar/Register Bemobile

  • App Bemobile ] –  sila muat turun (download) app Be mobile terlebih dahulu dan pasang (install). Anda boleh terus cari di Google Play (Android) atau di App Store (Apple iOS)
  • Daftar BeMobile ] – sila klik link ini untuk mendaftar/register BeMobile. Sila pastikan link ini membawa anda proses register menggunakan aplikasi Bemobile ya.
    • Sila pastikan anda buat KYC iaitu upload IC depan belakang
    • Sila upload gambar selfie bersama MyKAD
    • Sila update maklumat berkenaan nombor akaun bank anda
    • Sila selesaikan pada bahagian profile untuk pengesahan ya
  • Whatsapp ] – ini adalah group Whatsapp kendalian saya untuk saya uruskan pertanyaan, pembelian dan pendaftaran (register) ahli baru BeMobile. Masuk ke dalam group selepas daftar. Buat bayaran RM10 kepada saya tidak termasuk kos pos. Dan saya akan poskan simkad kepada anda. Selesai.

Selalu orang akan tanya apa kelebihan guna simkad sekian dan sekian. Ianya menjadi penanda aras sebab kenapa mereka perlu berpindah dari menggunakan simkad yang lama kepada simkad dari telco yang baru. Jawapan saya adalah, di dalam BeMobile, EMAS adalah kelebihan paling utama kepada pengguna simkad BeMobile tidak kisahlah samada simkad prepaid mahupun hybrid postpaid. Anda beli barang, anda buat apa apa bayaran bil termasuk bayar bil telco sendiri menggunakan aplikasi BeMobile, anda akan dapat ganjaran reward dalam bentuk emas digital. Menarik bukan?

Macam mana dengan pakej plan telco dan data internet simkad prepaid BeMobile? Menarik? Berbaloi? Memang berbaloi bagi saya. Anda dapat sambungan internet unlimited untuk pakej paling murah dan dalam masa yang sama setiap kali bayar bil akan dapat ganjaran emas. Berminat daftar sekarang melalui link di atas dan masuk ke dalam group untuk apa apa bantuan serta pertanyaan. Tunggu apa lagi, jom jadi pengguna simkad Be Mobile. BYE!!!.

GCA Quantum Metal

$
0
0

Sebelum saya bercerita lanjut berkenaan GCA Quantum Metal, sila baca terlebih dahulu berkenaan Apa Itu Quantum Metal. Selepas anda faham, barulah kita beralih kepada tajuk utama di dalam artikel ini. GCA adalah singkatan kepada Gold Convert Account. Ianya adalah akaun iaitu fasiliti yang disediakan oleh syarikat Quantum Metal Sdn Bhd bagi memberikan kemudahan PAJAK EMAS ONLINE kepaada pengguna Quantum Metal sendiri. Dan akaun GCA ini adalah termasuk di dalam program pelaburan emas yang disediakan oleh Quantum Metal. Harap maklum ya.

Saya tidak mahu pusing pusing cerita berkenaan apa sebenarnya maksud dari fasiliti GCA Quantum Metal ini. Sebab itu saya ringkaskan yang ianya adalah sistem pajak online. Akan tetapi ianya tidak sama 100% dengan kaedah pajak emas yang biasa anda lakukan di kedai kedai pajak emas. Quantum Metal hanya gunakan konsep dan kaedah sahaja tetapi masih sedikit berbeza. Sebab itulah akaun GCA ini tidak dinamakan sebagai akaun pajak emas melainkan dinamakan sebagai gold convert account. Mari saya ceritakan apa perbezaan tersebut.

Apa Itu GCA Quantum Metal

Kaedah pajak emas yang biasa adalah, anda berikan iaitu pajak emas di kedai emas atau kedai pajak gadai. Kemudian anda dapat pinjaman wang sebanyak 60-80% dari nilai semasa emas yang anda pajak tersebut. Dan wang pinjaman anda kena bayar dalam masa yang ditetapkan termasuk wang upah simpan. Kalau anda gagal bayar atau tebus semula emas anda dalam tempoh ditetapkan, maka emas yang anda pajak akan dilelong oleh kedai emas atau kedai pajak gadai tersebut. Ini adalah praktis amalan yang biasa dilakukan dan semua orang tahu dan faham.

Jadi apa perbezaan pajak emas cara biasa dengan pajak emas cara Quantum Metal? Di bawah ini saya kongsikan kelebihan anda lakukan pajak emas online melalui Quantum Metal.

Kelebihan GCA Quantum Metal

  • Proses pajak emas dilakukan secara online 100%
  • Boleh tukarkan/pajak 91% emas kepada cash berdasarkan simpanan emas di akaun GSA Quantum Metal.
  • Dikenakan cas 3.5% setahun oleh management fee (upah simpan) dari nilai emas yang dipajak/dapatkan cash tunai.
  • Tidak ada emas anda yang akan dilelong di QM. Anda boleh simpan emas selama mana anda mahu.
  • Boleh tebus emas pada bila bila masa samada secara sikit sikit atau secara penuh.

Kenapa boleh pajak emas secara online? Sebab emas yang dijual adalah dalam bentuk emas digital. Setakat ini Quantum Metal antara syarikat pengedar/pembekal emas yang mampu berikan pembiayaan nilai pajak setinggi 91% di pasaran Malaysia. Kos upah simpan disebut sebagai management fee cumalah bernilai 3.5% setahun sahaja. Emas tidak akan dilelong walau anda tidak tebus emas anda kerana tidak ada tarikh wajib untuk anda tebus emas anda. Malah anda boleh tebus emas bila bila masa samada secara penuh atau sedikit demi sedikit. Menarik bukan?

Cara Pajak Emas Untuk Dapat Cash Tunai Quantum Metal

  • Sila klik pada menu GCA dan klik pada “Request GC”.
    • Gold Storage Account No: – sila pilih akaun emas yang anda mahu tukar kepada cash.
    • Gold Convert (MYR): – sila masukkan jumlah dalam RM yang anda mahukan berdasarkan jumlah Available Gold Convert (MYR) yang anda ada.
    • Klik pada “Submit” untuk hantar.
    • Semak sekali lagi, tandakan tick pada “i hereby agree to…” dan klik “Confirm”.
    • Jika berjaya, proses untuk wang ditransfer ke dalam akaun bank anda dalam masa 2-5 hari bekerja.

Saya sudah lakukan proses GCA ini banyak kali. Dan kalau ikut pengalaman peribadi, selepas saya melakukan pajak emas melalui akaun GCA, wang tunai akan masuk ke akaun bank dalam masa 2 hari bekerja sahaja. Tujuan buat GCA Quantum Metal? Mudah, sebab ingin beli emas dengan kos dan modal yang rendah. Contoh, anda ada modal RM1000. Anda buat pajak GCA dan dapat semula wang pinjaman/pembiayaan sebanyak RM850. Sebenarnya modal beli emas bernilai RM1000 cumalah RM150 sahaja. Betul? Wang sebanyak RM850 hanya perlu dipulangkan bila anda duit untuk tebus kembali emas anda. 

Register Quantum Metal

  • QuantumMetal ] – sila klik link ini untuk mendaftar.
  • WhatsappQuantumMetal ] – jom masuk Whatsapp group kendalian kami di sini jika ada apa apa yang kurang faham berkenaan proses pendaftaran dan apa apa tentang melabur emas dalam Quantum Metal ya.

Katakan selepas 2 tahun harga emas naik. Emas yang anda beli dengan nilai RM1000 sebelum ini telah menjadi RM1500 (contoh). Anda minta Quantum Metal jualkan dengan harga pasaran iaitu dapat RM1500. Quantum Metal ambil semula wang pinjaman/pembiayaan yang dahulu iaitu sebanyak RM850. Maka baki bersih adalah RM1500 – RM850 = RM650. Wang RM650 ini dipulangkan kepada anda semula. Jadi untung atau tidak? Berbaloi bukan? Berminat, jom daftar GCA Quantum Metal sekarang melalui link di atas ini ya. BYE!!!.

BeMobile DNAR Exchange

$
0
0

BeMobile adalah sebuah syarikat telekomunikasi bertaraf MVNO paling terbaru di Malaysia untuk tahun 2023 ini. Program telco Be Mobile ini menggabungkan “EMAS” sebagai salah satu kelebihan paling utama untuk pengguna simkad BeMobile. Dan program emas dari telco BeMobile ini di sebut sebagai DNAR Exchange. Ianya tempat untuk beli, jual dan simpan emas. Apa yang menariknya adalah, jika anda membuat apa apa bayaran termasuk bil telco BeMobile sendiri, anda akan mendapat ganjaran dalam bentuk rebat emas digital yang akan terus dimasukkan ke dalam akaun emas BeMobile anda. Menarik? Sudah tentu!!!.

Begini ceritanya, BeMobile menghasilkan satu aplikasi bertaraf SUPER APP yang bernama BEMOBILE. Dan aplikasi ini akan menguruskan komisen, langganan telco, langganan data internet dan apa apa sahaja termasuk proses jual dan beli emas digital. Semuanya akan melalui menggunakan aplikasi yang sama. Dan katakan anda buat bayaran menggunakan fungsi QR code yang ada dalam aplikasi BeMobile, anda akan terus dapat rebat dalam bentuk emas digital. Aplikasi BeMobile akan terus paparkan berasa jumlah reward emas digital yang telah anda dapat. Menarik? Sudah tentu!!!.

Emas Digital Be Mobile (DNAR Exchange)

Jadi DNAR Exchange adalah salah satu fasiliti program emas yang disediakan oleh pihak Be Mobile yang disatukan (integrasi) dengan program telco iaitu simkad Bemobile itu sendiri. Menggabungkan kedua dua program dalam satu program telah memberikan kelebihan buat pengguna BeMobile. Pembekal iaitu supplier bagi emas fizikal adalah dari ToyyibGold. 

DNAR Storage Account (DSA)

  • akaun untuk anda beli, jual dan simpan emas digital
  • minima beli emas adalah 0.02 gram
  • minima jual emas adalah 0.02 gram
  • minima tukar emas digital kepada emas fizikal adalah 1 gram

DNAR Reward Account (DRA)

  • akaun untuk menerima ganjaran rebat emas digital
  • minima jual emas adalah 1 gram
  • minima tukar emas digital kepada emas fizikal adalah 1 gram

DNAR Redeem

  • akaun untuk menukar emas digital kepada emas fizikal
  • minima tukar emas digital kepada emas fizikal adalah 1 gram @ dinar

Cara Daftar/Register Bemobile

  • App Bemobile ] –  sila muat turun (download) app Be mobile terlebih dahulu dan pasang (install). Anda boleh terus cari di Google Play (Android) atau di App Store (Apple iOS)
  • Daftar BeMobile ] – sila klik link ini untuk mendaftar/register BeMobile. Sila pastikan link ini membawa anda proses register menggunakan aplikasi Bemobile ya.
    • Sila pastikan anda buat KYC iaitu upload IC depan belakang
    • Sila upload gambar selfie bersama MyKAD
    • Sila update maklumat berkenaan nombor akaun bank anda
    • Sila selesaikan pada bahagian profile untuk pengesahan ya
  • Whatsapp ] – ini adalah group Whatsapp kendalian saya untuk saya uruskan pertanyaan, pembelian dan pendaftaran (register) ahli baru BeMobile. Masuk ke dalam group selepas daftar. Buat bayaran RM10 kepada saya. Dan saya akan poskan simkad kepada anda. Selesai.

Kesimpulan, program DNAR Exchange adalah satu program penawaran emas digital sebagai fasiliti dan kelebihan untuk pengguna simkad BeMobile. Kalau anda berminat dengan idea menggunakan simkad jimat, murah, unlimited internet serta boleh dapat dan kumpul emas, maka BeMobile ini adalah untuk anda. Kalau berminat boleh daftar melalui link di atas ini dan anda juga boleh masuk ke dalam group untuk pertanyaan apa apa soalan berkenaan BeMobile. Jom daftar sekarang!!!.

GAE Quantum Metal

$
0
0

GAE Quantum Metal adalah singkatan kepada Gold Asset Enhance. Ianya adalah sebuah program pelaburan menggandakan simpanan emas dari syarikat Quantum Metal Sdn Bhd. Anda pernah dengar atau faham maksud “LEVERAGE”. Kalau anda faham, jadi akaun GAE adalah akaun untuk leverage pelaburan emas. Tetapi jangan bimbang, ke semua produk di bawah Quantum Metal adalah halal dan patuh syariah termasuk akaun GAE ini. Harap maklum ya.

Kepada yang tidak faham maksud leverage, mari saya ringkaskan begini. Leverage dalam erti kata lain adalah menggandakan. Kebanyakkan pelaburan yang berasaskan leverage ini adalah haram dan tidak patuh syariah. Tetapi kenapa pula leverage emas dalam Quantum Metal boleh jadi halal dan shariah compliant pula. Jawapannya adalah kerana PEMBIAYAAN!!!. Syarikat Quantum Metal melalui pihak ketiga memberikan pinjaman dalam bentuk pembiayaan halal patuh syariah untuk menambahkan modal pelaburan asal anda. Ketika artikel ini ditulis, hanya ada 2 sahaja akaun menggandakan pelaburan emas iaitu GAE 5X dan GAE10X.

GAE 5X

  • Modal untuk 1 unit adalah sebanyak USD25
  • Syarikat akan berikan 4 unit tambahan
  • Total unit yang anda laburkan adalah sebanyak 5 unit
  • Jadi jumlah keseluruhan pelaburan anda adalah sebanyak USD125
  • Spread perbezaan harga jual beli emas adalah sebanyak 4%
  • Dan kos management fee adalah sebanyak 3.5% setahun

GAE 10X

  • Modal untuk 1 unit adalah sebanyak USD250
  • Syarikat akan berikan 9 unit tambahan
  • Total unit yang anda laburkan adalah sebanyak 10 unit
  • Jadi jumlah keseluruhan pelaburan anda adalah sebanyak USD2500
  • Spread perbezaan harga jual beli emas adalah sebanyak 3%
  • Dan kos management fee adalah sebanyak 3.5% setahun

Gold Asset Enhance (GAE) Quantum Metal

GAE 5X kali bermaksud pelaburan anda menjadi 5 kali ganda dari modal asal. Dan GAE 10X kali bermaksud pelaburan anda menjadi 10 kali ganda dari modal asal. Kepada anda yang cuma ada modal yang kecil, bolehlah melabur untuk pakej GAE5X. Dan kepada anda yang ada modal yang besar bolehlah melabur dalam pakej GAE10X.

GAE ini cerita mudahnya begini. Anda hendak beli rumah berharga RM100K. Tetapi anda tidak mampu. Maka bank arahkan anda sediakan modal 10% dari harga rumah iaitu RM10K. Baki lagi RM90K datangnya dari pihak bank dengan pinjaman setinggi 90%. Jika di satukan ke semua modal ini, maka dapatlah anda beli rumah yang berharga RM100K. Cuma dari pinjaman 90K ini anda kenalah bayar semula nanti termasuk cas interest yang dikenakan. Jelas? Faham?

Sama juga halnya kalau anda hendak beli pakej GAE Quantum Metal dari GAE10X. Modalnya adalah USD250 untuk 1 unit. Tetapi Quantum Metal menawarkan pembiayaan sebanyak 9 lagi unit yang berharga USD2250. Maka keseluruhan modal pelaburan anda menjadi 10 unit yang bernilai USD2500. Cuba faham balik. Modal anda cuma USD250. Tetapi modal pelaburan akhir telah menjadi USD2500 iaitu meningkat menjadi 10 kali ganda. Jadi apa keuntungan bagi pihak Quantum Metal? Mereka cuma ambil keuntungan dari cas management fee sebanyak 3.5% setahun dari pembiayaan yang diberikan dan cas keuntungan 3% dari spread pembelian emas.

TETAPI melabur dalam GAE Quantum Metal BUKAN UNTUK SEMUA ORANG YA!!!. Ini nasihat saya. Jujur dan ikhlas dari saya secara peribadi.

Kepada anda yang faham tentang leverage pasti faham akan risiko melabur menggunakan teknik leverage ini. Ketika dengan modal USD250, harga emas naik dan anda untung USD10, sebenarnya dengan GAE10X, anda sedang untung USD100 sebab 10 kali ganda. Dan ketika harga emas turun dan anda sedang rugi USD10 dari modal USD250, dala, GAE10X anda akan rugi sebesar USD100 kerana 10 kali ganda tersebut. Jadi pelaburan gandaan seperti ini ada peluang dan risiko.

Jadi anda kena buat apa kalau anda telah melabur dalam GAE Quantum Metal dan sedang rugi? Jawapannya adalah JANGAN JUAL!!!! Sila tunggu harga emas naik kembali melebihi harga emas ketika anda beli sebelum ini. Dan pelaburan Gold Asset Enhance (GAE) ini memang lebih kepada anda yang ada modal dan ada masa untuk menunggu harga emas naik. Kalau anda tidak ada 2 ciri ciri ini, sila jangan join GAE. Untuk risiko yang lebih selamat sila anda boleh cuba beli emas di Gold Storage Account (GSA) dan pajak emas di Gold Convert Account (GCA).

Register Quantum Metal

  • QuantumMetal ] – sila klik link ini untuk mendaftar.
  • WhatsappQuantumMetal ] – jom masuk Whatsapp group kendalian kami di sini jika ada apa apa yang kurang faham berkenaan proses pendaftaran dan apa apa tentang melabur emas dalam Quantum Metal ya.

Sekali lagi saya ingatkan, akaun pelaburan gandaan emas dari GAE Quantum Metal bukan untuk semua orang. Kalau anda tahu baca berita semasa berkenaan emas, anda tahu baca chart pergerakkan harga emas di pasaran, maka anda boleh mengambil peluang untuk melabur dalam akaun GAE ini setelah anda tahu cara biasa masa yang sesuai hendak beli dan apa yang anda kena buat ketika harga emas jatuh atau turun di pasaran. Jika anda berminat, sila klik pendaftaran di atas ini dan masuk ke Whatsapp group kendalian saya untuk pertanyaan apa apa soalan. Jom join Quantum Metal. BYE!!!.

Dealer & Stokis BeMobile

$
0
0

Syarat utama untuk mula buat duit dan menjana pendapatan dalam Be Mobile adalah dengan menjadi DEALER BeMobile. Mana mana program telco seperti ini memang memerlukan pengguna simkad dari telco berkenaan untuk mendaftar atau mengupgrade keahlian dari user biasa kepada dealer. BeMobile juga begitu. Dalam BeMobile, pengguna biasa iaitu yang hanya menggunakan simkad akan disebut sebagai Account Holder. Hanya selepas mereka mengupgrade keahlian barulah status dari Account Holder bertukar kepada Dealer. Harap maklum ya.

Pakej Dealer BeMobile

  1. Sub-Dealer (RM90) – 
    • RM20 sebagai yuran keahlian
    • RM70 (dapat 6 simkad)
    • layak komisen pasif dari urusniaga telco sahaja
    • tidak layak jadi stokis
  2. Dealer V1 (RM280)
    • RM160 sebagai yuran keahlian
    • RM70 (dapat 6 simkad)
    • RM50 untuk iWasiat
    • layak komisen aktif pendaftaran dealer
    • layak komisen pasif dari urusniaga telco
    • layak jadi stokis
  3. Dealer V2 (RM500)
    • RM160 sebagai yuran keahlian
    • RM70 (dapat 6 simkad)
    • RM50 untuk iWasiat
    • layak komisen aktif pendaftaran dealer
    • RM220 yang ditukarkan kepada emas digital di dalam akaun emas DNAR Storage Account (DSA) anda
    • layak dapat komisen pasif dari urusniaga telco
    • layak komisen 2.5% dari nilai belian emas dari downline level 1
    • layak jadi stokis

Pakej paling rendah dan murah untuk menjadi dealer adalah melalui pakej subdealer yang berharga RM90. Syarikat BeMobile menggalakkan ahli untuk upgrade keahlian sekurang kurangnya sebagai dealer untuk melayakkan keahlian menerima insentif komisen dan bonus yang lebih besar. Kalau tiada modal, boleh join subdealer terlebih dahulu. Bila ada modal, boleh upgrade keahlian yang lebih tinggi. Jelas? Faham?.

Pakej Stokist BeMobile

  1. Mobile Stokis (RM5K) – (kontrak 36 bulan) + (royalti 1.5% selama 36 bulan)
  2. Area Stokis (RM25K) – (kontrak 72 bulan) + (royalti 2% selama 72 bulan)
  3. Master Stokis (RM50K) – (kontrak lifetime) + (royalti 2.5% lifetime)

Untuk menjadi stokis dalam BeMobile, anda juga perlu menjadi seorang dealer terlebih dahulu. Ini adalah WAJIB. Ini kerana, walaupun anda hanya ingin menjual simkad, anda juga akan mendaftarkan pengguna simkad yang baru yang tidak berada di bawah mana mana dealer akan didaftarkan di bawah rangkaian anda. Dengan kata lain, anda juga layak menerima komisen reload/topup/tambah nilai dari downline anda nanti. Jadi pendapatan anda akan dapat hasil jualan simkad dan juga reload downline anda. Jelas? Faham?

Cara Daftar/Register Bemobile

  • App Bemobile ] –  sila muat turun (download) app Be mobile terlebih dahulu dan pasang (install). Anda boleh terus cari di Google Play (Android) atau di App Store (Apple iOS)
  • Daftar BeMobile ] – sila klik link ini untuk mendaftar/register BeMobile. Sila pastikan link ini membawa anda proses register menggunakan aplikasi Bemobile ya.
    • Sila pastikan anda buat KYC iaitu upload IC depan belakang
    • Sila upload gambar selfie bersama MyKAD
    • Sila update maklumat berkenaan nombor akaun bank anda
    • Sila selesaikan pada bahagian profile untuk pengesahan ya
  • Selepas itu sila ke menu “Package” dan pilih samada anda mahu jadi Sub-Dealer, Dealer V1 atau Dealer V2. Teruskan pembayaran sehingga selesai. DONE!!!.
  • Sila ke “Package” semula dan ada pilihan untuk menjadi “Stokist”. Anda boleh langgan mana mana pakej stokis yang anda mahukan jika anda mahu menjadi stokis. DONE!!!
  • Whatsapp ] – ini adalah group Whatsapp kendalian saya untuk saya uruskan pertanyaan, pembelian dan pendaftaran (register) ahli baru BeMobile. Masuk ke dalam group selepas daftar. Buat bayaran RM10 kepada saya. Dan saya akan poskan simkad kepada anda. Selesai.

Jika anda berminat menjadi dealer BeMobile, sila klik link pendaftaran di atas ini. Anda ikut sahaja panduan ringkas di atas ini bagaimana untuk melanggan (subscribe) pakej dealer mahupun stokis. Jika ada apa apa masalah atau pertanyaan berkenaan pendaftaran, anda bertanya kepada kami melalui group Whatsapp yang telah saya kongsikan di atas ini. Jom buat duit dan jana pendapatan bersama saya di BeMobile. BYE!!!.


Kenapa Kena Beli Bitcoin

$
0
0

Apa itu Bitcoin? Bitcoin adalah matawang digital crypto yang dicipta oleh Satoshi Nakamoto pada tahun 2009. Di Malaysia popular di sebut sebagai matawang krypto. Namun secara undang undang, ke semua aset krypto atau token ini disebut sebagai DIGITAL ASSET sahaja. Jadi fahamlah kita yang ianya adalah produk yang boleh didagangkan iaitu jual beli secara online. Tetapi sejak dari dulu Bitcoin memang terpalit dengan kontroversi seperti ianya tidak sah, scam, haram, penipuan online dan sebagainya. Jadi tidak hairan kalau ramai juga orang tidak akan beli Bitcoin atas sebab tidak jelas ianya dicipta untuk apa dan tidak nampak Bitcoin gunanya untuk apa.

Siapa Satoshi Nakamoto? Tidak ada siapa yang kenal dan tahu pun siapa beliau disebalik terciptanya Bitcoin. Tetapi yang kita yakin, ianya memang dicipta oleh seseorang. Nama Satoshi itupun hanya samaran. Saya bukan pakar hendak bercerita panjang lebar tentang sejarah Bitcoin ini. Cukup sekarang tahu asas sahaja. Saya pun sama seperti anda yang tidak tahu apa apa. Entah entah anda lebih faham dari saya. Cuma apa yang ingin saya jelas di dalam artikel ini adalah berkenaan salah faham kita semua terhadap BITCOIN!!!.

Apa Itu Bitcoin

Bitcoin scam! Bitcoin tipu! Dah lama orang tinggalkan Bitcoin. Buat apa hendak promosikan Bitcoin yang jelas tidak ada arah atau hala tuju. Ini adalah persepsi yang biasa kita dengar. Saya sendiri pun dulunya begitu. Beli Bitcoin pun sebab ingin buat duit. Tidak faham pun pasal Bitcoin. Rasanya majoriti dari kita pun hanya tahu cara untuk beli dan jual Bitcoin sahaja. Bila tanya apa gunanya Bitcoin dalam kehidupan kita, jawapannya pasti tidak tahu. Saya percaya, 90% pasti tidak boleh menjawab dengan tepat.

Sebenarnya bila kita bercakap tentang Bitcoin kita sebenarnya sedang bercakap tentang TEKNOLOGI!!!. Teknologi yang dimaksudkan adalah teknologi yang berasaskan BLOCKCHAIN!!!. Wahai pembaca sekalian, sejak dari dulu kehidupan dunia kita bergerak atas sebab perubahan teknologi. Dulu keretapi pakai arang batu, kemudian bergerak menggunakan gas dan elektrik. Dulu handphone pakai tekan tekan button, sekarang pakai touchscreen. Dulu komputer besar gedabak, sekarang semuanya kecil dan ringan sahaja. Semuanya adalah tentang teknologi ya.

Amerika Syarikat (US/United States) adalah kuasa ekonomi zaman moden. Dulu bermula dengan Microsoft, kemudian Google, kemudian Amazon, kemudian Facebook, kemudian Tesla, kemudian NVIDIA dan berpuluh puluh lagi yang lain yang anda pasti kenal dan tahu. Setiap zaman akan ada syarikat besar yang baru yang akan muncul dan menjadi syarikat gergasi. Soalannya, selepas ini syarikat apa yang akan jadi syarikat yang seterusnya yang akan menjadi penyumbang kepada perubahan teknologi dunia dari US? Pernah anda terfikir?

Selepas ini salah satu syarikat teknologi yang bakal membawa perubahan besar terhadap cara hidup kita adalah syarikat yang berasaskan BLOCKCHAIN. Siapa syarikat yang berasaskan teknologi blockchain ini? Saya tidak katakan ianya 100% Bitcoin ya. Saya hanya cakap syarikat yang terlibat dalam industri blockchain. Dan sudah tentu Bitcoin adalah salah satu yang termasuk dalam ekosistem blockchain tersebut. Teknologi blockchain sekarang sudah pakai dalam kehidupan kita kah? Jawapannya adalah YA. Dan ini yang majoriti dari kita langsung tidak sedar sama sekali.

Pembaca sekalian, salah satu syarikat yang terlibat secara penuh dalam dunia teknologi blockchain adalah syarikat yang bernama RIPPLE. Dan syarikat Ripple ini adalah syarikat yang mencipta token crypto yang bernama XRP. Dan syarikat Ripple sendiri adalah syarikat yang sangat aktif memperkenalkan teknologi CROSS-BORDER PAYMENT yang menawarkan kelajuan transaksi kewangan yang sangat pantas dan dalam masa yang sama mengenakan cas transaksi yang tersangat murah. Dan teknologi ini adalah teknologi berasaskan blockchain.

Sekali lagi saya juga tidak mengatakan anda patut untuk beli Bitcoin, Ripple XRP atau aset digital crypto yang lain. Saya cuma ceritakan persoalan anda berkenaan apa gunanya Bitcoin ini. Dan kenapa Bitcoin ini penting untuk anda tahu cerita sebenar supaya anda tidak lagi menganggap yang Bitcoin itu scam, tidak benar atau tipu. Saya cerita tentang Ripple itu pun adalah salah satu contoh sahaja. Dan sebenanya ada tersangat banyak lagi syarikat berasaskan blockchain ini tumbuh bagaikan cendawan. Jadi adakah anda masih rasa yang Bitcoin ini scam?

Cara Beli Bitcoin Di LUNO Malaysia

  • LUNO ] – sila masuk aplikasi LUNO dan login.
  • Pastikan yang anda sudah topup duit dalam wallet RM (local currency).
  • Sila pastikan anda pada menu “Home”.
  • Sila klik pada 3 titik (mobile) pada menu paling atas dan kanan dan pilih “Exchange”.
  • Sila pilih coin asset digital yang anda ingin beli. Sebagai contoh, saya klik pada “XRP/MYR”.
  • Klik butang “BUY”.
  • Nasihat saya, hendak mudah, sila set pada “Market” dan bukannya “Limit” atau “Stop Limit”.
  • Pada ruangan “Amount”, sila masukkan jumlah RM yang anda mahu beli.
  • Akhir sekali sila klik “BUY XRP”.

Di atas ini saya kongsikan step by step cara untuk anda membeli Bitcoin, Ethereum, Bitcoin Cash, Litecoin atau XRP melalui aplikasi Luno pada smartphone anda. Proses membeli mudah sahaja sebenarnya kalau anda sudah tahu. Hanya ambil masa 1 minit sahaja kalau anda ingin membeli mana mana crypto atau digital asset di luno exchange. Mudah dan cepat sebenarnya.

LUNO adalah salah satu exchanger cryptocurrency yang sah beroperasi di Malasyia. Bank negara yang beri lesen ya. Kalau anda hendak beli Bitcoin dan lain lain aset digital ada di dalam Luno. Video di atas ini adalah panduan untuk anda yang masih tidak tahu cara untuk guna Luno ya. Sekali lagi, saya bukan pakar dalam dunia crypto. Saya cuma sharing sedikit info ringkas kepada anda yang masih tidak tahu berkenaan apa itu Bitcoin. BYE!!!.

The post Kenapa Kena Beli Bitcoin appeared first on Wanwidget.

Cara Register Daftar Aplikasi BeMobile

$
0
0

BeMobile adalah sebuah syarikat telco bertaraf MVNO terbaru (2023) di Malaysia. 3 produk utama yang menjadi teras kepada perniagan BeMobile adalah program simkad, program jual beli emas digital dan juga program pembayaran bil atas talian. Ke semua produk ini akan diakses dan boleh digunakan melalui SUPER APP yang bernama aplikasi BeMobile. Dan untuk menggunakan app Bemobile ini, anda perlu untuk register terlebih dahulu iaitu daftar aplikasi BeMobile. Jom ikuti step dan panduan di bawah ini.

Cara Daftar/Register Bemobile

  • App Bemobile ] –  sila muat turun (download) app Be mobile terlebih dahulu dan pasang (install). Anda boleh terus cari di Google Play (Android) atau di App Store (Apple iOS)
  • Daftar App BeMobile ] – sila klik link ini untuk mendaftar/register BeMobile. Sila pastikan link ini membawa anda proses register menggunakan aplikasi Bemobile ya.
    • Sila pastikan anda buat KYC iaitu upload IC depan belakang
    • Sila upload gambar selfie bersama MyKAD
    • Sila update maklumat berkenaan nombor akaun bank anda
    • Sila selesaikan pada bahagian profile untuk pengesahan ya
  • Whatsapp ] – ini adalah group Whatsapp kendalian saya untuk saya uruskan pertanyaan, pembelian dan pendaftaran (register) ahli baru BeMobile. Masuk ke dalam group selepas daftar. Buat bayaran RM10 kepada saya. Dan saya akan poskan simkad kepada anda. Selesai.

Ingat ya, step step dan panduan daftar di atas ini adalah proses untuk mendaftar untuk menggunakan aplikasi Bemobile. Aplikasi ini nanti anda boleh gunakan untuk mendaftar simkad BeMobile, langgan plan telco data internet simkad BeMobile, jual beli simpan emas, boleh bayar macam macam bil dan banyak lagi. Jangan terkeliru pula antara daftar aplikasi Bemobile dengan daftar simkad Bemobile ya. Harap jelas. BYE!!!.

The post Cara Register Daftar Aplikasi BeMobile appeared first on Wanwidget.

Cara Register Daftar Simkad BeMobile

$
0
0

Alhamdulillah simkad BeMobile telah di lancarkan dan boleh didaftarkan bermula pada 19 July 2023 sempena awal Muharram. Oleh kerana saya antara yang terawal untuk cepat cepat mendaftar dan aktifkan simkad Be Mobile saya, maka saya perasan yang pastinya akan ada masalah di sana sini untuk orang lain yang cuba untuk registerkan simkad mereka melalui app BeMobile. Jadi perkongsian dan penulisan artikel ini adalah untuk berkongsikan sedikit panduan buat anda semua selaku pengguna simkad BeMobile ya.

STEP 1 –  Proses untuk mendaftar simkad BeMobile adalah WAJIB melalui aplikasi BeMobile itu sendiri. Dengan kata lain anda perlu memasang (install) app BeMobile pada smartphone anda terlebih dahulu. Anda perlu register dan selesaikan mendaftar profile anda dahulu di aplikasi BeMobile ya. Ikuti panduan di bawah ini ya.

Cara Daftar Aplikasi Bemobile

  1. App Bemobile ] –  sila muat turun (download) aplikasi Bemobile terlebih dahulu dan pasang (install). Anda boleh terus cari di Google Play (Android) atau di App Store (Apple iOS)
  2. Daftar App BeMobile ] – sila klik link ini untuk mendaftar/register BeMobile. Sila pastikan link ini membawa anda proses register menggunakan aplikasi Bemobile ya.
    • Sila pastikan anda buat KYC iaitu upload IC depan belakang
    • Sila upload gambar selfie bersama MyKAD
    • Sila update maklumat berkenaan nombor akaun bank anda
    • Sila selesaikan pada bahagian profile untuk pengesahan ya
  3. Whatsapp ] – ini adalah group Whatsapp kendalian saya untuk saya uruskan pertanyaan, pembelian dan pendaftaran (register) ahli baru BeMobile. Masuk ke dalam group selepas daftar. Buat bayaran RM10 (tak termasuk kos pos) kepada saya. Dan saya akan poskan simkad kepada anda. Selesai.

Langkah pertama ini adalah proses daftar aplikasi BeMobile memerlukan anda mendaftar keahlian anda selaku pengguna BeMobile melalui aplikasi Be Mobile. Kalau anda sudah lakukan proses di atas ini sehingga selesai, maka anda telah berjaya register akaun profile anda dengan BeMobile dengan jayanya.

STEP 2 – selepas anda sudah mendaftar profile anda di aplikasi BeMobile, barulah anda boleh mulakan proses register simkad BeMobile melalui aplikasi Be Mobile itu sendiri. Sila ikuti panduan di bawah ini ya.

Cara Daftar Simkad BeMobile

  • Sila buka (open) aplikasi BeMobile anda
  • Sila klik pada menu “Mobile 4G/5G package”
    • Search user – ini adalah untuk mendaftar simkad orang lain atau ahli downline anda
    • Register your own sim – jika anda mahu mendaftar simkad untuk diri anda sendiri, sila klik di sini iaitu “REGISTER NOW”
  • Fill-in user information – jika anda belum isikan maklumat anda, sila isikan ke semua info yang diminta. Jika sudah, sila semak dan pastikan ke semua info yang diberikan sebelum ini adalah betul dan tepat termasuk gambar IC depan belakang dan gambar selfie sambil memegang IC/MyKad. Jika siap, sila klik “Submit”
  • Choose Package Plan
    • Choose your number from Dealer – anda boleh buat carian nombor di sini jika Dealer anda mempunyai stok simkad pada tangan mereka.
    • Search preferred number – sila cari nombor telefon yang anda inginkan di sini. Jika jumpa, sila klik pada nombor berkenaan.
  • Shipment Type
    • By hand – jika simkad ada di tangan anda, sila klik di sini
    • Courier – jika simkad tiada di tangan anda, anda mahu beli online, sila klik di sini
  • Monthly Subscription Plan – sila pilih pakej telco yang anda inginkan.
  • Simcard Verification 6 Digit ICCID – sila isikan 6 digit terakhir 6 nombor yang ada pada belakang simkad anda. Ada nombor dengan siap barkod. Itulah nombor ICCID. Jika anda isi dengan betul, ianya akan memaparkan “Correct”
  • Jika siap, sila klik submit.

Pada tahap ini, proses permohonan pendaftaran simkad anda akan bertukar dari status “Approved” kepada “Processing” dam akhir sekali menjadi “Completed”. Sila buat panggilan telefon kepada mana mana nombor telefon untuk memastikan simkad berkenaan telah AKTIF secara rasmi.

STEP 3 – proses terakhir adalah untuk mengaktifkan fungsi OTP. Ketika artikel ini ditulis, OTP yang digunakan adalah menggunakan OTP dari aplikasi Telegram. Sila ikuti panduan di bawah ini ya.

Cara Aktifkan OTP Telegram (BeMobile)

  • Anda akan mendapat sms yang menyatakan simkad anda telah diaktifkan.
  • SMS tersebut juga berkongsikan link untuk anda klik untuk mendaftar OTP. Sila klik link tersebut
  • Anda akan dibawa untuk ke Telegram (Bemobile Dnar OTP). Ianya adalah Bemobile Telegram Bot ya. Sila klik button “START”
  • Akan ada paparan “Login to your Bemobile Account”. Sila klik link tersebut ya. Anda akan dibawa untuk menyambungkan dengan akaun dari aplikasi BeMobile versi web app.  Sila klik “Start”
  • Anda akan diminta sign in. Masukkan sahaja username dan password aplikasi Bemobile anda dan klik “LOGIN”.
  • Jika tidak ada apa apa masalah, akan dipaparkan Success.
  • Done. Siap. Itu sahaja.

Proses ini adalah untuk mendapatkan OTP tetapi tidak melalui sms seperti biasa tetapi melalui aplikasi Telegram. Sebab itulah kena sambungkan Bemobile Telegram Bot dengan aplikasi BeMobile kita. Harap maklum ya. Jadi selepas ini, jika aplikasi meminta nombor OTP untuk apa apa proses melibatkan BeMobile, anda hanya perlu ke Bemobile Telegram Bot sahaja. Harap maklum ya.

Saya juga kongsikan panduan cara daftar simkad BeMobile melalui video di atas ini untuk rujukan anda. Saya harap perkongsian ringkas ini sedikit sebanyak dapat membantu ketika sedang register simkad Be Mobile anda ya melalui app aplikasi BeMobile. Selamat mencuba. BYE!!!.

The post Cara Register Daftar Simkad BeMobile appeared first on Wanwidget.

Kenapa Kena Beli XRP Ripple

$
0
0

Ripple adalah sebuah perusahaan teknologi berasaskan BLOCKCHAIN. Syarikat ini memperkenalkan real-time settlement system, currency exchange dan remittance network untuk kegunaan institusi kewangan dan juga bank. Dan syarikat ini juga menghasilkan crypto yang bernama XRP sebagai native token. Jadi atas sebab hala tuju syarikat yang jelas yang akan menjadi pemain terpenting dalam industri kewangan dunia, maka saya terus beli XRP dengan matlamat jangka sederhana dan panjang. Sebuah peluang pelaburan ala baru dengan risiko 50/50 untuk berjaya.

Kenapa 50/50? Sebab industri berasaskan blockchain dan cryptocurrency  sebenarnya agak asing bagi kebanyakkan orang awam. Malah masih tersangat ramai yang menganggap dunia crypto adalah scam terutamanya Bitcoin. Sebab itulah tidak hairan kalau ada orang merasakan individu yang membeli Bitcoin adalah bodoh kerana melabur dalam pelaburan yang scam. Alasannya adalah mudah. Apa kegunaan bitcoin? Jika tidak ada apa apa kegunaan, kenapa pula hendak beli bitcoin. Jadi sudah tentulah membeli bitcoin adalah tindakkan yang kurang cerdik. Itu adalah antara alasannya. Jawapan saya adalah persepsi yang salah dan kurang tepat ini berpunca dari kerana anda tidak ada ilmu berkenaan Bitcoin. Itu sahaja sebabnya.

Cara Beli XRP Di Malaysia

Berbalik kepada XRP. Kenapa kena beli XRP? Saya tidak suruh dan paksa anda anda untuk beli XRP pun. Saya hanya berkongsi pandangan sahaja. Tadi di atas saya sudah katakan yang syarikat Ripple adalah syarikat yang mencipta token yang bernama XRP ini. Dan syarikat ini adalah sebuah syarikat yang menawarkan servis berbentuk real-time settlement system, currency exchange dan remittance network. Bahasa mudahnya, syarikat Ripple menawarkan penyelesaian kepada masalah transaksi kewangan.

Mungkin anda tidak tahu, tahukah anda bila anda mahu transfer duit ke luar negara misalnya, anda kena bayar cas transaksi yang mahal dan proses untuk wang tersebut sampai ke pihak penerima akan mengambil masa. Bila gunakan servis dari syarikat Ripple, masalah ini diselesaikan dengan mudah. Kos transaksi penghantaran duit ke luar negara menjadi terlalu murah. Dan proses transaksi untuk sampai kepada pihak penerima akan selesai dalam BEBERAPA SAAT SAHAJA. Dengan kata lain, memang betul pun Ripple mampu menawarkan penyelesaian transaksi dalam masa nyata (real-time settlement/payment).

Satu pertanyaan kepada anda. Anda biasa gunakan Maybank2U? Biasa gunakan CIMB Clicks? Dan anda pasti pernah gunakan servis DuitNow betul? Bila dan sebab apa anda gunakan fungsi DUITNow? Anda mahu gunakan DuitNow sebab mahukan proses pembayaran atau transaksi transfer secara INSTANT betul? Anda mahu duit yang anda transfer terus sampai kepada penerima betul? Kalau mahu transfer duit ke luar negara menggunakan CIMB clicks, anda kena guna fungsi SpeedSend betul? Jadi teknologi ini dari mana? Jawapannya adalah dari Ripple. Tidak percaya? Lihat sahaja gambar CEO Ripple bersama dengan Tengku Zafrul yang ketika itu menjawat jawatan penting dalam CIMB bank. Semua ini bukan kebetulan.

Jadi boleh untungkah kalau beli XRP? Jawapannya adalah 50/50. Saya lebih yakin kalau bercakap hendak membuat pelaburan yang menguntungkan, pastinya dengan membeli saham syarikat Ripple itu sendiri. Ketika artikel ini ditulis (July 2023), Ripple belum lagi menerbitkan IPO untuk penjualan saham syarikat mereka. Cumanya buat masa sekarang, jalan paling mudah adalah dengan membeli dan memiliki token yang bernama XRP. Biasanya perkembangan syarikat akan membantu menaikkan permintaan terhadap token nya berdasarkan sentimen. Macam mana hendak beli XRP? 

Beli Coin/Crypto/Token

  • Luno ] – beli coin XRP sah di Malaysia di sini
  • Binance ] – beli pelbagai coin token termasuk XRP di sini
  • TradingView ] – boleh lihat chart graf harga saham/crypto di sini

Saya biasanya beli XRP di platform Luno sebab ianya berlesen dengan Bank Negara Malaysia. Dan kita bayar dengan matawang Ringgit Malaysia (RM). Seperti yang saya tulis di atas tadi, pelaburan dalam dunia crypto adalah dalam bentuk jangka sederhana dan panjang. Dunia kita sedang mengalami fasa pertukaran dari sistem kewangan global yang lama kepada sistem kewangan yang baru berasaskan teknologi blockchain. Ini pendapat saya ya. Boleh jadi betul atau tidak betul. Kalau betul, pelaburan kita ini boleh memberikan keuntungan dalam masa mendatang. Apa apa pun, please do your own research / DYOR ya. BYE!!!. 

The post Kenapa Kena Beli XRP Ripple appeared first on Wanwidget.

Kenapa Kena Beli XLM Stellar Lumens

$
0
0

Mungkin ramai yang kenal dengan Bitcoin. Dan ramai juga yang kenal dengan Ripple XRP. Tetapi rasanya masih tidak ramai yang tahu dan kenal dengan apa itu XLM. XLM adalah native token dari Stellar Lumens. Syarikat ini diasaskan oleh Jed McCaleb. Jed McCaleb sendiri adalah salah seorang founder kepada syarikat Ripple pada awalnya dan kemudian keluar dari syarikat tersebut kerana beberapa sebab. Dan selepas keluar dari Ripple, Jed McCaleb menubuhkan syarikat Stellar Lumens yang mana terhasillah token crypto yang bernama XLM. Jadi apa beza beli XRP dengan beli XLM?

XRP pada umumnya adalah sebuah syarikat berasaskan teknologi blockchain yang menawarkan servis perkhidmatan seperti real-time settlement system, currency exchange dan remittance network. Bahasa mudahnya membantu mempercepat transaksi kewangan dengan pantas dalam masa nyata dengan cas transaksi yang tersangat rendah dan murah. Sebenarnya transaksi kewangan global berlaku dengan lambat, mengambil masa untuk sampai dan cas transaksi adalah mahal. Dan Ripple menawarkan penyelesaian kepada masalah ini. Cumanya teknologi Ripple ini lebih kepada pelanggan mereka yang besar seperti perbankan dan institusi kewangan.

Cara Beli XLM Di Malaysia

XLM pula adalah sama sahaja penawaran mereka. Maklumlah bekas founder Ripple sendiri adalah founder kepada Stellar Lumens juga. Yang berbeza adalah customer mereka. Kalau Ripple lebih kepada institusi kewangan dan bank, sedangkan Stellar Lumens lebih kepada orang awam dan individu yang tidak ada akaun bank. Ingat ya, di dunia ini masih banyak negara yang miskin dan ramai dari rakyat mereka tidak ada kerja tetap atau ada akaun bank untuk terima gaji. Jadi bagaimana mereka ini mahu mengakses wang dalam dunia moden? Caranya adalah dengan adanya XLM. Masih kurang jelas?

XLM boleh dibeli dan diakses menggunakan smartphone sahaja. Yang penting kena ada internet. Dia akan jadi macam mobile wallet lah. Janji anda boleh beli XLM dan simpan XLM melalui smartphone anda. Jadi dalam dunia moden, asalkan ada internet, anda boleh sahaja buat bayaran dengan menggunakan handphone anda. Dengan kata lain, XLM berikan penyelesaian kepada orang awam biasa untuk mengakses kewangan dan tidak terikat dengan bank. Sedangkan XRP memang tujuannya untuk bisnes besar. Ini pandangan saya lah. Kalau saya silap, sila betulkan saya ya.

Token Lumens iaitu XLM ini buat masa ini (July 2023) belum boleh dibeli di Malaysia. Saya tidak pasti kenapa. Mungkin founder Stellar sendiri belum ke Malaysia untuk mempromosikan produk mereka, jadi Bank Negara Malaysia pun tidak tahu tentang produk ini. Mungkinlah. Hanya tekaan saya sahaja. Dan kenapa XRP ada di Malaysia, kerana CEO Ripple sendiri memang telah bertemu dengan Tengku Zafrul dari CIMB bank ketika itu, jadi tidak hairan kalau token XRP ada dijual di exchange Malaysia.

Jadi macam mana hendak beli XLM? Anda kena beli token XLM melalui exchange luar. Dan kalau berjaya beli, sila simpan dahulu buat masa ke depan. Ini pendapat sayalah.

Beli Coin/Crypto/Token

  • Luno ] – buat masa ini, hanya XRP boleh dibeli secara sah di Malaysia di sini
  • Binance ] – anda boleh beli XLM di sini
  • Coinbase ] – anda boleh beli XLM di sini
  • LedgerLive ] – kalau anda ada ledger, boleh swap XRP kepada XLM di sini
  • TradingView ] – boleh lihat chart graf harga saham/crypto di sini

Kenapa saya beli token lumens XLM? Jawapannya saya beli XRP dan XLM sekali. Saya beli dua dua token crypto sekaligus. Pada pandangan saya, di masa depan dunia transaksi kewangan dunia akan berubah kepada teknologi berasaskan blockchain. Dan 2 syarikat ini benar benar serius dengan projek penyelesaian kepada masalah transaksi kewangan dunia dalam dunia moden ini. Ianya akan jadi satu fenomena yang besar. Dan “kalau” ianya benar benar ter realisasi, kedua dua syarikat ini akan menjadi syarikat terpenting dunia. Jadi tidak salah kalau saya beli XRP dan juga XLM sekaligus. Kedua dua token ini menyokong satu sama lain menurut saya. Saya sendiri beli XLM di mana? Saya beli di Binance dan Ledger. BYE!!!.

The post Kenapa Kena Beli XLM Stellar Lumens appeared first on Wanwidget.

Viewing all 697 articles
Browse latest View live