Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all 697 articles
Browse latest View live

Pengalaman Membeli Barang Di Website Shopee

$
0
0

Sekarang adalah trend membeli belah secara online melalui website di Malaysia ini. Saya sendiri sudah terbiasa melihat rakan rakan sekerja membuat laman laman website eCommerce untuk mencari barang yang mereka inginkan melalui internet. Dan website Shopee adalah website yang agak lama saya kenal juga namun kurang mengambil tahu berkenaan website ini. Malah saya sendiri sebenarnya belum pernah lagi membeli barang di website “Shopee” ini. Tetapi saya sedar akan kepopularan website ini.

Hendak di jadikan cerita. Pada bulan lepas saya telah diminta oleh seseorang untuk membelikan beliau sesuatu produk melalui website Shopee. Dan tanyakan beliau semula kenapa beliau tidak mahu membeli di Lazada sahaja. Ini kerana saya memang mempunyai akaun dan berpengalaman membeli barang secara online melalui website Lazada Malaysia. Namun saya belum pernah lagi membeli barang di web Shopee. Alasan beliau ketika itu adalah kerana barang yang beliau hendak beli itu tidak terdapat di Lazada. Jadi saya setuju.

Laman homepage bagi website Shopee Malaysia

Laman homepage bagi website Shopee Malaysia

Beli Barang Online Di Shopee

Proses membeli barang melalui website mana mana pun hampir sama sahaja sebenarnya. Yang perlu anda lakukan adalah mendaftar dahulu, kemudian update alamat rumah beserta akaun pembayaran yang kita mahukan. Kalau tidak mahu daftar dahulu pun boleh. Cumanya kalau anda mendaftar dahulu dan kemudian update profil apa yang patut termasuk kaedah pembayaran, maka proses pembelian dalam talian akan menjadi lebih mudah dan cepat. Maka saya pun daftar dan buat isikan maklumat yang patut ke dalam website website Shopee ini.

Pengalaman saya tolong orang beli barang di website Shopee ini sebenarnya mudah. Saya boleh membuat bayaran secara online banking. Beli macam biasa. Dan barang dihantar dengan selamat dan cepat. Tiada beza sangat dengan pengalaman membeli belah di website yang lain. Lebih kurang sama. Yang berbeza adalah rupa bentuk laman website dan juga tawaran harga yang mereka iklankan.

Contoh paparan pembelian produk barang di Shopee

Contoh paparan pembelian produk barang di Shopee

Saya sudah berpengalaman membeli produk barangan secara online di website seperti Lazada Malaysia, 11Street, EzBuy Malaysia dan juga website Shopee. Setiap website adalah kelebihan masing masing. Tidak boleh cakap yang ini lebih bagus dari yang lain dan sebaliknya. Ianya terpulang kepada anda selesa dan suka membeli di kedai online yang mana. Itu sahaja. Cumanya sebagai pembeli online, anda kena rajin membuat perbandingan harga (compare) pelbagai wesbite untuk mencari tawaran harga yang lebih murah. Inilah dia kelebihan membeli secara online. Anda boleh membeli dengan lebih murah dengan mudah.


>>> Lawat Website Shopee Di Sini – [ Click Here ] <<<

The post Pengalaman Membeli Barang Di Website Shopee appeared first on eCommerce In Malaysia.


Sabun Basuh Baju Jenis Cecair Yang Bagus

$
0
0

Sejak berumah tangga, salah satu produk barangan yang wajib dibeli setiap bulan adalah seperti sabun basuh baju. Ada keluarga akan basuh baju hari hari. Anda keluarga akan basuh baju beberapa hari sekali. Bergantung kepada berapa ramai ahli keluarga anda dan berapa banyak pakaian ahli keluarga anda gunakan dalam sehari. Dan untuk memudahkan kerja anda sebagai suri rumah, maka sebaiknya anda gunakan mesin basuh jenis automatik. Apakah jenis sabun basuh pakaian yang anda gunakan di rumah anda. Jenis serbuk atau jenis cecair?

Sejak dari kecil lagi saya sudah terbiasa menggunakan sabun pencuci pakaian jenis serbuk. Ini kerana ianya lebih mudah, lebih ringan dan sudah pasti lebih murah. Kalau bajet menjadi keutamaan anda, maka gunakannya sabun basuh baju jenis serbuk. Kalau bajet bukan masalah, maka saya sarankan anda gunakan sabun membasuh baju jenis cecair (liquid). Secara asasnya, sabun pencuci pakaian jenis cecair adalah lebih baik untuk fabrik pakaian untuk tahan lama.

Dapatkan sabun basuh baju jenis liquid cecair melalui laman web 11Street Malaysia

Dapatkan sabun basuh baju jenis liquid cecair melalui laman web 11Street Malaysia

Beli Sabun Basuh Baju Jenis Cecair Murah Online

Saya mula menggunakan sabun basuh baju jenis cecair selepas berkahwin. Dari apa yang saya perhatikan, sabun pencuci pakaian jenis serbuk biasanya menghasilkan kelicinan sabun yang agak tinggi. Dan agak susah untuk menghilangkan kesan kelicinan sabun dengan bilasan basuhan yang sedikit. Namun ianya bergantung kepada berapa banyak sabun yang anda letakkan juga. Cumanya, sabun pencuci pakaian jenis cecair agak lembut pada fabrik dan sudah pasti kurang merosakkan fabrik untuk jangka panjang.

Tawaran harga sabun pencuci pakaian yang murah di website Shopee

Tawaran harga sabun pencuci pakaian yang murah di website Shopee

Anda ambil sabun jenis serbuk dan lumurkan pada tangan anda. Kemudian sebelah tangan lagi anda lumurkan sabun basuh baju jenis cecair pula. Anda akan dapati terdapat perbezaan bukan? Jenis serbuk agak tajam, terlalu licin dan berasa panas. Sedangkan jenis cecair agak lembut dan mudah dicuci dengan air yang sedikit. Namun ini hanya pendapat sahaja sahaja berdasarkan pengalaman.

Website Yang Menjual Sabun Basuh Baju Cecair

  • Lazada – ada sangat banyak pilihan cecair pencuci pakaian di sini
  • 11Street – ada sangat banyak pilihan cecair pencuci pakaian di sini
  • Shopee – ada sangat banyak pilihan cecair pencuci pakaian di sini
  • Amazon – dapatkan sabun pencuci pakaian dari luar negara di sini

Terdapat beberapa brand sabun basuh baju jenis cecair yang popular di Malaysia seperti jenama Breeze, Top5, Dinamo, Attack dan juga Bio Zip. Dari pengalaman saya, saya sukakan cecair pencuci pakaian dari jenama Breeze. Ianya memberikan rasa wangi dan lembut pada fabrik. Namun soal memilih jenis sabun basuh baju memang bergantung kepada bajet wang anda. Kalau pilihan anda jenis serbuk, sila pastikan bilasan cucian mestilah menggunakan air yang banyak. Kalau anda pilih sabun basuh baju jenis cecair, maka anda keluar bajet wang yang lebih. Bye

The post Sabun Basuh Baju Jenis Cecair Yang Bagus appeared first on eCommerce In Malaysia.

Headset VR di bawah RM100 Untuk Tonton Movie Dan Bermain Game

$
0
0

Apa itu VR? Ianya adalah singkatan kepada perkataan Virtual Reality. Dan apa itu headset vr? Ianya adalah sebuah alat yang di pakai pada kepala untuk menukarkan kandungan realiti maya yang kita tonton pada skrin telefon pintar smartphone kita kepada seolah olah ianya realiti berlaku depan mata kita. Ianya sesuatu perkara yang tidak terlalu baru namun ianya masih kurang popular di Malaysia. Mungkin kerana masih kurang permainan game dan juga filem movie yang dihasilkan untuk kandungan VR ini. Saya pasti ianya akan popular sedikit masa lagi.

Mungkin masih ada yang kurang jelas lagi akan fungsi kegunaan headset vr ini. Katakan anda bermain games pada smartphone anda. Apa yang anda nampak pada skrin kaca telefon anda itu adalah kandungan berbentuk maya (virtual). Hebat macam mana pun paparan grafik yang menarik keterujaan anda, ianya masih lagi dalam bentuk maya dan juga 2D. Cuba anda bayangkan kalau anda dapat bermain games dan anda sendiri terasa yang anda dalam dunia permainan tersebut? Pasti seronok bukan?

Pelbagai jenis kategori produk headset vr murah bawah RM100 dijual di website eCommerce Lazada Malaysia

Pelbagai jenis kategori produk headset vr murah bawah RM100 dijual di website eCommerce Lazada Malaysia

Beli Headset VR Murah Bawah RM100 Online

Apa yang anda rasa ketika pergi ke panggung wayang (cinema) untuk menonton filem 3D. Anda terasa anda berada dalam dunia tersebut betul? Begitulah perasaan yang anda akan rasai ketika anda menonton filem atau movie ketika menggunakan alat seperti headset vr ini. Saya sendiri pernah menonton filem pendek bergenre seram horror menggunakan headset vr ini. Memang terkejut dibuatnya.

Bagaimana saya memakai dan menggunakan alat VR Box

Bagaimana saya memakai dan menggunakan alat VR Box

Memang ada banyak produk berkaitan dengan headset vr yang dijual dengan harga mahal. Ianya di sebabkan brand jenama dan kualiti binaan. Kalau anda ada bajet duit lebih, maka dapatkanlah headset vr yang agak mahal tersebut. Terpulang kepada kemahuan anda. Namun jangan risau kepada anda yang mempunyai bajet terhad. Sebenarnya ada banyak sahaja headset vr yang dijual dengan harga di bawah RM100 sahaja.

Website Yang Menjual Headset VR

  • Lazada – ada sangat banyak pilihan mobile VR murah di sini
  • 11Street – virtual reality box juga ada banyak dijual di sini
  • Ezbuy – VR box juga ada dijual di sini
  • Amazon – virtual reality berkualiti boleh anda dapatkan di sini
  • AliExpress – banyak Vr box murah murah keluaran dan dari China

Anda jangan risau dengan brand jenama yang mahal dengan yang murah untuk kes headset vr ini. Ini kerana asas pembuatan produk ini adalah menggunakan kanta sahaja. Ianya menukarkan video vr dalam bentuk 2 paparan menjadi satu membentuk imej 3D pada pandangan mata kita. Jadi isu murah atau mahal bukan menjadi isu sangat. Yang penting ianya dapat berfungsi dengan baik. Kalau anda masih pentingkan jenama, maka dapatkan Xiaomi VR dan ianya masih dijual di bawah RM100 sahaja. Berminat?

The post Headset VR di bawah RM100 Untuk Tonton Movie Dan Bermain Game appeared first on eCommerce In Malaysia.

Drone Quadcopter Murah Bawah RM500

$
0
0

Saya tidak pasti samada anda perasan atau tidak, kebanykkan pemilik channel akaun YouTube dari Malaysia sudah banyak yang meng-upload content ke sana. Dan kebanyakkan video yang mereka upload merupakan video yang agak cantik paparannya. Dan sudah tentu salah satu penyumbang terbesar rakaman video tersebut datangnya dari produk seperti kamera aksi (action camera). Dan untuk menghasilkan kandungan video yang lebih memberi impak, biasanya orang akan gunakan sudut pandang dari udara yang memerlukan penggunaan drone quadcopter.

Saya sudah biasa melihat rakan rakan yang aktif dengan aktiviti berbasikal dan juga memancing menggunakan rakaman video dari action camera. Masih sangat sedikit sekali mereka yang menggunakan drone untuk untuk menangkap gambar dan juga video. Tetapi saya tahu ramai orang sebenarnya memang berminat menggunakannya. Mungkin kerana faktor harga membuatkan agak ramai yang lebih menunggu untuk mendapatkan drone quadcopter yang lebih murah tetapi masih terbaik.

Anda boleh cari banyak jenis drone quadcopter murah di website eCommerce Lazada Malaysia

Anda boleh cari banyak jenis drone quadcopter murah di website eCommerce Lazada Malaysia

Beli Drone Quadcopter Murah Online

Ya, kita biasa melihat drone dari jenama GoPro, Dji dan juga Xiaomi. Dan ini menyebabkan kita tersalah tafsir yang sememangnya harga bagi sebuah drone sememangnya agak mahal. Nampaknya anda terilap dan tersalah faham. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya ada sahaja drone quadcopter yang dijual di bawah harga RM500 dan ianya masih lagi dalam kategori terbaik. Tempat review jujur yang paling terbaik sebelum anda memilih membeli mana mana drone adalah dengan melihat prestasi penerbangan (flight) setiap drone di YouTube.

Dapatkan drone jenis quadcopter bawah RM500 di website Shopee Malaysia

Dapatkan drone jenis quadcopter bawah RM500 di website Shopee Malaysia

Kalau dulu saya setuju yang sebuah drone quadcopter memang mahal. Kini dengan lambakkan drone buatan dari negara China yang berkualiti, anda sebenarnya mampu memilikinya dengan harga di bawah RM500 sahaja. Cumanya kalau anda ada bajet lebih memang di galakkan anda membeli yang sedikit mahal untuk mendapatkan yang lebih baik. Namun begitu jangalah beli yang paling murah. Boleh jadi ianya tidak mampu untuk diterbangkan dengan baik. Jadi kena pandai pandai juga. Macam saya cakap tadi, sila lihat review dalam bentuk video di YouTube dahulu sebelum beli.

Website Yang Ada Menjual Drone Quadcopter

  • Lazada – Lazada ada sangat banyak permainan drone yang dijual
  • 11Street – Anda juga boleh mencari drones pilihan anda di sini
  • Shopee – Ada banyak pilihan drone quadcopter murah di sini
  • EzBuy – Boleh beli drone buatan China dari website Malaysia
  • Amazon – Boleh dapatkan banyak drone yang berkualiti dan murah di sini
  • Aliexpress – Kalau anda hendak drone sangat murah, sila lawat web ini

Brand jenama drone quadcopter yang bagus dan juga murah adalah seperti Syma, JJRC dan juga JXD. Yang lain lain juga bagus. Saya ingin berikan beberapa tips dan panduan sebelum anda memilih membeli mana mana drone yang anda mahukan. Sila pastikan jangka hayat bateri iaitu tempoh penerbangan. Jangan beli dari brand yang kurang dikenali. Sila tonton video flight drone quadcopter yang anda ingin beli itu di Youtube. Saya pasti dengan 3 tips simple ini akan membantu anda mencari dan memilih mana mana drone murah yang tepat dan terbaik untuk wang anda. Bye

The post Drone Quadcopter Murah Bawah RM500 appeared first on eCommerce In Malaysia.

Pakej Bina Website Kedai Online Murah

$
0
0

Kalau anda seorang peniaga online dan mahu menjual barang melalui internet, biasanya orang sekarang lebih selesa menggunakan platform eCommerce popular seperti Lazada, 11Street dan juga Shopee untuk pasaran Malaysia. Bagaimana kalau anda mempunyai produk sendiri dan lebih berminat agen membantu anda membuat jualan? Sudah pasti 3 platform yang saya perkenalkan di atas tadi menjadi kurang sesuai. Untuk masalah seperti ini sebenarnya anda perlu beralih dengan membina sendiri website kedai online milik anda sendiri. Faham?

Namun dalam dunia sekarang anda tidak lagi perlu belajar untuk membuat website kedai online sendiri. Sekarang bukan lagi macam tahun tahun sebelum ini. Zaman sekarang anda hanya perlu melanggan dan membayar mana mana penyedia servis membina website kedai online untuk anda terus gunakan tanpa perlu pening memikirkan hal hal perkara yang teknikal. Langgan, bayar dan guna sahaja. Jangan risau soal harga. Saya akan berkongsikan pakej kedai online yang cukup murah kepada anda.

Contoh sebenar reka bentuk website kedai online yang ditawarkan oleh Easystore

Contoh sebenar reka bentuk website kedai online yang ditawarkan oleh Easystore

Perkhidmatan Membina Sistem Website Kedai Online Murah Dan Mudah

Sebelum anda pergi lebih lanjut untuk memiliki website kedai online sendiri. Anda kena faham dahulu tentang beberapa teknik dan jenis pemasaran online yang perlu anda kuasai. Ianya bukan wajib tetapi masih perlu dikuasai untuk anda mengembangkan bisnes anda dengan mudah. Ianya perlu bagi membantu anda meningkatkan sales jualan anda ke tahap yang maksimum. Anda berniaga, sudah tentu anda mahu untung. Lagi banyak jualan dilakukan, lagi banyak untung anda akan dapat. Betul?

Pelan harga pakej online store Malaysia dari Easystore

Pelan harga pakej online store Malaysia dari Easystore

Mahu tidak kalau saya katakan, sebenarnya ada pakej untuk membuat website kedai online cara mudah dan juga murah dan dalam masa yang sama memberikan fungsi pemasaran online yang sangat berbaloi. Apakah bentuk tawaran pemasaran tersebut?

Kelebihan Website Kedai Online Terkini

  • Sangat mudah untuk upload gambar dan uruskan kedai online
  • Langganan harga serendah bawah RM50 sebulan
  • Theme reka bentuk kedai online yang menarik dan cantik
  • Boleh integrasi dengan servis kurier popular di Malaysia
  • Boleh integrasi pelbagai sistem payment gateway seperti iPay88 dan juga MolPay
  • Boleh integrasi dengan Facebook store, Lazada dan juga 11Street
  • Boleh pasang macam macam plugin di website kedai online anda
  • Ada fungsi auto-reply Facebook

Apa yang saya list senaraikan kelebihan menggunakan website kedai online ini hanyalah sebahagian sahaja. Ada banyak lagi fungsi yang bakal menarik perhatian anda. Jangan risau kalau anda terfikir dan bimbang jika tidak pandai gunakan website kedai online ini nanti. Prosesnya sangat mudah.

Penyedia Servis Bina Kedai Online

  • Easystore – Anda boleh gunakan perkhidmatan bina kedai online murah di sini
  • Shopify – Kalau mahukan servis bina online store yang hebat, boleh cuba yang ini

Kenapa perlu guna dan langgan pakej website kedai online store seperti ini? Mudah! Anda tidak perlu belajar dan ambil tahu pun tentang cara mereka sistem website seperti ini. Tidak perlu pening pening. Langgan sahaja pakej website kedai online dengan bayaran langganan yang murah. Contohnya Easystore ketika ini menawarkan pakej langganan serendah RM32.50 sebulan. Kalau anda anda seorang peniaga online, tidak mungkin anda tidak mempunyai modal dan tidak mampu membayar langganan serendah ini betul? Tunggu apa lagi, jom berniaga secara online cara mudah dengan kos yang murah. Bye

The post Pakej Bina Website Kedai Online Murah appeared first on eCommerce In Malaysia.

Apa Yang Perlu Kita Lihat Sebelum Membeli Web Hosting

$
0
0

Dalam artikel ini, saya akan berkongsi secara ringkas berkenaan beberapa hal yang perlu anda lihat dan semak dahulu sebelum anda membuat keputusan untuk melanggan mana mana pakej web hosting yang anda mahukan. Kalau anda adalah seorang blogger baru, mungkin ada beberapa hal teknikal atau terma terma yang anda kurang jelas. Dan di artikel ini juga nanti saya akan cuba meringkaskan secara mudah faham akan hal hal tersebut sebelum anda memilih membeli web hosting yang anda rasakan adalah tepat mengikut kehendak anda.

Ada orang tanya, apa itu domain? Apa itu hosting? Apa beza blog dengan website dan sebagainya. Sebagai blogger lama, persoalan ini sebenarnya mudah difahami. Cumanya hendak menceritakannya kembali ianya sedikit rumit. Baiklah, kita terus kepada persoalan asas. Apa itu domain? Domain adalah nama blog/wesbite anda. Kalau anda buka website https://www.kosmo.com.my, maka domain tersebut adalah “kosmo”. Jelas?

Pastikan anda memilih pakej yang berbaloi sebelum anda membeli web hosting Malaysia

Pastikan anda memilih pakej yang berbaloi sebelum anda membeli web hosting Malaysia

Persediaan Sebelum Membeli Web Hosting Malaysia

Apa itu hosting? Ianya adalah tempat di mana laman website anda ditempatkan untuk di “online” kan. Anda kena langgan hosting dari mana mana syarikat yang menyediakan servis perkhidmatan web hosting. Anda perlu melanggan secara bulanan atau tahunan. Kalau di Malaysia ini, kebiasaannya blogger akan melanggan dan membeli web hosting untuk tempoh setahun terus paling kurang. Dan selama setahunlah website anda akan online dan terpapar di Google. Jelas?

Apa beza antara blog dengan website pula? Pada asasnya ianya sama sahaja. Cumanya panggilan terma yang berbeza ini untuk menunjukkan fungsi dan peranan yang sedikit berbeza. Website biasanya lebih ke arah kandungan yang berbentuk umum, professional atau yang menawarkan apa apa servis. Kalau blog pula adalah website yang ke arah peribadi (personal) yang menceritakan tentang pendapat dan pandangan sendiri.

Ini adalah pakej harga web hosting dari hosting provider ServerFreak Malaysia

Ini adalah pakej harga web hosting dari hosting provider ServerFreak Malaysia

Sebelum anda membeli pakej web hosting yang anda mahukan, anda perlu melihat beberapa perkara. Dan di bawah ini saya senaraikan beberapa perkara yang perlu anda lihat sebelum melanggan apa apa pakej membina website/blog dengan mudah ini.

Senarai Kriteria Memilih Web Hosting

  1. Storage – ruang untuk digunakan ketika anda upload gambar ke blog anda. Kalau boleh biarlah 1GB ke atas. Lagi banyak anda berblogging dan upload gambar, lagi banyak space ruang yang anda perlukan
  2. Bandwidth – sama macam anda gunakan internet data. Lagi lama anda layari website, lagi banyak data habis digunakan. Cumanya laman website anda bukan dilawati oleh anda sahaja tetapi dilawati oleh penguna internet. Jadi ada kuota data bulanan iaitu “bandwidth” yang perlu anda pantau. Sebab kalau bandwidth ini habis, maka website anda tidak akan online. Cadangan saya, sila pastikan bandwidth anda minima 20GB sebulan

Dua kriteria di atas ini adalah yang paling utama sebelum anda memilih membeli pakej web hosting yang anda mahukan itu. Dan kriteria yang terakhir adalah berkenaan soal harga. Jangan bimbang, untuk pakej membeli web hosting yang paling murah boleh anda dapatkan dengan yuran langganan RM100 setahun. Bagi saya RM100 untuk setahun adalah tersangat murah. Kalau kita bahagi 12 bulan pun, sebulan baru kena bayar dalam RM9 sahaja. Murah bukan?

Website Penyedia Pakej Web Hosting Terbaik Malaysia

  • NetKL – kalau hendak pakej webhosting murah, sila pilih ini
  • ServerFreak  – kalau mahukan servis blogging yang pantas, sila pilih ini

Sebenarnya di Malaysia ada sangat banyak syarikat yang menawarkan servis perkhidmatan untuk membina dan hosting website/blog anda. Cumanya dari pengalaman saya sendiri, 2 syarikat di atas ini adalah yang paling terbaik dan juga murah setakat ini. Kalau anda tidak tahu cara untuk membeli dan membuat website/blog, anda boleh gunakan khidmat saya iaitu “servis buat blog” di sini. Saya akan tolong buatkan untuk anda dengan sedikit cas bayaran upah. Bye.

The post Apa Yang Perlu Kita Lihat Sebelum Membeli Web Hosting appeared first on eCommerce In Malaysia.

Kasut Sukan Lelaki Dan Wanita Yang Murah Dan Selesa

$
0
0

Tujuan utama kegunaan kasut sukan adalah untuk aktiviti bebentuk kesukanan. Ianya dicipta untuk tahan lasak dalam apa jua aktiviti. Namun ramai sahaja yang memakai kasut sukan hanya kerana selesa dan juga gaya. Dan setelah beberapa kali membeli dan memakai kasut sukan ini, saya dapati anda memang tidak boleh pakai main beli sahaja. Ada beberapa kriteria yang perlu anda lihat sebelum membelinya antaranya adalah keselesaan, ruang kelegaan pada jari kaki dan juga kemampuan tekanan (support) ketika kita gunakannya untuk aktiviti yang memerlukan kita melompat atau berlari. Semua ini kena diambil kira.

Saya pernah membeli kasut sukan jenis tapak yang nipis. Terasa bergaya dan mudah untuk saya pakai dan gunakan untuk ke tempat kerja. Namun dari hari ke hari saya dapati walaupun ianya agak cantik pada pandangan saya, ianya sebenarnya tidak sesuai digunakan untuk aktiviti jogging. Kaki akan mudah terasa sakit, letih dan penat kerana ianya tidak mampu menyerap hentakkan ketika kita berlari. Untuk jangka panjang memang tidak bagus untuk kesihatan kaki kita.

Jenis jenis kasut sukan murah bawah RM100 yang banyak dijual di website eCommerce Lazada Malaysia

Jenis jenis kasut sukan murah bawah RM100 yang banyak dijual di website eCommerce Lazada Malaysia

Beli Kasut Sukan Untuk Lelaki Dan Wanita Online

Rupa rupanya, setiap kasut sukan yang dihasilkan mempunyai kriteria mereka sendiri seperti Running Shoes, Hiking Shoes, Walking Shoes dan bermacam macam lagi. Ada kesesuaian yang perlu anda ambil kira sebelum memilih membeli mana mana kasut sukan. Jangan salah pilih terutamanya saiz. Ramai orang terkena masalah kaki melecet kerana saiz yang agak sempit. Sebab itulah kita sarankan anda untuk memakai stokin siap siap jika ke kedai kasut. Kalau sudah tahu saiz, maka anda boleh membeli kasut sukan anda secara online sahaja kalau mahu.

Dapatkan kasut sukan pelbagai jenama dan juga murah di Shopee Malaysia

Dapatkan kasut sukan pelbagai jenama dan juga murah di Shopee Malaysia

Dari pengalaman saya membeli kasut sukan, saya mencadangkan anda membeli mana mana sport shoes yang mempunyai tapak agak tebal, kusyen dalam kasut yang agak lembut, material yang ringan dan tahan lasak. Soal harga pula bergantung kepada bajet anda. Kalau ada wang lebih, dapatkanlah kasut yang berjenama kalau mahu. Kalau bajet wang kurang, ada sahaja kasut sukan yang dijual murah di bawah RM100. Contohnya kedai kasut bata ada banyak sport shoes untuk lelaki dan juga wanita yang bagus, berkualiti tetapi berharga murah bawah RM100.

Website Yang Menjual Sport Shoes

  • Lazada – ada sangat pilihan kasut sukan berharga murah di sini
  • 11Street – anda juga boleh mencari kasut yang anda inginkan di sini
  • Shopee – ada banyak kasut sukan yang dijual bawah RM100 di sini
  • Ezbuy – ada banyak pilihan kasut jogging buatan China di sini
  • Amazon – anda mahukan kasut jogging berkualiti ada di sini
  • Aliexpress – dapatkan kasut sukan murah dan cantik dari China di sini

Pernah tidak anda perasan yang kadang kala anda ke kedai kasut, tetapi pilihan jumlah kasut yang ada agak terhad. Anda kurang berpuas hati dengan rekaan kasut yang ada. Jadi saranan saya, anda membuat carian kasut sukan yang anda mahukan itu melalui website di internet. Dan di atas ini saya kongsikan dengan anda akan beberapa laman website yang ada menjual kasut sukan untuk anda survey dan beli secara online. Berminat? Jom lawat sekarang juga. Bye.

The post Kasut Sukan Lelaki Dan Wanita Yang Murah Dan Selesa appeared first on eCommerce In Malaysia.

Speaker Mini Mudah Alih (Portable) Yang Bagus

$
0
0

Ketika zaman zaman saya belajar di Universiti 12 tahun lalu. Pembesar suara yang saya suka beli adalah dari jenis “sub-woofer”. Ketika itu memang speaker jenis macam inilah yang menjadi pilihan. Ini kerana hanya speaker jenis ini yang mampu memberikan kualiti audio bunyi yang memuaskan telinga. Dan hanya selepas itu baru muncul pembesar suara speaker dari jenis kecil beberapa tahun kemudian. Masa itu saya memang terasa teruja dengan kemampuan bunyi dari speaker jenis kecil mini. Nampak kecil tetapi bunyi mengagumkan. Sebab itulah di rumah saya sekarang saya pakai speaker mini sahaja. Kecil dan jimat ruang.

Kepada anda yang meminati musik lagu, mungkin anda terfikir hendak mendapatkan speaker untuk komputer anda dari jenis sub-woofer. Kalau anda ada modal dan sukakan jenis sebegitu dipersilakan. Kalau sukakan bunyi yang memberi kesan detuman, maka memang seeloknya ambil speaker jenis sub-woofer. Namun kepada anda yang masih mahu merasakan kualiti bunyi yang baik tetapi tidak kisah akan feel “dentuman”, maka pilihan terbaik adalah mendapatkan speaker mini sahaja. Berminat?

Pelbagai jenis speaker mini kecil tetapi terbaik yang ada dijual di website Shopee Malaysia

Pelbagai jenis speaker mini kecil tetapi terbaik yang ada dijual di website Shopee Malaysia

Syok Mendengar Lagu Dengan Speaker Mini Kecil Yang Berkualiti

Biasanya speaker mini adalah dari jenis 2 pembesar suara jenis “speaker stereo“. Dan kadang kala dibekalkan sekali dengan sub-woofer bersaiz kecil. Bagi saya 2 pembesar suara sudah memadai. Asalkan ianya mampu memberikan kualiti audio yang saya inginkan. Kalau dengar lagu sampai boleh berasa seolah olah kita yang sedang menyanyikan lagu tersebut. Kalau sampai tahap boleh feel macam itu, rasanya sudah sangat terbaiklah speaker mini tersebut.

Speaker mini jenis bluetooth yang terbaik di website 11Street Malaysia

Speaker mini jenis bluetooth yang terbaik di website 11Street Malaysia

Biasanya speaker mini ciri cirinya adalah seperti bersaiz kecil, ringan dan mudah alih (portable). Ada yang jenis disambungkan pada soket elektrik. Ada yang jenis cukup dengan bekalan kuasa dari palam USB komputer. Dan ada yang boleh dijalankan dengan hanya menggunakan bateri sahaja. Yang lebih terbaik kalau ada fungsi bluetooth yang boleh digunakan secara jarak jauh samada untuk pc komputer atau untuk telefon pintar smartphone anda.

Tahukah anda yang speaker mini juga sesuai kepada anda yang mementingkan penjimatan dalam perbelanjaan dan juga menjimatkan ruang. Selalunya pembesar suara jenis kecil mini ini boleh anda dapatkan dengan harga jualan di bawah RM150. Macam biasa, selalunya lagi mahal sudah tentu lagi baik kualiti bunyinya. Cumanya saya nasihatkan anda ambil speaker mini yang jenis berjenama. Ada branded lebih baik seperti JBL, SonicGear, Sony, Edifier dan juga Xiaomi.

Website Yang Menjual Speaker Mini

  • Lazada – ada sangat banyak speaker jenis stereo kecil yang murah dan bagus
  • 11Street – ada banyak pilihan speaker mini berkualiti mudah alih di sini
  • Shopee – anda juga boleh mencari speaker mini portable di sini
  • Amazon – dapatkan pembesar suara stereo yang berkualiti di sini

Sebelum anda membeli mana mana speaker mini portable yang anda mahukan. Sila pastikan dahulu fokus keutamaan speaker tersebut hendak digunakan pada apa samada komputer atau smartphone. Dan untuk memastikan audio yang dihasilkan adalah baik, sila pastikan speaker mini mudah alih tersebut mampu untuk memperkuat bunyi audio tanpa ianya “pecah suara”. Kalau volume suara makin kuat dan tidak pecah, maka baguslah kualiti bunyi yang mampu dihasilkan nanti. Di atas ini saya berikan senarai laman web yang menjual speaker mini yang anda mahukan. Bye.

The post Speaker Mini Mudah Alih (Portable) Yang Bagus appeared first on eCommerce In Malaysia.


Kasut Bola Sepak Baru Yang Murah

$
0
0

Anda pernah pegang bola sepak? Apa yang anda rasa? Kulit bola sepak sangat tebal dan juga keras. Itu bermakna, untuk menyepak bola sepak, anda perlu menggunakan kasut yang sesuai iaitu kasut bola sepak. Saya pernah menyepak bola sepak menggunakan kaki ayam, memang boleh. Tetapi kaki akan terasa sakit. Lagi lagi kalau terpaksa menyepak untuk membuat hantaran yang jauh. Mungkin anda perasan yang kasut bola sepak ada 2 jenis material. Satu dari jenis kain dan satu lagi dari jenis kulit. Untuk lebih selamat dan tahan lama, sila gunakan kasut bola sepak dari jenis kulit.

Kali pertama saya menggunakan kasut bola sepak jenis kulit adalah ketika saya zaman sekolah rendah. Se ingat saya sewaktu darjah 6. Ketika itu ada pertandingan bola sepak antara “kem askar”. Ayah saya seorang tentera dan semua anak tentera perlu menyertai pertandingan bola sepak antara regimen. Jadi ayah ada belikan sepasang kasut bola sepak yang cantik untuk membuatkan saya terasa berminat untuk bermain bola sepak. Satu pengalaman yang seronok ketika itu kerana berjaya dapat hadiah disebabkan penyertaan.

Mari dapatkan kasut sukan bola sepak anda dengan mudah di website eCommerce Lazada Malaysia

Mari dapatkan kasut sukan bola sepak anda dengan mudah di website eCommerce Lazada Malaysia

Beli Kasut Bola Sepak Online

Kalau anda perasan, kasut bola sepak biasanya di tapak ada terdapat seperti bonjolan bulat bulat. Orang sebut benda tu sebagai “studs” yang berperanan memberikan kesan cengkapan pada tanah di padang untuk membuatkan pemain bola sepak boleh berlari dengan tangkas dan cekap. Kita tahu, kasut bola yang mahal dan juga seorang kaki bangku tidak akan dapat memberikan keputusan permainan yang berjaya. Namun keadaan kasut bola sepak yang betul juga memberikan kesan kepada tahap permainan.

Senarai brand jenama kasut bola sepak yang tahan lasak ada di jual di website 11Street Malaysia

Senarai brand jenama kasut bola sepak yang tahan lasak ada di jual di website 11Street Malaysia

Studs ada panjang dan pendek. Yang panjang untuk permukaan padang yang basah dan pendek adalah sebaliknya. Ada studs yang boleh ditanggal, dipasang dan ditukar tukar. Kelebihannya adalah untuk kos jangka panjang dan menjimatkan wang. Anda boleh menukar studs yang baru sahaja selepas studs haus dan menjadi tipis tanpa perlu menukar kasut bola sepak yang baharu. Studs ada diperbuat dari getah, plastik atau besi.

Website Yang Menjual Kasut Bola Sepak

  • Lazada – anda juga boleh membeli kasut bola sepak yang bagus di sini
  • 11Street – ada sangat banyak pilihan football shoes yang cantik di sini
  • Shopee – ada banyak pilihan kasut bola murah bawah RM100 di sini
  • Amazon – dapatkan kasut bola berjenama dan berkualiti dari luar negara di sini

Bagi saya, sebagai pemain bola sepak anda perlu peka terhadap keselamatan diri dan juga orang lain. Anda beli dan pakai kasut bola sepak yang anda rasakan cantik semata mata itu adalah tidak bertanggung jawab. Kalau anda memakai kasut bola yang mempunyai studs dari jenis besi dan juga tajam, sila jaga kawalan kaki anda ketika anda menggelecek bola sepak agar anda dan juga pemain yang lain tidak tercedera dari asakan dan juga terjahan yang anda lakukan. Bab ini anda kena faham dan ambil tahu dengan sangat penting. Di atas ini saya kongsikan link untuk anda mencari dan membeli kasut bola sepak idaman anda dengan harga murah. Bye

The post Kasut Bola Sepak Baru Yang Murah appeared first on eCommerce In Malaysia.

Bina Website Shopping Cart Murah

$
0
0

Adakah website yang berbentuk atau bercirikan shopping cart masih lagi relevan masa kini? Ini adalah pertanyaan umum dari peniaga online yang merasakan platform eCommerce Malaysia yang ada sekarang seperti Lazada Malaysia, 11Street dan juga Shopee sudah memadai untuk menjalankan perniagaan di internet. Tanggapan tersebut adalah benar tetapi kurang tepat. Kerana apa? Kerana anda yang bertanya itu adalah dalam posisi peniaga perseorangan dan bukannya dalam posisi supplier yang memerlukan ramai agen untuk membantu anda menjual produk anda. Anda sudah dapat “tangkap” akan apa yang saya sampaikan? Atas sebab inilah saya mahu mempromosikan kepada anda akan pakej website shopping cart. Berminat?

Anda seorang bakal peniaga online perseorangan. Kalau anda hendak berniaga terus melalui platform eCommerce yang saya nyatakan di atas tadi dipersilakan. Malah apa yang anda ingin lakukan itu adalah satu teknik perniagaan online masa kini yang memang tepat dengan kaedahnya. Cumanya, di luar sana terdapat ramai peniaga online yang mungkin memerlukan agen untuk membantu beliau melariskan produk mereka. Dalam kes seperti ini, menjual terus melalui platform eCommerce bukan satu teknik yang berkesan. Inilah salah satu sebab kenapa anda perlu mengggunakan website shopping cart.

Pakej website shopping cart paling murah dan terbaik dari Easystore Malaysia

Pakej website shopping cart paling murah dan terbaik dari Easystore Malaysia

Pakej Mendapatkan Website Shopping Cart Yang Murah

Tahukah anda, yang sistem website shopping cart zaman sekarang bukan lagi macam zaman dulu dulu. Dulu, sistem shopping cart hanya untuk mengupload dan mempromosikan barang semata mata. Zaman sekarang sudah terdapat banyak fungsi tambahan yang mereka berikan untuk memastikan produk anda mendapat pendedahan yang lebih supaya jualan yang berkesan dapat dilakukan. Bagaimana? Apakah fungsi tersebut?

Kelebihan Website Shopping Cart Terkini

  • Sangat mudah untuk upload gambar dan uruskan kedai online
  • Langganan harga serendah bawah RM50 sebulan
  • Theme reka bentuk kedai online yang menarik dan cantik
  • Boleh integrasi dengan servis kurier popular di Malaysia
  • Boleh integrasi pelbagai sistem payment gateway seperti iPay88 dan juga MolPay
  • Boleh integrasi dengan Facebook store, Lazada dan juga 11Street
  • Boleh pasang macam macam plugin di website kedai online anda
  • Ada fungsi auto-reply Facebook

Di atas ini adalah senarai ringkas berkenaan ciri ciri dan kelebihan jika anda menggunakan servis membina website shopping cart yang terkini. Anda tidak perlu risau atau ambil tahu hal hal teknikal. Anda langgan dan gunakan sahaja.

Pelan harga pakej online store Malaysia dari Easystore

Pelan harga pakej online store Malaysia dari Easystore

Penyedia Servis Bina Web Shopping Cart

  • Easystore – Anda boleh gunakan perkhidmatan bina kedai online murah di sini
  • Shopify – Kalau mahukan servis bina online store yang hebat, boleh cuba yang ini

Untuk pengetahuan anda, buat masa ini, promosi melanggan dan menggunakan website shopping cart dari Easystore Malaysia adalah yang paling murah sekali di Malaysia. Mereka tawarkan langganan serendah RM32. Kalau anda hendak bina website kedai online , sila langgan pakej dari 2 penyedia servis di atas yang saya kongsikan ini. Saya pasti akan berpuas hati kerana ianya mudah digunakan, mudah dikendalikan dan kos langganan setiap bulan pula adalah murah. Selamat mencuba.

The post Bina Website Shopping Cart Murah appeared first on eCommerce In Malaysia.

Beg Dompet Lelaki Yang Cantik Dan Berkualiti

$
0
0

Pengalaman saya memakai dan menggunakan beg dompet sebenarnya sudah agak lama. Seingat saya, saya pertama kali membeli dan memiliki beg dompet lelaki adalah pada usia 19 tahun iaitu ketika mahu masuk ke universiti. Mungkin ramai orang lelaki sudah menggunakan beg dompet lebih awal dari itu. Saya bukan jenis orang yang fokus kepada jenama mahal dan juga kualiti semata mata. Bagi saya, memiliki beg dompet adalah untuk keperluan dan tidak ada orang mahu tengok pun kita pakai beg dompet yang bagaimana dan macam mana. Itu adalah pandangan sayalah.

Namun kita tahu, lain orang lain pandangan mereka. Selepas berkahwin, isteri saya memang tidak boleh tengok atau tidak tahan melihat beg dompet saya yang kelihatan uzur dan nampak buruk. Koyak sedikit pun beliau tidak suka. Kata beliau, selepas berkahwin, suami kena jaga penampilan. Kata beliau, kalau suami nampak selekeh, takut orang cakap isteri tidak pandai jaga suami. Saya hanya mampu tersenyum sahaja. Suka juga orang ambil berat pasal kita sampai macam tu sekali. Bagaimana dengan anda?

Antara corak rekaan beg dompet lelaki yang ada dijual di website eCommerce Lazada Malaysia

Antara corak rekaan beg dompet lelaki yang ada dijual di website eCommerce Lazada Malaysia

Beli Beg Dompet Lelaki Yang Bagus Dan Murah Online

Isteri ada belikan saya sebuah beg dompet lelaki yang baharu. Dan ianya agak berjenama juga. Dan ianya berharga di atas RM100. Dari pengalaman saya, walaupun ianya agak cantik dan sedikit mahal dari pandangan saya, ianya tetap “rosak” dan mula terkoyak setelah setahun saya menggunakannya. Agak kelakar juga. Beg dompet yang saya sendiri beli ketika zaman bujang yang berharga di bawah RM100 boleh pula bertahan hampir 8 tahun lamanya. Pelik juga dibuatnya. Saya tidak ingat akan jenis materialnya. Yang pasti ianya terasa berkualiti dan juga berharga murah.

Anda juga boleh menjadi wallet lelaki yang anda mahukan di website Shopee Malaysia

Anda juga boleh menjadi wallet lelaki yang anda mahukan di website Shopee Malaysia

Sebenarnya apakah keperluan menggunakan beg dompet ini? Kalau dulu dulu saya tidak merasakan ianya terlalu penting pun. Selepas meningkat remaja dan sudah bekerja. Rupa rupanya ada banyak dokumen tentang diri sendiri yang perlu dibawa ke mana mana seperti Kad Pengenalan (IC) dan juga lesen memandu. Dua benda ini wajib dan perlu dibawa ke mana mana ketika kita keluar dari rumah. Malah ianya menjadi lebih penting kerana kita hendak simpan duit wang kita dengan lebih teratur dan juga selamat.

Website Yang Menjual Beg Dompet Untuk Lelaki

  • Lazada – ada banyak pilihan beg dompet untuk lelaki yang berharga murah di sini
  • Zalora – kalau pilih kualiti dan tidak kisah dengan harga, sila dari beg dompet di sini
  • 11Street – ada banyak pilihan beg dompet untuk lelaki yang berharga murah di sini
  • Shopee – ada banyak pilihan wallet lelaki yang murah di bawah RM100 di sini
  • Amazon – dapatkan beg dompet lelaki dari luar negara yang berkualiti di sini

Zaman sekarang rasanya beg dompet sudah menjadi kemestian bagi orang lelaki dan juga perempuan. Kita perlu bawa pengenalan diri dan juga wang dengan selamat. Maka beg dompet diperlukan. Ianya tempat kita menyimpan pelbagai resit atau kertas nota yang penting untuk tujuan tertentu. Kad kad juga perlu disimpan dan disusun dengan baik. Cuma nasihat saya, kalau ada bajet, jangan cari beg dompet lelaki yang terlalu murah kerana takut cepat koyak. Ada sahaja beg dompet untuk lelaki yang berharga di bawah RM100 dan juga masih berkualiti. Kalau ada bajet wang lebih, anda mahu beli beg dompet lelaki di atas harga RM100 pun boleh juga. Bye.

The post Beg Dompet Lelaki Yang Cantik Dan Berkualiti appeared first on eCommerce In Malaysia.

Stiker Pelekat Dinding Rumah Yang Cantik

$
0
0

Perasan tidak, orang dulu dulu memang biasa mengecat dinding rumah dengan warna putih sahaja. Kemudian ada trend terbaru, orang mula berani untuk mengecat rumah dengan warna warna lain. Selepas itu trend cat atas bawah warna lain. Contohnya atas warna cair dan bawah warna gelap sedikit. Dan di tengah tengah orang pasang pelekat dinding jenis memanjang bercorak bunga, haiwan atau artistik. Dan kemudian trend cat dinding satu demi satu dengan lain lain warna. Dan sekarang apakah trend yang orang sangat suka ketika ini. Ianya adalah trend memasang dan melekat dinding rumah dengan stiker pelekat dinding rumah. Berminat?

Saya dan emak ada pergi kedai yang menjual barangan perhiasan rumah. Kami mencari pelekat dinding untuk rumah dari jenis memanjang. Hendak tahu pekerja kedai kata apa? Mereka katakan yang pelekat dinding sebegitu mereka sudah tidak jual kerana sudah tidak up to date. Mereka katakan yang orang zaman sekarang ramai mencari pelekat dinding jenis penuh atau jenis corak pada dinding untuk menjadi perhiasan. Maknanya sekarang ada 2 jenis stiker pelekat dinding rumah yang mereka jual dan mendapat permintaan tinggi.

Ada banyak pilihan pelekat dinding rumah jenis sticker yang cantik di website eCommerce Lazada Malaysia

Ada banyak pilihan pelekat dinding rumah jenis sticker yang cantik di website eCommerce Lazada Malaysia

Beli Stiker Dan Wallpaper Pelekat Dinding Rumah Murah Online

Semalam saya singgah ke rumah rakan lama di Bertam Perdana Pulau Pinang. Dan itu adalah kali kedua saya ke rumah beliau. Dan ada satu benda yang menarik perhatian saya ketika itu iaitu pelekat dinding rumah. Dan saya terus tanyakan kepada beliau, di mana beliau beli, berapa harga dan bagaimanakah beliau memasangnya. Ada beberapa tips yang beliau kongsikan hasil dari pengalaman beliau membeli pelekat dinding untuk rumah beliau sebelum.

Daptkan pelekat dinding untuk rumah jenis wallpaper yang cantik di Lazada Malaysia

Daptkan pelekat dinding untuk rumah jenis wallpaper yang cantik di Lazada Malaysia

Untuk masalah pelekat dinding rumah jenis penuh dari atas sampai ke bawah, beliau nasikatkan saya mendapatkan pelekat dinding iaitu “pelekat wallpaper” jenis yang coraknya adalah sama. Maksudnya begini, katakan anda ambil pelekat dinding dengan corak bunga. Sila pastikan sisi tepi pelekat dinding tersebut mempunyai corak bunga yang sama jarak antara satu sama lain. Kalau pakai main beli, takut selepas anda siap melekatkan pelekat dinding yang pertama.

Memang cantik dan kiut jika anda melihat tawaran pelekat dinding rumah di website Shopee Malaysia ini

Memang cantik dan kiut jika anda melihat tawaran pelekat dinding rumah di website Shopee Malaysia ini

Dan ketika mahu melekatkan pelekat dinding yang kedua, coraknya menjadi tidak sekata. Jadi kena lihat juga akan masalah ini. Selalunya corak dengan corak halus atau garisan tiada masalah. Kalau corak agak besar, maka perkara ini memang anda kena lihat lebih serius.

Website Yang Menjual Pelekat Dinding Rumah

  • Lazada – memang mudah mencari dan membeli pelekat dinding rumah di sini
  • 11Street – ada banyak juga pelekat untuk dinding rumah yang cantik di sini
  • Shopee – rambang mata dibuatnya kalau anda melihat pelekat dinding rumah di sini
  • Ezbuy – beli pelekat dinding untuk rumah yang murah dari China dalam RM di sini
  • Amazon – dapatkan sticker dan wallpaper dinding rumah berkualiti di sini
  • AliExpress – kalau hendak murah, beli sahaja terus dari China melalui web ini

Untuk pelekat dinding rumah jenis sticker yang bukan seluruh dinding seperti corak matahari, permandangan, burung, hutan, abstrak dan sebagainya, ada banyak pilihan sticker pelekat dinding rumah yang cantik cantik untuk anda pilih. Jadi rambang mata dibuatnya nanti. Di atas ini saya kongsikan gambar dan juga senarai website yang anda menjual sticker dan juga wallpaper pelekat dinding untuk rumah kediaman anda. Selamat mencuba. Bye.

The post Stiker Pelekat Dinding Rumah Yang Cantik appeared first on eCommerce In Malaysia.

Akuarium Mini Jenis Kecil Untuk Membela Ikan

$
0
0

Teringat saya ketika kecil dahulu, ayah memang suka membela ikan di rumah yang diletakkan dalam akuarium. Ketika zaman dulu akuarium ikan memang biasanya agak besar dan juga dari jenis kaca yang agak berat. Memang seronoklah dapat tengok anak ikan atau ikan besar berenang renang dalam akuarium tersebut. Kena pula dengan pencahayaan dan juga wallpaper akuarium yang menyebabkan permandangan seolah olah sedang melihat dunia lautan yang amat indah sekali. Bagaimana dengan orang zaman sekarang? Masih suka bela ikan dan gunakan akuarium yang besar. Orang zaman sekarang biasanya akan gunakan akuarium mini sahaja. Tetapi tidak semua lah.

Pengalaman saya membantu ayah ketika kecil cara memberi makan, membasuh akuarium, memastikan air sihat dan beroksigen membuatkan saya tahu sedikit sebanyak tentang penjagaan ikan di dalam akuarium ini. Untuk pengetahuan anda, jika anda membela ikan di dalam akuarium mini, sila pastikan anda mengambil tahu tentang beberapa perkara supaya ikan yang anda bela itu dapat hidup dengan lebih lama. Tidak sama keadaannya ketika anda membela ikan dalam akuarium berbanding di sungai atau kolah. Kenapa?

Contoh tank aquarium mini yang ada dijual di website eCommerce Lazada Malaysia

Contoh tank aquarium mini yang ada dijual di website eCommerce Lazada Malaysia

Beli Akuarium Mini Jenis Kecil Murah Online

Perkara pertama yang paling penting berkenaan penjagaan ikan adalah tentang kebersihan air. Air yang tidak sihat, ikan akan mati. Dan air dalam balang akuarium adalah dari jenis tidak mengalir. Ini bermaksud, air semakin lama akan menjadi semakin kotor, bertukar warna, tidak sihat dan mengundang penyakit. Dan sudah tentu akan menyebabkan ikan akan mudah untuk mati. Untuk ikan jenis kecil biasanya tiada masalah sangat. Kalau ikan jenis besar, benda benda macam ini anda kena ambil tahu.

Contoh balang akuarium ikan yang cantik yang dijual melalui website 11Street Malaysia

Contoh balang akuarium ikan yang cantik yang dijual melalui website 11Street Malaysia

Ikan akan buang tahi mereka dalam akuarium tersebut. Jadi tahi akan berkumpul dan air akan menjadi kotor. Anda kena sering selalu mencuci balang akuarium atau kerap membuang dan menggantikan dengan air yang baharu. Kalau boleh sila beli dan masukkan sedikit satu penutup botol “air klorin” yang ada dijual di kedai akuarium ikan untuk membunuh virus bakteria dalam air tersebut.

Contoh akuarium mini untuk ikan kecil yang mudah dijaga ada dijual di laman web Shopee Malaysia

Contoh akuarium mini untuk ikan kecil yang mudah dijaga ada dijual di laman web Shopee Malaysia

Ikan juga macam manusia juga. Mereka memerlukan oksigen. Tetapi ikan memerlukan dua oksigen. Satu oksigen di udara. Sebab itu anda akan lihat ikan naik ke permukaan air kadang kala. Ini kerena mereka mahukan oksigen. Dan ikan juga mendapat oksigen dari air itu sendiri. Mereka bernafas melalui insang mereka. Untuk membekalkan air dalam balang ikan untuk terus ada oksigen, anda belilah “water pump” yang bertujuan membersihkan air sambil meningkatkan oksigen dalam air itu sendiri.

Website Yang Ada Menjual Akuarium Jenis Mini

  • Lazada – dapatkan pelbagai jenis akuarium ikan mini murah di sini
  • 11Street – dapatkan akuarium ikan termasuk aksesorinya di sini dengan mudah
  • Shopee – rambang mata dibuatnya jika anda melihat akuarium mini cantik di sini
  • Amazon – dapatkan balang akuarium yang cantik dan berkualiti dari luar negara di sini

Saya tidak pasti bagaimana dengan tempat tinggal anda. Dari apa yang saya perasan, zaman sekarang sudah tidak banyak kedai ikan dibuka. Kalau anda pun mesti agak jauh. Kalau anda berminat untuk membela anak ikan atau ikan di dalam akuarium, dan berminat mendapatkan akuarium jenis kecil. Saya cadangkan anda mendapatkan sahaja akuarium mini seperti gambar di atas ini. Di mana hendak beli dan dapatkan balang akuarium kecil ini? Dapatkan sahaja melalui link website yang saya kongsikan di atas ini. Selamat membeli ikan. Bye

The post Akuarium Mini Jenis Kecil Untuk Membela Ikan appeared first on eCommerce In Malaysia.

Belikan Hair Dryer Untuk Isteri Anda

$
0
0

Orang dulu dulu mana ada alat untuk mengeringkan rambut seperti hair dryer ini. Samada mereka jarang membasahkan rambut sebelum ke tempat kerja atau mereka lap dengan kain tuala kering sampai kering rambut. Orang zaman sekarang memang hendak cepat. Biasanya orang perempuan yang bertudunglah yang suka gunakan alat pengering rambut seperti ini. Kalau jenis yang tidak bertudung ataupun orang lelaki biasanya memang tiada masalah kalau rambut basah sebelum pergi kerja. 

Saya sudahpun membeli hair dryer dan hadiahkan kepada isteri. Sudah beberapa kali sebenarnya beliau menyuarakan pendapat mahukan hair dryer ini. Kalau pergi ke pasaraya pun pasti beliau akan singgah melihat lihat dan survey akan produk yang bernama hair dryer. Bagi saya sebagai seorang lelaki memang merasakan alat ini tidak penting. Malah saya malas hendak ambil tahu. Tetapi bila terfikirkan akan situasi si isteri, maka saya perlu juga untuk memahami masalah rambut basah lambat kering beliau ketika beliau mahu pergi kerja.

Produk pengering rambut yang dibeli telah sampai ke rumah

Produk pengering rambut yang dibeli telah sampai ke rumah

Beli Hair Dryer Berjenama Dan Murah Online

Atas dasar kesian dan sayangkan isteri, maka saya membuat keputusan untuk membeli dan menghadiahkan hair dryer kepada beliau secara kejutan (surprises). Saya tidak bercadang ingin membeli hair dryer ini secara online. Saya bercadang hendak beli hair dryer ini terus di kedai yang menjual barangan elektrik rumah. Nasib baik ada. Saya buat survey. Dan saya memilih hair dryer yang saya rasakan cantik dan bagus terus saya beli.

Hair dryer jenama Philips yang di jual di kedai barangan elektrik

Hair dryer jenama Philips yang di jual di kedai barangan elektrik

Isteri balik kerja terus saya berikan kepada beliau. Memang beliau sukakan hadiah tersebut. Saya pun check sebenarnya apakah bahan asas kepada binaan produk pengering rambut ini. Apa yang saya dapati, ianya hanya sebuah alat yang dibina berasaskan “plat besi pemanas” dan juga kipas blower. Apabila plat besi dipanaskan pada suhu tertentu dan kipas pula berperanan menyalurkan haba panas tadi kepada rambut yang lembab. Proses inilah yang mengeringkan rambut. Begitu rupanya.

Website Yang Menjual Hair Dryer

  • Lazada – ada sangat banyak pilihan hair dryer murah dan terbaik di sini
  • 11Street – anda juga boleh mendapatkan alat pengering rambut di sini
  • Shopee – anda boleh mencari produk pengering rambut di sini juga
  • Senheng – dapatkan hair dryer jenis branded tetapi murah di sini
  • Amazon – anda boleh beli pengering rambut yang berkualiti dari luar negara di sini

Selepas saya beli hair dryer ini di kedai barangan elektrik rumah. Saya membuat semakan harga di beberapa website eCommerce seperti di atas ini. Apa yang saya jumpa? Sudah tentu harga yang ditawarkan melalui internet lebih murah. Saya beli hair dryer ini dengan harga RM89.00. Tetapi di website ianya dijual dengan harga RM79 dan juga RM83 dari penjual berbeza. Dengan kata lain, kalau anda inginkan penjimatan dan tidak urgent, maka saranan saya anda beli sahaja hair dryer ini melalui website yang saya berikan di atas ini. Bye.

The post Belikan Hair Dryer Untuk Isteri Anda appeared first on eCommerce In Malaysia.

Baju Tidur Wanita Yang Menggoda

$
0
0

Salah satu nikmat setelah berkahwin adalah nikmat pandangan mata. Suami suka melihat isteri dan isteri suka melihat suami. Dan pakaian adalah salah satu perkara yang boleh menarik perhatian pasangan untuk berasa lebih suka dan seronok ketika melihat. Dan sudah tentulah pakaian tersebut adalah pakaian yang bernama “baju tidur”. Sebagai suami yang mahu melihat isterinya kelihatan cantik, apakah anda sudah membelikan isteri anda baju tidur wanita yang sesuai untuk mereka? Anda mahu isteri anda kelihatan cantik untuk anda. Mungkin ini adalah salah satu perkara yang boleh anda lakukan.

Tanyalah kepada mana mana encik suami. Pasti mereka mahukan isteri mereka kelihatan cantik. Majoritinya pasti mahukan isteri mereka berhias untuk mereka iaitu suami. Saya pasti ada di antara suami yang berasa isterinya tersalah dalam konsep berhias diri. Ada isteri yang suka bersih, mandi dan berhias kerana mahu keluar berjalan jalan. Ketika di rumah, mereka berpakaian ala ala kadar sahaja kerana beranggapan tiada siapa yang mahu melihat. Ini salah. Bukankah berhias diri untuk suami itu adalah salah satu bentuk pahala? Setuju?

Contoh pakaian baju tidur wanita yang berharga murah ada dijual di website Lazada Malaysia

Contoh pakaian baju tidur wanita yang berharga murah ada dijual di website Lazada Malaysia

Beli Baju Tidur Wanita Murah Online

Dalam hal berhias diri atau kelihatan bersih dan cantik untuk pasangan, dua dua pihak kena sama sama berusaha. Kalau anda sebagai suami mahu isteri anda berpakaian seksi yang boleh menggoda dan menarik minat anda, maka anda perlulah keluar bajet dan membeli pakaian tersebut. Mahu isteri cantik tetapi kedekut untuk keluarkan modal pun susah juga. Saya pasti isteri akan terasa dihargai dan disayangi jika anda sebagai suami membelikan mereka sesuatu.

Baju tidur wanita yang berkualiti pula ada dijual di website eCommerce Zalora Malaysia

Baju tidur wanita yang berkualiti pula ada dijual di website eCommerce Zalora Malaysia

Setuju tidak kalau saya katakan yang pakaian seperti baju tidur salah satu daya penarik kepada pasangan. Kalau anda mahukan isteri anda berpenampilan cantik dan seksi untuk anda sebagai suami, maka anda boleh dapatkan baju tidur wanita untuk isteri anda. Bagi pasangan yang masih baru berkahwin pasti ianya agak mudah untuk meminta permintaan tersebut. Kepada pasangan lama, ianya pasti sedikit sukar kerana tidak terbiasa. Tetapi jujurlah kepada diri, saya pasti yang pasangan anda akan faham.

Senarai Website Yang Menjual Pakaian Baju Tidur Seksi

  • Lazada – Banyak koleksi pakaian lingerie dress dan baju tidur di sini
  • 11Street – Banyak pilihan baju tidur yang seksi yang boleh anda cari di sini
  • Zalora – Pakaian tidur malam wanita yang berkualiti banyak di sini
  • EzBuy – Anda mahu dapatkan pakaian wanita seksi dari China banyak di sini
  • Amazon – Website alternatif yang boleh anda cuba untuk survey produk pakaian seksi wanita
  • AliExpress – Banyak pilihan pakaian seksi wanita yang murah dari China di sini

Untuk pengetahuan anda, baju tidur wanita ini biasanya ada beberapa jenis kategori. Kategori pertama adalah dari jenis baju tidur yang biasa. Dan kategori yang kedua pula adalah dari jenis baju tidur jenis seksi. Kepada pasangan yang berminat tetapi mungkin malu untuk membelinya di kedai atau pasaraya, maka saya kongsikan beberapa laman web di atas ini untuk anda survey dan mencari pakaian baju tidur wanita yang anda mahukan secara mudah melalui internet. Selamat mencuba.

The post Baju Tidur Wanita Yang Menggoda appeared first on eCommerce In Malaysia.


Kenapa Rakan Saya Memilih GoPro Hero 6

$
0
0

Sudah agak lama sebenarnya saya mengikuti perkembangan kamera aksi iaitu “action camera” di pasaran. Saya selalu juga menonton video perbandingan setiap kamera aksi. Sambil sambil tonton kamera aksi, saya juga akan menonton video berkenaan teknologi drone. Dua benda ini kalau anda sekali, memang lengkap video anda. Untuk pengetahuan, berita terkini berkenaan syarikat GoPro adalah mereka terbuka mahu menjual perniagaan mereka kepada syarikat lain. Salah satu punca adalah kerana faktor penawaran harga yang bersaing sengit dengan produk murah dari China. Untuk pengetahuan anda juga, produk terkini dari GoPro 2018 adalah produk yang bernama GoPro Hero 6.

Saya berbincang bincang mengenai projek buat duit dengan YouTube. Dan salah produk atau alat yang wajib ada adalah kamera aksi. Atas sebab tertarik dan berminat, rakan saya yang pertama telah membeli action kamera dari model Eken H8R. Kenapa beliau tertarik untuk beli kamera tersebut. Sudah tentu kerana mahu buat duit dengan video di YouTube. Walaupun beliau belum bermula lagi, namun beliau mempunyai hobi yang bagus untuk beliau upload di YouTube iaitu aktiviti berbasikal (cycling) dan juga aktiviti memancing (fishing).

Rupa bentuk hadapan kamera aksi GoPro Hero 6

Rupa bentuk hadapan kamera aksi GoPro Hero 6

GoPro Hero 6 Memang Terbaik

Saya tidak mahu cakap banyak, anda buka laman YouTube dan cuba anda taipkan kata kunci berbasikal dan juga memancing. Anda akan dapati yang jumlah tontonan adalah agak tinggi. Mudah cerita, kalau anda orang Malaysia, 2 aktiviti dapat memberikan anda peluang menjana pendapatan bersama YouTube kalau anda mahu. Beliau beli kamera aksi yang murah murah sahaja sebagai percubaan pertama. Dari pandangan pertama dan percubaan beliau, beliau katakan ianya sudah cukup baik bagi kamera aksi dalam kategori tersebut.

Rupa bentuk belakang kamera aksi GoPro Hero 6

Rupa bentuk belakang kamera aksi GoPro Hero 6

Dan rakan saya yang kedua pula baru baru ini telah membeli kamera aksi dari model jenama GoPro Hero 6. Dan apabila saya membuat carian di internet, rupanya model ini adalah model yang paling baru dalam siri GoPro Hero. Saya sendiri telah melihat dan mencubanya secara ringkas. Kami tidak mahu melihat gambar. Oleh kerana ianya adalah sebuah action camera, sudah pasti kami mahu melihat kualiti rakaman video. Apakah ianya berkualiti dan setanding dengan harga yang ditawarkan.

Tahukah anda harga permulaan GoPro Hero 6 yang ditawarkan pada tahun 2017 adalah berharga RM2388. Pada ketika ini (April 2018), harganya telah berkurangan menjadi RM 1850 (asas) sahaja. Kenapa rakan saya akhirnya memilih GoPro Hero 6? Setelah berhari hari beliau membuat perbandingan di internet, beliau nampaknya berpuas hati dengan kelebihan dan kemampuan kamera dan rakaman video dari Hero 6 ini.

Website Yang Menjual Kamera Aksi GoPro

  • Lazada – produk GoPro termasuk aksesori dijual rasmi di sini
  • 11Street – harga GoPro yang ditawarkan di sini juga agak murah
  • Shopee – produk GoPro termasuk aksesori dijual rasmi di sini
  • Amazon – jika mahi beli GoPro dari luar negara sila dapatkan di sini

Saya tidak cakap kosong. Seorang rakan saya cuba merakam video ketika itu juga. Anda hendak tahu apa hasilnya? Saya sendiri teruja. Terutamanya dalam bab PENSTABIL IMEJ. Rakaman video yang terhasil memang cantik boleh dikatakan hampir tiada gegaran yang keterlaluan. Rakaman video nampak professional seolah olah anda merakam video menggunakan gimbal. Sedangkan kami merakam video menggunakan tangan sahaja. Review di internet berkenaan perubahan besar dari GoPro Hero 5 kepada GoPro Hero 6 juga adalah berkenaan isu ini juga adalah sama. Rakaman video anda tampak professional seolah olah anda merakam menggunakan gimbal. Terbaik

The post Kenapa Rakan Saya Memilih GoPro Hero 6 appeared first on eCommerce In Malaysia.

Apa Yang Menarik Di Padang Besar Perlis

$
0
0

Sejak kahwin ini saya dan isteri cuba luangkan masa untuk berjalan jalan ke mana mana tempat yang menarik. Orang kata, sebelum ada anak inilah masanya untuk pergi ke mana mana. Selepas ada anak nanti kita akan sibuk dan kurang masa untuk berjalan. Benar juga kata kata tersebut. Dan isteri mengajak saya untuk ke Padang Besar di negeri Perlis. Satu nama panggilan yang saya agak kerap dengar tetapi saya sendiri belum pernah ke sana walaupun saya tinggal di negeri berhampiran iaitu Pulau Pinang.

Oleh kerana rumah saya kini berada dekat dengan stesen keretapi yang baru dibina, maka saya terus sahaja bersetuju dengan ajakkan tersebut. Biasanya saya akan setuju kalau ianya adalah tempat yang saya belum pernah sampai ke sana. Jadi bagi saya ianya agak berbaloi untuk melihat dan meninjau ke sana. Apa yang ada dalam kepala saya tentang Padang Besar Perlis ini? Ianya adalah kawasan bebas cukai yang menarik dan terdapat banyak barang barang murah yang dijual di sana. Itu tanggapan saya.

Papan tanda besar padang besar Perlis

Papan tanda besar padang besar Perlis

Pengalaman Pertama Ke Padang Besar Perlis Malaysia

Untuk pengetahuan anda, lokasi tempat di mana kawasan bebas cukai Padang Besar Perlis ini sebenarnya sangat berdekatan dengan stesen keretapi. Jadi ianya adalah praktikal sekiranya anda ke sana menaiki keretapi sahaja. Agak membazir wang minyak kereta jika anda dari lokasi yang jauh. Maklumlah negeri Perlis ini adalah negeri yang paling utara di Malaysia. Kalau anda dekat dengan lokasi tersebut, maka naik kereta pun sesuai juga. Oleh kerana saya tidak pernah menaiki kereta api, maka saya pun bersetuju untuk ke sana dengan keretapi. Orang cakap cinta pandang pertama. Nak juga merasa pengalaman naik keretapi. Pakej 2 dalam 1.

Makanan seperti kerepek banyak dijual di padang besar Perlis

Makanan seperti kerepek banyak dijual di padang besar Perlis

Ok, sebenarnya apakah tempat yang bernama Padang Besar Perlis Malaysia ini? Ianya adalah kawasan bebas cukai. Memang ada tulis “BEBAS CUKAI” pun di pintu masuk kawasan ini. Dan kawasan ini adalah kawasan di mana produk dan barangan yang dijual sudah tentu adalah lebih murah kerana dikecualikan cukai. Ada produk berbentuk makanan, pakaian, mainan, kraf tangan, beg tangan, barang dapur, barang rumah dan bermacam lagi.

Pelbagai jenis beg tangan ada dijual di padang besar Perlis

Pelbagai jenis beg tangan ada dijual di padang besar Perlis

Saya ke Padang Besar ini bukan hendak mencari atau beli barang pun. Ianya lebih kepada mahu tahu apakah keadaan Padang Besar ini. Ini kerana saya belum pernah sampai ke sana sebelum ini. Orang selalu cakap pasal tempat ini tetapi saya tidak tahu akan gambaran tentang tempat ini. Best atau tidak pun saya tidak boleh komen kerana belum pernah sampai. Jadi itulah tujuan utama saya ke sana. Mana tahu jumpa barang yang murah, bolehlah mencadangkan kepada orang lain untuk membelinya di sini.

Antara baju jersi bola sepak yang murah dijual di padang besar Perlis

Antara baju jersi bola sepak yang murah dijual di padang besar Perlis

Kawasan bebas cukai ini tidaklah besar mana. Produk barangan yang dijual bagi saya tidaklah banyak pilihan. Berkenaan harga pula, saya sendiri kurang pasti samada ianya murah atau tidak. Mungkin ianya murah, tetapi tidaklah terlalu murah. Ini saya cakap berkenaan harga bagi pakaian. Malah isteri saya sendiri mengatakan boleh dapat yang lebih elok di tempat lain pada harga yang lebih kurang sama. Pendapat ini untuk produk pakaian tau. Yang lain lain mungkin murah. Saya kurang pasti.

Apakah tanggapan saya setelah ke Padang Besar Perlis ini? Sebagai orang awam, saya suka kalau kawasan yang agak special ini diberikan naik taraf dan penampilan yang menarik. Saya pandang dari sudut komersial perlancongan. Bagi saya ianya kurang menarik. Malah saya kurang terasa mahu berjalan lebih lama di sana. Terlalu banyak barang yang hampir sama di sana sini dan kurang kepelbagaian mungkin antara sebab saya rasakan ianya kurang menarik. Dari pengalaman yang pendek dan ringkas ini, saya mengambil masa 1 jam lebih sahaja di sana dan mahu balik. Dari pandangan saya, saya berikan markah 5/10 sahaja untuk Padang Besar Perlis Malaysia ini. Bye


>>> Beli Tiket Keretapi KTM Online – [ Click Here ] <<<

The post Apa Yang Menarik Di Padang Besar Perlis appeared first on eCommerce In Malaysia.

Produk Untuk Menutup Lubang Rekahan Lantai Mozek

$
0
0

Saya telah menyewa sebuah rumah sewa di sebuah apartment tingkat bawah (ground floor). Dan ini adalah kali pertama saya tinggal di sebuah jenis bertingkat tetapi di bawah sekali. Ada satu masalah yang saya hadapi iaitu lantai di bilik air iaitu bilik mandi terdapat lubang rekahan lantai. Bukanlah rekahan itu yang menjadi masalah, akan tetapi masalah binatang atau serangga kecil yang naik ke lantai beberapa kali dan ini mengganggu saya ketika hendak mandi atau membuang air besar. Masalah berlaku lebih berat ketika hari hujan. Ada binatang kecil yang bahaya masuk ke bilik air. Apa itu?

Saya tidak pasti bagaimana keadaannya dengan rumah bawah (ground floor) untuk rumah apartment yang lain. Mungkin saja ini terjadi di rumah yang saya duduki sahaja atau rumah yang juga sama. Tetapi yang saya pasti rasanya rumah yang berada di tingkat atas atau lebih atas pasti tiada masalah ini kerana jauh dari tanah. Masalah yang saya hadapi adalah serangga seperti lipas, cacing dan juga lipan masuk ke lantai bilik air melalui lubang rekahan lantai mozek rumah sewa saya ini.

Persediaan alat untuk lubang rekahan lantai jenis mozek di rumah

Persediaan alat untuk lubang rekahan lantai jenis mozek di rumah

Cara Menutup Lubang Rekahan Lantai Rumah

Majoriti serangga atau binatang kecil ini masuk memang melalui lubang rekahan lantai mozek ini. Saya terfikir hendak simen sahaja lubang rekahan tersebut. Tapi sebelum itu saya berbincang dengan rakan tempat kerja tentang masalah ini. Dari perkongsian beliau, beliau telah mencadangkan saya lubang rekahan lantai dengan sebuah alat yang bernama SILIKON (silicon sealant). Ianya dalam bentuk cairan yang perlu saya masukkan pada lubang rekahan tersebut. Tunggu ianya kering dan ianya akan menjadi keras. Cadangan tersebut memang saya suka dan setuju.

Produk untuk menutup lubang rekahan lantai yang boleh anda beli di website Lazada Malaysia

Produk untuk menutup lubang rekahan lantai yang boleh anda beli di website Lazada Malaysia

Saya singgah ke kedai yang menjual produk barangan hardware rumah. Dan saya juga berbincang dengan peniaga kedai tersebut tentang masalah yang saya hadapi. Menurut beliau, salah satu kegunaan silicon memang untuk tujuan tersebut. Oleh kerana lantai bilik air saya merupakan lantai yang bersimenkan mozek, maka beliau mencadangkan saya gunakan penutup rekahan berbentuk “sealant”. Dan beliau telah mencadangkan saya gunakan sahaja “Adhesive Sealant” berbanding “silicon sealant” kerana ianya lebih keras dan juga kalis air. Saya bersetuju dengan cadangan tersebut.

Ada 3 alat yang saya perlu beli sekaligus untuk memudahkan kerja. Produk yang pertama sudah tentu Adhesive Sealant yang berfungsi sebagai gam yang akan menutup lubang rekahan mozel tersebut. Alat yang kedua adalah alat untuk memicit gam adhesive sealant ini. Gam sangat keras dan padat. Anda tidak akan mampu memicit keluar pakai tangan anda. Dan alat yang ketiga adalah muncung berbentuk kon yang akan memandu dan mengeluarkan gam dengan baik.

Senarai Barang Yang Perlu Anda Beli

  • Adhesive Sealant – gam khas yang akan menutup lubang rekahan dinding/lantai
  • Pemicit (Gun) – alat untuk memicit gam adhesive sealant untuk keluar dari muncung
  • Muncung – alat yang dipasang pada hadapan adhesive sealant untuk keluar dengan baik
  • ***Kos keseluruhan ketiga tiga benda ini adalam RM30 sahaja

Kalau rumah anda tidak berdekatan dengan kedai hardware, anda boleh sahaja beli ke semua alat ini melalui link di atas ini. Anda juga boleh memilih gam adhesive sealant yang lain kalau anda mahu. Di atas ini juga saya kongsikan video bagaimana saya lubang rekahan lantai dengan alat tersebut. Selepas saya menutup lubang rekahan tersebut, hampir tiada lagi saya menghadapi keadaan terjumpa lipas, cacing ataupun lipan ketika mandi. Masalah selesai. Selamat mencuba.

The post Produk Untuk Menutup Lubang Rekahan Lantai Mozek appeared first on eCommerce In Malaysia.

Spesifikasi Xiaomi Black Shark Malaysia

$
0
0

Saya tidak pasti samada anda pernah dengar atau tidak akan sebuah telefon pintar yang dicipta khas untuk permainan. Dan telefon berkenaan adalah RAZER smartphone. Telefon pintar ini sama sahaja seperti telefon pintar yang lain. Cumanya spesifikasi yang dibina dibekalkan dengan spesifikasi yang agak tinggi untuk memberikan pengalaman bermain permainan 3D yang memuaskan. Tahukah anda yang syarikat Xiaomi juga telah melancarkan telefon permainan mereka yang tersendiri yang bernama Xiaomi Black Shark. Saya sendiri baru sahaja mendengarkan berita ini pada bulan lalu. Tidak sangka yang ianya secepat ini..

Kalau anda mengikuti perkembangan Xiaomi, mereka bukan sahaja terlibat dalam industri telefon pintar semata mata. Mereka juga membuat drone, action kamera dan pelbagai lagi. Entah kenapa mereka juga berminat dengan telefon khas untuk permainan juga. Namun berita seperti ini adalah berita gembira dikalangan peminat telefon pintar smartphone. Ini kerana brand Xiaomi adalah satu jenama yang tidak asing lagi di Malaysia. Terlalu banyak review positif berkenaan jenama Xiaomi ini.

Smartphone Xiaomi Black Shark

Smartphone Xiaomi Black Shark

Berbaloikah Membeli Smartphone Xiaomi Black Shark

Untuk pengetahuan anda. Saya adalah pengguna smartphone Xiaomi Redmi Note 3 Pro dan sangat berminat untuk beralih menggunakan Xiaomi Redmi Note 5 kerana yakin dengan jenama ini berdasarkan pengalaman sendiri menggunakan smartphone buatan Xiaomi. Sebab itulah bila terdengar sahaja ada “Redmi Note” yang akan dilancarkan saya memang sangat teruja. Dan kini smartphone khas gaming pula dilancarkan. Siapalah yang tidak teruja betul? Hendak tahu akan spesifikasi Xiaomi Black Shark ini?

Smartphone gaming keluaran Xiaomi ini disebut dengan nama Xiaomi Black Shark. Dan spesifikasi yang ditawarkan sudah tentu agak tinggi. Sila lihat spesifikasi model smartphone ini di bawah

Spesifikasi Xiaomi Black Shark

  • CPU = Snapdragon 845
  • GPU = Adreno 630
  • Skrin = 5.99 inchi
  • RAM = 6GB / 8GB
  • Kamera = 12 MP (f/1.8, 1.25µm) + 20 MP (f/1.8, 1.0µm) (belakang) / 20 MP, (f/2.2, 1.0µm) (hadapan)
  • Storage = 64GB / 128GB
  • Speaker = Stereo
  • Bateri = 4000mAh
  • Harga (Malaysia) = RM2599 (6GB) / RM2999 (8GB)

Di atas ini adalah ringkasan spesifikasi untuk Xiaomi Black Shark. Ianya hampir sama sahaja dengan smartphone jenis “high end” yang lain. Cumanya ada sedikit “tweak” yang dilakukan untuk memberikan kepuasan ketika anda bermain games yang besar dan juga berat. Salah satu yang paling menarik yang dibekalkan untuk Xiaomi Black Shark ini adalah penyejukkan berasaskan cecair yang sudah pasti mampu menyebabkan pemanasan cpu mahupun gpu pada tahap yang sederhana untuk membolehkan anda bermain games anda terus menerus tanpa masalah dan juga controller khas bersama. Berminat? Sila dapatkan melalui link di bawah ini. Bye.


>>> Beli Smartphone Xiaomi Black Shark – [ Click Here ] <<<

The post Spesifikasi Xiaomi Black Shark Malaysia appeared first on eCommerce In Malaysia.

Ringkasan Panduan Membeli Di Lazada

$
0
0

Rasanya sudah ramai kenal dan pernah dengar tentang website eCommerce seperti Lazada bukan? Adakah anda salah seorang yang pernah membeli belah dalam talian internet di Lazada. Saya pasti ianya adalah satu pengalaman yang baik bukan? Walaupun ada orang yang melalui pengalaman yang kurang baik, saya pasti pihak Lazada akan terus menerus menambah baik akan servis perkhidmatan mereka. Dan saya sendiri salah seorang pengguna internet yang pernah beberapa kalai membeli di Lazada. Dan sehingga setakat ini, semuanya adalah baik baik sahaja.

Kenapa perlu membeli di Lazada? Sebenarnya bukan website Lazada sahaja. Ada banyak lagi website eCommerce Malaysia yang perlu anda tahu jika anda berminat membeli produk barangan di internet. Salah satu sebab kenapa orang suka membeli secara online adalah kerana faktor penawaran harga yang lebih murah. Ianya bukanlah hal yang pelik. Para peniaga tidak berhadapan dengan kos menyewa kedai, mengupah pekerja dan sebagainya. Website inilah tempat mereka berniaga secara maya.

Langkah langkah membeli di Lazada

Langkah langkah membeli di Lazada

Bagaimana Cara Membeli Di Lazada

Oleh kerana kos operasi yang sangat rendah inilah membolehkan peniaga online menawarkan harga yang lebih murah setuju? Adakah anda belum pernah atau tidak berpengalaman membeli di Lazada atau di website mana mana yang lain? Ia sebenarnya sangat mudah. Cuma yang anda perlukan adalah anda perlu mempunyai akaun online banking seperti Maybank2u dan juga Cimbclick. Akaun online banking yang lain juga boleh asalkan ianya adalah akaun online banking. Kalau tiada, anda pergi buat dan aktifkan dahulu akaun online banking anda di bank berdekatan.

Di bawah ini saya ringkaskan step dan langkah langkah mudah bagaimana anda boleh membeli di Lazada dengan pantas tanpa masalah.

Panduan Membeli Di Website Lazada

  • Lazada Malaysia – sila klik link ini. Sila klik login dan daftar melalui email, Facebook atau Google+
  • Klik “manage my account” dan klik pada “address book”. Kemudian sila klik “add new address” dan isika ke semua maklumat seperti nama penuh, nombor telefon termasuk alamat rumah anda
  • Selepas siap, sila klik Lazada semula untuk ke halaman utama. Cari produk barangan yang anda mahu beli dan klik produk tersebut untuk masuk ke halaman jualan
  • Anda akan nampak produk termasuk penerangan detail. Jika berminat hendak beli, maka sila klik “add to cart” dan klik “checkout” untuk mula membayar
  • Anda akan dibawa ke halaman shipping. Di sini akan dipaparkan maklumat berkenaan harga, alamat untuk dipos barang dan juga termasuk kos penghantaran (shipping fee). Jika anda bersetuju, sila klik “proceed to pay”
  • Anda akan dibawa ke halaman pembayaran. Kaedah pembayaran anda banyak seperti kad debit, kad kredit, online banking, installment dan juga paypal. 
  • Sila klik pada “online banking” dan pilih akaun bank anda. Katakan anda mempunyai akaun online banking dari Maybank, sila klik Maybank dan kemudian klik “place order now”. 
  • Anda akan dibawa ke halaman online banking untuk anda membuat bayaran. Sila ikuti arahan dan selesaikan pembayaran sehingga selesai.
  • Jika selesai, anda akan mendapat email berkenaan order anda, nombor tracking pos dan juga tarikh anggaran bilakah barang tersebut akan mula dihantar. Siap

Kalau anda masih keliru, sila tonton video di atas ini. Saya sudah rakamkan untuk anda. Saya harap anda dapat ikutinya dengan mudah. Percaya kata saya, selepas anda sendiri mencuba membeli di Lazada dan berjaya, anda pasti akan dengan mudah membeli produk dan barangan di website yang lain dengan senang. Ianya hampir sama sahaja. Jika saya lihat history iaitu sejarah pembelian saya di Lazada, rupa rupanya sudah 17 barang yang telah saya beli di Lazada. Kalau saya sendiri sudah sebanyak itu membeli di sini, saya tidak rasakan ianya satu masalah untuk anda juga. Cubalah. Bye

The post Ringkasan Panduan Membeli Di Lazada appeared first on eCommerce In Malaysia.

Viewing all 697 articles
Browse latest View live