Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Pengalaman Melawat Baby Expo Penang

$
0
0

Sebenarnya saya sendiri belum pernah berkesempatan untuk melawat mana mana pameran yang menjual produk dan barangan bayi kepada orang ramai. Maklumlah belum ada anak sebelum ini. Dan alhamdulilah, isteri sedang mengandungkan anak pertama, jadi inilah kali pertama kami ke baby expo Penang untuk melihat sendiri akan program tersebut. Adakah ianya berbaloi untuk kami melawat ke sana. Dan sudah tentulah tujuan utama untuk mencari dan mendapatkan idea barang dan produk bayi yang bagaimanakah yang patut kami beli. Kalau ada barangan bayi yang murah boleh juga kami beli sedikit demi sedikit.

Baby Expo di Pulau Pinang memang dijalankan setiap tahun. Dan ianya diadakan di stadium PISA Pulau Pinang yang kini disebut sebagai Setia SPICE Arena Pulau Pinang. Memang setiap tahun pernah dengar dan nampak iklan pameran baby ini. Cuma kali ini berkesempatan untuk pergi sendiri ke sana. Dan benda pertama yang bermain di minda saya adalah berkenaan harga barangan bayi yang dijual. Murah atau mahal?

TLM Baby Expo Spice Arena Penang

TLM Baby Expo Spice Arena Penang

Bestkah Pergi Baby Expo Pulau Pinang

Setia Spice Arena Penang ini diadakan di dalam stadium yang mempunyai penghawa dingin. Jadi anda tidak perlu bimbanglah kalau takut berasa panas dan berpeluh. Memang sejuk dan sesuai sangat kalau anda pergi pada waktu tengah hari. Tiada tiket kemasukkan yang dikenakan. Ianya percuma sahaja. Dan ada beberapa aktiviti yang dijalankan seperti pesta makanan, cabutan bertuah, pertandingan, tangkap gambar kanak kanak dan sebagainya.

Berbalik kepada barang dan produk baby yang ada dijual di sana. Pada pendapat saya ianya kurang memberangsangkan. Mungkin kerana kami sendiri tidak tahu hendak mencari apa. Atau mungkin kerana acara ini sudah diadakan setiap tahun, jadi tidak ada apa benda yang menarik bagi saya. Kami masuk sekejap sahaja. Lihat barang bayi, compare harga dan balik. Ini bagi kamilah. Tidak tahulah bagaimana dengan anda. Mungkin anda rasakan ianya menyeronokkan.

Baby Expo Spice Arena Pulau Pinang

Baby Expo Spice Arena Pulau Pinang

Ada satu benda yang membuatkan saya terus berasa kurang best kerana faktor harga. Antara produk barangan bayi yang ibu bapa akan cari adalah “breast pump”. Tujuan adalah untuk menyedut susu ibu menggunakan alat seperti mesin penyedut. Ada yang manual dan ada yang jenis elektronik. Untuk kurang penat tangan hendak pump mesin tersebut, belilah breast pump jenis elektronik.

Hasil survey dengan rakan rakan kami sebelum ini, rata rata membeli breast pump dengan harga dari RM250-RM400 sahaja. Kalau murah sangat nanti kurang bagus kerasa sedutan akan terasa kasar dan mungkin isteri anda pun kurang suka. Kalau beli yang mahal sedikit, setting sedutan akan lebih lembut dan mempunyai banyak pilihan kuasa sedutan. Namun ianya berbalik kepada bajet dan juga brand juga.

Produk barangan bayi yang ada dijual di baby expo

Produk barangan bayi yang ada dijual di baby expo

Zaman sekarang adalah zaman membeli belah secara online. Kadang kita akan membuat perbandingan harga dengan barang yang sama ada dijual di internet. Ada satu kedai itu menjual breast pump dengan harga RM750. Memang mahal bagi saya. Saya terus membuat carian di Lazada untuk brand yang sama dan ianya dijual dengan harga RM400 sahaja. Wahhh sangat beza besar. Mahal RM50 pun ok. Ini sampai beza RM300 lebih sudah keterlaluan bagi saya.

Website eCommerce Terbaik Malaysia

  • Lazada – website yang paling banyak dikunjungi rakyat Malaysia
  • Shopee – antara yang mula popular selepas Lazada
  • 11Street – kedua terbaik selepas kedua di atas

Atas sebab inilah kenapa kami terus balik dari baby expo. Saya tidak katakan semua kedai yang menjual barangan baby fair seperti ini mahal mahal juga. Bukan bermaksud semua expo bayi di tempat lain pun begini juga harga yang dikenakan. Cumanya satu kedai sudah menjual dengan harga seperti ini, memang saya terus malas hendak survey kedai yang lain lain juga.

Nasihat saya, anda boleh pergi baby expo dipersilakan. Rajin buat compare harga untuk tidak mudah ditipu harga. Boleh beli produk dan barangan bayi secara online mana mana barang yang dirasakan sesuai seperti beli pampers secara online lebuh mudah dan juga murah misalnya. Stroller mungkin boleh beli secara online. Baby car seat pula rasanya sesuai kalau beli di kedai kerana boleh check kualitinya dan lain lain lagi. Inilah kisah pengalaman saya pertama kali ke baby expo Pulau Pinang.

The post Pengalaman Melawat Baby Expo Penang appeared first on Wanwidget.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles