Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Alat Pemotong Buah Apel Yang Murah Tapi Berguna

$
0
0

Rasanya bila kita suruh siapa siapa untuk potong buah, pasti bukan semua orang tahu lakukannya betul? Kalau buah macam lai, epal, tembikai, oren, dan yang sama dengannya pasti ramai yang tahu. Kalau suruh kupas kulit buah, pasti ramai yang gagal lakukannya. Kalau hendak mudah beli sahaja alat pengupas kulit buah buahan. Selalunya orang berasa leceh mahu potong buah apel kerana berasa leceh membuang biji apel. Untuk memudahkan kerja, apa kata anda beli dan dapatkan alat pemotong buah seperti gambar di bawah ini.

Semalam ketika berjalan jalan ke pasaraya, entah kenapa tiba tiba isteri saya mengambil alat pemotong buah epal tersebut. Katanya sejak mengandung, kena rajin makan buah buahan. Jadi terasa leceh pula terpaksa potong buah epal dan buang bijinya sekali. Jadi dengan adanya produk seperti alat pemotong buah ini, maka bahagian tengah buah iaitu kawasan biji akan terus dibuang sekali. Mudah dan senang katanya. Saya memang belum pernah gunakan alat tersebut. Tetapi pernah juga tonton video review berkenaan alat tersebut dan bagaimana ianya berfungsi. Menarik jugalah.

alat pemotong buah buahan sepert apel

alat pemotong buah buahan sepert apel

Alat Pemotong Buah Apple

Disebabkan saya terjumpa di pasaraya, maka kami terus beli sahajalah alat pemotong buah tersebut. Harganya pun dalam RM5 sahaja. Murah. Kalau anda tidak terjumpa di mana mana, cara yang paling mudah adalah beli sahaja secara online melalui link di bawah ini. Memang ada sangat banyak pilihan. Siap ada alat pemotong buah yang dikhaskan untuk memotong buah tembikai sekali.  Tetapi bersaiz besarlah. Sebenarnya produk produk dan alat seperti ini hanyalah bertujuan memudahkan urusan harian kita sahaja. Kalau anda selesa memotong buah epal tanpa masalah, maka anda potong seperti biasa sahajalah. Tidak ada isu pun.

Buah epal selepas dipotong ada bahagian yang orang biasa jarang makan. Iaitu bahagian tengah yang mempunyai biji. Dan alat pemotong buah epal ini akan memotong dan membuang terus bahagian tengah buah epal. Jadi selepas dipotong memang anda boleh terus makan buah epal tanpa memikirkan soal masalah biji epal.

Dapatkan alat pemotong buah seperti Apple cut di internet

Dapatkan alat pemotong buah seperti Apple cut di internet

Website Untuk Beli Alat Pemotong Buah Epal

  • Lazada – anda boleh mencari alat pemotong buah di sini
  • 11Street – anda boleh mencari alat pemotong buah di sini
  • Shopee – anda boleh mencari alat pemotong buah di sini

Mana mana buah yang seakan sama saiz dan bentuk dengan buah epal boleh menggunakan alat ini. Selain dari kebolehan membelah buah epal kepada 6 biji. Ianya akan terus memotong dan memisahkan isi tengah berbiji epal dengan mudah dan cepat.

Di atas ini saya kongsikan satu video bagaimana cara saya menggunakan alat pemotong buah epal ini. Hanya perlu diletakkan di atas buah epal dan tekan sehingga ke bawah. Ianya akan terus membelah epal kepada 6 potongan dan terus mengasingkan bahagian tengah yang mempunyai biji. Boleh terus ambil dan makan. Mudah bukan? Apa apa pun selamat mencuba ya. Bye.

The post Alat Pemotong Buah Apel Yang Murah Tapi Berguna appeared first on Wanwidget.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles