Bila ada sakit tekanan darah samada rendah atau tinggi, maka anda akan di nasihatkan oleh doktor untuk membuat semakan (check) tekanan darah selang sehari atau setiap hari selama 1 minggu. Dan dari data berkenaanlah doktor akan membuat keputusan samada anda perlu atau tidak untuk memulakan proses memakan ubat atau tidak. Ada banyaklah proses yang perlu anda lalui sebelum itu. Cumanya proses yang agak melecehkan adalah anda perlu ambil bacaan tekanan darah anda banyak kali. Dan setiap kali anda perlu ke klinik untuk mendapatkan bacaan tersebut. Adalah lebih senang kalau anda mempunyai alat pengukur tekanan darah sendiri di rumah.
Saya tidak pasti samada anda tahu ataupun tidak, sebenarnya alat pengukur tekanan darah boleh anda beli sendiri dan digunakan di rumah. Dan selepas membelinya, kalau boleh sila bawa ke klinik dan membuat ujian penggunaan di hadapan doktor yang berpengalaman. Jika bacaan menunjukkan bacaan yang hampir sama, maka bolehlah pakai alat tersebut. Jika bacaan menunjukkan bacaan yang agak berbeza pada setiap kali bacaan dibuat, memang tidak boleh gunakan alat tersebut. Kena beli model yang lain.

alat pengukur tekanan darah jenama Omron
Alat Pengukur Tekanan Darah Brand OMRON
Oleh kerana di klinik ada mempunyai alat pengukur tekanan darah jenis murah yang boleh digunakan diklinik tersebut, maka saya memilih untuk membeli sendiri berdasarkan model yang sama. Kalau klinik pakai model “OMRON”, jadi kenapa pula saya perlu membeli model yang tidak serupa betul? Harganya adalah di dalam lingkungan RM150 sahaja. Dan doktor sendiri yang menyarankan saya untuk membeli peralatan tersebut kalau ada wang untuk memudahkan urusan. Kenapa?
Untuk membuat analisis berkenaan tekanan darah, doktor akan meminta kita mengambil bacaan tekanan darah setiap hari atau selang satu hari selama 1 minggu dengan memakan ubat tekanan darah yang diberikan. Datang ke klinik ramai orang. Kena daftar dahulu. Tunggu nama dipanggil. Buat bayaran. Selepas itu tunggu nombor giliran dan barulah dilayan untuk diambil bacaan tekanan darah. Selepas selesai pun biasanya proses ini memakan masa selama 2 jam mengikut pengalaman saya.

Beli dan dapatkan blood pressure monitor secara online
Cara Menggunakan Mesin Check Tekanan Darah
- Lazada – anda boleh mencari blood pressure monitor di sini
- 11Street – anda boleh mencari blood pressure monitor di sini
- Shopee – anda boleh mencari blood pressure monitor di sini
Kalau dapat klinik yang tidak ramai, biasanya 30 minit akan selesai itupun kalau datang paling awal. Mudah cerita proses ini akan memakan masa dan kita sendiri yang akan berasa leceh. Kena pula kalau anda bekerja siang dan memang tidak ada masa untuk mengambil dan mencatat bacaan tekanan darah anda. Jadi dengan adanya mesin iaitu alat pengukur tekanan darah ini, maka ianya sudah banyak memudahkan urusan anda. Selepas makan ubat tekanan darah, boleh terus test sendiri bacaan tekanan darah di rumah.
Alah, bukan mahal sangat alat pengukur tekanan darah jenama Omron ini. Hanya RM150. Cuma nasihat saya, jangan beli alat check tekanan darah yang murah murah dari ini. Kerana dibimbangi yang bacaan yang dipaparkan mungkin kurang tepat. Bacaan yang kurang tepat akan menyukarkan doktor untuk membuat keputusan terhadap status bacaan tekanan darah anda yang sebenar dan memberikan dos ubat darah tinggi yang kurang tepat kepada keadaan diri anda. Anda beli dan dapatkan alat pengukur tekanan darah jenis model yang lain pun boleh. Lagi mahal lebih bagus kerana terdapat pelbagai fungsi dengan pembacaan yang lebih jitu. Bye.
The post Alat Pengukur Tekanan Darah Jenis Digital appeared first on Wanwidget.