Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Minyak Angin Cap Kapak Untuk Hilang Bau Loya

$
0
0

Syukur alhamdulillah isteri saya telah disahkan mengandung oleh doktor di sebuah klinik di Pulau Pinang ini. Pada mulanya isteri saya hanya membuat pemeriksaan menggunakan alat pregnancy test sahaja dan hasil jawapannya adalah positif mengandung. Cuma kami perlu berjumpa doktor juga sebagai pengesahan sahaja samada betul atau tidak. Akan tetapi tanda tanda orang mengandung sudah boleh dilihat. Mudah terasa lapar, kuat makan dan kadang kala muntah kerana berasa loya. Atas sebab itulah beliau menyuruh saya belikan beliau minyak angin cap kapak ini.

Minta nasihat adik perempuan saya, beliau mengatakan yang saya perlu membeli limau kecil kecil. Saya tidak ingat samada ianya limau purut atau limau kasturi. Cuma yang pasti ianya mampu memberikan kesan untuk tidak berasa mudah loya. Dan semalam agak banyak kali juga isteri muntah muntah. Perut terasa kosong dan mudah loya. Nasi goreng terasa busuk katanya. Air oren terasa seperti mahu basi dan sebagainya.

Gambar minyak angin cap kapak terkini

Gambar minyak angin cap kapak terkini

Minyak Angin Cap Kapak Untuk Wanita Mengandung

Petang tersebut beliau meminta saya belikan beliau minyak angin cap kapak. Sudah agak lama saya tidak menggunakan minyak angin jenama ini. Hanya ingat ianya digunakan oleh emak saya ketika saya masih kecil dahulu. Tidak sangka yang minyak angin cap kapak ini masih ada sehingga sekarang. Tiba tiba jadi teringat pula akan kesan bau dari minyak angin tersebut. Memang kuat. Tetapi saya tidak pasti akan kesan busuk menggunakannya ketika mengandung.

Biasanya orang dulu dulu gunakan minyak angin cap kapak ketika pening pening, sakit kepala, selsema dan lain lain. Dari pembacaan saya di internet, rupanya ramai juga perempuan mengandung yang mudah berasa mual loya, mereka memang akan gunakan minyak angin cap kapak atau vicks. Cuma pemakaian jangan keterlaluan kerana ianya digunakan secara sapuan luar dan dapat dihidu oleh hidung. Takut jadi tabiat pula bila suka sedut bau minyak angin cap kapak. Bahaya juga.

Cara pemakaian pula biasa disapu pada kepala, hidung, dada dan juga bawah perut atau juga pada tapak kaki. Tengoklah anda sakit pada bahagian mana. Dan bahan utama minyak angin ini adalah kandungan “menthol” yang memberikan rasa sejuk dan boleh berikan rasa terbakar jika berlebihan. Penggunaan dikatakan tidak merbahaya kepada bayi kerana ianya mudah tersejat ke udara sebelum diserap ke dalam badan.

Website Untuk Beli Minyak Angin Cap Kapak

  • Lazada – anda boleh mencari minyak cap kapak di sini
  • 11Street – anda boleh mencari minyak cap kapak di sini
  • Shopee – anda boleh mencari minyak cap kapak di sini

Rupa rupanya sehingga kini belum ada kajian terperinci mengenai minyak angin ini samada ianya selamat atau tidak untuk wanita hamil. Yang boleh diceritakan adalah dari testimoni pengguna yang lalu lalu. Secara umumnya ianya tidak merbahaya. Cuma di nasihatkan kepada kita adalah menjaga jumlah kekerapan menggunakannya. Ianya belum terbukti selamat, dan belum anda juga kes kes berat mengenainya. Jadi kena guna secara berhemah.

Sudah lama sebenarnya saya tidak menghidu bau dari minyak angin cap kapak ini. Bila belikan untuk isteri semalam, sempat juga menyapu pada hidung. Terasa segar, sejuk, sedikit panas dan yang penting akan membuatkan kita seperti segar sedikit kerana bau dari minyak angin tersebut. Jadi tidak hairanlah kalau minyak angin cap kapak diminta oleh isteri yang mengandung untuk membantu mereka menghilangkan rasa mual dan loya pada tekak mereka. Terbaik.

The post Minyak Angin Cap Kapak Untuk Hilang Bau Loya appeared first on Wanwidget.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles