Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Bagaimana Sistem Penghantaran Pos Laju Bekerja

$
0
0

Salam kepada pembaca. Adakah anda salah seorang yang terlibat dalam bisnes online. Anda menjadi penjual di internet? Kalau YA!, saya pasti anda mahu atau tidak mahu pasti akan berurusan dengan syarikat perkhidmatan penghantaran barang seperti Pos Laju, Skynet, Gdex, Citylink dan sebagainya. Antara banyak banyak syarikat kurier yang popular di Malaysia ini, Pos Lajulah yang paling popular sekali. Pertama sekali, saya bukan orang pos laju dan tidak pernah bekerja dengan pos laju atau berpengalaman kerja dengan syarikat kurier. Tulisan ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi sahaja tentang sistem dan cara bekerja penghantaran pos laju. Jelas?

Sebagai seorang yang suka membeli belah (online shopping) di internet. Saya kerap juga mengambil pesanan pos saya di kaunter pejabat pos laju. Dan saya juga ada beberapa kali membuat penghantaran barang parcel menggunakan servis penghantaran pos laju. Jadi tahu jugalah sedikit sebanyak bagaimana hendak pos barang dan bagaimana hendak ambil barang di pos laju. Bila sudah lakukan berkali kali, maka fahamlah sedikit sebanyak bagaimana sistem penghantaran pos laju bekerja.

Bungkusan penghantaran pos laju sudah sampai ke rumah

Bungkusan penghantaran pos laju sudah sampai ke rumah

Bagaimana Penghantaran Pos Laju Hantar Dan Pos Barang

Kalau anda ingin hantar barang di pos laju. Hanya bawa barang ke pos laju dan katakan pada staff yang anda hendak pos barang menggunakan “pos laju”. Mereka akan berikan sampul pos laju mengikut saiz yang anda mahukan dan mereka juga akan berikan slip kertas penghantaran pos laju yang perlu anda isi. Slip tersebut sudah ada siap sekali dengan nombor tracking (tracking number) dan salinan (copy). Setelah siap isi maklumat alamat kepada penerima. Anda (penjual/penghantar) barang akan mendapat slip salinan yang siap dengan nombor tracking.

Pihak pos laju pula akan mengambil barang tersebut dan memasukkan data (key in) nombor tracking ke dalam sistem komputer mereka. Apabila barang dipos, barang akan singgah beberapa kali di pejabat pos cawangan. Setiap kali barang singgah di pejabat pos cawangan, mereka akan kemaskini (update) nombor tracking dengan memberikan maklumat berkenaan lokasi barang tersebut sehinggahlah barang sampai ke destinasi iaitu di alamat penerima. Setelah sampai destinasi pun pihak pos laju akan kemaskini maklumat semasa barang anda sudah sampai ke pejabat pos yang mana.

Semak samada barang pos sudah sampai dengan nombor tracking

Semak samada barang pos sudah sampai dengan nombor tracking

Itu adalah cerita berkenaan bagaimana pihak penjual/penghantar pos barang kepada anda dan juga cerita tentang bagaimana petugas pejabat pos menghantar dan kemaskini maklumat semasa barang anda. Saya harap dua dua proses awal ini anda boleh faham dan kenapa nombor tracking sangat penting bagi pihak pos laju. Mereka akan jejak status keberadaan barang anda berdasarkan tracking number. Faham ya.

Penyata masa proses penghantaran oleh pihak Lazada

Penyata masa proses penghantaran oleh pihak Lazada

Cara Semak Nombor Tracking Pos Laju

  • Track & Trace – sila semak check nombor tracking pos laju di sini
  • Android PosLaju – install aplikasi Pos Laju dan check tracking number guna smartphone

Jadi anda sebagai pembeli barang iaitu penerima barang, macam mana anda hendak tahu samada barang pesanan anda sudah sampai atau belum? Mudah sahaja. Anda hanya perlu dapatkan dan minta nombor tracking kepada si penghantar barang iaitu penjual tadi. Kalau anda membeli barang secara online di Lazada misalnya, pihak penjual akan update status berkenaan tracking number di dalam website Lazada. Anda boleh lihat di sana.

Setelah anda dapat nombor tracking, bagaimana untuk check dan semak status semasa keberadaan penghantaran pos laju anda. Mudah sahaja. Sila tonton video di atas ini. Saya sudah buatkan untuk anda. Saya pasti anda akan faham dan dapat mengikutinya dengan mudah.

Pihak pos laju biasanya akan pos dan hantar barang anda ke alamat rumah anda sebanyak 2 kali. Kalau 2 kali gagal mungkin kerana anda tiada di rumah, pihak posmen akan melekatkan atau selitkan slip notis pengambilan barang. Jadi gunakan slip notis dan pergi ke pejabat pos laju. Sila semak nombor tracking untuk tahu alamat sebenar anda kena pergi pos laju yang mana. Selepas itu pergi ke pejabat pos laju berkenaan dan berikan nombor kad pengenalan (IC) dan juga tracking number dari slip notis berkenaan dan mereka akan cari, ambil barang dan berikan kepada anda. Kaedah ini adalah sekiranya proses penghantaran pos laju gagal dilakukan ke rumah anda. Jelas ya.

The post Bagaimana Sistem Penghantaran Pos Laju Bekerja appeared first on Wanwidget.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles