Adakah anda suka makan keropok lekor? Dari mana asal usul resepi penciptaan dan pembuatan keropok lekor ini. Kalau anda tahu, saya berminat hendak dengar sebab saya sendiri pun tidak tahu. Cuma, apabila kita bercakap tentang keaslian keropok lekor yang dikatakan lebih sedap, lebih lembut dan tidak keras walaupun sudah tentu adalah keropok lekor yang dibuat dan dijual di negeri Terengganu. Tetapi, betulkah keropok lekor dari terengganu itu sedap dan lembut?
Bercakap soal mana yang lebih “sedap”, ianya adalah perkara subjektif sebenarnya. Keropok lekor yang dijual di pasar malam pun sedap sebenarnya apabila masih panas baru lepas digoreng. Cuma apabila sejuk, ada sesetengah keropok lekor memang akan menjadi keras. Kata orang, keropok lekor jenis ini adalah kerana banyak penggunaan tepung dan kurangnya isi ikan. Kalau keropok lekor yang asli dikatakan ianya memang lembut walaupun setelah sejuk dan memang terasa dengan isi ikan di dalamnya. Yang dari Terengganu macam itukah?

keropok lekor losong Terengganu
Pengalaman Beli Keropok Lekor Terengganu
Saya berkesempatan untuk ke negeri Terengganu beberapa hari lepas. Saya ke Besut Terengganu. Di tepi tepi jalan memang ada sangat banyak kedai yang menjual keropok lekor. Kalau di Terengganu, anda akan nampak perkataan “keropok lekor losong” banyak ditulis di sana sini. Sebenarnya apa maksud “losong” itu? Apbila saya bertanya, rupa rupanya perkataan losong itu adalah nama tempat di Terengganu yang menghasilkan keropok lekor yang asli original dari negeri Terengganu. Orang cakap, keropok lekor di sana memang sedap.
Saya sempat singgah di salah satu kedai yang memang membuat dan menjual keropok lekor Terengganu. Boleh beli yang masih mentah atau yang sudah dimasak. Kalau mahu beli yang sudah digoreng pun boleh. Ada keropok lekor jenis yang besar besar, besar panjang dan ada yang jenis kecil kecil. Saya beli keropok lekor yang jenis kecil kecil sahaja. Beli yang sudah direbus. Saya beli RM20 dan dapat 4 bungkusan keropok lekor yang setiap bungkus ada banyak juga isinya. Balik rumah dan terus goreng.

keropok lekor terengganu juga ada banyak dijual online di Shope
Anda Boleh Mencari Keropok Lekor Frozen Di Internet
- Lazada – carian saya menunjukkan keropok lekor ada dijual di sini
- 11Street – carian saya menunjukkan keropok lekor tiada dijual di sini setakat ini
- Shopee – carian saya menunjukkan banyak keropok lekor ada dijual di sini
Proses menggoreng sangat mudah. Hanya masukkan keropok lekor ke dalam kuali dengan minyak yang panas. Tunggu ianya kembang sedikit dan nampak kegaringan dan angkat. Kemudian cicah dengan sos cili. Memang sedap. Perkara yang paling saya hendak tahu adalah apa yang terjadi ketika ianya sejuk. Nampaknya ianya memang kekal lembut dan langsung tidak keras. Ini bermakna keropok lekor yang saya beli di Terengganu memang asli lah. Ketika makan memang terasa isi ikan.
Tapi bukan semua orang boleh ke Terengganu untuk membeli keropok lekor. Kalau ditempat anda ada yang menjualnya, maka beruntunglah anda. Tetapi bukan semua tempat ada. Kalau ada pun pasti bukan jenis yang lembut dan banyak isi ikan. Dalam masalah ini anda jangan risau, saya sudah membuat semakan di internet terutamanya di website Shopee. Ada ramai juga peniaga yang menjual keropok lekor jenis frozen di sana. Malah ianya memang dibuat di Terengganu. Cubalah beli di sana kalau mahu. Bye.
The post Keropok Lekor Losong Sedap Besut Terengganu appeared first on Wanwidget.