Teringat saya ketika beraya dikampung pada zaman dulu dulu. Zaman sekarang masih ada. Cuma ianya sudah semakin kurang. Apa itu? Banyak rumah di kampung pada masa itu yang menghidangkan air minuman jenis bergas iaitu air berkarbonat. Biasanya yang popular adalah air yang berperasa sarsi dan juga oren. Perasa strawberry pun ada. Kalau minum banyak memang penuh perut sebab gas yang terhasil sampai menyebabkan sendawa. Yang saya perasa ketika itu adalah ada pembuka penutup botol yang telah disediakan sekali. Kalau tiada memang sudah hendak buka penutup botol tersebut.
Zaman sekarang jenis penutup botol sebegini agak kurang. Di rumah saya ada satu jenis botol yang masih perlu menggunakan pembuka penutup botol seperti ini. Iaitu botol kicap. Biasanya kicap jenama Tamin dan juga Habhal Cap Kipas Udang masih lagi menutup botol mereka menggunakan kaedah seperti ini. Jadi mahu tidak mahu di rumah memang kena ada alat pembuka penutup botol ini. Kalau tiada memang susah jadinya.

Contoh botol kicap yang menggunakan penutup botol jenis besi
Pembuka Penutup Botol Untuk Kicap, Minuman Bikarbonat Dan Tin Sardin
Kalau anda masih tidak jelas tentang botol kicap yang masih menggunakan penutup botol jenis besi yang saya maksudkan, sila lihat gambar di atas. Rasa rasanya macam mana hendak membuka penutup botol seperti ini? Sudah tentulah anda memerlukan alat pembuka penutup botol yang khas untuk tujuan ini betul? Ada sahaja orang yang pandai buka gunakan sudu, kertas, jari dan sebagainya. Semua itu adalah teknik dan bukan semua orang mampu dan mempunyai kekuatan untuk membukanya.

Alat pembuka penutup botol dan juga tin makanan
Jadi adalah praktikal sekiranya anda beli sahaja alat pembuka penutup botol ini. Lihat gambar di bawah ini. Ini adalah produk pembuka penutup botol serbaguna yang saya gunakan di rumah. Ianya bukan sahaja boleh digunakan untuk membuka penutup botol jenis besi. Ianya juga boleh digunakan untuk membuka mana mana tin seperti tin susu dan juga tin ikan sardin. Ada satu sahaja pun sudah memadai. Boleh membantu membuat kerja kerja membuka tin dan penutup botol bila diperlukan.

Contoh alat pembuka penutup botol kicap yang pelbagai jenis
Website Untuk Beli Pembuka Penutup Botol
- Lazada – anda boleh mencari alat dan barang keperluan dapur di sini
- 11Street – anda boleh mencari alat dan barang keperluan dapur di sini
- Shopee – anda boleh mencari alat dan barang keperluan dapur di sini
Kadang hendak mencari alat pembuka penutup botol dan juga pembuka tutup tin makanan pun agak payah juga. Cara yang paling senang adalah dengan mencari dan membelinya secara online di internet. Anda klik sahaja link di atas ini. Kemudian anda taipkan perkataan “bottle opener”, saya pasti anda akan jumpa.
Apa yang saya kongsikan ini adalah dari pengalaman peribadi sebenarnya. Selepas berkahwin, saya pun belilah barang barang keperluan dapur seperti botol kicap dan juga tin susu serta tin sardin. Yang menjadi masalah ketika itu adalah macam mana hendak membuka penutup botol kicap ini. Dan macam mana pula hendak membuka penutup tin sardin. Jadi mahu tidak mahu terpaksa cari dan beli alat pembuka penutup botol ini untuk memudahkan kerja dapur di masa akan datang. Saya harap anda sudah faham dan selamat menggunakannya.
The post Alat Pembuka Penutup Botol Kicap Dan Minuman appeared first on Wanwidget.