Saya pasti ramai dari anda yang pertama kali ingin membeli aircond untuk rumah pasti akan membuat sedikit kajian mengenai mana sistem penghawa dingin yang terbaik betul? Setiap orang mungkin berbeza cara mereka akan menggunakan aircond itu sendiri. Ada orang yang hanya buka aircond sekejap sekejap sahaja ketika cuaca agak panas atau panas pada malam hari. Mungkin ada yang hendak mencari aircond yang jimat bil elektrik. Ada yang mahu sistem compressor aircond yang senyap tidak bising dan sebagainya. Pada kali ini saya hendak berkongsi cerita kenapa saya memilih penghawa dingin Panasonic. Jom baca.
Ceritanya bermula begini. Rakan saya sudah beberapa kali membeli penghawa dingin di kedai elektrik dan juga secara online. Jadi adalah beberapa tips yang beliau kongsikan kepada saya yang agak berguna bagi saya. Biasanya beliau membeli aircond kerana mahu dipasangkan pada rumah homestay beliau. Atas alasan tersebut, beliau mahukan sebuah sistem penghawa dingin yang “murah”. Jadi pilihan yang ada adalah penghawa dingin dari jenama Midea. Kalau anda buat survey, memang aircond brand ini menawarkan harga yang paling murah sekali berbanding pesaingnya.

Beli penghawa dingin Panasonic terkini
Beli Penghawa Dingin Panasonic Non Inverter
Namun keperluan saya pula adalah berbeza. Saya mahu mendapatkan penghawa dingin yang boleh dipakai lama, tidak berbunyi bising dan dibuka hanya bila perlu iaitu bukan selalu dan bukannya untuk jangka panjang. Dan kriteria pemilihan ini membawa saya untuk kenal dengan aircond Non Inverter dan juga jenis Inverter. Kata si juru jual, kalau pakai sekejap sekejap seperti bawah 4 jam, lebih baik menggunakan aircond jenis “non inverter”. Tambahan pula ianya adalah lebih murah harganya berbanding jenis yang ada fungsi inverter.
Harap jangan tersalah faham. Inverter adalah pilihan paling baik. Tujuannya adalah untuk menjimatkan penggunakan bil elektrik. Sebab itulah ianya lebih mahal dari berbanding jenis non inverter. Akan tetapi penjimatan hanya dapat dirasakan apabila anda menggunakan penghawa dingin lebih dari 4 jam sehari secara terus menerus. Oleh kerana saya sendiri mahu menggunakan pada malam hari. Contoh saya buka aircond pada pukul 11 malam dan saya setting untuk ianya auto OFF pada pukul 2 atau 3 pagi. Maka penggunakan saya tidak lebih dari 4 jam. Maka keperluan saya hanyalah perlu menggunakan aircond jenis non inverter sahaja.
Setelah survey dilakukan, ada 3 brand penghawa dingin yang dicadangkan iaitu Daikin, Mitshubishi dan juga Panasonic. Setelah membuat perbandingan dari ketiga tiga model terkini aircond ini, saya dapati Panasonic menang dari segi harga, penjimatan penggunaan elektrik dan juga servis selepas jualan. Maka saya memilih penghawa dingin Panasonic. Dan selepas pemasangan dilakukan dan menggunakan penghawa dingin Panasonic tersebut, jawapan yang saya boleh berikan adalah, saya amat berpuas hati.

penghawa dingin Panasonic 1hp non inverter
Website Online Shopping Popular Malaysia
- Shopee – website online shopping popular di Malaysia
- Lazada – website online shopping paling popular di Malaysia
Puas hati yang bagaimana? Kalau tanya tentang bil elektrik saya tidak boleh menjawab buat masa sekarang kerana belum sampai sebulan penggunaan dan bil elektrik pun belum sampai ke rumah. Kalau bertanya berkenaan sejuk ataupun tidak, sudah tentulah sejuk. Nama pun aircond. Kalau tidak sejuk itu bermakna penghawa dingin tersebut ada masalah. Kalau bertanya berkenaan samada compressor penghawa dingin Panasonic ini bising atau tidak, ini yang paling saya suka. Ianya amat senyap mengikut halwa telinag saya. Bunyi kipas aircond ketika mengeluarkan angin di ruangan bilik pun terasa senyap.
Biasanya aircond jenis macam ini adalah sesuai kepada anda yang menetap di satu satu kawasan dengan tempoh lama. Kalau hanya beberapa bulan sahaja di satu satu kawasan, adalah lebih baik dapatkan penghawa dingin jenis portable. Tetapi saya pasti majoriti lebih sukakan penghawa dingin jenis yang terpasang dan melekat di dinding (wall mounted) betul? Nampak cantik, kemas dan selesa. Berapa harga saya beli penghawa dingin Panasonic ini? Harganya adalah RM999 sahaja untuk kekuatan 1HP jenis non inverter. Model bagi penghawa dingin Panasonic ini adalah CS-PV9TKH untuk tahun 2019. Kos pemasangan adalah sebanyak RM220-RM250. Anda boleh dapatkan penghawa dingin Panasonic lebih murah kalau anda membelinya secara online. Saya sudah membuat perbandingan dan memang ada perbezaan harga dalam RM50 lebih kurang. Selamat menggunakan aircond. BYE!!!
The post Penghawa Dingin Panasonic Antara Terbaik appeared first on Wanwidget.