Telefon pintar zaman sekarang bukan macam dulu lagi. Telefon pintar zaman sekarang berkebolehan untuk memainkan permainan (3D games) dengan lancar malah hampir setanding dengan grafik yang terpapar pada komputer. Malah ianya kini tidak lagi cuba dibandingkan dengan games permainan dari game game konsol seperti Play Station dan sebagainya. Orang sudah tidak bertanya lagi samada paparan grafik games tersebut cantik atau tidak. Boleh dikatakan ke semua permainan pada smartphone kini adalah cantik dan menarik. Namun persoalannya, apakah smartphone yang dijual bawah RM1000 boleh memainkan mana mana games tanpa masalah. Mudah cerita, apakah ada smartphone gaming yang murah di bawah RM1000?
Bila bercakap pasal “GAME”, perkara asas yang anda kena tahu dan ambil tahu adalah mengenai Pemproses (cpu). RAM dan juga Grafik (gpu). Samada anda menggunakan pc komputer, laptop, permainan konsol mahukan smartphone, inilah 3 perkara yang anda kena ambil tahu dahulu. Ini kerana apabila anda mahu menjalankan aplikasi permainan, selalunya 3 benda inilah yang akan membuatkan samada permainan anda itu lancar dimainkan ataupun tidak. Jadi kalau hendak beli smartphone yang boleh main game, mahu tidak mahu anda kena tahu juga pasal 3 benda ini.
Clik here to view.

Contoh perbandingan grafik smartphone di Notebookcheck
Panduan Mencari Smartphone Gaming Murah Yang Boleh Main Game
NAMUN, dari ketiga tiga perkara yang anda perlu tahu, biasanya “GRAFIK” adalah yang paling penting sekali. Jadi kalau anda mahu beli smartphone gaming bajet harga murah di bawah RM1000, tindakkan yang paling senang sekali adalah anda membandingkan grafik mobile yang manakah yang paling baik dan bagus sekali. Setakat ini di pasaran, biasanya sistem grafik yang digunakan pada smartphone adalah dari jenama seperti PoverVR, Qualcomm Adreno dan juga ARM Mali. Ini adalah contoh terkini GPU yang popular ketika ini di pasaran.
Clik here to view.

Contoh perbandingan grafik gpu smartphone di Versus
Cara paling mudah untuk mencari smartphone gaming yang terkini berdasarkan bajet anda? Anda senaraikan mana mana smartphone di bawah harga RM1000 yang anda minat dahulu. Kemudian anda lihat spesifikasi GPU dan senarai pendek. Kemudian setiap gpu yang telah anda senaraikan itu anda cari perbandingan mereka di Google. Mana mana gpu yang mendapat skor tertinggi itu anda pilih sebagai pemenang. Dan selepas itu anda pastikan yang pemproses (cpu) agak baik, RAM agak tinggi dan bateri yang tinggi akan memberikan lebih kepuasan dan kelancaran untuk anda bermain games.
Clik here to view.

Contoh smartphone gaming yang boleh main game dan juga murah di Lazada Malaysia
Website Untuk Rujukan Perbandingan GPU Smartphone
- Notebookcheck – saya kadang kala gunakan web ini untuk melihat spesifikasi GPU
- Versus – kerap juga saya gunakan web ini untuk bandingkan antara gpu
- Lazada – ada banyak pilihan smartphone terbaik dan murah di sini
- 11Street – ada banyak pilihan smartphone terbaik dan murah di sini
Di atas ini juga saya kongsikan laman web yang boleh anda lawat untuk anda membeli smartphone yang anda inginkan dan juga untuk anda membanding GPU smartphone anda. Hendak cari smartphone bawah RM1000 memang ada sangat banyak pilihan. Ini pandangan peribadi saya. Ketika artikel ini ditulis, rata rata smartphone yang berharga di bawah RM1000 dan di atas RM600 kini sudah sangat terbaik untuk menjalankan aplikasi atau permainan games 3D tanpa masalah.
GPU zaman moden kini sudah hampir atau setanding dengan apa yang digunakan pada komputer dan juga konsol. Rasanya anda pasti bersetuju dengan saya yang kebanyakkan games sekarang semuanya 3D dan cantik betul? Jadi rasanya tiada masalah jika anda berhajat beli smartphone idaman anda untuk anda main games. Cumanya kalau boleh anda banding gpu dahulu supaya anda dapat smartphone yang mempunyai gpu paling terbaik untuk anda pakai lama. Saya harap tips ringkas yang saya kongsikan ini memberikan input berguna kepada anda tentang cara mencari smartphone gaming yang boleh main games. Bye
The post Smartphone Gaming Murah Bawah RM1000 appeared first on eCommerce In Malaysia.