Dari kecik sampai ke besar, saya hanya gunakan seterika pakaian yang biasa biasa sahaja. Memang dari dulu keluarga kami akan gunakan seterika yang agak berat. Selepas rosak, terus beli seterika yang baru tetapi ringan. Hasilnya tidak memuaskan dan cepat rosak pula. Last last beli juga seterika elektrik dari jenis yang berat untuk mudah menggosok pakaian, kedutan mudah hilang dan terasa puas untuk menggosok. Dan hanya selepas kahwin dengan si isteri barulah saya mula kenal dan pertama kali melihat seterika wap iaitu seterika jenis “stim” akibat dari pemanasan air. Menarik juga.
Isteri saya memang sebelum kahwin ada membeli seterika jenis wap ini. Keluarga beliau memang menggunakan seterika jenis macam ini. Dan saya sering melihat beliau menggosok pakaian beliau menggunakan seterika wap tersebut. Sebelum seterika baju, beliau akan isi air dahulu jika kurang. Selepas itu hidupkan seterika seketika dan kemudian barulah mula menggosok pakaian. Saya tertarik kerana mendengar bunyi wap air yang dikeluarkan dan wap stim yang terhasil ketika isteri sedang menggosok pakaian kerja beliau.
Menarikkah Jika Menggunakan Seterika Wap/Stim?
Ianya membuatkan saya terkenang kisah zaman masa saya kecil dahulu. Ayah seorang tentera (askar). Pakaian tentera memang kena senantiasa gosok dan kemas. Selalu jugalah melihat ayah akan spray air ke baju dan seluar beliau dan kemudian baru beliau mula menggosok. Akibatnya baju dan seluar beliau akan nampak cantik, kemas, rapi dan mempunyai garisan (line). Jadi fahamlah saya akan tujuan kenapa seterika wap ini dicipta. Ianya rupa rupanya sama sahaja fungsi dengan apa yang ayah saya lakukan dahulu.
Di sebabkan isteri sudah membeli seterika wap dan saya sendiri pun sudah mempunyai seterika yang biasa tetapi berat. Jadi tiada keperluan untuk membeli seterika yang baharu. Cumanya ada rasa berminat untuk membeli dan mendapatkan seterika jenis wap yang jenis berdiri. Anda pasti pernah nampak seterika stim yang terdapat di kedai kedai pakaian atau butik bukan? Ianya akan memudahkan urusan menghilangkan kedut pakaian tanpa perlu banyak tenaga. Menarik bukan?
Website Yang Menjual Seterika Wap/Steam
- Lazada – ada sangat banyak pilihan seterika jenis wap/stim dijual di sini
- 11Street – banyak seterika iron jenis “steam” dijual di sini
- SenHeng – anda boleh mencari seterika berkualiti di sini
- Amazon – dapatkan seterika wap berkualiti dari luar negara di sini
- AliExpress – anda boleh beli seterika yang unik dan murah dari China di sini
Jadi bolehlah kita anggap yang dipasaran sekarang terdapat 3 jenis seterika. Yang pertama adalah seterika elektrik biasa, yang kedua adalah seterika jenis wap biasa dan yang ketiga pula adalah dari seterika jenis stim yang berdiri. Terpulang kepada bajet yang anda ada untuk mendapatkan yang mana. Saya sendiri terasa terfikir hendak menghadiahkan ayah sebuah seterika elektrik yang baharu dari jenis wap seperti ini. Mesti beliau akan terasa teruja dan berminat hendak menggunakannya. Harap di murahkan rezeki. Aminn.
The post Seterika Wap Untuk Menggosok Kedut Pakaian Dengan Mudah appeared first on eCommerce In Malaysia.