Mula mula selepas kahwin, selalu jugalah saya mengajak isteri untuk ke pasar untuk membeli barang basah dan juga ke pasaraya untuk membeli barang kering. Tujuan utama adalah untuk saya sendiri sebagai suami belajar bagaimana hendak membeli barang dapur secara sendiri tanpa ditemani isteri. Kalau isteri tidak bekerja bolehlah suruh beliau beli sendiri barang tersebut. Kalau isteri bekerja, maka sebagai suami kita kena toleransi dan tolong menolong dalam hal menyiap dan memperlengkap barang keperluan rumah.
Dan selepas beberapa bulan, saya sudah menjadi agak mahir untuk membeli barang keperluan dapur di pasar basah dan juga di pasaraya (shopping complex/mall). Tetapi buat masa ini, masih tidak ada lagi servis membeli barangan basah seperti sayur, daging, ayam, ikan dan sebagainya secara online. Akan tetapi untuk barangan berbentuk kering pula sudah ada banyak pihak yang menawarkan servis tersebut contohnya Tesco Online. Anda kini sudah boleh membeli maggie, syampoo, milo, keropok, sabun, coklat, pampers dan sebagainya secara online.
Beli Barang Keperluan Dapur Melalui Internet
Sebenarnya apakah bentuk produk barangan yang dalam kategori barang keperluan dapur ini? Biasanya produk tersebut adalah seperti susu, beras, biskut, sabun, mee segera, bihun, perencah masakan, tepung, garam, sos, tisu, air minuman, minyak dan sebagainya. Tahukah anda yang barangan ini boleh anda beli terus melalui internet. Anda hanya beli melalui pc komputer atau smartphone anda dan kemudian barangan tersebut akan terus dihantar ke alamat rumah anda.
Biasanya kita beli barang lain lain secara online. Mungkin kita terasa pelik dan sedikit janggal kalau beli barang keperluan dapur secara online. Contohnya anda mahu beli pek milo untuk membuat air milo. Tetapi anda tidak terasa mendesak untuk minum air milo sekarang. Jadi anda boleh beli dan order pek milo melalui internet di website. Dan pek milo dihantar ke rumah anda. Macam pelik dan lawak mendengarnya. Tetapi ianya tidak salah pun. Negara luar sudah lama membeli belah barang keperluan dapur secara online. Hanya kita sahaja yang baru hendak mula.
Website Yang Menjual Barang Keperluan Dapur
- TescoLazada – tempat yang paling baik untuk membeli barangan dapur
- Tesco11Street – tempat kedua paling baik untuk membeli barangan dapur
- EzBuyGroceries – alternatif terbaik untuk anda mencari barang keperluan dapur
Jadi di website manakah yang boleh untuk anda pesan, order dan beli barang keperluan dapur yang anda mahukan. Bila bercakap soal makanan, kalau boleh kita beli produk barangan tersebut dari penjual Malaysia supaya ianya lebih selamat dan juga halal. Mudah cerita anda belilah barang keperluan dapur dari website Malaysia. Jadi di atas ini saya kongsikan dengan anda akan beberapa laman web yang menjual produk dan barangan keperluan dapur dengan harga murah dan memudahkan urusan anda. Selamat mencuba.
The post Shopping Barang Keperluan Dapur Murah Secara Online appeared first on eCommerce In Malaysia.