Di Malaysia, kecurian motosikal adalah salah satu kecurian yang agak popular dan juga tinggi. Mudah cerita kalau bercerita pasal motor kena curi adalah sesuatu yang biasa di Malaysia dan tidak pelik. Dan salah satu cara untuk mengelak motor dari kena curi adalah dengan menggunakan kunci mangga yang sesuai atau khas untuk motosikal. Sebenarnya, apakah bentuk kunci mangga yang sesuai yang boleh digunakan bagi membuatkan pencuri sukar untuk mencuri motosikal anda?
Saya pernah berpengalaman menggunakan motosikal dari brand Yahama dan juga Honda seperti Honda Wave 100 dan juga Yamaha Lagenda 110z. Model Yamaha dan juga Honda adalah dua model yang pencuri motosikal suka curi. Pernah saudara saya kehilangan tayar sport rim kerana sukar untuk mencuri motor tersebut. Tidak dapat motor, dapat sport rim pun jadi. Ini adalah bentuk kes di mana pencuri ingin mencuri kerana duit. Mereka tertarik untuk menjual barang motor untuk wang.
Clik here to view.

Antara jenis jenis kunci mangga dari jenis solex yang dijual di website eCommerce Lazada Malaysia
Dapatkan Kunci Mangga Motosikal Di Internet
Bagaimana jika pencuri ingin mencuri kerana inginkan motor tersebut? Dalam kes ini, mahu tidak mahu, anda sebagai pemilik motosikal yang “HOT” atau “barang panas” perlu memastikan motor anda dikunci dengan betul. Kalau boleh, sila kunci dengan pelbagai jenis kunci mangga yang terbaik untuk motor anda lebih lebih lagi jika anda letakkan motor anda dikawasan yang memang mudah untuk pencuri mencuri motor anda.
Clik here to view.

Anda juga boleh mencari kunci motosikal lock di website 11Street Malaysia
Saya kongsikan satu lagi kisah kecurian motosikal. Rakan saya menggunakan motosikal Yamaha Lagenda dan mempunyai sistem brek disk di hadapan. Beliau telah memasang kunci mangga khas pada brek tersebut. Dan ketika pencuri sudah berjaya menghidupkan motosikal dan mahu membawanya, tiba tiba tayar motor tidak dapat digerakkan kerana terkunci dengan kunci mangga yang dipasang pada brek disk tersebut. Ini menunjukkan yang mangga kunci memang sangat diperlukan untuk keselamatan tambahan pada motosikal anda.
Website Yang Menjual Kunci Mangga Motosikal
- Lazada – ada banyak pilihan mangga motosikal di sini
- 11Street – dapatkan motosikal padlock di sini
- Amazon – dapatkan kunci mangga motosikal yang berkualiti di sini
Ada beberapa tempat yang boleh anda pasang dengan kunci mangga ini iaitu pada brek disk hadapan, pada “fork” hadapan, pada tongkat “double stand”, pada rantai motosikal dan juga pada brek disk di belakang. Biasanya kunci mangga yang kita akan cadangkan adalah dari jenama “SOLEX”. Ianya terbukti sebagai salah satu mangga kunci yang menawarkan keselamatan yang tinggi. Ianya sukar untuk dipintas (mudah dibuka) dan bahan materialnya juga sangat keras bagi menyukarkan ianya dipotong dengan gergaji. Berminat mendapatkan kunci mangga ini, sila dapatkan melalui link di atas ini. Bye
The post Kunci Mangga Paling Selamat Untuk Motosikal appeared first on eCommerce In Malaysia.