Tahukah anda, hampir ke semua komputer desktop mahupun laptop sebenarnya mempunyai bateri kecil seperti “bateri jam tangan” untuk membantu proses kelancaran sesebuah sistem komputer. Namun, kalau ianya rosak, jangan pula anda pergi cari dan beli bateri jam tangan pula. Ada sedikit beza antara jam tangan dengan bateri yang digunakan di dalam komputer anda. Mesti anda terfikir, kenapa perlu ada bateri, bekalan kuasa (supply) tidak cukupkah? Sebenarnya ada peranan kenapa ianya diperlukan dari dulu sehingga kini. Nama panggilan bateri ini popular dengan perkataan “bateri cmos”. Pernah dengar?
Bateri yang seperti bateri jam tangan ini disebut sebagai bateri cmos. Ada sebab kenapa ianya digunakan sehingga kini. Peranannya bukan untuk membekalkan kuasa elektrik. Tetapi sebagai penghidup sistem komputer. Nampak kecil sahaja, tetapi peranannya agak besar dan penting. Salah satu masalah yang anda akan hadapi jika bateri cmos ini rosak atau tiada lagi cas elektrik di dalamnya adalah ianya akan membuatkan komputer anda tidak dapat dihidupkan (unable to turn on). Jadi bagaimana? Penting atau tidak?
Beli Bateri CMOS Komputer/Laptop Murah Online
Inilah masalah yang saya hadapi pada komputer desktop lama saya. Saya mempunyai sebuah komputer dengan CPU pemproses dari Core 2 Duo. Ketika artikel ini ditulis, dipasaran sekarang sudahpun popular dengan cpu desktop seperti Corei3, Corei5 dan juga Core i7. Bayangkan pemproses Core 2 Duo ini saya? Memang sudah agak lama sangat. Bertahun pakai tidak pernah rosak atau buat hal. Malah jenama Dell memang terbukti tahan lasak, tahan lama dan berkualiti. Sebab itu tidak hairan kalau ianya sudah sampai masa untuk menukar bateri cmos yang baharu.
Sebenarnya apa yang terjadi? Komputer tidak dapat dihidupkan, ada amaran yang “battery low” dan tarikh masa yang dipaparkan adalah salah atau lama. Jika anda melihat tanda tanda (simptom) seperti ini, itu menunjukkan ada kemungkinan yang bateri cmos anda sudah sampai masa untuk ditukar. Jangan risau, harga bateri bagi motherboard anda tidaklah mahal mana. Kos untuk masalah ini adalah sangat minima.
Bagaimana untuk menukar bateri cmos ini? Matikan dahulu bekalan kuasa power ke komputer anda. Sila buka casing desktop anda. Di papan induk utama (motherboard) akan terdapat sebuah bateri seperti gambar di atas. Suka cungkil, buka dan keluarkan bateri tersebut. Ganti dan pasangkan bateri cmos yang baharu ke tempat sama tersebut. Kemudian anda hidupkan kembali komputer anda. Biasanya kalau masalah itu memang berpunca dari bateri tersebut, maka komputer anda akan hidup kembali dengan normal.
Website Yang Menjual Bateri CMOS Komputer
- Lazada – ada banyak bateri komputer cmos murah dijual di sini
- 11Street – anda juga boleh mencari bateri cmos di sini
- Amazon – dapatkan bateri CR2032 yang berkualiti di sini
Di mana hendak beli bateri cmos ini? Saya pergi cari ke kedai komputer biasanya ada dijual di sana. Kadang kala tiada kedai komputer yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. Maka anda boleh cuba cari, beli dan dapatkan bateri cmos ini di internet melalui website yang saya kongsikan di atas ini. Jangan risau, harga bagi satu biji bateri cmos biasanya tidak sampai RM10 pun. TETAPI sila pastikan yang siri kod bateri yang mahu anda beli itu sama dengan apa yang anda gunakan sekarang. Saya pakai bateri cmos dari siri CR 2032. Jadi saya perlu cari dan beli bateri cmos yang sama juga. Jelas ya. Selamat mencuba.
The post Masalah Bateri CMOS Untuk Komputer appeared first on eCommerce In Malaysia.