Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Mini Studio Box Yang Kecil Dan Murah

Salah satu kaedah untuk membuatkan gambar produk yang anda ingin jual itu menarik untuk dibeli adalah dengan menggunakan imej gambar yang kelihatan professional. Kalau anda lihat kerjaya jurufoto atau jurugambar, anda akan dapati mereka akan menggunakan kamera yang sangat bagus dan juga bilik studio khas yang memang boleh menaikkan mutu gambar yang diambil. Contohnya sepeti gambar gambar artis. Tetapi tahukah anda sebenarnya anda juga boleh mendapatkan kualiti gambar sebegitu. Iaitu dengan mempunyai bilik studio sendiri seperti mini studio box. Pernah dengar akan alat seperti ini?

Sebelum kita bercerita mengenai mini studio box, ada baiknya kita cerita dahulu akan bilik studio yang sebenar supaya anda jelas dan faham tentang apa yang kita bicarakan. Kalau anda melihat gambar yang diambil dalam bilik studio professional, anda akan dapat beberapa persediaan yang perlu disediakan supaya gambar yang diambil akan tampak pro. Persediaan pertama adalah seperti lampu pemancar yang orang sebut sebagai “lightning”. Persediaan kedua pula adalah latar belakang yang kosong atau berwarna putih. Kalau anda tidak faham, sila lihat contoh gambar di bawah ini.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Contoh sebenar bilik studio gambar dengan pencahayaan lightning

Contoh sebenar bilik studio gambar dengan pencahayaan lightning – image credit to http://www.kaiostudio.com/

Tangkap Ganbar Secara PRO Dengan Mini Studio Box

Biasanya kalau orang hendak tangkap gambar dalam keadaan cantik dan tampak professional, bilik studio seperti di atas ini adalah tempatnya. Namun anda selaku peniaga online mungkin tidak perlukan bilik studio yang begitu besar kecuali kalau anda menjual produk barangan yang besar seperti pakaian. Kalau anda menjual produk yang kecil seperti mainan, tools, makanan, kasut, beg wanita, smartphone, bunga atau apa sahaja barang yang kecil, anda sebenarnya hanya perlukan mini studio box sahaja.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Contoh sebenar mini studio box yang banyak dijual di website eCommerce Lazada Malaysia

Contoh sebenar mini studio box yang banyak dijual di website eCommerce Lazada Malaysia

Contohnya anda mahu berniaga di Instagram. Dan sudah tentu gambar yang sangat menarik, cantik dan nampak professional dapat memikat bakal pembeli anda. Jadi anda perlukan sebuah bilik studio yang kecil iaitu mini untuk menjayakan misi anda. Tahukah anda, di pasaran memang ada menjual mini studio box yang dibuat khas untuk anda yang berniaga secara online dan mahu menangkap gambar dengan cantik. Di atas ini saya kongsikan contoh sebenar bagaimanakah rupa bentuk studio mini kecil yang saya maksudkan itu.

Website Yang Menjual Studio Mini Kecil

  • Lazada – ada banyak pilihan studio mini yang cantik dijual di sini
  • 11Street – anda juga boleh membeli mini studio di sini
  • Ezbuy – ada banyak kotak studio kecil dan mudah dijual di sini
  • Amazon – dapatkan mini studio box yang berkualiti di sini
  • AliExpress – ada sangat banyak foto studio kit murah dari China di sini

Selepas ini kalau anda tanyakan macam mana mereka boleh tangkap gambar dengan cantik. Jawapannya, inilah caranya. Kos untuk mendapatkan mini studio box tidaklah mahal mana. Bergantung kepada saiz mini studio tersebut. Lagi besar, lagi mahallah. Kalau produk yang anda ingin jual itu hanya kecil sahaja, biasanya mini studio box yang perlu anda beli dan dapatkan hanyalah di bawah RM100 pun sudah memadai. Selepas itu anda hanya perlukan sebuah smartphone yang mempunyai kamera yang cantik. Itu sahaja peralatannya. Menarik?

The post Mini Studio Box Yang Kecil Dan Murah appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles