Kepada anda yang terlibat dalam jual beli matawang digital cryptocurrency dan juga token iaitu crypto-token, anda pasti sudah tahu bagaimana proses pembelian, jualan termasuk senarai website tempat untuk jual beli pelbagai digital coin betul? NAMUN, kita tidak boleh menafikan yang diluar sana ramai juga individu yang tidak tahu cara untuk membeli dan menjual coin yang mereka inginkan. Dan pada kali ini, saya ingin berkongsikan dengan anda tentang cara untuk beli Ripple dengan mudah. Harap anda dapat ikutinya dengan baik.
Sebelum itu, perlu ada fahami yang kaedah atau panduan beli Ripple ini boleh anda pakai dan gunakan untuk membeli mana mana matawang digital krypto yang lain juga. Mudah cerita, memang penulisan ini adalah tentang cara jual beli Ripple. Tetapi kaedah ini juga sama sahaja terpakai dengan coin coin yang lain. Dan Ripple ini hanya sebagai contoh sahaja. Dan selepas ini saya pasti dengan yakin anda akan tahu di website manakah yang menjual digital coin sekian dan sekian. Ok!
Clik here to view.

Melihat matawang digital crypto currency di website CoinMarketCap
Website Untuk Beli Ripple
Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan transaksi jual beli apa apa matawang digital termasuk Ripple akan menggunakan Bitcoin atau Ethereum sebagai pertukaran. Mudah cerita, kalau anda mahu beli Ripple, Dash, Monero, Deuscoin, Dogecoin, PitisCoin, Tron, Stellar, Litecoin, Cardano, Denta dan sebagainya, anda perlu membeli dan membayar menggunakan Bitcoin atau Ethereum. Dengan kata lain, sebelum anda membeli mana mana matawang selain dari Bitcoin, anda perlu membeli dan memiliki Bitcoin atau Ethereum dahulu. Jelas?
Clik here to view.

Page penerangan tentang prestasi harga semasa Ripple
Untuk membeli Bitcoin, saya sarankan anda baca artikel ini – [ Cara Beli Bitcoin ]. Ada beberapa website yang saya cadangkan di dalam artikel tersebut untuk beli Bitcoin dan juga Ethereum. Secara peribadi, saya menyarankan anda beli Bitcoin/Ethereum di website LUNO atau Remitano ok. Saya pernah guna kedua dua website ini dan ianya memang mudah untuk urusan jual beli bagi orang Malaysia. Kalau tidak faham juga cara beli, sila tonton video di bawah ini.
Selepas memiliki Bitcoin atau Ethereum. Anda perlu transfer digital money ini ke website tempat jual beli Ripple. Setiap coin memiliki alamat address yang berbeza. Sila transfer Bitcoin ke wallet Bitcoin juga. Dan sila transfer Ethereum ke wallet Ethereum. Jadi jangan tersilap alamat wallet yang dihantar. Di bawah ini saya kongsikan dengan anda video cara transfer Bitcoin dari LUNO ke wallet Bitcoin di website C-cex.com.
Tempat untuk jual beli pelbagai matawang digital cryptocurrency kita sebut ianya sebagai “CRYPTO EXCHANGER”. Ada banyak website exchange untuk krypto di internet. Dan tidak semua matawang digital ada di setiap website exchange. Jadi anda perlu semak di manakah coin tersebut dijual. Dalam contoh ini kita akan cek di website exchange manakah Ripple di jual
Cara Check Ripple Dijual Di Mana
- CoinMarketCap – sila klik dan lawat website ini.
- Sila klik pada nama coin yang anda ingin semak. Sila klik Ripple
- Pada halaman penerangan Ripple, sila klik pada MARKETS (lihat gambar kedua di atas)
- Ketika anda klik pada menu “Markets”, ianya memaparkan senarai website exchange yang ada jual dan beli Ripple. Jelas. (lihat gambar ketiga di atas)
Clik here to view.

Antara website exchange yang boleh anda beli Ripple dengan mudah
Di atas ini adalah cara untuk ketahui senarai website yang menjual matawang digital yang anda ingin beli atau jual termasuk Ripple ini. Untuk memudahkan anda, di bawah ini saya kongsikan terus senarai website yang menjual Ripple.
Senarai Website Jual/Beli Ripple
- Bithumb – antara website exchange untuk crypto yang popular
- Binance – antara website exchange untuk crypto yang popular
- Bittrex – antara website exchange untuk crypto yang popular
- Kodinar – ini adalah wallet dari Malaysia. Anda boleh menyimpan Bitcoin, Ethereum, Ripple, Pitiscoin termasuk token di bawah Erc20. Ketika daftar, sila masukkan email “moham29577@yahoo.com” pada bahagian referral email. Anda juga boleh membeli Ripple melalui wallet ini.
Kalau anda lihat gambar ketiga di atas ini, ada sangat banyak website yang menawarkan platform mereka untuk transaksi jual beli Ripple dengan mudah. Kalau anda masih tidak faham bagaimana untuk menyemaknya, tonton sahaja video di atas ini yang telah saya sediakan untuk anda. Saya harap selepas ini tiada lagi isu tidak tahu hendak beli di mana, tidak pandai beli dan sebagainya. Selamat mencuba ok.
The post Cara Nak Jual Dan Beli Ripple appeared first on eCommerce In Malaysia.