Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Perkembangan Prestasi Crypto Dogecoin Untuk Tahun 2018

$
0
0

Masa mula mula hendak beli krypto Dogecoin ini memang terasa lawak. Mana tidaknya, ketika saya membuat carian berkenaan matawang digital Dogecoin, saya dapati asal asal ianya dicipta bukannya serius. Pencipta Dogecoin iaitu Jack Palmer hanya mahu membuat matawang gimik terhadap Bitcoin. Maka terlahirlah Dogecoin untuk meniru Bitcoin dengan logo “Dog” yang disebut sebagai Shiba Inu dan ianya dijadikan “meme” dalam membentuk Dogecoin. Malah saya sendiri tidak yakin dengan prestasi crypto Dogecoin kerana harganya yang murah dan tidak naik naik dari tahun ke tahun.

Tetapi dari pencarian maklumat di internet, ada juga berita terkini mengenai crypto Dogecoin ini. Salah satu berita tersebut adalah pihak developer (dev) dikatakan mahu meneruskan update terkini sistem Dogecoin dan akan memperkenalkan ciri ciri yang lebih baru dan terkini. Dari berita tersebut saya merasakan ianya seperti ada “peluang” untuk coin ini berkembang dan mendapat permintaan pada masa hadapan. Memang berasa tidak pasti. Tetapi tutup mata dan beli sahaja.

Harga terkini matawang digital crypto Dogecoin pada Jan 2018

Harga terkini matawang digital crypto Dogecoin pada Jan 2018

Berbaloikah Untuk Anda Beli Crypto Dogecoin Pada Tahun Ini?

Ketika itu harga 1 Dogecoin baru berharga USD0.0001 sahaja. Dan saya sempat membelinya ketika ianya sudah menjadi USD0.001. Dan ketika artikel ini ditulis iaitu pada Jan 2018, harga 1 Dogecoin sudahpun menjadi USD0.01. Kepada yang sempat membeli Dogecoin ketika harganya sangat murah dalam kuantiti yang banyak pasti kini sudah berjaya membuat untung yang sangat besar. Dan kepada yang lambat seperti saya, terpaksa menunggu dan berharap yang harga Dogecoin di tahun 2018 dan ke atas akan terus naik dan naik lagi untuk merasai profit.

Berapa jumlah Dogecoin yang saya ada sekarang? Saya pernah mempunyai sebanyak 120K Dogecoin. Malah saya pernah menjualnya kembali kerana merasakan ianya sebuah coin yang tidak berkembang dan tidak berprestasi baik. Dan jumlah Dogecoin yang saya sempat simpan sehingga ke hari ini adalah sebanyak 80K sahaja dan pada harga USD0.01214 (12 Jan 2018) ini, nilai keseluruhan Dogecoin milik saya ini adalah berharga USD971.

Website Untuk Membeli Dogecoin

  • C-cex – ada banyak matawang digital dijual di sini termasuk Dogecoin
  • CoinExchange – ada banyak matawang digital dijual di sini termasuk Dogecoin
  • Binance – ada banyak matawang digital dijual di sini termasuk Dogecoin
  • Cryptopia – ada banyak matawang digital dijual di sini termasuk Dogecoin

Website Untuk Membeli Bitcoin

  • Luno – anda boleh beli Bitcoin dan Ethereum di sini
  • Remitano – anda boleh beli Bitcoin dan Ethereum di sini
  • LocalBitcoin – anda boleh beli Bitcoin di sini
  • Kodinar – anda boleh beli Bitcoin, Ethereum, Ripple dan PitisCoin di sini. Ketika daftar, sila masukkan email “moham29577@yahoo.com” pada ruangan referral email

Adakah selepas ini harga crypto Dogecoin akan terus melonjak naik lagi? Tidak ada jawapan tepat untuk pertanyaan seperti ini. Boleh jadi akan terus naik dan boleh jadi ianya menurun kembali. Namun, pada tanggapan penganalisis matawang digital cryptocurrency, krypto Dogecoin adalah salah satu digital currency yang dijangka akan terus naik lagi dalam tahun 2018 dan seterusnya. Jika kajian ini adalah benar, ianya adalah masa yang paling sesuai untuk anda membeli dan menambah jumlah Dogecoin yang anda miliki sekarang. Tunggu apa lagi? Beli Dogecoin sekarang melalui link di atas ini. Bye

The post Perkembangan Prestasi Crypto Dogecoin Untuk Tahun 2018 appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles