Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Portable Hard Drive Yang Bagus

Kalau anda perasan, dari tahun ke tahun, perkembangan ruang storan seperti hard disk dan juga flash drive berkembang dengan ketara. kalau dulu sebuah hard disk boleh support sehingga 100GB, kemudian 250GB, 500GB dan kemudian menjadi 1TB. Sekarang rata rata portable hard drive biasanya dijual dalam lingkungan kapasiti 1TB dan juga 1TB. Satu ruang data yang sangat besar untuk menyimpan pelbagai data digital. Adakah pada zaman teknologi digital dan juga smartphone kini kita memerlukan sebuah storan penyimpan data yang besar seperti ini? Masih relevankah? Apa maksud saya?

Ya kita setuju yang rangkaian internet di Malaysia semakin baik. Dengan kata lain, lebih ramai rakyat Malaysia menonton video misalnya terus secara online streaming. Dan aktiviti muat turun mungkin semakin perlahan. Jadi tidak diperlukan lagi kapasiti yang bersaiz besar seperti ini. Akan tetapi teknologi kamera pula berkembang. Kualiti tangkapan gambar dan rakaman video semakin baik. Gambar dan video yang semakin berkualiti ini pula memerlukan ruang storan yang lebih besar. Dan biasanya kita akan memindahkan data seperti gambar dan juga video ke komputer betul?

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Antara jenama external hard disk yang ada dijual di website eCommerce Lazada Malaysia

Antara jenama external hard disk yang ada dijual di website eCommerce Lazada Malaysia

Beli Portable Hard Drive Berkualiti Dan Murah

Gambar dan juga video yang bersaiz besar ini pasti akan memakan ruang kapasiti hard disk drive anda. Dan bila tiba masanya, ruang hard disk anda akan mula penuh dan anda nampaknya akan memerlukan sebuah portable hard drive yang baharu. Dan kapasiti storan seperti 1TB dan ke atas ini adalah sebuah kapasiti yang biasa bagi zaman kini. Bagaimana dengan harganya pula? Dari semakan saya melalui website di internet, harga pasaran bagi portable hard drive kini tidaklah semahal mana. Malah lebih murah berbanding tahun tahun terdahulu.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Banyak portable hard drive berkualiti dan juga cantik dijual di website eCommerce 11Street

Banyak portable hard drive berkualiti dan juga cantik dijual di website eCommerce 11Street

Antara brand portable hard disk yang patut anda pilih adalah seperti jenama Seagate, Western Digital (WD), Toshiba, Maxtor, AData dan juga Samsung. Dari pengalaman saya secara peribadi, saya sukakan produk dari jenama Maxtor kerana tahan lasak disebabkan mempunyai sistem anti gegaran. Mungkin jenama lain pun ada sistem seperti ini. Jenama Samsung pun saya pernah pakai. Biasanya brand external hard disk seperti ini memang dipercayai ramai.

Website Yang Menjual External Hard Disk

  • Lazada – ada sangat banyak pilihan external hard drives di sini
  • 11Street – ada banyak juga pilihan portable hard drive di sini
  • Amazon – mahukan portable hard drive yang berkualiti ada di sini

Tapi ingat ya, jika anda sudah beli portable hard drive terbaik yang anda mahukan. Kalau boleh, sila keluarkan sedikit bajet untuk membeli “cover” atau “pouch” untuk melindungi external hard drive anda dari hentakkan. Maklumlah ianya mudah dipindah atau dialihkan ke mana mana. Melainkan kalau anda beli yang sudah siap diberikan perlindungan anti gegaran. Sayang gambar, video, fail atau lain lain aplikasi yang anda simpan banyak banyak dalam hard disk hilang begitu sahaja kalau ianya rosak. Jadi perlu jaga baik baik. Di atas ini saya kongsikan dengan anda laman website yang anda menjual portable hard drive berharga murah yang anda mahukan. Bye.

The post Portable Hard Drive Yang Bagus appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697