Salah satu peralatan dalam rumah seperti perabot apabila anda pindah ke rumah baharu atau baru membeli rumah, anda pasti mahukan satu set bilik tidur yang lengkap. Seperti katil, tilam, meja solek dan juga almari. Salah satu cara untuk memiliki set katil bilik tidur yang murah adalah dengan membelinya secara “SET LENGKAP” sekaligus. Jangan beli asing asing. Kalau anda beli katil dahulu, kemudian baru tilam dan selepas itu baru beli almari baju. Anda akan dapati yang anda telahpun membelanja lebih dari sepatutnya.
Bila kita cakap tentang set lengkap di bilik tidur, ianya adalah peralatan seperti katil, almari, meja solek dan juga meja kecil. Tilam biasanya dijual berasingan kerana kualiti tilam akan bergantung kepada kehendak pembeli samada mahukan yang bagus atau yang biasa biasa sahaja. Dari pengalaman saya melakukan survey di kedai perabot, satu set lengkap katil bilik tidur tidak termasuk tilam biasa dijual dengan harga dalam lingkungan RM1500 – RM3000. Harga seperti ini adalah harga yang normal pada tahun ini.
Beli Set Katil Bilik Tidur Termasuk Almari Dan Meja Solak Yang Murah
Saya sendiri baru baru ini berpengalaman membeli set lengkap bilik tidur. Harga set katil bilik tidur lengkap tanpa tilam pun sudah berharga RM2600. Apabila campur tilam, harga keseluruhan menjadi RM3400. Memang sedikit agak mahal, tetapi ianya berbaloi untuk jangka panjang. Ini kerana material almari yang ditawarkan sangat berkualiti, tahan lama, tidak mudah menjadi kuning, papan kayu yang keras dan jaminan warranty yang lama. Rasanya anda bersetuju kalau saya katakan set bilik tidur memang kita mahu pakai lama.
Saya juga sempat ke kilang yang membuat katil. Mereka hanya membuat katil sahaja tanpa tilam. Kalau anda berminat untuk “custom made” dan beli katil sahaja, anda boleh dapatkannya dengan harga serendah RM350 – RM750. Kalau anda berminat boleh hubungi saya. Ianya khas untuk anda yang dari Penang sahaja. Anda bolehlah berjimat kalau anda lebih berminat untuk membeli katil dan tilam sahaja. Jadi dengan cara membeli terus dari kilang, anda dapat membeli dengan harga jauh berkali kali ganda lebih murah.
Website Yang Menjual Set Bilik Tidur Lengkap/Murah
- Lazada – di sini ada sangat banyak pilihan untuk anda
- 11Street – di sini pula ada banyak pilihan bayaran ansurans
Dan salah satu cara yang paling mudah dan murah untuk anda mendapatkan set katil bilik tidur termasuk tilam, almari dan juga meja solek, saya cadangkan anda untuk melakukan survey dan membeli set bilik tidur tersebut secara online. Di atas ini adalah website cadangan saya kepada anda. Saya juga telah melihatnya. Ada sangat banyak set katil termasuk almari, meja kecil dan meja solek yang cantik cantik yang dijual dengan harga agak murah. Jadi anda tidak lagi perlu berpenat ke kedai. Malah anda boleh membuat pembelian katil bilik tidur secara ansurans kalau anda mahu. Menarik bukan? Cubalah lihat sekarang. Bye.
The post Set Katil Bilik Tidur Yang Murah appeared first on eCommerce In Malaysia.