Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Beli Telefon Secara Ansuran Dan Murah

$
0
0

Sudah banyak kali juga si isteri mengomel mahukan sebuah smartphone jenama Apple iaitu iPhone. Kalau tengokkan harga iPhone 8 atau iPhone X, memang tidak sangguplah untuk saya membeli sebuah telefon pintar dengan harga sebegitu. Kalau dulu, sebuah smartphone dengan harga RM2000 pun saya sudah merasakan ianya sangat mahal. Apatah lagi kalau harganya mencecah RM3000 – RM5000 sebuah. Dengan harga sebegitu, anda boleh beli barang lain yang lebih berbaloi. Tetapi kalau ada duit tiada salahnya. Kalau tetap mahukan telefon pintar yang mempunyai spesifikasi tinggi tetapi tidak mampu, caranya anda perlu beli telefon secara ansuran. Berminat.

Saya memang kurang berminat kalau beli barang secara hutang hutang begini. Bukan kerana berlagak kaya. Tetapi tidak sanggup untuk berasa rugi. Anda pasti pernah mendengar Courts, AEON credit dan lain lain bukan. Tempat ini adalah tempat yang boleh anda beli barang dengan bayaran secara hutang bulanan iaitu ansurans (instalment). Kalau anda perhati bayaran yang dikenakan terhadap anda, lepas sahaja anda habis bayar, anda akan dapati yang anda telah membayar berkali kali ganda dari harga asal produk barangan tersebut. Mungkin anda akan membayar 2 kali lebih mahal dari harga asal. Anda sanggup?

Contoh sebenar iklan untuk beli telefon secara ansuran di Lazada Malaysia

Contoh sebenar iklan untuk beli telefon secara ansuran di Lazada Malaysia

Tips Beli Telefon Secara Ansuran Zero Interest

Saya tidak katakan anda tidak berhak untuk membeli mana mana telefon pintar smartphone yang mahal mahal secara hutang kalau anda tiada wang atau bajet yang mencukupi. Cumanya saya mencadangkan anda untuk beli telefon secara ansuran dengan menggunakan kad kredit. Contohnya di website eCommerce Lazada Malaysia misalnya, anda boleh membeli mana mana mobile phone yang anda mahukan secara instalment bayar bulan bulan. Anda boleh pilih samada mahu membayar dalam masa 6 bulan atau 12 bulan. 

Anda juga boleh beli telefon secara ansuran instalment di website 11Street

Anda juga boleh beli telefon secara ansuran instalment di website 11Street

Malah dengan menggunakan kad kredit di Lazada, anda boleh beli telefon secara ansuran dengan cas ZERO INTEREST. Maknanya, anda kalau habis bayar anda tetap membayar dengan harga yang sama kalau anda membeli secara cash tunai. Jadi sudah tentu ini adalah kaedah yang paling terbaik dan paling menjimatkan yang perlu anda pilih. Di Lazada buat masa ini, hanya kad kredit Maybank yang diterima untuk digunakan bagi pembelian barang secara ansurans. Kalau anda tiada kad kredit, saya sarankan anda memohon kredit kad secara online dengan membaca artikel ini.

Senarai Website Yang Menawarkan Pembelian Secara Ansuran

  • Lazada – buat masa ini hanya kredit kad maybank di terima
  • 11Street – kredit kad Public Bank, Maybank dan American Express di terima

Sebenarnya, teknik beli telefon secara ansuran dengan zero interest di Lazada dan juga 11Street lebih menjimatkan wang anda berbanding anda membeli mana mana telefon pintar smartphone melalui pakej telco seperti Maxis, Celcom mahupun Digi. Ini adalah cara bagaimana anda boleh memiliki smartphone idaman anda walaupun anda tiada bajet yang besar. Apa apa pun selamat mencuba.

The post Beli Telefon Secara Ansuran Dan Murah appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles