Sebagai seorang pelajar di pengajian tinggi seperti di Universiti, Politeknik, Kolej dan sebagainya pasti tidak boleh lari dari menggunakan komputer dalam urusan menyiapkan kerja tugasan rumah yang kita sebut sebagai “assignment”. Dan kepada pelajar atau mahasiswa yang tidak mempunyai komputer atau laptop pasti akan berasa sukar untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Mereka mungkin terpaksa meminjam komputer/laptop rakan atau pergi ke pusat komputer yang berdekatan. Apakah sesebuah komputer atau laptop itu mahal harganya? Dalam masalah ini, saya akan berkongsikan dengan anda tentang cara mencari dan memilih laptop bawah rm2000 yang sesuai dengan anda.
Zaman saya belajar di universitu dahulu iaitu 10 tahun lalu. Sesebuah laptop yang dianggap murah atau “biasa” spesifikasinya selalunya dalam lingkungan harga RM2000 ke atas. Agak susah hendak mendapatkan laptop atau notebook yang lebih murah dari itu. Kalau ada laptop yang murah bawah RM2000 pun kami takut untuk membelinya. Ketika itu kami merasakan laptop dengan CPU pemproses “Celeron” sangat sangat rendah kemampuannya. Dan laptop dengan CPU dari jenama “AMD Athlon” sangat sangat tidak bagus kerana mudah panas dan cepat rosak. Itu apa yang kami fikir ketika itu.
Beli Laptop Bawah RM2000 Murah Dan Baru Secara Online
Sudah 10 tahun berlalu. AMD bukan seperti dulu. Sekarang ianya sama sama hebat seperti Intel. Malah AMD masih mampu memberikan tawaran harga murah kepada sistem cpu pemproses mereka berbanding Intel. Dan Intel pula masih memberikan sesuatu yang sama seperti sebelum ini iaitu kualiti. Namun apabila kita bercakap mahu menggunakan laptop hanya untuk membuat tugasan tugasan yang biasa. Rasanya laptop bawah rm2000 pun sudah lebih dari mencukupi. Malah sekarang ada sangat banyak piihan laptop baru yang murah yang juga terbaik.
Ada beberapa perkara yang mahu saya kongsikan dengan anda sebelum anda memilih mana mana laptop bawah rm2000 yang anda inginkan. Ini perlu anda lihat dahulu berdasarkan keperluan anda. Setiap orang berbeza akan tujuan dan keperluan mereka. Saya tidak mahu anda berasa rugi setelah membeli laptop yang anda inginkan. Kriteria yang ingin anda lihat adalah seperti ini iaitu;
- CPU – Kalau boleh sila pastikan CPU dari jenis Core i3, i5, i7 dan ke atas
- RAM – Sila pastikan RAM minima adalah 4GB dan ke atas
- Skrin – Biasanya skrin lebih kecil lebih mahal. Terpulang kepada pilihan anda
- Jenis Skrin – Pilih skrin jenis LED dan bukannya LCD
- DVD reader – Bagi saya zaman sekarang dvd tidak perlu. Terpulang
- GPU – Untuk yang mahukan sistem grafik yang baik, sila baca artikel ini – [ Kad Grafik Laptop ]
- Storan – hard disk kapasiti yang 500GB dan ke atas
- Aksesori – Ada webcam, usb port, hdmi port, sd card reader, speaker/mic input
- Windows – Kalau boleh sila dapatkan Windows 7 dan ke atas
- Condition – Jangan beli yang “recon” atau “refurbished”. Sila dapatkan yang baharu
Website Yang Menjual Laptop Murah Bawah RM2000
- Lazada – ada sangat banyak pilihan laptop/notebook baru yang murah di sini
- 11Street – anda juga boleh mencari laptop murah idaman anda di sini
- Amazon – dapatkan laptop yang berkualiti dari luar negara di sini
- AliExpress – dapatkan laptop dari China yang berkualiti di sini
Laptop biasa biasa yang bawah RM2000 sudah sangat memadai untuk tugasan biasa biasa. Kalau anda seorang pelajar jurusan grafik dan multimedia, maka anda perlu pilih laptop bawah rm2000 yang menawarkan GPU yang lebih berkuasa. Kalau anda lebih sukakan kepada hiburan, maka pilih lah laptop yang mempunyai skrin yang besar dan sistem audio yang baik. Kalau wang adalah masalah utama anda, maka anda belilah laptop bawah rm2000 ini dengan kaedah ansurans atau simpan duit sedikit demi sedikit. Jangan risau, laptop murah yang baru yang berharga RM1100 pun ada. Apa yang saya kongsikan di atas ini adalah cadangan sahaja. Anda mungkin boleh rendahkan spesifikasi laptop yang anda inginkan berdasarkan wang bajet anda. Bye
The post Laptop Bawah RM2000 Untuk Pelajar Dan Mahasiswa appeared first on eCommerce In Malaysia.