Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Promosi Jualan Buku Online Year End Sale (YES)

$
0
0

Salam kepada peminat dan pecinta buku. Saya dahulunya seorang pembeli dan pembaca buku tegar. Boleh dikatakan saya membuat kempen ke atas diri sendiri iaitu SEBULAN SEBUAH BUKU. Teringat saya ketika zaman berblogging waktu di website lama. Saya suka untuk datang dan singgah ke kedai buku untuk membeli buku. Namun sejak bekerja, tabiat membaca masih tidak kurang, cuma kurang tegar. Dan pada tahun ini, saya mula belajar membeli buku bacaan melayu secara online pula. Malah sekarang sedang dijalankan promosi jualan buku akhir tahun. Anda tahu?

Rasanya tahun ini lebih meriah kerana ramai blogger mula rajin untuk mempromosi pembelian bahan bacaan ilmiah dalam bahasa melayu secara online. Dan saya sendiri berkempen untuk rakan rakan pembaca membeli buku secara online. Ianya lebih mudah, senang mencari dan tidak perlu ke kedai buku. Saya bukan kempen suka suka. Saya sendiri sudah membeli sebanyak 12 buah buku secara online dalam tahun ini sahaja. Jadi, saya bukan cakap kosong.

Stok buku melayu untuk promosi jualan buku akhir tahun

Stok buku melayu untuk promosi akhir tahun

Promosi Jualan Buku Di Internet Untuk Jualan Hujung Tahun

Apa buku yang saya beli? Pembelian kategori buku cenderung kepada apa yang anda minat? Bagi saya pula, saya berminat buku dalam bentuk agama, politik dunia, buku cerita kanak kanak, buku resepi masakan dan juga berkaitan buat duit di internet. Kalau ada promosi jualan buku yang dijalankan, anda boleh mendapatkan bahan bacaan buku yang anda minati dengan harga jauh lebih murah. Jangan tidak percaya, saya pernah dapat membeli buku di bawah RM5 sahaja secara online.

Untuk pengetahuan anda pihak BookCafe.com.my kini menjalankan promosi jualan buku akhir tahun yang selalunya di sebut sebagai Year End Sale (Yes) untuk menunjukkan adanya promosi yang dijalankan sempena hujung tahun. Jadi sudah tentu ada banyak produk yang dijual murah termasuk jualan buku bahasa melayu ini. Kalau anda peminat buku, jangan lepaskan peluang ini. Seperti yang saya cakap, anda boleh dapatkan buku dengan harga sangat rendah kalau anda cepat.

Website Kedai Buku Yang Menjual Buku Malaysia Secara Online

  • BookCafe – sebuah website portal buku terbaik dan terbesar di Malaysia
  • Lazada  – ada sangat banyak koleksi buku pelbagai genre kategori di Malaysia

BookCafe.com.my adalah kedai buku online berbahasa melayu yang popular di Malaysia. Ketika artikel ini ditulis, ada sebanyak 60 buah buku yang di jual dengan hanya cuma RM5 sahaja khas untuk waktu promosi jualan buku jualan hujung tahun ini. Anda boleh dapatkan sebanyak 10 buah buku dengan harga RM50 sahaja. Kalau saya, saya tidak tunggu lagi. Terus dapatkannya sekarang dengan klik pada link di atas ini. Selamat membeli dan membaca buku. Bye.

The post Promosi Jualan Buku Online Year End Sale (YES) appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles