Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Senarai Powerbank Untuk Smartphone Yang Terbaik

$
0
0

Kalau anda perasan, sejak awal tahun 2017, kebanyakkan telefon pintar smartphone terkini dibekalkan dengan pemprosesan CPU yang berkuasa tetapi kurang dalam penggunaan tenaga. Dengan kata lain, smartphone terkini sudah mampu menjalankan aplikasi dengan banyak tanpa menyebabkan ianya menjadi lambat seperti “hang” atau “lag”. Dan yang lebih menarik, kuasa bertahan bateri pula semakin bertahan lama. Jika ini berlaku, apakah benar yang kita kini sudah tidak lagi perlu memakai “powerbank” untuk mengecas bateri telefon pintar kita?

Kewujudan powerbank ini pada asalnya adalah untuk mengatasi masalah bateri smartphone yang cepat habis. Ianya sudah menjadi suatu yang umum hampir kebanyakkan smartphone perlu di cas setiap hari. Kalau anda bermain internet, bermain games atau apa apa sahaja yang memerlukan anda senantiasa menggunakan smartphone anda, hanya beberapa jam sahaja anda sudah perlu mencari cari pengecas telefon untuk mengecas smartphone anda. Dan salah satu alat yang berguna ketika itu sudah tentu adalah alat pengecas mudah alih seperti power bank.

Contoh jenama powerbank yang berharga murah tetapi berkualiti di Lazada Malaysia

Contoh jenama powerbank yang berharga murah tetapi berkualiti di Lazada Malaysia

Cas Bateri Smartphone Anda Mudah Dengan Powerbank

Namun seperti yang saya tuliskan di atas tadi, sejak awal tahun 2017, hampir kebanyakkan smartphone memang menggunakan sistem pemproses cpu yang cekap tenaga. Kebanyakkan smartphone tidak lagi berlumba lumba membekalkan sesebuah smartphone dengan kapasiti bateri yang tinggi kerana perlu mencipta smartphone yang lebih nipis. Jadi kapasiti bateri yang kecil bukan lagi masalah apabila cpu sekarang sudah boleh bertahan lebih lama dari tahun tahun sebelumnya. Persoalan timbul, apakah anda kini sudah tidak memerlukan sebuah powerbank?

Nampaknya powerbank bukan lagi sekadar sebuah alat yang digunakan bagi menangani masalah tidak cukup alat pengecas elektrik di rumah anda. Ianya lebih dari itu. Ianya sangat berguna kepada anda yang kerap keluar dari rumah anda samada atas faktor bekerja, outstation, bercuti, aktiviti luar atau berjalan jauh. Kesukaran anda untuk mengecas smartphone pada palam pengecas elektrik di dinding bangunan memerlukan anda untuk mempunyai bekalan pengecas portable yang memudahkan urusan anda seperti powerbank.

Senarai Jenama PowerBank Yang Berkualiti

Saya baru sahaja balik dari bercuti di Terengganu. Saya sewa sebuah homestay di Besut. Masalah yang saya hadapi adalah tempat katil tidur saya tidak terletak dekat dengan soket palam untuk saya mengecas bateri smartphone saya. Yang berlaku adalah, saya terpaksa mengecasnya jauh dari tempat tidur dan saya tidak dapat menggunakan smartphone ketika itu. Adalah lebih mudah kalaulah saya ada mempunyai paling kurang satu powerbank untuk saya mengecas telefon saya di mana mana. Inilah salah satu contoh sebenar kenapa kita memerlukan power bank ini. Di atas ini saya berkongsikan dengan anda beberapa senarai jenama powerbank terbaik untuk anda pilih dan beli. Selamat mencuba.

The post Senarai Powerbank Untuk Smartphone Yang Terbaik appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles