Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Beli Ethereum Gold (ETG) Cara Mudah

$
0
0

Semakin hari semakin banyak matawang digital cryptocurrency baru diperkenalkan. Dan Bitcoin tetap merupakan krypto yang terus kekal menunjukkan prestasi kenaikkan harga tanpa henti. Dan semua matawang digital selain Bitcoin (Altcoin) mahu menjadi seperti Bitcoin. Maka terhasillah Ethereum, Dash, Monero, Deuscoin, Dogecoin, PitisCoin dan sebagainya. Kalau Bitcoin kini sudah berpecah membentuk Bitcoin Cash dan juga Bitcoin Gold. Bagaimana pula dengan Ethereum? Ethereum adalah matawang krypto kedua terbesar dan terpopular di dunia. Kini selain Ethereum, kita sudah ada Ethereum Dark. Dan yang paling terbaru, anda berminat untuk memiliki dan membeli Ethereum Gold pula?

Kalau mengikut trend dan tradisi Bitcoin. Penghasilan Bitcoin Cash dan juga Bitcoin Gold memberi peluang kepada orang ramai untuk memiliki “Bitcoin” dengan harga yang lebih mampu milik. Begitu juga dengan Ethereum. Ketika artikel ini ditulis, harga Ethereum adalah USD 332.68 iaitu sekitar RM1394. Sedangkan harga bagi Ethereum Gold adalah USD 0.055 iaitu sekitar RM0.24 sahaja. Kalau anda ada duit bajet yang besar, lebih baik dapatkan Ethereum. Kalau tiada bajet, cuba cubalah anda dapatkan Ethereum Gold pula.

Harga terkini Ethereum Gold pada 14 November 2017

Harga terkini Ethereum Gold pada 14 November 2017

Kalau anda tanya saya, apakah matawang digital Ethereum Gold ini akan memberikan pulangan tinggi seperti Bitcoin Cash dan juga Bitcoin Gold? Saya katakan saya tidak tahu. Bitcoin sendiri berada di dalam kelasnya tersendiri. Jenama Bitcoin itu sendiri sudah sangat kuat. Kalau ada Bitcoin yang baharu pun ianya sudah pasti boleh mendapat permintaan dengan mudah. Jadi kita tidak boleh mengatakan yang anda pasti akan menjana untung jika membeli, menyimpan atau memiliki Ethereum Gold ini.

Website exchanger jual beli Ethereum Gold

Website exchanger jual beli Ethereum Gold

Cara Membeli Dan Memiliki Ethereum Gold

  • CoinExchange.io – ini adalah exchanger tempat anda membeli Ethereum Gold
  • Luno – ini adalah website untuk anda membeli Bitcoin
  • Sila transfer Bitcoin atau Ethereum ke dalam akaun CoinExchange.io
  • Dan gunakan Bitcoin yang anda ada itu untuk membeli Ethereum Gold
  • Sila lihat video di bawah jika anda tidak tahu cara untuk membeli Ethereum Gold

Apa yang kita lakukan adalah tentang mengambil peluang. Anda dan saya pun tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Boleh jadi matawang krypto ini akan mendapat permintaan dan boleh jadi sebaliknya. Boleh jadi Ethereum Gold ini terus jatuh harganya dan diabaikan dan boleh jadi harganya meningkat. Siapa tahu. Yang kita tahu dari sejarah lalu, orang yang berjaya menjana keuntungan dalam dunia cryptocurrency ini adalah orang yang bersedia mengambil risiko untuk membeli satu satu matawang digital ketika harganya masih murah. Kalau anda seorang yang suka dan bersedia dengan risiko anda boleh memiliki Ethereum Gold dengan panduan di atas ini. Selamat mencuba.

The post Beli Ethereum Gold (ETG) Cara Mudah appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles