Siapa yang tidak sayang isteri betul? Semua orang sayangkan isteri masing masing. Walau marah, panas, tension dan sebagainya dengan isteri sendiri. Bila terfikir kembali, apakah pengorbanan mereka menjadi suri hari kita sebagai isteri itu telah kita balas dengan kasih sayang yang sewajarnya? Kadang isteri kita tidak meminta yang bukan bukan. Cukuplah dengan ucapan berterima kasih sebagai tanda menghargai. Dan kalau boleh, hadiahkanlah sesuatu sebagai tanda kasih sayang kita kepada mereka. Mungkin anda boleh mencuba memberikan sejambak atau sekuntum hadiah bunga untuk menggembirakan isteri anda. Pernah anda lakukannya?
Bukan semua lelaki atau suami itu mampu bersikap romantik. Malah ramai yang tidak mampu untuk mempaperkan sisi romantik walaupun pada hakikatnya setiap wanita memang mengidamkan yang suami mereka boleh sedikit sebanyak mampu mempamerkan sisi romantik. Anda seorang lelaki/suami? Semasa tempoh berkenalan pernah memberikan hadiah bunga kepada teman wanita anda? Semasa tempoh pertunangan pernah melakukannya? Bagaimana setelah berkahwin? Masih tidak pernah? Atau anda sebenarnya seorang yang berasa malu untuk berbuat demikian?
Beli Kuntuman Hadiah Bunga Secara Online
Ya, masalah malu dan tidak pandai menunjukkan romantik adalah perkara biasa. Kalau anda berasa malu atau mahu membuat kejutan surprise, anda tidak perlulah memberikan hadiah bunga kepada isteri anda secara depan depan. Anda sebenarnya boleh meminta rakan, kenalan atau saudara anda untuk membantu anda untuk memberikan kuntuman bunga kepada isteri anda. Seeloknya ianya paling sesuai jika anda lakukannya ketika tarikh hari lahir birthday isteri anda. Kalau anda tiada siapa yang boleh anda minta tolong, anda boleh gunakan servis khidmat penghantaran bunga. Berminat?
Website Flower Delivery Malaysia
- FlowerAdvisor – ada banyak pilihan bunga dan penghantaran 1 Malaysia
- HappyBunch – pilihan yang terhad termasuk kawasan penghantaran
Tahukah anda, ada sesetengah kedai bunga ada membuat servis penghantaran bunga kepada yang teristimewa. Anda buka website mereka, anda pilih jenis bunga yang anda mahukan. Dan kemudian pilih pakej kuntuman hadiah bunga mengikut bajet harga yang ditawarkan. Dan selepas membuat bayaran secara terus melalui internet, anda akan diminta memberikan alamat tempat penghantaran termasuk waktu. Dan kemudian, pihak kedai bunga online akan menghantar hadiah bunga tersebut ke alamat destinasi yang diberikan. Mudah bukan? Di atas ini adalah senarai website penghantaran bunga yang boleh anda lawati dan cuba. Bye.
The post Cara Hantar Hadiah Bunga Kepada Isteri appeared first on eCommerce In Malaysia.