Saya mula mula diperkenalkan dengan “BITCOIN” adalah pada Dec 2015. Ketika itu masih lagi blur dan tidak jelas tentang apa itu bitcoin, matawang digital dan juga makna cryptocurrency. Tetapi memang seronok dengar apabila bercakap tentang kenaikkan harga bitcoin dari tahun ke tahun. Walaupun tertarik, tetap juga ada rasa ragu ragu kalau ianya adalah sebuah SCAM. Akhirnya saya sempat juga beli 1 Bitcoin dengan nilai RM2000 pada April 2017. Kemudian saya menjualnya 2 bulan selepas itu ketika harganya mencecah RM2500. Saya beli melalui kawan sahaja. Memang tidak tahu cara sebenar untuk beli bitcoin sendiri. Kalau ada pun memang tidak faham akan kaedah dan caranya.
Dan ketika artikel ini di tulis iaitu July 2017. Harga 1 bitcoin terkini sudah bernilai RM11K. Dalam setahun lebih pun sudah berlipat kali ganda. Terasa juga rasa menyesal tidak beli banyak bitcoin ketika harganya cuma RM2000 sebelum ini. Tetapi anda dan saya jangan terasa menyesal begitu. Harga bitcoin dijangka akan terus naik dan naik lagi akan beberapa tahun ke depan. Dengan kata lain, walaupun ianya sudah begitu mahal, masih ada peluang lagi untuk anda beli bitcoin dan menjana untung lumayan melaluinya. Bagaimana?
Bagaimana Beli Bitcoin Di Malaysia
Anda janganlah risau dengan harga 1 bitcoin dengan nilai RM11K ini. Bitcoin ini pun macam emas. Anda tidak boleh beli emas 1 KG, anda belilah 100 gram. Kalau anda tidak mampu beli emas 100gram, anda belilah 10 gram. Kalau anda tidak mampu membeli 10 gram emas, anda belilah 1 gram emas sahaja. Jadi bitcoin pun sama. Kalau tiada duit, anda tidak perlulah beli 1 bitcoin terus. Anda boleh beli 0.1 bitcoin, atau 0.01 bitcoin atau 0.001 bitcoin dan sebagainya. Terpulang kepada anda hendak beli berapa mengikut bajet wang yang anda ada. Kalau saya mudah sahaja, kalau saya ada RM100 saya beli, saya ada RM500 saya beli dan berapa wang yang anda tidak kisah. Nanti kita dapatlah bitcoin dengan nilai 0.0XXX berapa. Jelas?
Senarai Website Yang Menjual Bitcoin
- Luno – beli bitcoin mudah menggunakan Maybank/Cimb
- LocalBitcoin – antara website jual beli bitcoin yang popular
- Remitano – antara website jual beli bitcoin yang popular
- Ccex – beli bitcoin melalui pasaran jual beli cryptocurrency
Kalau anda tanya saya, saya hanya berpengalaman beli bitcoin dengan website Luno. Siap boleh boleh online banking transfer ke akaun mereka. Dan bila akaun saya sudah ditopup dengan “duit” yang saya transfer tadi. Saya terus melakukan pembelian bitcoin secara online melalui website ini. Dengan pantas dan serta merta saya dapat bitcoin yang saya beli. Memang terbaik. Di Ccex pula adalah website “bitcoin exchanger” iaitu anda boleh beli matawang cryptocurrency yang lain juga kalau anda berminat. Ketika ini, saya hanya melabur dalam Bitcoin dan juga matawang cryptocurrency baru yang mungkin berpotensi naik harga di masa hadapan iaitu “Deuscoin“. Kalau anda berminat boleh sertai saya.
The post Website Untuk Beli Bitcoin Di Malaysia appeared first on eCommerce In Malaysia.