Teringat saya akan pengalaman beberapa tahun lepas ketika menjalankan bisnes cyber cafe. Agak rumit dan banyak kerja juga yang perlu saya lalui untuk menjayakan hasrat untuk memiliki kedai komputer yang tersendiri. Nasib baik ada rakan partner dan ianya memudahkan urusan tersebut kerana fokus dan tugasan telah diberikan masing masing. Ketika itu kami hanya menggunakan komputer jenis refurbished sahaja bagi mengurangkan kos permulaan perniagaan kami. Dan dari pengalaman saya itu sendiri, saya dapati yang set komputer murah bukanlah suatu perkara yang tidak elok. Malah sebenarnya ianya sangat ok.
Kalau anda mempunyai modal dan bajet yang besar, anda boleh sahaja jalankan bisnes cyber cafe anda itu dengan apa yang anda mahukan. Tetapi kalau wang/bajet yang menjadi keutamaannya, maka saya mencadangkan anda beli sahaja set komputer murah yang banyak dijual di pasaran. Tetapi anda kena tahulah kedainya di mana. Dan yang lebih penting anda kena faham spesifikasi pc komputer desktop yang bagaimanakah yang anda inginkan untuk kedai komputer anda itu.

Beli komputer second hand yang murah untuk kedai cyber cafe
Mencari Set Komputer Murah Yang Bagus
Kalau anda mahukan kedai cyber cafe anda itu juga boleh memainkan game permainan, anda kenalah cari atau membina sendiri cpu desktop komputer untuk menjadi desktop komputer gaming. Hal hal spesifikasi dan persediaan asas ini anda perlu tahu sedikit sebanyak. Kad grafik bagi membolehkan komputer anda itu berkemampuan memainkan games perlulah anda beli yang baharu sahaja. Tidak begitu mahal harganya. Namun, set komputer boleh anda dapatkan dari jenis komputer terpakai jenis second hand.
Website Yang Menjual Used Computer
- Lazada – dapatkan komputer terpakai yang bagus di website ini
- Amazon – anda mahukan komputer second hand yang berkualiti ada di sini
- Majalah – cari @ beli komputer murah untuk cyber cafe ada banyak di sini
Tahukah anda, sebenarnya dipasaran terdapat banyak sekali komputer terpakai. Orang jarang sebut komputer jenis ini sebagai “second hand”. Yang biasa orang sebut adalah ianya adalah dari jenis komputer “refurbished”. Bayangkan, banyak syarikat perniagaan akan menukar komputer mereka kepada yang terkini dan baharu. Jadi yang lama ini mereka jualkan kembali kepada pasaran. Komputer jenis ini biasanya sangat berkualiti seperti jenama HP, Dell, Asus dan lain lain. Di mana hendak beli komputer murah seperti ini? Klik sahaja link di atas ini untuk anda dapatkan komputer harga murah yang anda mahukan untuk perniagaan cyber cafe anda itu. Bye.
The post Set Komputer Murah Bagus Untuk Cyber Cafe appeared first on eCommerce In Malaysia.