Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Simkad Postpaid Webe Berbaloi Atau Tidak

$
0
0

Ramai orang menyangka yang simkad postpaid utama di Malaysia hanya ada 4 jenama sahaja. Walaupun betul tetapi kurang tepat sebenarnya. Ya kita semua tahu dan kenal dengan Maxis, Celcom, Digi dan juga UMobile. Namun anda jangan pula lupa dengan simkad postpaid webe ini? Webe? Apa itu webe? Anda pernah dengar tidak akan syarikat penyedia internet broadband suatu ketika dulu iaitu P1 Wimax. Pernah dengar bukan? Syarikat tersebut telah di ambil alih oleh Telekom Malaysia (TM) dan menukar pasukan management yang baharu dan menyertai arena telekomunikasi mobile dengan menawarkan dan memperkenalkan simkad postpaid yang terbaru dari TM iaitu Webe.

Mudah cerita begini. Kalau dulu P1 Wimax fokus kepada arena internet broadband berkelajuan tinggi 4G. Dan sejak TM ambil alih, mereka menukar kepada pelan postpaid. Kita semua tahu yang Telekom Malaysia sudah ada Streamyx dan juga Unifi. Mereka pakar dan popular dalam dunia talian internet tetapi tidak dalam dunia simkad telekomunikasi. Jadi dengan mengambil alih P1 Wimax menyebabkan syarikat Webe di bawah TM adalah salah satu jenama postpaid yang tidak boleh dipandang remah. Menarikkah pelan panggilan, sms dan internet simkad postpaid webe ini?

Bil bulanan untuk simkad postpaid webe

Bil bulanan untuk simkad postpaid webe

Simkad Postpaid Webe Yang Murah Dan Terbaik

Saya tidak pasti bagaimana dengan anda. Kalau saya, saya tidak berapa kisah sangat dengan kadar panggilan (call rate) yang dikenakan mana mana telco termasuk webe. Bagi saya yang sedia ada itu sudah dikira sangat murah dan kebanyakkan dari kita pun bukannya terlalu banyak membuat panggilan. Kalau anda tetap hendakkan panggilan termurah, sebenarnya simkad postpaid webe sudahpun memberikan panggilan percuma (free call) tanpa had. Sudahlah begitu, ianya juga menawarkan kuota data internet tanpa had (unlimited) juga. Semua ini boleh anda dapatkan dengan langganan bayaran bulanan serendah RM79 SAHAJA. Menarik bukan?

  • Webe adalah pelan postpaid dari Telekom Malaysia (TM)
  • Webe menggunakan rangkaian Celcom dan support 4G
  • Pakej asal dan utama Webe adalah RM199 (hanya untuk 1 smartphone sahaja)
  • Jika anda pelanggan TM/P1, maka anda layak mendapat rebat RM60
  • Jika smartphone anda tersenarai sebagai WebeCertifiedPhone, anda layak mendapat rebat RM60
  • Tolak rebat, bayaran bil bulanan Webe 4G anda hanyalah RM199 – RM60 – RM60 = RM79 sebulan
  • Perlu tambah RM69, 59, 49, 49 untuk smartphone ke-2, 3, 4 dan 5 (berkongsi pakej yang sama)
  • Kelebihan Webe adalah panggilan, sms dan juga internet tanpa had
  • Tiada kontrak

Sesuatu yang terlalu menarik (to good to be true) tetap ada kelemahan dan kekurangannya juga. Untuk pengetahuan anda, kuota data unlimited yang diberikan tidak boleh di kongsi share dengan pengguna lain. Ianya hanya boleh digunakan pada 1 smartphone sahaja. Anda tidak boleh melakukan tethering wifi. Kalau anda mahu kongsikan juga data internet, anda perlu melanggan dan akan dikenakan caj bayaran mengikut jam untuk device/smartphone lain yang ingin berkongsi menggunakan internet. Tapi bagi saya ianya bukan masalah besar. Call free, sms free dan internet unlimited dengan harga murah. Siapa yang tidak mahu menggunakan simkad postpaid webe ini betul!


>>> Daftar Dan Langgan WebeMobile Di Sini – [ Click Here ] <<<

The post Simkad Postpaid Webe Berbaloi Atau Tidak appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles