Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 707

Dapatkan Air Fryer Untuk Menggoreng Tanpa Minyak

$
0
0

Pada sebelum hari raya lepas, saya berkesempatan menemani emak untuk pergi ke pasaraya Econsave. Niat asal untuk membantu emak membeli barang basah untuk bahan masakan di hari raya nanti. Saya pun sambil sambil berjalan ke sana sini dan berhenti di kawasan barangan yang menjual produk elektrik. Dan antara produk barangan yang menarik minat dan perhatian saya adalah produk yang disebut sebagai “air fryer”. Ianya secara automatik membuatkan saya teringat akan satu artikel yang pernah saya baca mengenai kegunaan alat ini iaitu kemampuan untuk menggoreng makanan tanpa menggunakan minyak. Menarik bukan?

MAAF, saya masih belum membeli alat air fryer ini. Tulisan ini hanyalah sebagai perkongsian ringkas akan kegunaan air fryers ini. Insyaallah, saya juga berkeinginan untuk membeli dan mendapatkan alat seperti ini. Sebenarnya apakah kegunaan air fryer ini? Produk ini dicipta untuk membantu anda memasak makanan dengan kurang menggunakan minyak. Ianya tidak menggunakan kaedah menggoreng seperti kuali. Kaedah memasaknya menggunakan kaedah memanas yang mana ianya akan menghasilkan haba panas yang mana akan ditujukan kepada bahan masakkan kita. Jelas?

Beli air fryers yang murah tetapi berkualiti di website Lazada Malaysia

Beli air fryers yang murah tetapi berkualiti di website Lazada Malaysia

Bagaimana Air Fryer Ini Memasak Makanan

Ianya mungkin hampir menyamai fungsi microwave atau oven, tetapi cara pemanasan itu agak sedikit berbeza dalam air fryer ini. Kalau microwave lebih kepada fungsi untuk memanaskan makanan. Oven pula lebih kepada fungi membakar atau memanggang. Dan air fryer pula lebih kepada fungsi untuk menggantikan kaedah konvensional yang menggoreng menggunakan minyak kepada kurang menggunakan minyak atau tanpa minyak langsung. Harap anda dapat faham akan perbezaan peralatan dan fungsi tersebut.

Gunakan air fryer jenama Pensonic

Gunakan air fryer jenama Pensonic

Website Yang Menjual Air Fryer

  • Lazada – di sini ada pelbagai jenis air fryers dari pelbagai jenama
  • Ezbuy – anda juga boleh mencari alat memasak ini di web ini
  • Amazon – mahukan air fryer yang berkualiti sila beli di sini
  • Aliexpress – jika anda mahukan buatan dari China murah ada di sini

Jenama peralatan air fryer apa yang bagus dan berkualiti? Ada yang sebut philips, panasonic, xma, pensonic dan pelbagai lagi. Bagi saya jenama ini suatu yang subjektif. Anda boleh pilih mengikut kehendak dan citarassa anda. Bagaimana pula dengan harganya. Kebiasaannya produk air fryer ini dijual dengan harga RM400 dan ke atas untuk produk yang berjenama dan berkualiti. Namun anda juga boleh dapatkan air fryer yang berharga lebih murah ini serendah RM200 dan ke atas kalau mahu. Kalau anda hendak lebih faham bagaimana air fryer ini berfungsi dan cara menggunakannya, sila lihat video di atas ini. Selamat mencuba.

The post Dapatkan Air Fryer Untuk Menggoreng Tanpa Minyak appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 707

Trending Articles