Untuk pengetahuan anda, Webe sebelum ini ada mengeluarkan pakej pertama mereka iaitu Webe Mobile Postpaid. Ianya sebuah simkad postpaid untuk bersaing dengan pakej postpaid dari Telco seperti Maxis, Celcom, Digi dan juga UMobile. Dan selepas itu, pihak Webe juga menceburi arena internet broadband yang menfokuskan kepada kegunaan internet secara wifi dengan memperkenalkan Webe Broadband. Harap anda dapat bezakan antara 2 pakej ini ya. Pakej pertama adalah pakej postpaid yang mempunyai pelan panggilan dan sms. Sedangkan pakej kedua pula hanyalah pakej internet semata mata. Jelas ya. Jom baca ulasan lanjut berkenaan wireless broadband webe ini di bawah.
Saya pasti kebanyakkan dari anda yang memasang talian internet untuk kegunaan di rumah menggunakan rangkaian internet dari streamyx dan juga unifi betul? Tahukah anda, di bawah syarikat Telekom Malaysia juga mempunyai pakej internet rumah selain dari streamyx dan unifi ini yang bernama Webe Broadband. Cuma bezanya antara wireless broadband dari webe ini dengan streamyx/unifi adalah wireless broadband webe ini adalah ianya boleh di bawa ke mana mana kerana ianya adalah “wifi”. Jelas?
Wireless Broadband Webe Paling Murah Dan Berbaloi
Untuk pengetahuan anda, pakej wireless broadband webe ini menawarkan bil yuran langganan bulanan hanya serendah RM59 sahaja. Dan dengan RM59 ini, jumlah kuota data bulanan yang diberikan adalah sebanyak 20GB. Malah siap ada langganan kuota data tambahan 20GB untuk RM40 jika kuota data sedia ada tidak mencukupi. Bagi saya, 20GB pun sudah lebih dari mencukupi untuk kegunaan bulanan saya apatah lagi jika boleh topup kuota data kemudiannya. Secara asasnya ianya tampak berbaloi bagi saya. Di bawah ini adalah pakej dan kelebihan wireless broadband webe yang ditawarkan.
Kelebihan Pakej Webe Broadband
- RM59 sebulan
- Kuota data sebanyak 20GB sebulan
- Kelajuan LTE 4G
- Boleh share data melalui tethering sehingga 10 device
- Bayaran kuota data tambahan 1GB untuk RM10
- Bayaran kuota data tambahan 5GB untuk RM20
- Bayaran kuota data tambahan 10GB + 10GB untuk RM40
- Tiada kontrak
- Boleh batal (terminate) bila bila masa
Saya tidak pasti bagaimana kegunaan telefon rumah streamyx anda sekarang. Anda selalu guna, jarang guna atau tidak pernah guna. Dalam kes saya, saya sendiri boleh dikatakan hampir tidak pernah menggunakan telefon rumah untuk membuat panggilan. Saya sudah biasa menggunakan smartphone. Jadi, kalau saya menamatkan perkhidmatan talian internet rumah streamyx yang saya pakai sekarang kepada pakej wireless broadband webe pasti lebih berbaloi kerana kos langganan bulanan saya sedikit lebih rendah dan sudah tentu menjimatkan perbelanjaan. Saya terfikir akan hal ini. Bagaimana dengan anda?
>>> Langgan Webe Home Broadband Di Sini – [ Click Here ] <<<
The post Berbaloikah Gunakan Internet Wireless Broadband Webe appeared first on eCommerce In Malaysia.