Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging

$
0
0

Buat Duit Dengan Blogging - Bila bercerita tentang buat duit dengan blog, ramai yang nak tahu, tetapi bila tanya program apa diinternet yang boleh buat duit, ramai pula yang kabur dan samar samar. Mana tidaknya, ramai betul yang menceritakan kebaikkan dan potensi buat duit online tetapi gagal menceritakan dari manakah hasil duit online itu boleh kita dapatkan? Dari Mana? Ini sebenarnya soalan yang harus ditanya dan harus dijawab bagi orang yang selalu menceritakan program buat duit dari online dengan berblogging.

Aku sendiri jemu bila baca orang tulis pasal kepentingan SEO untuk blog. Punyalah panjang entry berkenaan “Teknik SEO” tetapi bila baca sampai habis langsung tidak tahu apa itu SEO tetapi fahamlah yang SEO itu penting bagi blogger yang serius nak trafik dan jana hasil pendapatan dari berblogging. Itu jer. Semasa aku mula mula kenal dunia blog, benda inilah yang terjadi. Kita baca dan kita faham kepentingan itu dan ini tetapi tiada satu point pun bagimana nak melakukan itu dan ini. Kelihatannya kadang kadang sepertinya seseorang tidak mahu dan bersedia share perkara tersebut.

Buat Duit Dengan Blogging

Buat Duit Dengan Blogging – image credit to http://pondokkecil.com/

Buat Duit Dengan Blogging

Ada banyak program buat duit dengan blog antaranya program iklan (nuffnang, advertlets, innity, google adsense), advertorial (produk, food blogger, review, tech, place, hotel), affiliate (jomniaga, klikjer, clickbank, clicksure), dropship (website, facebook) dan banyak lagi. Apa yang aku tuliskan diatas ini adalah antara yang aku pernah buat dan pernah rasa. Tidak kiralah berjaya ataupun tidak tetapi aku pernah mencubanya. Dan sememangnya semuanya ada kaitan dengan Buat Duit Dengan Blogging.

Potensi Buat Duit Dengan Blogging

Apa yang aku belajar dan perolehi dari buat duit dengan blogging adalah, aku mendapat ilmu bagaimana duit itu boleh diperolehi. Orang lain terpinga pinga macam mana boleh buat duit secara online. Aku pula nampak bagaimana aku boleh buat duit dengan blog tidak susah. Aku bukan antara orang yang boleh dikagumi oleh kerana hasil yang banyak, tidak, tidak, aku cuma dapat sikit sahaja. Sudah cukup untuk aku nampak potensi yang aku sebenarnya boleh dapat lebih banyak dan lebih dari itu.

Cuma mahu atau tidak mahu sahaja. Yang penting aku sudah nampak laluannya berbanding dengan orang yang tidak pernah melaluinya. Oleh itu, soalan kepada “Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging” sudah aku jelaskan tadi iaitu aku nampak laluan buat duit itu bagaimana dan bagaimana untuk buat duit dengan berblogging. Dengan kata lain dengan hanya berblogging MEMANG kita boleh buat duit…


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles