Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Cara Pantas Menurunkan Berat Badan

$
0
0

Cara Pantas Menurunkan Berat Badan – Ermm, aku pernah menuliskan 2 artikel berkenaan tips untuk menurunkan berat badan dengan berkesan iaitu berkenaan bakar lemak dengan pantas dan juga teknik OCD. Korang boleh baca artikel lama ini jika berminat ingin tambah pengetahuan. Ilmu penting didalam apa apa bidang sekalipun dan perihal Cara Cepat Menurunkan Berat Badan juga ilmu sangat penting. Tanpa ilmu, korang akan GAGAL didalam matlamat korang untuk mendapatkan Berat Badan Ideal sebab salah faham yang berlaku antara berat dan lemak.

Dan pada kali ini aku hanya mahu berkongsi cerita tentang satu benda yang sangat sangat berkait rapat dengan masalah berat badan iaitu Kalori. Kita di Malaysia umumnya makanan sangat sangat bercirikan kolestrol minyak, lemak dari santan, lemak dari mayonis, lemak dari daging, garam didalam makanan, perisa tambahan dari ajinomoto, gula didalam minuman berkabonat dan gas, susu manis pekat, dan sangat sangat pula kurang mengamalkan pengambilan sayur sayuran apatah lagi buah buahan. Kalau sebut senam pula pasti jogging yang menjadi pilihan. Itu sahaja yang kita buat. Setuju? Itulah kita..

Menurunkan Berat Badan

Menurunkan Berat Badan – image credit to http://www.nevadagunfighters.com/

Kaitan Menurunkan Berat Badan Terhadap Kalori

Sebelum kita membincangkan perihal kaitan berat badan dengan kalori, adalah terlebih baik dahulu kita memahami apa itu kalori. Kalori secara mudahnya adalah nilai atau unit untuk mengukur tenaga. Kalori diperlukan untuk menjana tenaga. TETAPI pengambilan kalori berlebihan akan menyebabkan lebihan kalori itu tidak dibakar untuk menjana tenaga tetapi sebaliknya ianya bertukar menjadi lemak yang disimpan didalam badan dan berkadar langsung dengan pertambahan berat badan. Korang Faham?

Fakta Menurunkan Berat Badan – Dari Mana Kalori Datang?

Korang sudah faham apa itu kalori dan kaitannya dengan pertambahan berat badan jika diambil berlebihan bukan. Jadi soalan seterusnya yang pasti korang ingin tahu adalah dari mana kalori datang dan makanan jenis apakah yang mempunyai nilai kalori yang tinggi. Kalori datang dari 3 aspek iaitu dari sumber Karbohidrat, Protein dan juga Lemak. Korang hanya perlu faham 3 benda ini sahaja. Ulang balik iaitu Karbohidrat, Protein dan Lemak. Jadi 3 benda ini yang membekalkan kalori. Jom sambung baca untuk lebih faham dibawah.

Pengiraan Jumlah Kalori Dalam Aktiviti Menurunkan Berat Badan

Ingat lagi berkenaan Karbohidrat, Protein dan Lemak?

Karbohidrat – Setiap 1gram karbohidrat membekal 4 kalori

Protein - Setiap 1gram karbohidrat membekal 4 kalori

Lemak - Setiap 1gram karbohidrat membekal 9 kalori

Ingat! Semua makanan ada kalori (pembekal tenaga) seperti nasi, tepung, sayur, buah buahan, daging, minuman dan sebagainya. Semuanya ada kalori yang bezanya adalah nilai kalori samada sikit ataupun banyak. Rasanya korang pun boleh agak kot makanan jenis apakah yang berbentuk karbohidrat, protein dan juga lemak. Yang pasti semua ada kalori masing masing. Harap sehingga kini korang jelas.

Keperluan Kalori Manusia Untuk Mengekal dan Menurunkan Berat Badan

Keperluan kalori setiap hari bagi lelaki dan perempuan adalah berbeza dan umumnya lelaki memerlukan kalori yang lebih tinggi sedikit berbanding perempuan.

Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori

Mengambil kalori berlebihan dari yang disarankan seperti diatas hanya akan menggagalkan usaha untuk Menurunkan Berat Badan didalam mengekalkan berat badan yang ideal.

Contoh : Katalah waktu makan tengah hari kita mengambil nasi seberat 100g. Nasi adalah karbohidrat. Kita tahu 1g karbohidrat mempunyai 4 kalori. Jadi 100g nasi bersamaan (100g x 4) yang menghasilkan 400 kalori dan ini belum campur daging, sayur dan juga minuman. Katalah campur itu dan ini semua, sekali makan tengah hari sudah membentuk unit nilai 900 kalori. Jadi disini sahaja korang sudah boleh agak berapa kalori yang korang perlu jaga dan kontrol ketika makan agar tidak berlebihan. Korang puas dengan maklumat ini?

Panduan Menurunkan Berat Badan Terlengkap

Itu baru satu bab berkenaan kalori. Korang pasti teruja bukan apabila sudah nampak 1 ilmu penting yang sangat sangat mempengaruhi berat badan. Bagaimana pula cara membakar lemak? Adakah dengan pengambilan kalori yang ideal iaitu 2000-2500 kalori sehari dan tanpa melakukan apa apa aktiviti, berat badan korang tidak akan naik? Jika ini tanggapan korang, maka korang salah. Korang perlu melakukan aktiviti yang bergerak seperti mengemas rumah, jogging, berjalan, menyapu, berbasikal, bermain dan sebagainya untuk kalori itu pula dibakar dan tidak menjadi lemak.

Senaman, makanan, metabolisma badan dan sebagainya mempunyai kaitan satu sama lain didalam mengelak pertambahan berat badan atau obesiti. Kalau korang serius nak dapatkan ilmu dan panduan lengkap untuk menurunkan dan menguruskan badan (berat badan ideal), aku cadangkan korang dapatkan panduan lengkap Menurunkan Berat Badan yang terbukti berkesan dan telah dibeli ramai pengguna.

Tidak perlu tergesa gesa. Lawat link yang diberikan dibawah. Baca apa yang diberikan. Berminat baru dapatkan panduan lengkap Cara Alami Menurunkan Berat Badan terbaik ini dan mengamalkannya. Selamat berjaya.. :)

Lawat Link DisebelahCara Pantas Menurunkan Berat Badan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles