Berita terbaru hari ini iaitu kerajaan bakal menggunakan model Proton bagi menggantikan model executive proton iaitu Proton Perdana Executive. Sebelumnya kita telahpun ketahui yang pihak kerajaan telahpun bersetuju menggantikan dan menggunakan model dari Honda Accord terbaru untuk kegunaan kenderaan rasmi kerajaan. Malah sudah tersebar akan perjanjian persetujuan dari pihak kerajaan untuk membeli sebanyak 350 buah unit Honda Accord. Sebenarnya apa yang berlaku disebalik penarikkan keputusan membeli Honda Accord ini?
Menurut artikel dari “Free Malaysia Today”, pihak Proton dari DRB Hicom selaku owner Proton terkini telah membuat perjumpaan tertinggi dengan kementerian dengan dihadiri oleh Perdana Menteri Najib Razak sendiri. Pihak proton telah berjaya meyakinkan pihak kerajaan untuk menggunakan model terbaru proton 2014 bagi menggantikan model proton perdana lama. Malah pihak kerajaan telahpun melihat model prototaip proton perdana replacement di headquarters proton dan sangat yakin dengan model gantian tersebut.

Proton Perdana Replacement – Image credit to Theophilus Chin & http://paultan.org/
Proton Perdana Replacement Model – Betulkah?
Proton memberi jaminan kepada kerajaan yang model gantian New Proton Perdana 2013 ini akan siap awal tahun 2014. Disini aku agak skeptikal sedikit. Satu satunya kereta yang matang dan boleh siap dan bergerak diatas jalan raya mengambil masa setahun lebih kebiasaannya. Ketika kerajaan membuat perjanjian dengan pihak Honda, proton senyap tanpa apa apa berita kerana sepertinya tidak ada model baharu yang boleh diperkenalkan untuk menggantikan proton perdana. Tetapi kini selepas sebulan, proton hadir memberikan berita gembira dan menawarkan yang mereka ada prototaip dan mampu dikeluarkan pada tahun hadapan. Sangat cepat. Betulkah? Atau proton hanya mahu guna rebadge/platform 2013 Honda Accord Chassis? Tiada kepastian.
Proton Perdana Executive Replacement Model 2014 – Nationalisme Kebangsaan
Ingat, berita ini hanyalah dari satu sumber dan belum ada kepastian jawapan dari pihak kerajaan samada betul ataupun tidak akan berita ini. Walaubagaimanapun, jika benar Proton mampu mengeluarkan model gantian terbaru Proton Perdana pada tahun hadapan 2014, maka ianya sudah pasti akan memberikan kesan positif kepada proton dan juga semangat cintakan kereta buatan tempatan bagi pengguna kenderaan proton. Aku sendiri walau tidak pernah memakai proton tetap berasa bangga dengan Proton apalagi jika proton sendiri membuktikan yang mereka mampu berjaya.
Ada dua persoalan kecil iaitu mengapa “Proton Inspira” dan “Perdana V6″ lama mahu ditamatkan dan diganti dengan Proton Perdana baru 2014? Apa kaitan dengan proton inspira? Dan persoalan lagi satu sudah tentu kita ketahui yang Proton Perdana adalah kategori sedan executive yang menggunakan kapasiti engin 2.0 liter. Apakah proton mempunyai engin dengan kapasiti begitu atau akan menggunakan engin dari pengeluar kenderaan yang lain? Apa apa pun secara peribadi aku lebih sukakan agensi kerajaan menggunakan kenderaan buatan tempatan berbanding buatan luar. Setuju? Apakah rupa bentuk Proton Perdana 2014 nanti jika ianya benar? Sama sama kita nantikan…