Cara Menarik Trafik ke Blog Baru – Semasa aku mula berblogging dulu, aku buntu dan tidak tahu macam mana nak buat orang datang masuk blog. Masa tu aku cuma faham asas yang orang akan datang blog kita melalui dua cara iaitu dari engin carian dan juga dari blogger lain. Itu jer yang aku faham. Dan dari engin carian ni pula aku langsung tidak tahu bagaimana mereka datang dan apa yang membuat mereka tiba tiba singgah ke blog kita. Maka cara yang aku buat ketika itu tidak lain tidak bukan adalah dengan berblogwalking semata mata.
Cara Menarik Trafik ke Blog Baru Melalui Blogwalking
Perkara pertama bagi blogger baru semua hadapi adalah siapa yang akan singgah ke blog? Maka jawapan dan penyelesaian masa itu tidak lain tidak bukan adalah dengan melalui cara Blogwalking. Blogwalking adalah satu kaedah cara dengan melakukan kunjungan dari satu blog ke blog yang lain dengan jumlah yang banyak dan diwajibkan menurunkan komen sebagai tanda “jejak” yang akan diketahui oleh tuan punya blog yang disinggah itu tadi. Dan dengan harapan 50-70% dari jejak yang ditinggalkan tadi akan menghasilkan kunjungan balas oleh blog yang dikunjung tadi melalui komen yang diturunkan.
Clik here to view.

Cara Menarik Trafik ke Blog Baru – image credit to dreamstime.com
Cara Menarik Trafik ke Blog Baru Dengan Identiti Jenama Blog
Didalam tempoh awal ini, blogger haruslah selalu melakukan blogwalking sebagai hasil untuk membiasakan diri dan dari siri kunjung mengunjung dan lawatan balas yang berlaku akan membentuk satu sisi yang lain iaitu blogger baru akan mulai dikenal oleh blogger lama kerana ianya akan membina persepsi blogger baru serius untuk berblog dan berkenal kenal dengan blogger lain dan bukannya seperti angin lalu sahaja. Apabila sudah mulai dikenal, situasi ini akan menyebabkan nama blogger baru ini wujud diminda blogger lama dan nama blog iaitu jenama blog mula tersebar dan blogger lama akan sedar kewujudan blog baru ini di medan dunia blogger. Tentulah situasi ini bakal membina trafik yang baik dan sepadan.
Cara Menarik Trafik ke Blog Baru Menggunakan Tajuk Isu Semasa
Blogwalking dah buat, identiti diri dan jenama blog pun dah dikenali, maka langkah seterusnya lagi lain untuk konteks “Cara Menarik Trafik ke Blog Baru” ini disaran untuk mencuba membuat artikel berkenaan isu semasa yang orang akan cari dan mahukan didalam tempoh tertentu “sekejap”. Contohnya macam ini, pukul 8 malam tadi baru sahaja TV3 mengatakan minyak petrol naik 20 sen. Bukan semua orang sempat tengok TV dan tahu TV3 ada menyiarkan pengumuman minyak naik dan ada juga yang tahu minyak naik tetapi tidak tahu berapa kenaikkan itu maka “bakal bakal pelawat blog” ini akan search maklumat kenaikkan harga minyak ini dihari esok, anda sebagai blogger baru segera membuat artikel malam itu juga dan hasilnya esok trafik melambung ribu ribu. Faham kan..
Cara Menarik Trafik ke Blog Baru Dengan Teknik SEO
Ketika ini korang bukan lagi dikira blogger baru. Mungkin blog korang sahaja yang baru tetapi sebenarnya korang dah pun menguasai dan memahami asas asas penting akan bagaimanakah trafik yang masuk ke blog itu terhasil. Ketika ini apa yang korang perlu buat adalah lebih kepada belajar akan apa itu SEO. SEO bermaksud “Search engine optimization” iaitu kaedah bagaimana kita “optimize” atau membentuk artikel kita supaya lebih mudah diterima, diterima, ditarafkan dan diberi nilai tambah kepada artikel yang dihasilkan agar mampu bersaing dengan blog orang lain untuk artikel yang sama untuk TERPAPAR di halaman page google terdepan sekali. Sudah tentulah SEO terbaik bakal memberikan trafik yang terbaik. Nak faham lagi baca link “apa itu SEO” yang diberikan tadi.
Cara Menarik Trafik ke Blog Baru Dengan Kuasa Loyal Reader + Kualiti
Ini boleh dikatakan kekuatan yang paling ampuh bagi blogger yang lama lama yang sudah mengusai semua teknik dari blogwalking, identiti blog dikenali, menulis artikel semasa dan juga penguasaan didalam SEO. Senjata terakhir adalah “Kualiti Artikel” yang bakal menghasilkan “Loyal Reader” aka PEMBACA TETAP. Pada ketika ini, blogger yang sudah lama akan terbiasa dengan teknik asas asas trafik ini. Mudah bagi mereka. Yang mereka tumpukan kini adalah menghasilkan entry yang berkualiti, enak dibaca dan memahami apa yang pembaca mahukan dari mereka.
Trafik yang terhasil dari pembaca tetap yang dipanggil Loyal Reader ini adalah lebih baik dari pengunjung yang tiba disebabkan artikel bermusim. Pembaca tetap akan dengan senang akan menurunkan komen dan senantiasa berinteraksi dengan para komen yang lain yang menjadikan satu satu artikel itu hidup sebagai ruang berbincang dan memberi pandangan. Inilah kepuasan sebenar didalam berblogging apabila mencapai fasa ini. Trafik sebegini lebih baik dan lebih stabil malah interaktif. Lagi pula pembaca tetap ni akan tetap datang dan terus datang senantiasa. Best kan.
Kenapa, Bagaimana Dan Macam Mana Orang Boleh Datang Masuk Blog?
Inilah tajuk yang selalu ditanya bagi para blogger baru dan aku pun sudah terbiasa dengan soalan ini. Jawapan aku mudah. Visitor atau pelawat blog akan singgah blog kebanyakkan melalui engin carian google. Mereka datang disebabkan entry artikel yang dihasilkan kita.
Contoh, kalau kita buat artikel berkenaan pengalaman kita di “Pantai Robina Penang”, maka pengguna internet akan menaipkan perkataan pantai robina penang dan mana mana blog yang membuat artikel menggunakan keyword ini dan menggunakannya di bahagian tajuk akan terpapar dienjin carian google dan blog pun menerima trafik melalui keyword yang digunakan. Jadi para blogger perlu supply artikel yang berguna dan bermanfaat agar ianya dicari oleh pengguna dan digunakan. Ianya situasi menang menang, blogger memberi input, pembaca datang dan trafik pun masuk. Faham kan. Jadi ini adalah cara yang simple dan mudah tentang Cara Menarik Trafik ke Blog Baru.