Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang features Ustaz Azhar Idrus

$
0
0

Filem yang bercirikan Islamik akan tiba pada hujung tahun ini. Korang pasti tahukan yang Ustaz Azhar Idrus bakal berlakon “features” didalam filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang pada 28 November 2013 ini. Malaysia seperti sebelum sebelum ini ada juga mengeluarkan filem yang bercorak islamik tetapi peratusan adalah sangat rendah. Dan filem pada kali ini dari buah tangan pengarah Pierre Andre dengan harapan membawa dimensi komedi tetapi berunsur ilmu Islam secara santai pasti dapat memberikan daya tarik untuk ke panggung wayang.

Dengan penampilan Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang kini diterima ramai oleh kerana cara dan kaedah penyampaian agama yang menarik minat orang muda untuk mendengar dan belajar tentang Islam rasanya tidak mustahil Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang ini juga bakal mendapat sambutan yang tinggi. Ini bukan mustahil kerana jumlah view di youtube sangat tinggi dan apatah lagi ianya dibuat filem pastilah mendapat sambutan juga.

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang – Image Credit to MetrowealthPictures Youtube Video

Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang

Sinopsis Ustaz Mu Tunggu Aku Datang : Mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol) yang tidak mempunyai hala tuju hidup. Dia sering dibuang kerja dan tidak pernah serius dalam hidup. Tinggal serumah pula dengan Muiz (Ajak Shiro) yang turut bergantung hidup kepadanya sedangkan Dadu juga penganggur. Apatah lagi pegangan agama mereka berdua, memang terpesong dan tidak pernah solat.

Bagaikan satu sinar, suatu hari sepupu Dadu iaitu Hamzah (Along) datang bermalam di rumah sewa mereka dan kedua sahabat itu terpukul dengan perubahan baru Hamzah. Dia semakin mendalami agama dan bercerita mengenai aktivitinya sering mendengar ceramah ustaz di masjid kepada mereka. Insiden itu terus membuka mata Dadu dan Muiz lantas sepakat untuk kembali ke pangkuan agama. Bagaimanapun, tidak semudah itu apabila dalam perjalanan untuk mendengar ceramah di masjid, mereka diduga dengan pelbagai musibah.

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang Oleh Ustaz Azhar Idrus

Mungkin ada disini pembaca yang minat dan tidak minat dengan Ustaz Azhar Idrus. Aku sendiri sebagai seorang yang memang tidak mengamalkan semangat kepartian boleh masuk dengan sesiapa sahaja. Ustaz Umno aku layan, Ustaz Pas aku layan dan Ustaz berkecuali pun aku layan. Bila kita tonton dan mendengar semua ceramah Islam dari pelbagai sisi, kita akan mampu melihat Islam dari konteks yang lebih luas tanpa terikat dengan satu satu bentuk fahaman sahaja. Islam itu luas dan ianya boleh dibawa dengan pelbagai cara yang menarik untuk menarik semua golongan dan selagi mana ianya masih didalam batas Islam, maka kita perlu sokong walau tidak “sebulu”, setuju? Hehehe

Video Shahrol Shiro Salah Satu Watak Utama Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang

Ok, dari trailer yang ditayang kan ianya lebih kepada komedi dan berunsur pengajaran. Dan Ustaz Azhar Idrus bukan berlakon “aktif” didalam Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang ini. Ceritanya lebih kepada dua sahabat yang ingin kembali kepangkal jalan dan ditambah dengan sedutan ceramah oleh Ustaz dan tarikan cara penyampaian ceramah Ustaz Azhar Idrus inilah yang membuat mereka tertarik kepada hidup cara Islam. Ini hanya pandangan aku sahaja terhadap trailer. Apa apa pun filem yang akan ditayangkan nanti adalah jawapan sebenar kepada isi filem ini nanti. Apa apa pun adakah korang salah seorang yang bakal menonton Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang ini nanti?

Video Ustaz Mu Tunggu Aku Datang Official Trailer


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles