Lulus Loan Rumah - Ekoran kenaikkan petrol 20sen, ada cakap cakap yang berkata harga rumah mula melambung tinggi. Aku sendiri tidak pasti akan hal itu. Yang aku tahu ada barang kegunaan harian didapur yang mula meningkat naik. Malah roti canai yang sememangnya sinonim dengan kenaikkan harga minyak kini naik. Ada rakan bagitahu kalau dulu roti canai berharga RM0.80 kini menjadi RM1.00 akibat kenaikkan harga petrol yang cuma 20 sen. Satu liter petrol naik 20 sen, tetapi kau naikkan sekeping roti canai 20sen jugak. Ermm. Tapi bila harga minyak turun tidak pulak harga barang turun. Kekal jugak macam tu. Pandai betul permainan peniaga yang tidak jujur macam ni. Tidak apalah.
Perihal harga rumah kini membimbangkan. Dengan keadaan ekonomi yang kurang mantap tetapi kenaikkan harga rumah sepertinya tidak dapat dikawal. Kerajaan sepatutnya serius melihat perkara ini. Seperti yang aku kata sebelum ini, iaitu rumah teres yang bekeluasan 20×70 sepatutnya dan secara rasionalnya sangat boleh dijual bawah RM100K. Tetapi oleh kerana permainan ekonomi yang sangat suka akan kenaikkan secara bebas sekaki tanah kepada ratus RM menyebabkan rumah 20×70 yang boleh dijual bawah RM100K terpaksa dijual atas 100K, 200K, 300K bahkan sampai 1/2 juta.

Lulus Loan Rumah
Cara Mudah Lulus Loan Rumah Bagi Yang Bekerja Sendiri
Bagi yang bekerja makan gaji selalunya mudah sahaja untuk lulus loan rumah janji ada slip gaji (payslip), bank statement yang baik dan gaji yang cukup untuk membeli rumah. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang bekerja sendiri seperti penjual nasi lemak, peniaga kedai runcit, berniaga dipasar, agen insuran, peniaga online atau apa apa lagi yang tidak ada slip gaji. Gaji mereke seperti ini tidak tetap. Tetapi bagaimana pula dengan peniaga yang bekerja sendiri dan mempunyai pendapatan bulanan sangat tinggi tetapi tetap juga gagal didalam permohonan pinjaman beli rumah dengan pihak bank dengan alasan “Pendapatan Tidak Tetap”. Jadi disinilah kenapa panduan mudah lulus loan bank diperlukan.
Panduan Lulus Loan Rumah Tanpa Slip Gaji
Aku tahu ramai peniaga yang tiada slip gaji yang diertikan dengan bekerja sendiri menghadapi masalah untuk lulus loan rumah. Jadi panduan lulus loan rumah ini semalam aku publish di Facebook dan alhamdulillah sudah ada pembeli. Tahniah diucapkan kepada pembeli. Panduan tersebut sangat berguna untuk membantu bagaimana untuk mudah lulus loan rumah bagi mereka yang tiada slip gaji dan bekerja sendiri. Panduan tersebut adalah panduan dari mereka sendiri yang telah mengalami keadaan seperti itu dan kini beliau telah berjaya membeli rumah. Ada cara, teknik dan kaedah tertentu yang perlu dilakukan sebelum berjumpa dengan pihak bank untuk membeli rumah agar mudah lulus loan rumah. Didalam panduan ini ada dihuraikan.
Hint – Sebenarnya nak mudah lulus loan rumah bukan susah (dengan syarat pendapatan baik dan mencukupi). Beza orang yang ada slip gaji dengan tiada slip gaji adalah apa? Bank nak apa? Kalau peniaga iaitu yang bekerja sendiri dapat menunjukkan bank dan memberi apa yang bank nak lihat, pasti mudah untuk lulus pinjaman rumah. Cuma kena tahu itu sahaja tetapi kena buat kerja sikit lah. Nak lagi mudah dapatkan panduan lulus loan rumah melalui link dibawah ini…