Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Pengalaman Beli Di AliExpress

$
0
0

Saya pernah menulis artikel tentang beli seluar jeans di Lazada. Dan semua orang tahu barang barang di Lazada memang agak murah sedikit dari kedai atau dari mana mana kedai online yang lain. Lazada pun sudah popular di Malaysia. Bila terfikir tentang ini, saya mula mahu membuat siasatan kerana terfikir hendak beli barang dari luar negara terutamanya beli barang dari China. Untuk pengetahuan anda, seluar jeans yang saya beli di Lazada lambat sampai kerana ianya terpaksa di hantar dari luar negara iaitu dari China. Jadi saya terfikir hendak beli terus dari China. Jadi saya terfikir hendak beli di AliExpress buat pertama kali.

Pertama sekali saya buka Lazada Malaysia. Dan kemudian saya buka laman web AliExpress. Saya cuba cari seluar jeans yang dijual di Lazada dan memang barang dipos dari luar negara dan saya cari produk yang sama juga di AliExpress. Saya akan berikan anda contoh dan perbandingan antara kedua harga. Anda akan dapat melihat produk yang sama dan anda juga akan tahu berapakah keuntungan yang peniaga di Lazada ini buat untung dan sebab kenapa mereka boleh berikan harga diskaun yang hebat. Jom baca.

Harga seluar jeans di Lazada Malaysia

Harga seluar jeans di Lazada Malaysia

Beli Di AliExpress Murah Terus Dari China

Gambar di atas adalah contoh produk iaitu “seluar jeans” yang di jual di Lazada Malaysia kita. Produk ini telah di nyatakan dihantar (pos) dari luar negara dan mengambil masa lama untuk sampai (paling cepat 2 minggu dan paling lama sebulan). Dari mana produk ini di ambil dan dijual kepada kita? Sudah tentu dari negara China. Saya sendiri berpengalaman membeli 1 seluar jeans dari Lazada yang memang di hantar dari China. Kualiti sangat baik. Tiada jenama tidak bermaksud tidak berkualiti. Harap anda jangan salah faham ya.

Dan gambar di bawah ini adalah produk yang sama dipaparkan di Lazada Malaysia tetapi ada di jual di laman web online shopping China iaitu AliExpress. Gambar yang sama. 100% sama. Mari kita perhatikan perbandingan harga antara anda beli di Lazada dengan anda beli di AliExpress. Ada beza? Beza besar atau kecil? Harga produk di dalam gambar yang dijual di Lazada adalah RM76.50 (119.60 dengan 36% diskaun). Dan harga di AliExpress adalah USD13.49 (RM56.25). Secara kasarnya penjual menjual harga RM20 (membuat untung) lebih mahal dari AliExpress.

Beli di AliExpress murah online dari China

Beli di AliExpress murah online dari China

Anda membeli barang di Lazada Malaysia yang mana barang tersebut dihantar dari China. Kenapa anda tidak membeli sahaja terus di China melalui laman web wholesale China? Kedua dua platform beli belah online tetap menghantar barang pada masa yang sama kepada anda. Untuk pengetahuan anda, penjual barang yang mengambil barang dari China tidaklah membeli produk dengan harga yang dipaparkan. Mereka mendapat harga yang jauh lebih murah kerana mereka berniaga dan membeli secara pukal. Jadi mereka untung besar. Kalau anda hendak jimat, terus sahaja beli di AliExpress China. Lawat AliExpress sekarang dengan klik banner di bawah ini. Selamat membeli dengan jimat.


>>> Membeli Di AliExpress Di Sini – [ Click Here ] <<<

The post Pengalaman Beli Di AliExpress appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles