Saya pengguna smartphone Samsung Galaxy S4 sejak 2 tahun lalu. Kini telefon berkenaan sudah sangat parah. 3 bulan asyik buat hal dengan terpaksa selalu di “charge”. Cepat sangat kehabisan beteri walaupun sudah menukar bateri yang baru. Dan 2 hari lepas ianya terus menyusahkan saya kerana tidak boleh di cas langsung. 24 jam cas baru penuh 50%. Sudah itu pula cepat habis bateri. Tiada jalan lain, nampaknya sudah sampai masa saya perlu menukar smartphone yang baru yang sederhana hebat tetapi berharga lebih murah. Xiaomi Redmi Note 3 Pro adalah pilihan terbaik untuk saya.
Saya membuat survey. Saya kini bukan lagi kaki games yang tegar. Saya lebih banyak membuang masa untuk bisnes melalui whatsapp sahaja. Saya perlu mempunyai sebuah smartphone yang tidak begitu mahal, tahan bateri sangat lama dan mempunyai skrin yang lebih besar dari Samsung S4 untuk saya buat kerja. Saya perlukan smartphone baru sangat sangat ketika ini. Sebab itu akhirnya saya memilih Xiaomi Redmi Note 3 Pro
Pengalaman Membeli Xiaomi Redmi Note 3 Pro
Setelah kaji demi kaji. Saya membuat keputusan untuk mengambil smartphone dari jenama Xiaomi Redmi Note 3 Pro. Apa kelebihan yang smartphone ini ada yang membuatkan saya tertarik untuk memilikinya? Dan kenapa saya berani mengambil smartphone buatan China yang dahulu kita selalu berasa skeptikal dengannya? Di bawah ini alasan kenapa saya memilih Xiaomi Redmi Note 3 Pro iaitu;
- Harga smartphone Xiaomi Redmi Note 3 Pro adalah RM850
- Mempunyai memori iaitu RAM sebanyak 3GB
- Mempunyai internal storage sebanyak 32GB
- Mempunyai slot memori kad
- Mempunyai slot untuk dual sim
- Support rangkaian 4G
- Skrin bersaiz 5.5 inci
- Kapasiti bateri adalah 4000mAH
- Chipset processor terbaik iaitu dari Snapdragon 650 series
- Kamera 16MP untuk belakang dan 5MP untk depan yang memadai
Ada banyak lagi kelebihan Xiaomi Redmi Note 3 Pro yang saya tidak kongsikan di sini. Cumanya apa yang mahu saya sampaikan adalah, keperluan spesifikasi di atas yang saya senaraikan adalah punca utama kenapa saya memilih Xiaomi Redmi Note 3 Pro ini.
Website Yang Menjual Smartphone Xiaomi Terpercaya
- Lazada – Lazada Malaysia adalah website saluran rasmi jualan produk Xiaomi
- Amazon – Website Amazon salah satu website yang selamat dan terpercaya
Smartphone Xiaomi memang buatan dari China. Tetapi ianya salah satu buatan China yang berkualiti dan berjenama di seluruh dunia. Ianya salah satu smartphone yang berjaya memberikan spesifikasi yang AMAT BAGUS dalam tawaran harga yang jauh lebih murah. Hanya Xiaomi yang mampu memberikan tawaran hebat sebegini. Saya nak skrin besar, bateri tahan lama, RAM yang laju, processor terkini dan dalam masa yang sama ianya MURAH. Jadi pilihan sudah tentu adalah Xiaomi Redmi Note 3 Pro. Anda mahu beli? Dapatkannya sekarang juga.
The post Beli Smartphone Xiaomi Redmi Note 3 Pro Malaysia appeared first on eCommerce In Malaysia.