Bebebapa hari lepas saya telah membuat pesanan untuk beli seluar di Lazada Malaysia. Oleh kerana seluar tersebut adalah dari Malaysia, jangkaan ianya akan dipos adalah cepat. Namun saya tidak menyangka yang ianya dipos terlalu cepat. Seluar jeans yang saya order telah sampai pada 2 hari selepasnya iaitu pada (18 March) pukul 12 tengah hari. Selalunya jika dari semenanjung, saya akan memberikan masa paling lama 4 hari untuk ianya sampai, namun jika ianya sampai lebih awal dari itu, saya mengatakan yang penjual ini memberikan servis yang terbaik untuk barang yang beliau jual di Lazada Malaysia.
Saya tahu, kita juga mendengar ada sesetengah pembeli kecewa membeli di Lazada. Ada yang barang lambat sampai, ada yang barang tersilap pos, dan ada yang menipu. Namun kes kes tersebut adalah kecil sahaja. Namun dari pengalaman saya sendiri membeli jeans di Lazada adalah baik ketika ini. Saya dapat barang yang saya mahukan dan ianya sampai pada masa yang ditetapkan tanpa apa apa masalah.
Testimoni Sebenar Beli Seluar Di Lazada
Kalau anda melawat Lazada, saya pasti anda akan berminat dengan banyaknya barang yang “murah” di Lazada. Bagi anda yang belum pernah membeli barang di Lazada pasti akan mempunyai masalah kurang yakin untuk membeli secara online bukan? Namun dari pengalaman saya sendiri, jika anda ada paypal, debit kad atau kredit kad, proses membeli barang di Lazada menjadi lebih mudah dan cepat. Masalah yakin atau tidak itu anda kena cuba sendiri. Selagi belum cuba, sudah tentu anda tidak tahu dan tidak berpengalaman membeli di internet.
Jujur cakap saya merasa seronok berbelanja di Lazada. Hasil dari keseronokkan itu saya mula belajar untuk membeli barang di AliExpress iaitu barang dari China. Proses membeli sama sahaja. Anda ada paypal, debit kad atau kredit kad, anda boleh membeli tanpa masalah. Jika saya dapat barang yang saya pesan dari China iaitu melalui AliExpress nanti, akan saya kongsikan cerita ini nanti di dalam blog ini untuk tatapan anda. Dan “kalau berjaya”, saya mungkin akan belajar secara serius untuk jual beli dari China. Menarik bukan?
Ini adalah kali ke 2 saya beli seluar di Lazada. Dan kedua dua pengalaman ini adalah baik. Ini adalah testimoni sebenar saya kepada anda yang mungkin mencari cari info berkenaan apakah selamat untuk membeli di Lazada. Seperti yang saya katakan tadi, anda kena cuba dahulu baru tahu. Dan selepas anda cuba, berjaya dan teruja. Saya pasti anda mahu beli barang yang lebih murah pula di tempat lain kalau ada. Apa apa pun selamat membeli belah secara online ya.
>>> Beli Jeans Lazada Di Sini – [ Click Here ] <<<
The post Pengalaman Beli Seluar Di Lazada appeared first on eCommerce In Malaysia.