Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Domainsbot.com Memudah Mencari Domain Yang Sesuai

$
0
0

Seringkali bagi para blogger baru mahupun blogger lama merasa susah untuk menemukan dan mencari Domain Yang Sesuai bagi blog mereka. Aku sendiri menjadi “blank” apabila pertama kali dahulu ingin membuat blog dan membeli hosting. Apabila ditanya mahu menggunakan “domain” apa? terus aku buntu dan terfikir fikir berkenaan ini. Lagi pula pengalaman didalam blog adalah “zero” dan langsung tidak tahu kepentingan memilih nama blog atau nama domain yang sesuai lagi lagi bagi blogger yang berhajat untuk blog serius dan jua untuk tempoh yang lama.

Alhamdulillah, aku kini tidak kecewa dengan nama domain yang aku pilih dahulu “wanwidget.com”. Rasanya kalau aku kecewa kini pasti semangat untuk berblogging akan merudum dan blog pun entah kemana. Jadi pemilihan yang betul itu penting. Aku pasti ramai blogger yang agak kecewa dengan nama domain blog mereka lagi lagi yang blog mereka adalah blog pertama kali yang pertama kali kenal apa itu dunia blog. Alhamdulillah aku tidak merasakan akan hal kecewa sebab nama blog ada nama aku iaitu “WAN” dan juga ianya pendek dan mudah diingat. Ini pada pandangan aku dan mungkin tidak bagi korang.

Domainsbot - Domain Yang Sesuai

Domainsbot – Domain Yang Sesuai

Nichie Blog Perlu Domain Yang Sesuai

Kepada yang berhajat mahu membuat blog kedua atau blog yang mempunyai nichie tertentu. Aku sarankan korang untuk memilih nama yang betul betul sesuai. Aku tidak boleh memberikan idea dan cadangan akan bagaimanakah yang dikatakan sesuai itu pada pandangan umum. Tetapi cukuplah kalau nama domain yang sesuai itu perlu pendek, ringkas, mudah diingat dan juga mesra engin carian.

Domainsbot.com Memudah Pencarian Nichie Blog

Aku tidak pasti jika ramai yang mengetahuinya tetapi aku pasti ada yang ketahuinya. Ada satu laman yang sangat berguna dari pandangan aku iaitu DomainsBot yang juga disebut sebagai “Domain Name Suggestions”. Ianya sangat berguna untuk membantu menolong kita mencari domain yang masih tidak dimiliki sesiapa dan ianya juga mampu memberikan hasil keputusan cadangan akan nama domain apakah yang sesuai buat kita berdasarkan kata kunci nama domain yang sesuai yang kita letakkan di search bar.

Aku dah mencuba dengan mengisi kata kunci atau keyword “blog malaysia” dan hasil carian memaparkan nama domain yang sesuai buat kita seperti blogmalaysia, vlogmalaysia, diary-malaysia, marketingblogmalaysia, techblogmalaysia, newsblogmalaysia, freeblogmalaysia, lifeblogmalaysia dan sebagainya. Hasil carian yang dipaparkan sangat bergantung kepada input keyword yang diberikan. Mudah dan senangkan! Walaubagaimanapun kita tidaklah mesti mengikut cadangan hasil carian tersebut tetapi ianya sekurang kurangnya dapat memberikan kita idea apakah nichie blog domain yang sesuai buat kita.

Ada pelbagai cara untuk membantu membuat keputusan nama domain nichie manakah yang sesuai. Tetapi dengan Domainsbot ianya dapat membantu dan memberikan kita senarai cadangan cadangan yang mana mungkin kita akan pilih dan setuju. Kebuntuan pun dapat dicerahkan. Untuk medapatkan hasil carian yang optimum aku cadangkan agar korang “Untick Premiun Domains” agar hasil carian hanya memaparkan domain yang “available” sahaja. Itu sahaja. Ada blogger disini yang hendak membuat blog nichie baru? Jom gunakan Domainsbot untuk mendapatkan nama Domain Yang Sesuai!…


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles