Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Cara Kuruskan Badan Kaedah Obsessive Corbuzier’s Diet (OCD)

$
0
0

Ada tak yang kat sini yang agak biasa atau sering menonton rancangan dari negara seberang iaitu Indonesia tidak kira dari medium TV ataupun internet. Kalau yang suka menonton rancangan bual bicara di Indonesia pasti ada yang perasan atau pernah menonton rancangan “Hitam Putih” yang di kendalikan oleh Deddy Corbuzier. Deddy Corbuzier adalah seorang cina tetapi seperti yang diketahui umum, di indonesia penonton adalah boleh dikatakan hampir majoriti bangsa indonesia maka rancangan bual bicara diadakan didalam bahasa indonesia. Dan disebabkan itu aku faham apa yang beliau tuturkan dan sering menonton rancangan Hitam Putih.

Oleh kerana bahasa indonesia sudah terbiasa dengar, maka aku sepertinya tidak merasa pening untuk faham akan apa yang mereka sampaikan atau katakan. Malah tidak keterlaluan jika aku katakan hampir 95% aku faham apa yang mereka bualkan dan terbiasa dengan dialek dan intonasi perbualan mereka. Mungkin korang pening dengan apa yang aku ingin tuliskan pada kali ini. Yep, sesuai dengan tajuk diatas aku ingin menceritakan topik tentang Cara Kuruskan Badan dengan menggunakan kaedah Obsessive Corbuzier’s Diet (OCD).

Obsessive Corbuzier's Diet

Obsessive Corbuzier’s Diet – Image Credit to http://www.readyforfit.com/

Turun Berat Badan Dengan Obsessive Corbuzier’s Diet

Kenapa aku tertarik untuk menulis artikel ini? Ini kerana aku tahu ramai yang berminat untuk mencari cara kuruskan badan. Kita bukan hendak “kurus”kan badan tetapi kita mahu mencari cara untuk menurunkan berat badan dengan betul. Sebenarnya ada pelbagai cara. Semua cara adalah benar. Ianya bergantung kepada individu dan juga amalan kehidupan individu itu sendiri. Maka apa apa cara pun semua boleh asalkan dilakukan dengan konsisten, maka target atau matlamat untuk kurangkan berat badan akan tercapai.

Apa itu OCD. OCD adalah Obsessive Corbuzier’s Diet iaitu teknik diet untuk menurunkan berat badan yang dilakukan oleh pengacara rancangan Hitam Putih yang bernama Deddy Corbuzier. Beliau menemukan teknik yang lain dari yang lain. Melalui teknik dan kaedah yang beliau amalkan, beliau berjaya mencapai sasaran untuk mendapatkan berat badan yang ideal yang beliau mahukan. Ebook beliau tentang Obsessive Corbuzier’s Diet telah didownload sebanyak 4 juta kali. Wow, hebatkan.

Amalkan Cara Kuruskan Badan OCD Sambil Makan Apa Sahaja Anda Mahu

Apa yang menariknya didalam kaedah diet Cara Kuruskan Badan dengan teknik Obsessive Corbuzier’s Diet (OCD) ini adalah, korang melakukan PUASA + MAKAN APA SAHAJA YANG ANDA MAHU DAN BIASA ANDA MAKAN. Menarik bukan. Secara ringkasnya begini, korang teruskan dengan amalan pemakanan biasa yang korang suka dengan cara sederhana, tidak perlu merubah pola pemakanan korang pun, tetapi tambahkan elemen Puasa dan Senaman Ringkas. Itu sahaja.

Korang pelik? Masih tak jelas? Jom aku ringkaskan lagi. Begini, apa yang korang mahan sehari hari itu adalah corak dan cara hidup korang. Setiap orang lain caranya dan lain pula kondiri badan seseorang. Kadang kala orang nak kuruskan badan tetapi gagal kerana terpaksa kurangkan makan, tak makan nasi dan kehidupan berubah 100% dan kebanyakkanya dari mereka akan gagal dan kembali dengan cara lain.

Maka disini adalah, dengan kaedah Obsessive Corbuzier’s Diet (OCD) ini, korang tetap makan dengan apa yang korang makan sehari hari tetapi sederhana, cumanya korang kena tambahkan amalan sihat didalam kehidupan korang dengan cara santai tetapi berterusan iaitu Puasa dan senaman.

Video Rancangan OCD Obsessive Corbuzier’s Diet Dari Deddy Corbuzier

Point Penting – Teruskan makan seperti biasa. Badan korang akan penuh dengan lemak, kolestrol, kalori dan sebagainya. Tetapi korang amalkan puasa seperti puasa orang islam iaitu minimum 13 jam. Semasa puasa air kosong boleh minum sebab zero “0″ kalori. Semasa puasa, lemak, kolestrol, kalori dan sebagainya akan mengganti dan digunakan sebagai tenaga kepada badan. Dan semasa puasa juga senaman dilakukan ringkas dan lagi banyak lemak, kolestrol, kalori dan sebagainya akan digunakan dan di BAKAR untuk menjadi tenaga. Oleh itu, lemak dan kolestrol akan menurun dan seterusnya matlamat menurunkan badan tercapai.

Dan perlu diingat, semasa proses Obsessive Corbuzier’s Diet (OCD) ini dilakukan, secara normalnya, kita sendiri akan terbiasa dan mengurangkan pengambilan makanan kurang baik kepada yang lebih sihat dengan pengambilan sayur dan buah buahan. Jadi menarik tak kaedah ini?

Secara asasnya aku suka akan teknik Obsessive Corbuzier’s Diet (OCD) ini. Kenapa? Kepada yang ingin turunkan berat badan akan tidak berasa terlalu berat dan tersiksa. Makan seperti biasa. Lepas tu lakukan puasa minimum 13 jam. Air kosong boleh diminum semasa puasa dan kemudian lakukan senaman ringkas seperti jogging. Akan tetapi kesimpulan yang boleh aku buat adalah, untuk menurunkan berat badan ini ianya kembali kepada diri empunya. Jika punya semangat dan keinginan, ianya boleh dilakukan, kalau malas memang tidak menjadi.

Perlu diingatkan teknik Obsessive Corbuzier’s Diet ini aku faham hanya melalui video sahaja. Aku tidak memahamkan teknik ini melalui ebook yang diberikan. Jika terdapat kesalahan aku minta maaf.

Download Ebook OCD Obsessive Corbuzier’s Diet diSini – Ready For Fit

Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles