Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Sony Xperia Z1 Malaysia Latest Smartphone From Sony 2013

$
0
0

Sony baru sahaja melancar dan memperkenalkan smartphone terbaru mereka yang bernama Sony Xperia Z1 malam tadi. Sebagai peminat phone keluaran Sony, aku memang senantiasa menantikan perkembangan terbaru dari Sony. Sejak Sony berpisah dari Ericsson dan membawa jenama Sony semata mata, Sony telahpun berjaya melangkah dan membawa model perniagaan seperti Samsung iaitu senantiasa membawakan peranti dengan model model baru dipasaran agar peranti smartphone dari Sony dapat dijual dengan pelbagai variasi model yang boleh dipilih oleh pembeli.

Kita baru sahaja menerima Sony Xperia Z dan memang teruja dengan model tersebut, kemudian keluar pula model phablet iaitu Sony Xperia Z Ultra. Xperia Z Ultra mungkin tidak menjadi pilihan aku jika kewangan membolehkan. Dan yang paling terbaru iaitu hari ini Sony memperkenalkan Sony Xperia Z1 dan sejujurnya aku sangat sangat sukakan spesifikasi model yang terbaru ini. Sangat sangat hebat dan sangat sangat menawan.

Sony Xperia Z1

Sony Xperia Z1 – Image Credit to http://techcrunch.com/

Spesifikasi Sony Xperia Z1 Honami Malaysia

OK, Sony Xperia Z1 membawakan skrin 5″, teknologi skrin dari Sony’s TRILUMINOS® Display, pemprosesan CPU dari Snapdragon 800 Quad Core 2.2Ghz, 4G LTE, kamera 20.7MP, Dust and water resistant, RAM 2GB, MicroSD support to 64GB, internal memory 16GB, kapasiti bateri 3000mAh dan didatangkan dengan pemproses grafik dari Adreno 330. Senarai spesifikasi diatas ini adalah spesifikasi yang utama. Yang lain yang tidak dinyatakan rasanya lebih kurang sama sahaja. Adakah korang peminat smartphone dari Sony dan ada ura ura untuk mendapatkannya?

Harga Sony Xperia Z1 Honami Malaysia

Setakat ini belum lagi diketahui akan harga nya. Tetapi dengan harga pasaran hanya RM1800 kebawah bagi model Sony Xperia Z, sudah tentulah “Flagship” yang terbaru ini iaitu Sony Xperia Z1 ini akan berharga RM2000 keatas seperti biasanya top top smartphone dipasaran Malaysia kita ini. Sejujurnya dengan spesifikasi seperti ini, aku lebih memilih Sony Xperia Z1 berbanding Samsung Galaxy S4. Walaubagaimana pun ianya terpulang kepada minat dan selera masing masing.

Kelebihan Sony Xperia Z1

Bagi aku kelebihan Sony Xperia Z1 terletak kepada kecantikkan warna skrin, kebesaran kamera dan kekuatan kapasiti bateri. Sony membawakan teknologi skrin yang bernama TRILUMINOS® Display. Mungkin sony ingin bersaing dengan skrin dari Samsung iaitu Super AmoLED. Maklumlah, ada juga pembeli phone yang beli hanya kerana cantiknya skrin yang terdapat pada phone keluaran Samsung dan pihak Sony juga tidak mahu ketinggalan mengambil peluang itu dengan memperkenalkan teknologi mereka pula.

Sejujurnya sebagai pengguna biasa dan medium, aku sebenarnya tidak terlalu mengharapkan sebuah kamera dengan mega-pixel yang tinggi. Bagi aku minimum 8MP pun sudah mencukupi. Dengan saiz yang dihasilkan dari 8MP sudah cukup besar. Yang perlu diberi perhatian adalah kualiti imej yang ditangkap dan kejelasan dan ketajaman imej itu perlu. Akan tetapi 20.7MP yang didatangkan memang bakal menarik pembeli dan peminat smartphone dari Sony untuk menukar phone sedia ada mereka.

Sebagai pengguna beberapa smartphone sebelum ini, perkara yang membuat aku tidak suka adalah berkenaan kapasiti bateri yang rendah. Selalu sangat bateri cepat habis. Tetapi dengan kapasiti bateri sebanyak 3000mAh yang didatangkan kepada Sony Xperia Z1 boleh dikatakan baik. Akan tetapi realiti penggunaan sebenar yang mahu kita lihat samada 3000mAh ini mencukupi ataupun tidak itu yang perlu dilihatkan.

Ya, ada berita terbaru lagi, tidak lama lagi pihak google akan release versi android terbaru iaitu versi 4.4 yang diberi nama dengan nama Android Kit Kat. Dan sudah pasti smartphone yang terbaru seperti Sony Xperia Z1 ini boleh menggunakan android kit kat ini bila sampai masanya. Pendapat kecil aku, rasanya spesifikasi hardware smartphone sudah sampai ke zaman “tepu”, apakah spesifikasi yang baru yang boleh dicipta oleh pengeluar telefon pintar selepas ini? Apakah selepas ini hardware “TV” akan dimasukkan kedalam smartphone dimasa akan datang? Semuanya bukan suatu yang mustahil kan? Korang suka Sony? Jom Dapatkan Sony Xperia Z1 sekarang..


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles