Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Kenaikkan Harga Minyak, BRIM, Kerajaan, Sara Hidup dan Persepsi

$
0
0

Hari ini 2 September 2013, tepat malam ini, harga minyak petrol RON95 akan naik sebanyak 20 sen dan menjadikan harga minyak baru petrol RON95 kepada RM2.10. Adakah kenaikkan harga minyak yang baru ini membebankan? Rata rata akan merasakan ianya membebankan dan aku juga berpandangan yang sama. Perlu diingat yang kenaikkan harga baru ini bukan berpunca kepada kenaikkan harga minyak semasa tetapi lebih kepada tindakkan kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan apa yang ditanggung oleh kerajaan kini.

Umumnya, aku adalah seorang yang memegang dan menyokong kepada penghapusan subsidi 100%. Apa apa kenaikkan harga pasaran didalam bulan itu barulah ditanggung oleh kerajaan dan apa apa bahan yang turun dipasaran maka harga semasa didalam negara pun turun. Harga samada naik atau turun aku memilih untuk dikaji dan di-update samada setiap bulan, 6 bulan atau setahun sekali. Soalannya disini jika penghapusan subsidi 100% dilakukan, maka gejala kenaikkan harga barangan di Malaysia naik mendadak menimbulkan kontroversi.

Kenaikkan Harga Minyak

Kenaikkan Harga Minyak – image credit to http://www.tv3.com.my/

Kenaikkan Harga Minyak dan Pemberian BRIM

Aku memang tidak menyokong idea dan kaedah BRIM ini untuk meringankan beban rakyat. Sebenarnya aku lebih sukakan jika dana BRIM ini digunakan kepada tempat lain yang mana akan memberikan kesan kepada rakyat secara terus. Contohnya jika kerajaan boleh turunkan harga kutipan tol sehingga 50% dan dengan itu pendapatan kutipan tol akan terjejas sehingga 50% tetapi kekurangan hasil kutipan ini ditampung pula dengan dana BRIM pula. Bukankah dengan kenaikkan harga minyak, harga barangan dipasaran juga meningkat dan dengan penampungan kerugian dari penghapusan 50% kutipan tol oleh dana BRIM tadi dapat menurunkan semula harga barangan dipasaran. Setuju atau tidak.

Aku tidak katakan idea aku ini sangat berguna. Kemungkinan juga tidak praktikal. TETAPI apa yang aku ingin sampaikan adalah, kerajaan harus mencari mekanisma untuk memastikan harga barangan dipasaran tetap berada ditempat sama. Bukankah lebih baik dana BRIM diguna untuk ditempat yang lebih “terbaik” agar kesannya dirasai sampai bila bila berbanding pemberian RM500 sekali setahun. RM500 boleh dihabiskan didalam masa sebulan sahaja. Bagaimana dengan kos sara hidup rakyat untuk bulan bulan seterusnya.

Kenaikkan Harga Minyak dan Persepsi

Sebagai rakyat dan orang awam, aku tentulah tidak sukakan akan kenaikkan kos sara hidup ini. Persepsi bila harga minyak naik, maka harga barangan runcit akan naik persepsi sebegini adalah benar berdasarkan situasi situasi lepas. Soalan aku adalah, kenapa dengan kenaikkan hanya 20sen bakal menyebabkan harga barangan runcit dipasaran meningkat dengan mendadak. Bagi rakyat awam yang mana perbelanjaan untuk hidup rata ratanya hanya menggunakan “Ratusan Ringgit” untuk makan dan diminum didalam sebulan tentulah kenaikkan harga barangan sebanyak 10sen, 20sen, 50sen, RM1 untuk setiap barang yang dibeli dan dibeli sehari hari akan beul betul merasa kesan. 

Aku tidak mahu bercerita panjang. AKu buntu idea (hehehe). Apa yang aku boleh simpulkan adalah, aku setuju langkah pengurangan subsidi bahan api yang ditanggung kerajaan dan ianya baik dari segi ekonomi. Aku setuju dan menyokong. Tetapi idea untuk mengurangkan beban rakyat melalui BRIM aku tentang 100%. Nak bagi, bagilah, tiada salahnya disitu. Tetapi aku suka kalau dana BRIM diguna dan dibincang bagaimana ianya digunakan dengan lebih baik dengan idea dan plan terbaik supaya ianya lebih berbaloi untuk rakyat berbanding dengan pemberian sekaligus RM500. Aku tiada idea. Pandai pandailah pihak diatas mengkaji dan mencari cara. Assalamualaikum….


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles