Kita telah pun melalui sambutan hari kemerdekaan Malaysia kita kali yang ke-56. Telah 56 tahun kita merdeka sejak dilaungkan suara “Merdeka” oleh pemimpin kita dahulu. Sejak tahun lepas aku melihat fenomena baru iaitu fenomena sesetengah dari rakyat Malaysia yang mengibarkan bendera sang saka. Dan sejujurnya pertama kali itulah aku melihat bendera tersebut dan juga mendengar perkataan “Sang Saka”. Aku tidak tahu dan aku tidak malu untuk mengatakan yang aku tidak tahu. Orang ramai lain juga begitu. Ianya bukan suatu yang pelik.
Aku hanya ingin berikan pandangan aku terhadap ilmu aku yang terbatas. Dari pandangan aku sebagai rakyat awam dan tidak berat kepada parti parti politik di Malaysia, aku berpendapat yang perbuatan mengibarkan bendera yang dinamakan sebagai Sang Saka adalah tidak tepat dan tidak patut. Kenapa melakukan akan hal ini. Ya aku faham kadang kala ada manusia yang ingin mengetengahkan fakta yang sahih akan bendera tersebut. Aku faham. Dan kemungkinan ianya benar. Aku tidak menolak akan hal itu. Tetapi mengapa dan apa yang salahnya dengan bendera kita iaitu Jalur Gemilang? Apa rasionalnya dengan gerakkan untuk menukar bendera yang sedia ada ini?

Jalur Gemilang – image credit to http://www.johordt.gov.my/
Bendera Kita Jalur Gemilang Kesan Imperialis Bendera Amerika
Dan kalau betul pun bendera Sang Saka ni bendera yang asal “yang cuba disorokkan”, bukankah bendera sekarang iaitu Jalur Gemilang yang kita pakai ini lebih baik? Maksud baik bagi aku adalah bendera jalur Gemilang ini boleh dikatakan lengkap. Makna Jalur Gemilang iaitu Bulan dengan makna Islamnya, 14 jalur dengan makna 14 negeri didalam Malaysia, Kuning dengan maksud raja dan lain lain lagi. Bukankah ianya lebih baik? Kenapa ingin ditukar? Salah dimana? Adakah kerana persamaan dengan bendera Amerika semata mata?
Jalur Gemilang dan Bendera Sang Saka
Kalau kita terbuka minda, apakah kebaikkan bagi Amerika dengan bendera kita dan apa pula buruknya kita menggunakan Jalur Gemilang? Bukan suatu kesalahan pun. Bukankah dengan membangkitkan isu seperti ini hanya mengundang polemik dan juga keadaan situasi yang tegang, kurang puas hati, kacau bilau dan macam macam lagi. Benda jalur gemilang yang kita pakai sekarang langsung tidak bawa apa apa negatif. Kenapa mahu memilih dari aman kepada yang kacau bilau? Aku tidak katakan tidak perlu pakai bendera Sang Saka “jika betul”, tetapi apa perlu dan rasional untuk menukar bendera. Bagi aku tidak perlu menimbulkan isu yang sudah selesai kepada yang belum selesai. Senang cerita benda ini tidak perlu dibangkitkan pun. Lebih baik kita tumpu kepada isu yang lebih penting.
Akhir sekali bagi aku begini. Jika ada benarnya bendera itu disebalik sejarah dan ianya terbukti benar. Apakah kewajarannya untuk menukar bendera Malaysia yang ada sekarang? Adakah ianya bertentangan dengan Islam? Adakah ianya menyusahkan rakyat? Adakah ianya mempunyai simbol kejahatan? Atau apakah? Aku rasa korang pun bersetuju yang bendera yang ada sekarang tidak membawa apa apa masalah. Sesuatu yang tidak mendatangkan apa apa masalah baik dari segi sifat, sosiologi, psykologi, zahir, batin dan sebagainya dan kemudian dibawa masalah kepadanya. Bukankah ini suatu tindakkan yang kurang bijak. Aku tidak marah, aku juga tidak fanatik, cumanya aku melihat kepada sebab kenapa perlunya sikap sebegini. Alangkah baik kita mengingati kembali kenangan dan Maksud merdeka itu sendiri. Dan dengan Merdeka itulah kita semua kaum tidak kira Melayu, Cina, India dan Bumiputra Sabah Sarawak mampu duduk dibawah satu bumbung dan menghormati satu sama lain. Selamat Hari Merdeka ke-56 dan Cintailah Jalur Gemilang..
Mempamerkan Bendera Sang Saka Sewaktu Hari Kemerdekaan
.