Ramai betul yang mencari dan menyebarkan link download KL Gangster 2 sejak 2-3 hari ini selepas pihak media dari Syamsul Yusuff mendedahkan perkara ini. Mereka akan mengambil tindakkan kepada mana mana individu yang mengedarkan/download filem KL Gangster 2 ini. KL Gangster 2 Release Date ini akan mula ditayangkan pada 3 Oktober 2013 nanti dikatakan pengarahnya, Samsul Yusof sebagai filem prequel kepada filem sebelum ini. Korang faham apa makna “prequel”. Maksud “prequel” kepada terma filem adalah menunjukkan kepada sebuah kisah yang berlaku sebelum kisah yang sekarang. Harap korang faham.
Sejak diberitakan akan hal ini, sejujurnya aku berasa terkejut. Manakan tidak, Filem KL Gangster 2 leak “sebulan awal” dari tarikh tayangan sebenar. Malah kebocoran seperti ini tidak sama seperti “bocor” selepas 1-2 minggu tanyangan. Kebocoran 1-2 minggu tayangan selalunya lebih bersifat rakaman, salinan dari DVD original dan sebagainya. Bagaimana dengan bocor 1 bulan sebelum tanyangan? Jawapan biasa yang boleh kita teka adalah ianya dari orang dalam produksi yang tidak bertanggungjawab yang melakukan hal itu dan juga tidak menolak kemungkinan pihak pawagam terlibat semasa tayangan pra tonton diadakan. Tidak menuduh tetapi itulah yang boleh difikirkan ketika ini.

KL Gangster 2 (2013) – image credit to http://www.hmetro.com.my/ by Roslen Fadzil
Isu Download KL Gangster 2 (2013)
Sebenarnya bila tersebar isu seperti ini, kita boleh mengagak akan ramai yang cuba mencari KL Gangster 2 Torrent dan mendownload filem KL Gangster 2 Full Movie ini untuk melihat samada betul ataupun tidak. Pada pandangan aku, aku lebih tidak menyalahkan yang mendownload tetapi lebih menyalahkan kepada yang penyebar. Yang penyebar seperti inilah yang merosakkan industri perfileman di negara kita ini. Lagi sedih apabila dengan tidak bertanggungjawab sudah tahu yang filem KL Gangster ini belum lagi ditayangkan, tetapi dengan SENGAJA menyebarkannya. Tidakkah ini keterlaluan? Aku setuju agar yang membuat perkara ini diambil tindakkan. Langkah awal adalah dengan menyekat mana mana web yang menyebarkan sumber pautan download KL Gangster 2 tersebut dahulu.
Kesan “Leak” KL Gangster 2 Dari Kaca Mata
Dari pandangan kaca mata aku, sudah tentulah kesan “leak” bocornya filem KL Gangster 2 ini di medium internet ini sedikit sebanyak akan menjejaskan hasil kutipan filem ini. Dengan kos pembikinan filem ini yang mencecah hampir RM4.5 juta, harapan penerbit filem mestilah kutipan filem KL Gangster prequel ini nanti tidak merugikan. Siapa yang mahu rugi bukan. TETAPI aku pasti dengan imej dan jenama filem ini yang diterima baik sebelum ini dan rata rata memberikan rating terbaik, aku jangka kutipan filem tetap menguntungkan. Jadi kesimpulan aku adalah, kesan keatas kutipan filem akan sedikit terjejas tetapi tetap tidak merugikan akibat dari sokongan yang baik terhadap filem KL Gangster 1 yang dilihat berkualiti dan bermutu sebelum ini. Kalau tidak bermutu mana boleh mendapat kutipan hingga box office sehingga RM11.74 juta bukan. Tahniah buat Syamsul Yusuff.
Setiap orang berbeza pandangannya. Aku paling tidak suka akan mereka yang memperlekeh filem tempatan. Aku tahu banyak filem yang kurang berkualiti. Akan tetapi kita mestilah ada satu paras penanda akan “filem tempatan” mengikut corak dan budaya kita di Malaysia ini. Mana mungkin kita berlaku adil apabila membandingkan filem aksi barat dengan filem aksi di negara kita. Akan tetapi kita boleh mengambil ilmu dari filem barat dan kemudian menambah baik kualiti filem tempatan, itu baru betul. So bagi aku kita haruslah bersikap adil didalam menilai filem tempatan. Yang baik kata lah baik dan tidak maka kita kritik dengan kritikan membina. Apa apa pun, jom tonton filem KL Gangster 2 di pawagam pada 3 Oktober 2013 nanti. Support filem tempatan. Bye…
Jom Tonton Trailer KL Gangster 2 dibawah ini
.