Baru baru ini pihak yamaha motor Malaysia telah melancarkan generasi terbaru Yamaha Lagenda 115Z. Jenama Yamaha memang sudah dipercayai di Malaysia kita bersama sama dengan Honda. Dari pihak Honda yang sememangnya sangat terkenal dan laris melalui model Honda EX5 kerana murah, jimat dan tahan lasak, dan pihak Yamaha pula lebih cenderung dengan model barisan motosikal mereka yang bersifat “sporty” dan menjadi pilihan anak muda yang sukakan gaya. Tidak sangka yang model Yahama Lagenda 2013 terbaru ini adalah model dari 5th generation yang bermaksud sudah sampai kepada model generasi ke 5. Terbaik.
Sedar tidak sedar, Yamaha Lagenda 115Z ini sudah menjadi generasi model Yamaha Lagenda generasi ke-5. Aku sebagai pengguna dan pernah memiliki Motosikal Yamaha Lagenda ini memang tidak dapat menafikan yang model ini akan senantiasa mendapat tempat dihati pengguna motosikal oleh kerana faktor sejarah lalu yang terbukti model ini bergaya, tahan lasak, jimat minyak dan juga ergonomik. Adakah korang pengguna motosikal yamaha lagenda?

Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection Malaysia – image credit to http://www.wemotor.com/
Harga dan Variasi Model Yamaha Lagenda 115Z Malaysia
Dari berita yang diberitakan, model Yamaha Lagenda 115Z ini dibawakan dengan 3 variasi model iaitu model “kick-start” yang berharga RM4792, bagi “electric start” pula berharga RM5168 dan dari model “Lagenda 115ZR” pula berharga RM5,410. Seperti biasa model paling mahal “ZR” kebiasaanya didatangkan sekali dengan rim “sport rim” dan ianya menjadikan harganya lebih mahal tetapi kelihatan elegan dan teguh.
Kelebihan dan Keistimewaan Yamaha Lagenda 115Z
Perlu diketahui yang model yamaha lagenda generasi ke-5 ini ada satu ciri khas yang sangat sangat menarik yang tidak ada pada model sebelumnya. Kelebihan dan keistimewaan yang diberikan kepada Yamaha Lagenda 115Z adalah ianya diberikan sistem suntikkan bahan api yang dipakai pada model Yamaha FZ150i iaitu yang selalu disebut sebagai “fuel injection system”. Kepada yang faham akan apa itu “fuel injection system” pasti tahu sistem pembakaran api yang menggunakan teknologi ini akan menyebabkan penggunaan minyak petrol sangat efisyen dan menjimatkan berbanding pada versi sebelum ini. Terbaik..
Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection Launching Video
Dengan isu semasa harga petrol naik 20sen ini dan juga berita semasa bermulanya kenaikkan harga makanan dikedai kedai rasanya perlancaran model baharu yamaha lagenda dengan ciri penjimatan minyak ini sesuai dan tepat pada masanya. Kepada yang berhajat ingin membeli motosikal boleh memilih untuk membeli motosikal Yamaha Lagenda 115Z yang terbaru untuk tahun 2013 ini. Sebagai seorang yang pernah menggunakan motosikal model yamaha lagenda ini aku sangat sangat menganjurkan pembeli supaya tidak takut dan berasa bimbang dengan kualiti model Yamaha Lagenda 115Z ini. Terbaik dari Yamaha Motor Malaysia…