Tahukah anda, antara smartphone pertengahan yang baik dan juga berharga murah yang popular di Malaysia pada tahun 2016 adalah Xiaomi Redmi Note 3 Pro. Dan Xiaomi Redmi Note 3 Pro untuk pasaran global termasuk Malaysia telah menggunakan processor dari snapdragon 650. Dan untuk tahun 2017 ini pula, pihak Xiaomi akan melancarkan Xiaomi Redmi Note 4 untuk pasaran global termasuk Malaysia dengan menggunakan snapdragon 625. Jangan terkeliru dengan “angka” siri processor tersebut. Ini kerana snapdragon 625 adalah yang paling terkini, terbaru, lebih pantas dan lebih jimat penggunaan bateri berbanding 650. Harap maklum.
Berbaloikah membeli Xiaomi Redmi Note 4 ini? Sebagai pengguna Xiaomi Redmi Note 3 Pro, saya sudah berulang kali katakan yang saya sangat berpuas hati dengan smartphone ini. Cumanya dari rata rata review berkenaan Xiaomi Redmi Note 3 Pro yang kurang memuaskan hanyalah berkenaan kualiti tangkapan gambar sahaja. Ya, saya mengakui ianya kurang cantik berbanding smartphone lain tetapi ianya bukanlah teruk sangat. Tetap masih ok. Dan jangan risau, pihak Xiaomi tahu akan isu ini dan untuk penjualan Xiaomi Redmi Note 4 ini, sensor kamera telah dipertingkat dan imej rakaman gambar kali ini adalah lebih baik. Jadi tiada isu.
Apakah perubahan terbesar yang berbeza antara Xiaomi Redmi Note 4 ini berbanding Xiaomi Redmi Note 3 Pro? Saya rasa adalah lebih baik saya kongsikan sahaja terus gambar perbezaan antara smartphone Xiaomi Redmi Note ini iaitu;
Review Ringkas Xiaomi Redmi Note 4 vs Xiaomi Redmi Note 3 Pro
Features |
Xiaomi Redmi Note 4 |
Xiaomi Redmi Note 3 |
Dimensions |
151×76×8.3mm | 150×76×8.7mm |
Weight |
165 grams | 164 grams |
Display |
5.5-inch 1080p IPS-LCD with 2.5D glass | 5.5-inch 1080p IPS-LCD |
Processor |
Snapdragon 625 octa-core | Snapdragon 650 hexa-core |
RAM |
2GB/3GB/4GB | 2GB/3GB |
Storage |
32GB/64GB | 16GB/32GB |
Rear Camera |
13-megapixel | 16-megapixel |
Front Camera |
5-megapixel | 5-megapixel |
Battery |
4,100mAh | 4,050mAh |
Misc |
Fingerprint scanner | Fingerprint scanner |
Connectivity |
Dual-SIM, micro-USB | Dual-SIM, micro-USB |
Android OS |
Marshmallow 6.0 (MIUI 8) | Lollipop 5.1 (MIUI 7 at launch), can be updated to MIUI 8 and Android 6.0 |
Mungkin ada yang keliru dengan perbandingan di atas ini. Mari saya jelaskan. Processor snapdragon 625 walaupun kelihatan sirinya kecil, tetapi sebenarnya ianya lebih berkuasa, laju, terbaru, jimat bateri dan adalah processor jenis octa-core (lapan teras) berbanding snapdragon 650 adalah dari jenis hexa-core (enam teras). Sudah tentu SD 625 lebih laju. Walaupun Xiaomi Redmi Note 4 menggunakan kamera belakang 13 MP, ianya mempunyai sensor lebih besar dan lebih baik berbanding 16 MP yang terdapat pada Xiaomi Redmi Note 3 Pro. Dan yang lebih best, smartphone Xiaomi Redmi Note 4 menggunakan cermin skrin yang sedikit melengkung yang menjadi trend terkini. Berminat? Jom beli Xiaomi Redmi Note 4 secara online di internet dengan klik link di bawah ini. Bye
>>> Beli Xiaomi Redmi Note 4 Malaysia Di Sini – [ Click Here ] <<<
>>> Beli Xiaomi Redmi Note 3 Pro Malaysia Di Sini – [ Click Here ] <<<
The post Review Xiaomi Redmi Note 4 Snapdragon 625 Malaysia appeared first on eCommerce Malaysia.