Mahukah anda untuk membeli telefon murah dari Nokia? Walaupun untuk awal tahun 2017 ini, pihak Nokia baru sahaja melancarkan telefon pintar (smartphone) mereka yang pertama melalui Nokia 6. Ianya tidak bermakna Nokia menghentikan jualan telefon mereka dalam kategori murah yang praktikal. Sebenarnya masih ramai lagi yang masih suka mendapatkan telefon yang murah yang mudah digunakan dengan fungsi fungsi asas dan selalunya di jadikan sebagai telefon bimbit kedua sebagai backup. Sekarang, Nokia 150 sudahpun memasuki pasaran Malaysia. Anda mahu?
Review Nokia 150 Malaysia
Saya akan berkongsikan dengan anda akan spesifikasi dan fungsi fungsi asas yang ada pada Nokia 150 ini. Jujur saya tanyakan kepada anda. Jika anda seorang pengguna yang hanya menggunakan fungsi asas seperti membuat panggilan, sms, mempunyai radio, sekali sekala tangkap gambar dan mahukan sebuah telefon bimbit yang tahan rosak dan tahan lama jangka hayat bateri, maka Nokia 150 ini memang untuk anda. Lagi pula, zaman sekarang walaupun telefon murah ianya tetap memberikan anda skrin berwarna. Menarik bukan?
Clik here to view.

Nokia 150 dijual dalam warna hitam dan juga putih
Spesifikasi Nokia 150 Seperti Berikut;
- Skrin 2.4 inch (240 x 320 pixels)
- Memori kad sehingga 32 GB (micro SD)
- VGA camera dengan LED flash
- Bluetooth 3.0
- FM radio
- microUSB
- Bateri bersaiz 1020 mAh (bateri tahan sebulan jika tidak digunakan)
- Harga jualan di Malaysia adalah RM159
Kalau anda lihat spesifikasi dan ciri ciri Nokia 150 ini, anda dapat lihat yang ianya adalah sebuah telefon bimbit dengan ciri ciri asas yang yang mudah. Kadang kala kita mahukan sebuah telefon bimbit dengan ketahanan jangka hayat bateri paling lama. Dengan Nokia ini, masa “standby” tanpa anda menggunakannya mampu bertahan hampir 1 bulan lamanya. Sesuai untuk anda yang kaki jalan jauh, camping, masuk hutan dan sebagainya. Untuk mendapatkan telefon ini, anda boleh membuat belian Nokia 150 secara online di internet melalui website Lazada kalau anda mahu. Atau anda boleh membeli dari luar negara melalui Amazon dengan klik link di bawah ini. Bye
>>> Beli Dan Dapatkan Nokia 150 Di Lazada – [ Click Here ] <<<
>>> Beli Dan Dapatkan Nokia 150 Di Amazon – [ Click Here ] <<<
The post Nokia 150 Malaysia Sebagai Smartphone Kedua Anda appeared first on eCommerce Malaysia.